Iklan! Iklan! Sila Click!

03 October 2013

Perkataan Pertama Si Dia

Sejahteralah ke atas kamu.

Luth sekarang berusia 6 bulan 3 minggu. Dalam proses nak merangkak. Baru nak angkat punggung dan dada serentak. Aku tengok dia agak berusaha keras nak merangkak. Last sekali bila dah penat, dia nangis. Hehehe. Biasa kot semua budak macam tu. 

Sebelum ni, kalo dia nangis nak susu, bunyi tangisannya seperti menyebut perkataan 'air', "aaaeee".. Sekarang ni bila dia nangis sebab ngantuk atau lapar, bunyi tangisan dah berubah jadi "mammaa...mammaaa". Walaupun aku sendiri tak tau yang dia sebut tu memang dia maksudkan 'mama dia yang gorjes ni' atau sekadar kata-kata kosong bahasa bayi, tapi itu dah cukup buat hati aku melompat-lompat bintang. Eksaided gile aku rasa bila anak dah pandai sebut 'mama'. Hati aku rasa cair. Melting. Rasa hangat dalam jantung aku yang membuatkan aku rasa sangat selesa. Ntah benda la aku cakap ni. Tapi aku harap ko faham la betapa hepinya aku bila anak dah pandai sebut 'mama'.

So, perkataan pertama dia 'air' atau 'mama' ko rasa? Hahahah... Selamat le dia sebut mama dulu. Kalo dia sebut papa dulu, memang aku sentap, aku tanak layan dia nanti. Suh dia minum kat nenen papa dia je. Muahahahaha. Sampai tahap, kadang-kadang aku saje je biar dia nangis sebab nak dengar dia sebut mama. Mat Azghul sokmo marah kalo aku menyakat Luth sampai menangih. Eleh. Kalo dia menyakat takpe. Boo!


31 comments:

  1. hahaha.. so perkataan pertama dia air la ye.. ok tak tak anggap saja perkataan pertama luth tu mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... kan? Anggap je la pekataan petama dia 'mama'.

      Delete
  2. Hahhahahaa ala perkataan pertama dia tu "aeeeee"macam semua baby kot, so MAMA is his first word. (we are good at hearing what we believe) hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... aaaee tu spatutnya jadi international word la kan. Sebab mcm semua baby sebut pekataan tu. Boleh imagine betapa comelnya muka dia masa tgh bercakap yg tak berbiji butir tu.

      Delete
  3. hehehehe..mmg masa nak dengaq anak sebut perkataan pertama tu masing2 perasan je..cikgu pun dok lawan perasan dgn suami..tp mestilah mama yang menang..kwang3x..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of cos. Mama mesti menang. Lagipun papa jenis tak over mcm mama.

      Delete
  4. bestnya baca cerita awak ni.. saya harap saya dapat rasa mcm tu jugak nanti.. doakan ye.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ezlinda. Pasti akan tiba masanya nanti. Kena selalu fikir positif.

      Delete
  5. apa apajerler mama... yang penting dia leh cakap... ha... ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyo la aunty cho zila. Yang penting dia pandai sebut mama. haha.

      Delete
  6. Haha.. kemain lagi nak sentap dengan anak umur 6 bulan.

    ReplyDelete
  7. pglmn adik saya...anak dia mula2 pandai sebut ibu, ayah tak reti. Pas2 tu reti panggil ayah, tapi dah tak panggil ibu lagi. sedey je adik saya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... sedey gak kalo tetibe luth dah tak sebut mama pastu sebut papa je.

      Delete
  8. haha....untuk kedua dua anak..pandai panggil ayah dulu....yg no 3 ni entah la...

    domain tu koi beli dengan OH!DOMAIN. setahun dalam 30 ringgit. macam mana nak buat dah tak ingat sebab dah 3 tahun leps buat. cuba aok search oh domain. sbb koi try google tak jumpa plak. klik kat link untuk renewal tu tak boleh tadi...napa ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... ye ke? Aok tak sentap ke bila anak tak p-anggil awk dulu.

      Thanks. Nanti la koi gugel plok.

      Delete
  9. kikiki...

    air tu memang gaya nanges kalau baby tak reti cakap kot... maybe betul la perkataan pertama die mama...

    aku saje je keluarkan statement ni bagi ko kembang....

    have fun dalam membesarkan luth okey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Ko sgt supportive. Hehehe. Aku tgh kembang setaman dah hidong ni.

      Delete
  10. seronokkan.. anak2 start panggil bah dulu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok KA. Ooo..ye ke panggil bah. Heheh. Sentap tak KA>

      Delete
  11. Berbahagialah lyd..hehe
    Betullah lyd, jd ibu nie cepat sentap..bila anak takmo tido ngan menyusu dan bapaknya kena dokong pun dah terasa hati ..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la ummuaidan. Kalo dia ngs, pastu papa dukung dia senyap, saya siap tanya Luth, "Luth tak syg mama ke?". heheh.. emo.

      Delete
  12. cepat la kalau gitu..anak saya umur 8-9 bulan baru sebut mama..
    sekarng je dah pandai sebut "imu." iaitu ibu..hahahah

    ReplyDelete
  13. Saya pernah terbaca tulisan seorang pakar linguastik yg berkata perkataan pertama yg keluar dari mulut bayi tak kira apa bangsanya kebanyakannya bermula dengan huruf "Maa". Ini kerana gerakan bibir bersama angin yg keluar dari mulut akan menghasilkan bunyi "Maa". Sebab itulah terbitnya perkataan mak (Melayu), mama/mom/ (Inggeris), ma (Cina), ama (India), mi/umi (Arab) dan lain-lain..Kerana ibu paling rapat dengan bayi, mereka menyangka bunyi itu ditujukan kepada mereka (ibu) sedang ia sebenarnya cuma kata-kata yang tak difahami oleh bayi itu sendiri.

    Wallahualam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa... frustnya dgr. Hehehe. Tak kira la. Nak perasan jugak.

      Delete
  14. mama la...haha, baguslah kalo dah mula merangkak dan bercakap.

    ReplyDelete
  15. wahhh... tak lama lagi jenuh lah sis dgr luth membebel... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pon dah kuat membebel. Cuma bahasa baby la.

      Delete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...