Iklan! Iklan! Sila Click!

05 October 2013

Misteri Di Dalam Bilik Tidur

Sejahteralah ke atas kamu...

Minggu lepas masa Luth demam, aku pun kurang sihat juga. Batuk dan selsema tapi batuk la yang lagi kronik. 


Kebetulan kat rumah aku ada banyak lemon walaupun takde la sampai beribu-ribu lemon. [Ada 6 bijik je sebenarnya. Tu pun sebab anak sedara aku, Yon yang beli. Dia duduk kat umah aku 4 bulan sebelum dia pindah ke Borneo sekarang ni. Jadi dia yg suruh aku habiskan lemon2 dan segala makanan diet dia.]. 

Aku buat perah sebijik lemon, campur madu dan air suam sampai dapat segelas. Aku minum 2 kali sehari. Of cos aku minum. Takkan buat mandi pulak. So, batuk kurang la sikit.

Biasanya aku ni, kalau aku batuk lama. Memang lama. Waktu siang tak berapa batuk. Tapi malam baru le dia nak tunjuk belang. Aku batuk sampai cramp otot perut. Sampai tak sempat nak sedut oksigen sebab terlampau berturutan. Sakit kan kalo batuk? 

Ajaibnya minggu lepas bila aku dah tak batuk dah malam-malam waktu tidur. Siang-siang waktu aku duduk kat ruang tamu, aku batuk beriya-iya. Bila aku bawak Luth tidur tengahari dalam bilik, aku tak batuk plak. Aneh betul. Takkan le air lemon tu hanya mujarab bila aku duk dlm bilik. Intelligent sungguh air lemon kalo betul begitu caranya dia bekerja macam tu.

Bila aku kaji betul-betul..... baru la aku faham.... kenapa bila duduk dalam bilik aku tak batuk, tapi kat ruang lain dalam rumah tu aku batuk. Korang pun mesti nak tau misteri apakah sebenarnya dalam bilik aku tu. Ada penunggu ke? Jawapannya ialah ini;




Air Purifier jenama Super 8, model Super Life. Kisah selanjutnya tentang air purifier ni next entry. Silalah tertunggu-tunggu ye.

8 comments:

  1. agaknyer letak aircond kat ruang tamu yer..mungkin sejuk kot..?

    ReplyDelete
  2. huh entry bersambung..sungguh misteri cerita mu wahai kakak..hihi

    ReplyDelete
  3. Masa anak2 kecil dulu dan tinggal sebilik dengan ibu bapa, JR buat peraturan, jika ibu bapa tak sihat dia mesti 'dikuarantinkan' di bilik lain bagi mengelakkan sakitnya berjangkit kepada si-kecil....

    ReplyDelete
  4. Hehe.. Misteri sungguh dalam bilik tu ye... :D

    ReplyDelete
  5. owhh misteri terungkai sudah. Hehehee

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...