Skip to main content

Keselesaan Untuk Dikongsi Bersama Set Bilik Tidur Idaman

Sejahteralah ke atas kamu...


Straight to the point, siapa nak beli cadar 100% cotton dengan kiraan benang dia 350, jenama Laurea, boleh le private message kat aku nu_sigma1980@yahoo.com. 

Kalau dengar harga macam mahal [tak tau la, ramai yang kata mahal. Tapi aku rasa kalau mahal pun berbaloi la.]. Konsep dia macam ni, kalau ko sanggup beli kain pasang cotton berharga RM120, pastu tempah lagi, then ko memang rasa selesa pakai baju kain cotton tu. Atau paling busuk pun baju blaus atau t-shirt yang harganya 50-60 hinggit sehelai. Walau selesa cemana pun, takkan ko nak pakai baju yang sama tiap-tiap hari kan? Tapi cadar, ko boleh pakai tiap2 hari. Takde sape nak komplen. Kalau kotor, basuh then boleh pasang lagi. Lagipun, kalau selesa pun pakai baju cotton yang mahal tu hanya ko sorang je rasa. Apakata [bagi yang dah berkahwin], ko kongsi keselesaan kain cotton tu bersama pasangan ko. Serius ni tak tipu, cadar ni memang selesa. 

Aku ni jual barang yang aku dah guna. Jadi, boleh la aku lambung lebih-lebih. Yang ada pada aku ni adalah Queen Ruffles. Ada 4 sarung bantal dan satu sarung bolster. Kain dia sejuk dan garing. [Garing? Faham-faham la kan. Tak faham angkat tangan.]. Kalau nak single atau king pun ada. Yang ada comforter pon ada.

Kalo suka, let me know hokey. 

Ini contoh design ruffles. Gambar daripada Google. Kat bahagian dalam tu sebenarnya ada getah fitted, kalo pasang kat tilam, terus je terletak. Ko tido ganas macam singa pun, tetap tak bergerak. Sesuai untuk orang bz yang takde masa nak kemas katil macam haku.









Kiraan bagi kain cotton yang berkualiti ialah dari 150 - 200 thread count. Thread count 180 ke atas dikira sebagai kualiti terbaik. Aku jamin, sape yang beli ni takkan menyesal. memang selesa sangat. Taktau nak explain cemana lagi dah. 

I tell you, katil adalah seumpama tempat kembalinya ke sarang bagi setiap manusia. Kat situ la perlu paling selesa dan selamat. Tak perlu tunjuk kat orang pun cadar kita mahal, asalkan diri sendiri rasa tenang dan tenteram berbaring di situ. Jadi, silalah jangan berkira untuk beli cadar.

Comments

  1. assalamualaikum lyd...cantik2 pula tu cadar nyer..:)

    ReplyDelete
  2. Owh I love this, my skin sangat sensitif so kalau jenis yg sulam2 or kain jenis timbul2 atau pelik2 walau mahal sekali pun, I takkan boleh tidur sebab gatal. Kat sini pun mmg I seboleh mungkin cari jenis cotton lagu ni. Tapi tak dpat la I nak mengorder dari u, melambung2 kos penghantaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U takpe, kat sana mesti lagi banyak choice yang berkualiti. Nanti balik mesia u order dgn i hokey. *heheh.. takleh bla aku promote barang.

      Delete
    2. Hahaha kalau tak nak beli pun, I akan beli kalau u promote gini sekali.

      Delete
  3. skang akak ni rajin promote barang ye..dh jadi duta ke ? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... yang ni akak jual. Jadi agent je. Yang lain2 tu berkongsi maklumat je.

      Delete
  4. saya pun tercari2 cadar baru ni..
    thanks info tu. baru tau.. hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. u'r welcome nani. Nanti kalo nak boleh email saya ye.

      Delete
  5. Di rumah masih pakai cadar lama yg masih boleh digunakan. Kalau cadar dah nampak nak hancur baru beli lain...ihiks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh JR, kalo cadar hancur nanti, ingat ye, beli dgn saya. Mesti berbaloi.

      Delete
  6. Sgt2 cantik cadar tuh semua...berkenan plak rasa tgk...hehhe
    p/s Just call Qi like Qaiser ilman....more better...Qi is just use in blog only not real situation hehhehe nice knowing u dear...keep in touch always

    ReplyDelete
  7. Cantik semua
    Nanti dh dok umh sendiri blh la order..
    InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh chekgu, takde masalah. Nak order nnt email ye.

      Delete
  8. Cantiklah lyd..sy pun peminat cadar camni jugak.kalau dekat2 tang nie juga sy msg nak tengok..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. takci betul org jerman dgn org fiji je yang minat ni. Heheh.

      Delete
  9. sy rasa design ruffles tue sesuai jgk utk org mcm sy hahahaha

    ReplyDelete
  10. Cantik sgt... saya pun peminat cadar. Pantang nmpk yg cantik mst nak beli.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Cikgu bagi email address boleh? Nanti saya bgtau dlm email.

      Delete
  12. betul tu lyd.utk tmpat tido jgn nak brrkira sgt ksn.. hihi

    cntik yg bunga merah 1st tu.. tapi tu la katil kita kat hujung nya ada penghadang la pulak.. so nmpak tak cntik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe ciksu, bleh tgk cuci mata je. Kalau nak hadiah kat kawan2 yang nak kawin pon boleh, atau kat mak mertua ke.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya