Skip to main content

Maaf Jika Pendapat Ini Kamu Tak Setuju

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku tak ada rumah sendiri. Belum beli (atau mungkin boleh dikatakan tak ada plan pun nak beli rumah sendiri). Aku faham, ramai yang tak setuju kalau aku kata aku tanak beli rumah sendiri. Ada kawan aku kata aku rugi, sebab harga rumah makin mahal, sedangkan rumah tu pulak boleh jadi aset untuk kita di hari tua. Ye, aku faham konsep beli rumah sebagai aset tu. Bagi aku, tak ada masalah. Sape nak beli rumah, beli la. Sape nak buat aset, buat la. Aku? Tak ada  niat pun nak buat aset tu semua.

Prinsip aku ni senang je..... Bagi aku, rumah, tak kira sama ada disewa atau rumah sendiri, ianya adalah pinjaman Allah kepada kita. Harta yang kita beli guna duit kita sendiri, yang memang dah sah jadi milik kita sekali pun tetap hanya pinjaman dari Allah. Tak kira la kereta ke, moto ke, henfon, kasut, barang emas bla bla bla even kereta aku yang dah habis bayar tu pun, walaupun buruk, tetap pinjaman Allah je. Bila-bila masa Allah nak tarik balik, Allah boleh tarik balik. Tak ada siapa dapat jamin rumah yang kita beli  tu pun akan kekal jadi milik kita selama-lamanya. Bila-bila masa Allah nak tarik balik rumah yang dibeli tu, kita takkan tau.

Kakak aku kata, lebih baik beli rumah sendiri sebab kalau sewa rumah bahaya, ada risiko untuk dihalau oleh tuan rumah. Nanti merempat nak cari rumah sewa secara tiba-tiba nanti susah. Erm... aku pulak tak pernah rasa tertekan dengan semua perkara tu. Bagi aku, jika ditakdirkan tuan rumah suruh aku keluar rumah tu, aku terima la takdir hidup aku. Aku yakin Allah akan beri aku pinjam rumah sewa lain pula. Pasti ada jalannya. Yang pasti, aku tak pernah rasa susah hati sebab aku tak ada rumah sendiri. Tapi aku susah hati bila orang tak faham prinsip aku tentang mempunyai rumah sendiri ni. Nak explain tu susah. Haihh..

Di antara sebab aku tak mau beli rumah sendiri ialah; 
1)  Kalau aku nak beli rumah, insyaAllah aku nak beli cash. Walaupun jalannya belum nampak, tapi kalau Allah nak pinjamkan rumah sendiri kepada aku, aku akan dapat. 
2)  Sebab aku memang tak ada impian nak hias rumah aku sekian begini sekian begitu. Aku takde hati pun nak renovate rumah ke apa. Sebab semua tu tak penting pun bagi aku. Asalkan hidup aku bahagia, itu dah cukup. Asalkan ada tempat untuk berteduh, makanan cukup dan pakaian untuk tutup aurat serta kenderaan untuk ke sana sini pun dah memadailah.
3)  Senang untuk aku pindah ke mana-mana aku suka nanti. Kalau ada rumah sendiri nanti selesa di satu tempat je dan susah nak buat keputusan untuk mengembara atau berkelana. [Aku ada pasang impian untuk pindah ke luar negara untuk rasa hidup di tempat orang dan tambah pengalaman.].

Kalau aku mati nanti, cemana dengan Luth? Kat mana dia nak tinggal? Kalau ada rumah sekurang-kurangnya... dia ada tempat tinggal. ~masa depan aku tak tau dan aku tak perlu pikir terlalu jauh. Sebab tu aku jalani je hidup aku, selebihnya Allah lah yang mengaturnya. So, aku hanya berfikiran simple. Tak payah nak fikir terlalu banyak benda. Yang aku fikir sekarang ialah cara untuk aku stabilkan kewangan aku supaya aku boleh resign. Hehehehehe.

Comments

  1. Sebenarnya bila kita beli rumah ikut style zaman skrang nie mmglah byk kena byr faedah..kdg berganda dr harga umah. tuh psl kalau ade cash mmglah elok byr cash...kdg dah bersara pun blom abes byr umah lg..kang elok duit epf guna byr umah cash n duit tuk ansuran umah tuh simpan pelaburan jangka panjang..lebih untung ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. faedah tu mmg perkara yg paling utama sebenarnya. Heheh. EPF tu kalo boleh kuar semua pun tak cukup nak buat beli rumah . Huhu. Kita tengok je la mana2 yg terbaik nnt,

      Delete
  2. Lain org, lain cara pemikiran. Sy hormati cara pemikiran awk walau pendapat dan pemikiran kita berbeza. Chewaahhh!

    Sy ade sorang kwn. Dulu dia bertudung. Tapi skg, dia free-hair. Apa sebab dan apa punca, sy mls nak amek tau. Tapi, tggjwb sy untuk saiko die kembali bertudung sbb aurat, kan? Bukan sbb die kwn sy semata tp sbb dia seagama dgn sy. Berkali dia bgtau, cara pemikiran dia berlainan. Sy hormati pendapat dan pemikirannya tp at the same time, klu kite pndi saiko...Inshaa-Allah, terbuka jua hatinya. Kita tak boleh mengubah org melainkan org tu sendiri yg nak berubah. Mmg menutup aurat tu mandatori tp sy sendiri pnh ade pengalaman berada dlm sisi gelap. Org yg tujah n serang kite suruh kite ttp aurat dan2 tu jugak, mmg x jln. Alhamdulillah, Allah bg jln utk sy sedar betapa berdosanya menayang aurat dari saiko2 org sekeliling terutama kwn2. Mrk tak desperate tegur sy bagai nak rak tp mrk saiko sy dari segi penampilan mrk sendiri. Itu yg bt sy tersentak.

    Cerita kita maybe berbeza tp jln tuju tu dah hampir sama. Hehehehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la.. hehehe.. boleh nampak le hala tuju sama. Cuma tutup aurat itu mmg wajib, Allah suruh, beli rumah pula tak wajib sekadar harus.

      Delete
  3. terpulang masing2 lah kan..

    ReplyDelete
  4. Sependapat.. saya pun dok menyewa jer.. betul, semuanya hanya pinjaman macam kereta kami dah habis bayar akhirnya kena curi... takde yang kekalpun..Saya ada beli rumah atas nama saya tapi abang punya, org kata saya bodoh sebab abang ada rumah sendiri kami dok merempat, bg saya tak bodoh, sebab sayapun tak tahu nak explain..bagi saya masa depan kita Allah yang tentukan kita hanya berusaha jer..Percaya rezeki ada di mana2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... saya tak kisah kalau org yg tak sependapat dgn kita, cuma dia kena hormati la prinsip kita. Ini bukan berkaitan hukum halal haram ke apa. Cuma kehendak atau keperluan je. Sebab saya, kalau org nak beli rumah, saya takde pun kata dia bodoh atau rugi. Sebab tu mmg hak dia.

      Delete
  5. Lain org lain pendapatnya kat. Tapi bagi saya kan lyd, klo ada duit better beli rumah cash. Hutang ni memang membebankan. Lambay bayar charge interest. Harga rumah jadi double bila pinjam ngan bank ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunggu ada duit cash tu yg tak beli2 lagi rumah ni fiza. Hahaha. Interest tu mmg menyirapkan darah,

      Delete
  6. Aku ada sorang kawan yang macam awak... sebabnya, dia bosan tinggal satu-satu tempat tu lama-lama. Kalau dia nak rasa duduk kat Bandar, dia sewa kat situ beberapa tahun... lepas tu boring, dia pindah lagi... tapi dia jalani hidup yang serba sederhana.. maksudnya, dia pun bukan jenis yang suka menghias rumah atau nak buat taman batu segalanya...

    Tapi.... adakah dia tak berduit?
    Tak juga. 10 tahun lepas, dia dah keluarkan zakat ASB sahaja dah beribu-riban. Tanah yang dia beli sendiri pun berekar-ekar.

    Mungkin dengan cara hidup begitu, dia dapat kumpulkan duit...

    Maksudnya, rumah bukanlah semata-mata cara untuk memiliki asset... ada banyaaakkkk cara lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, dalam proses nak jadi mcm kawan awk ni la ni. Nak mencuba tempat baru. Tengok tempat org.

      Delete
  7. aku nak cuba pikir cam ko la lyd...takde aset takpe, janji masyuk..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyukkkk..... Ko cuba la fikir mcm aku fikir bundle. InsyaAllah hati ko akan lebih tenang.

      Delete
  8. suami i ada rumah sendiri TAPI kitaorang TAK duduk pun rumah yang dibeli tu, menyewa jugakss, rumah suami i tu buat investment sewa dekat student

    Tu lah, lain orang lain carinya TAK boleh condemn cara orang kan

    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus jugak buat investment bagi student sewa. Kawasan tu mesti dekat dgn campus kot ?

      Delete
  9. Hidup ni kalau diikutkan sangat kehendak tu, memang tak kan pernah cukup. Kebahagian hidup tidak boleh diukur melalui harta benda. Jika kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan, insyaAllah, jiwa kita akan bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Sylarius. Akak ni amat bersyukur dgn apa yg akak miliki hari ini. Apa yang akak perlu semuanya Allah berikan. Syukur sangat,

      Delete
  10. Lain org lain pendapat kan. X kiralah kita menyewa atau tidak yg penting kita sentiasa bahagia kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye . Bahagia dan tenang tu yg paling mahal dan susah nak dicari.

      Delete
  11. Masa belum kawin dan masa mula2 kawin dulu saya pun pegang prinsip itu juga. Tapi bagi mengelakkan bertekak dgn isteri kerana prinsip itu, akhirnya saya mengalah. Memang betul, sangat sukar hidup di negara kapitalis di mana pemaju perumahan kelihatan seperti lintah lapar darah, semuanya pakai duit dgn jumlah yg sangat gila2. Lebih sukar apabila hutang keliling pinggang untuk bayar bukan lagi satu rumah tapi tiga rumah! Tapi kini saya rasa lega kerana hutang dua rumah itu dah selesai. Lebih lega kerana setiap bulan ada wang sewa rumah yang masuk bagi meringankan beban kewangan di tengah inflasi yang sentiasa mencekik leher ini.

    Apapun saya menghormati pandangan Lyd. Setiap kita ada pandangan yang berbeza dan pandangan itu juga boleh berubah mengikut keadaan...seperti saya dulu juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga satu hari nanti pandangan saya ni pun boleh berubah JR. Ini apa yang saya fikir dan persetujui dgn suami saya pada waktu ini. Boleh jadi juga bila dah makin lama, anak dah besar nanti saya berubah fikiran, tak siapa boleh ramal.

      Tahniah JR sebab dah habis bayar 2 buah rumah. Memang dasat ar JR.

      Delete
  12. ambil yg paling simple....simpan duit banyak2.


    lain2 x payah nak fikir sgt...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Akak pun tak simpan duit sangat. Tapi simpan emas. heheh.

      Delete
    2. saya pun ke arah tu, simpan emas (bukan emas perhiasan) lagi bagus. ;-)

      Delete
  13. pendapat manusia mmg berbeza sebab otak manusia tak semua sama size kan, so cara pemikiran pun lain. Yg pasti sekarang ni kalau saya punya aset pun untuk kegunaan anak2 di masa akan datang.. mana tau keaadaan tak mengizinkan utk mereka kelak boleh la gunakan yg mama+abah sediakan sebagai cagaran atau mata wang.. keadaan sekarang ni dah jauh beza dari dulu yg rumah kos rendah cuma berharga rm25k/unit.. sekarang seganda harganya.. nanti time anak2 entah bape kali ganda.. tapi aset yg sedia ada skrg ni pun hanya untuk kegunaan sekiranya berlaku kesesakan di masa akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nani. Pendapat berbeza takde masalah. Cuma perlu hormati kehendak masing-masing, baru la aman hidup betul tak?

      Delete
  14. Surprise surprise I am with u on this, err as always actually. I mmg dari dulu selalu pindah randah, so untuk beli umah tu not really in my list unless I memang ada duit berjuta-juta tak habis tak tau nak buat apa, maybe la I akan beli umah kayu sebijik kat kampung. Its just a comitments issue for me, banyak tanggungan nak beli umah ni, hidden cost sana sini walaupun menjadi aset. Well, we live a simple life, ada... ada la. kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan. I kalo nak ada rumah pun nak balik kampung, duk diam2 di kampung yang masih tenang [buat masa ini, masa depan tak tau kampung i akan jadi cemana].. Pasal komitmen tu pun betul. Cukai tu jangan cerita la kan. Hidup kita ni kalau lagi simple lagi seronok dan lagi mencabar.

      Delete
  15. ntah la lyd. aku no komen psl nih. mmg beli rumah tu bole jd kan aset. tp kewangan pun kena mantap gak, baru boleh beli rumah. aku pun xde beli rumah lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko dah pun komen walaupun ko kata no komen. Hehehe... Buat masa sekarang, ini la prinsip aku. Masa depan mungkin prinsip ni boleh berubah. Tak siapa yg tahu kan?

      Delete
  16. mmg impian aku dari zaman muda2 dl (skrg dah tuo huuuu) nak beli rumah yg besar, ada taman, ada swimming pool, klu anak sepuluh kene ada bilik 11...hahaha...tu impian & angan2 je...tp angan2 & impian aku tu nafsu semata2 coz aku ni penakut...umah beso2 kang takut ada cik han plak kan...pastu mesti ada yg menjeling tgk umah...klu stakat menjeling jek x pe tp yg ada keinginan nak merompak siap kene ikat bagai tu yg x dapek nak layan tu...
    tp alhamdulillah dh ada rezeki nak ada rumah sendiri...tuhan nak pinjamkan aku umah sendiri kan...wpn hutang umah habis 20thn lg...interest x berganda sgt psl loan essessemm hehe....syukur alhamdulillah..dah dpt semua yg aku impikan so skrg kene usaha spy aku dpt resign awal plak...one sweet day...the day will come... in sha Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramainya anak dalam impian ko. 10 org? Heheheh... Apa la penakut. Rumah besar, nnt masa tu upah la maid sorang buat peneman. Tapi jgn amik indon. Nanti lari. Yang part perompak tu, huhuhu... memang menakutkan. Mcm bos aku, perompak boleh buka pintu pagar, buka pintu rumah, masuk dalam, amik kunci kereta then bawak lari kereta Toyota Camry. Waktu tuan umah ada dlm umah. Tapi kalo nak kata perompak ni, takyah tunggu rumah besar atau umah sendiri. Umah sewa aku yg kecik tu pun perompak ada hati nak masuk.

      Syukur ko ada umah sendiri. InsyaAllah. Impian aku pun nak resign awal.

      Delete
  17. suami tak setuju bila ema nak beli rumah kat kelantan..katanya rugi sebab tak ada orang nak duduk pun melainkan dapat tukar balik kelantan...kalau bagi sewa pun tak lepas dengan bayaran pinjaman... suami pula ada beli rumah tapi rumah yg dibeli kami tak duduk, disewakan pada orang yang kerja area situ..

    ReplyDelete
  18. Sama la Myra belum beli/ punyai rumah sendiri..

    tapi ada perancangan untuk beli rumah, cukuplah sekadar rumah biasa2 bergantung pada kemampuan kami

    ReplyDelete
  19. saya pon hidup berpindah randah juga.hihi
    yg penting hormat la keputusan org lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya