Iklan! Iklan! Sila Click!

07 October 2013

Solid

Sejahteralah ke atas kamu...

MInggu lepas masak bubur campur carrot, bagi kat Luth, dia tak makan. Sabtu, rebus pisang Siam [kat kedai tu panggil pisang Awak]. Lenyek2 bagi kat Luth.

Pisang ni aku rebus sebab aku masih ingat yang dulu arwah mak aku pernah rebus pisang ni untuk bagi anak buah aku makan. Aku ingat pun sebab aku selalu cukai sebijik kalo mak aku rebus pisang ni. Dengan harapan, Luth suka. Tapi haihh.... tinggal harapan je la. Dia buka mulut pun tidak. Masuk pun sikit sangat. Aku suap dgn jari aku je, tak guna sudu, sebab kalau sudu terus dia tanak buka mulut. [Tapi aku rasa dia alergi dengan pisang la. Sebab naik ruam2 kat tangan dengan kali pastu leher lepas dia makan pisang ni.]

Ini pulak, sweet potato kuning yang aku rebus, potong kiub dan blended sampai halus. Nampak tak? Habissss..... aku yg makan. Sama jugak, dia takmau buka mulut pun. Pun masuk sikit jugak. Tu pon aku suap guna jari. Tapi 2,3 kali je dia buka mulut, buka mulut plak besar mulut anak burung je. 

Aku ni, bila Luth dah tanak makan, aku tak la paksa sangat. Nanti dia lagi la takut dengan makanan. Aku suspect, dia tanak buka mulut tu sebab dia fobia dengan ubat kot. MInggu lepas kan aku perlu bagi dia antibiotik selama seminggu. Mula2 dia bagi kerja sama, tapi agaknya dah tiap2 hari asyik kena suap rasa ubat yang tak semenggah tu, tension la kot dia. Lepas tu, bila aku nak suap apa2 pun dia memang tak mau dah. Kecuali susu je. Lepas ni aku nak cuba bagi puree buah pear yg aku steam plak. Harap2 dia nak la. Risau plak aku kalo dia tanak makan. Sepatutnya badan dia tu dah gomut. Ni selim je. Tapi tak la kurus.

41 comments:

  1. Ibunya makan sama-sama, selang seli bersuap, suap sekali abahnya di depan dia.... mungkin bila dia nampak semuanya bersuap, dia nak cuba gak rasa...
    cuba je la.. tapi rasa2nya susu ibu pun dah cukup kalau dia kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat dah cara tu. Berselang-selang tu 1 untuk luth, 8 untuk mama. Bila mama makan, dia nampak macam terliur, berbunyi2 mulut dia. Tapi bila sua ke mulut, kemas dia tutup. So, harap2 susu ibu cukup la bekalkan nutrisi yg dia perlu.

      Delete
  2. memang paling risau kalau anak tak nak makan.... takpe... teruskan usaha... try macam macam jenis... dan doa banyak banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan try lagi. Dan juga doa banyak2.

      Delete
  3. Aydin ms baya Luth dulu, klusy bg mkn pisang...terus poo-poo jdk keras dr kebiasaan. Ade sesetengah baby la...tak seme baby poo-poo jdk keras pas mkn pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni Luth belum poo poo lagi. Tak tau la sebab makan pisang ke tak. Tapi pisang tu sikit sgt je masuknya.

      Delete
  4. Risau jugakkan dia tak nak makan. Kena berusaha lgi ni. Mesti boleh tu. InshaAllah.

    ReplyDelete
  5. Mungkin juga Luth fobia dengan ubat, dia ingt ibu dia nak suap ubat..
    takpe pelan2 pelbagaikan menu, mungkin dari bau Luth boleh bezakan ubat dan makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la cabarannya skrg. Dia ingat org nak suap ubat kot.

      Delete
  6. Alahaiiii...siannya luth. Memang risau klo anak x nak mkn ni. Tak per lyd, selera dia blom pulih lagi kot.
    Nnt ok lah tu. Kena bermain dgn mcm2 menu nampaknya ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya gitu la Fiza. Kena try banyak jenis makanan le pasni.

      Delete
  7. yela kot, dia masih fobia. nak nasihat apa pun tak reti..
    terus berusaha mama!...kata Luth la kot. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks aunty ujie. Kata luth jgk kot. Hehehe...

      Delete
  8. susah jugak nak bagi anak makan ye...

    amek masa nak tau ape yg luth suka ye...

    chaiyok, jangan putus asa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun baru je tau betapa susahnya nak nak bagi anak makan rupa-rupanya.

      Delete
    2. mungkin anak kau memilih makan kot...

      cube ko pk ape benda yang masa kau mengandung then kau mengidam...

      kot2 die suke makan bende tu...

      andaian aku je...

      Delete
  9. cheh habis dia yg makan plak hahaha.hmm xde selera kot?akak dah cuba bagi vitamin ke hape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. vitamin belum lagi la. Dah besar skit nnt bleh la try bagi supplement apa2.

      Delete
  10. anak akak dh berapa bulan dah? cer try biskut pula...kalau dah boleh pegang sendiri..biar dia pegang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi seminggu nak masuk 7 bulan ema. Biskut farleys rusk tu dia makan la pengasuh dia bagi. Tapi ahkak kau ni kan nak anak yg terpelihara sumber makanannya. Kononnya la.

      Delete
  11. Bebudak ni kadang tu bila dah mood dia tak nak makan, nak paksa-paksa pun macam kesian pulak. Bila tak bagi kang, kesian pulak takut lapar. Memang kena banyak bersabor jaga anak kecik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu awak. kena la banyak bersabar. Actually takpe je kalo dia tak makan, sebab dia menyusu kuat. Tapi saje la nak bagi dia belajar makan.

      Delete
  12. bagi buah yang manis pulak..kurma..Mikahil kalau lepas makan ubat mesti tak mau makan sebab takut disuap ubat lagi..tapi bila bagi kurma(secara paksa) terus dia nak makan kalau suap apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke diana? haaa... boleh la try. Mungkin tekak dia rasa pahit2 kot. Thanks ye for the tips.

      Delete
  13. as-salam lyd..
    inshaaAllah cuba lagi k..
    luth amik masa tu.. myb luth ingt ubat tu yang dia tanak buka mulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe jugak la ciksu. Saya pun rasa dia fobia ubat.

      Delete
  14. Qisya pun mula xnak mkn jgk..bagi bubur nasi blend halus, campur karot pun xnak...campur kentang pun xnak, bg puree epal xnak, puree kentang xnak. abis idea nk wat. cuti lepas try bg bubur nasi blend halus, campur carrot n kentang..ehh da suka pulak..habis!! kena main experimenla mcm nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke awak? Memang kena gigih tan tabah la kan. Saya nak try tapi masa yang betul2 sesuai hanya weekend je. Awk bagi makan tak kat Qisya waktu malam lepas awk ambik dia dari umah pengasuh? Saya nak buat weekdays tapi takut malam2 tak elok bagi makan kat dia.

      Delete
  15. Bayi memang macam tu, makan ada pasang surutnya, kdg2 berselera makan kdg2 tak nak makan. Jangan risau, itu semulajadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni asyik surut je dia. Belum pasang lagi. Heheh. Kalo JR kata jgn risau, then kita tunggu la. Nanti saya cuba lagi.

      Delete
  16. luth x mkn, ko jugak yg habis kan. pastu ko yg gomuk kan. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la yang aku lagi takut. Abiskan la makanan aku, aku makan. Nasik lauk kat umah tak abis aku makan, makanan luth tak abis pun aku gak yg makan. Hadoi.

      Delete
  17. haaa? luth cerewet yer...awal2 memang gitu kot..keep on trying mama..mungkin lelamer sket luth akan bukak mulut luas2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin cerewet la Ummuaidan. Sebab ikut mama dia yang memang memilih makan. Hahaha. Kalo ikut papa, okay je kot.

      Delete
  18. Replies
    1. Bubur nasik dia tanak, dah try bagi minggu lepas.

      Delete
  19. Dia taknak makan ag tu..susu mama dia laaagi sedap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi biskut farleys rusks dia makan. Cuma skrg ni kalau saya suap dia tanak buka mulut. Kalau nenek pengasuh suap, dia okay je.

      Delete
  20. kena perlahan2 lah benda2 macam ni kita x boleh paksa sangat !

    ReplyDelete
  21. Alaaa dia tak nak makan ker.. Ker kes demam tu belum datang selera makan dia. Bertabah la ibu nyer yer, keep trying, dont give up. Kesian jugak dia allergi ngan pisang.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...