Skip to main content

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana

Sejahteralah ke atas kamu... yang membaca blog ku ini....



Sebelum yuollzzz tertenyew-tanyew apa pekdahnya aku share gambar terkulat ni kat sini, biar aku explain le terus. Baru aku tahu yang dulu masa skolah rendah aku pernah sekelas dengan suami aku. Tengok le muka suci dia masa kecik dengan mulut muncung tu. Aku plak muka serius tak hengat.

Aku masa kecit dulu bersekolah rendah di skolah kebangsaan Sg Lembing dari darjah satu sampai derejah enang. mat Azghul plak skolah rendah kat kampung dia. [Kami kampung lain-lain, tapi dekat je masih dalam kawasan Sungai Lembing]. 

Tapi rupa-rupanya sebelum dia tukar skolah kat kampung dia, dia penah sekolah kat SKSL sampai darjah 2. Tengok pada gambar tu ada tarikh Jan 88 maksudnya masa tu kami baru lapan tahun. Sekarang lapan perpuluhan 25 darab 4. Hahaha. Gambar ni pun kawan skolah aku yg pompuan paling tinggi tu post kat group WhatsApp. Dalam belanga bertemu jua.

*semalam aku MC sebab dunia aku berpusing. Hari ni pun masih berpusing tapi semalam lebih teruk.

Comments

  1. Kalau dah jodoh kann...wow! tak sangka..
    Dunia berpusing!! adakah penyakit kamu serupa dengan ku???...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... kalau penyakit yg sama mcm nita, saya terima dgn hati yg terbuka, tapi harap2 tidak. heheh.

      Delete
  2. Haaa..tak sangka yer jodoh begitu dekat rupanya ..asam dilaut, ikan didarat bertemu jua..cam sy nie haa..hehe
    migrain yer lyd..get well soon yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan migrain ummuaidan. Mcm tekanan darah rendah kot.

      Delete
  3. Kalau dah jodoh....dulu kakpb menyampah org Kelantan, takkan dijadikan boyfriend apatah lagi suami. Nah kau! skrg suami tercinta...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, kan dha dpt org kelantan. Heheh.. Mmg betul2 Allah bagi jodoh yg kak pb tak suka tu.

      Delete
  4. Itulah namanye jodoh...best kan...mcm x sangka lak jodoh dgn kawan sekelas gitu :)

    ReplyDelete
  5. huyo..jodoh sekelas..haha .. berpusing mcm gasing ke luth nak adik ?..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah... luth ni tak tau le nak adik ke tak. Suka tu suka kalo betul, tapi hati masih fobia.

      Delete
  6. ehhh...memg btl jodoh ni..mesti lyd xsangkan kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sangka. Pastu tak sangka satu skolah tapi tak ingat.

      Delete
  7. Mesti tak sangkakan. Fuh. Betul la kan kak kalau dah jodoh tak ke mana.

    ReplyDelete
  8. sungguh tak sangka kan?

    bestnye...

    aku terang2an dah bukan satu sekolah dengan encik L...

    hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti lepas tengok gambar korang mengimbau kenangan kecik-kecik korang kan?

      :))

      Delete
  9. Ini baru betul macam pepatah. Kalau dah jodoh, tak kemana. Pusing punya pusing, alih-alih dengan rakan sekelas juga akhirnya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, ye la.. jauh cari jodoh sampai seberang laut. Last2 dgn kwn sekampung.

      Delete
  10. kalu dah jodoh kan & tq sudi mendoakan kesihatan Adik yer !

    ReplyDelete
  11. Rajjuuuuuuuu!!!! Omg omg sweeet giler ok.

    ReplyDelete
  12. hoho boleh buat citer sinetron cenggini hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong tuliskan skripnya afzal. Ko berbakat mengarang cite.

      Delete
  13. simpan,boleh tunjuk kat anak cucu nanti hehehehe..apa kata mat aghul?

    ReplyDelete
  14. Agaknya masa sekelas dulu dah bercinta kan...? Kalau macam tu memang cinta paling hebatlah tu, bercinta sejak sekolah rendah, menengah dan sampai sekarang cinta puluhan tahun tetap menyinar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la JR. Tak kenal pun dia. Tak pernah ingat pon dia sekelas masa skolah rendah. Masa skolah menengah sama skolah tapi pun tak berkawan. Dah tua baru jumpa. Bercinta lepas kawen.

      Delete
  15. tak penah cerita ceritiker pasal sekolah...
    oo sungai lembing.. masa akak gi bukit gambangtu teringin nak ke sini...
    tapi masa tak mengizinkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah cerita pasal skolah rendah. tapi dia bukan ingat nama kelas. Saya pun tak ingat dia pernah sekelas dgn saya. Next time kena pergi kak. Biar saya promote sungai lembing dlm blog saya ye.

      Delete
  16. selama ni tak tahu ke satu kelas kak...memang jodoh akak..

    ReplyDelete
  17. la baru perasan ke selama ni
    cer citer macam mana leh bertemu kembali.
    kalau update gtau k.i tunggu tau

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya