Skip to main content

My Takuya Kimura

Sejahteralah ke atas kamu....

Ingat lagi tak drama Jepun Beautiful Life lakonan hero idaman Jepun si Takuya Kimura ni? [Untuk sesiapa yang tengok la. Huhu. ]. Dalam drama ni Takuya jadi hairstylist. Potong rambut orang. Hairstylist tu nama baru, dulu bukan orang panggil barber ke? Hahaha. Atau adakah title barber itu hanya untuk mamak tukang gunting?



Aku ada Takuya Kimura aku sendiri. Ceng..ceng..ceng...

Eh...eh, ini adik kepada antu kak Limah kah??? Jeling kemain tajam.

Kasi potong ini rambut.... Channel Baby TV dan Bounce Bounce Baby jadi pembantu untuk suruh dia ralit dok diam-diam.

Suka sangat buat muka gemuk.

Wah, seriusnya muka takuya kimura ku yang menggunting rambut itu...

Abih kontot rambut dia. Terus nampak macam budak lain. Nenek pengasuh kata, nampak macam budak besar. Hehehe...
So, siapa yang memerlukan perkhidmatan memotong rambut kanak-kanak, boleh la hubungi Takuya Kimura saya.

Comments

  1. Makin encem luth potong rambut..nampak chubby sket..heheh..kecik2 gini senang lg potong rambut, tp biladah umur 3 thn keatas mulalah suka ngan masuk mata lah, gatal lah..senget2 leh jdnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke ummuaidan? Dah makin besar nnt susah ke? Alamakk.. nervous ni. Tapi secara rasionalnya betul jgk. Sebab waktu tu dia dah pandai demand.

      Delete
  2. huahua...

    memang lelaki sekarang pandai gunting rambut eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak kot. Kebetulan kita jumpa yg pandai gunting rambut kot. Hehehe.

      Delete
  3. Takuya kimura anda boleh tak tolong hairstylist kan dak syukrii.. ? rambut nipis. tp pnjg cecah tinge dah.. abahnya tak berani.. gile melasak budak tuu.. kuikui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, meh datang umah. Hehehe... Syukri dah besar dah pandai melasak. Luth ni kecik lagi diam le kot. Tak tau le nanti cemana. Hehe.

      Delete
  4. hensemnyer dieeeee....


    errr.. yang aku maksudkan si Takuya Kimura awak tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam, ntah2 awk pernah jumpa dia. Dia keja kat seksyen 9. Belakang Shell.

      Delete
  5. alamak!! takuya kimura Lyd telah mematangkan muka Luth.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... awak mcm pengasuh Luth. Kata muka luth nampak mcm dah besar.

      Delete
  6. Bagusnya Luth tak nangis pun, ker dia tak tau pun apa yang sdang berlaku kepada rambutnya. Nampak makin matured la rambut pendek ni, macam orang kerja opis hihi.

    Btw I tak pernah tengok si Takuya Kimura, pernah dengar nama sebab ramai my frens masa sekolah gilakan beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... kecik lagi, memang tak sedar tu apa yg terjadi kat rambut dia. dia macam sibuk main maian je kat bounce2 baby tu sambil tgk tv tak berkelip2.

      Kalau penah dengar tu kira betul la TK mmg femes. kalo kita satu skolah, i mungkin akan termasuk dlm senarai frens yg gilekan TK dulu. Hehe.

      Delete
  7. Di rumah, isteri saya kerap menjadi Takuya Kimura membajak rambut saya....Memang saya suka Takuya Kimura sorang ni, kalau tak suka boleh tempis tangannya, sedang kalau kedai mamak malu nak tempis tangan berbulu mamak..hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la JR. Org umah pandai potong rambut. Saya penah potong rambut Takuya Kimura saya tu. Tapi jadi kelakar. Hahah. Nasib le TK saya tu jenis yang berkeyakinan tinggi. Dia bukan kesah pun rambut dia buruk. Selamba je dia.

      *pemalu rupanya JR ni. Nak tepis tangan berbulu tu kalo saya tak malu tapi cam seram je.

      Delete
  8. hehehe transformasi menarik encem sungguh hehehe. Adik alhamdullilah dah ok bca kat sini yer http://kesumaangsana.blogspot.com/2013/10/terima-kasih-atas-doa2-semua-yer.html

    ReplyDelete
  9. Comel betul baby Luth.. geram..
    Rambut pacak tu ensem :D

    ReplyDelete
  10. hye bby encem :-)
    kim salam sama u punya takuya kimura tu ye mama luth.hihihi
    boleh buka kedai gunting rambut la lpas ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya