Iklan! Iklan! Sila Click!

19 October 2013

Join Contest Huggies

Sejahteralah ke atas kamu...

Syarat penyertaan untuk join contest Huggies ni ialah perlu ambil gambar anak anda bertemakan 'aksi lasak di luar rumah'. Maknanya, kat luar rumah la. Aku kalau nak amik gambar Luth betul-betul kat luar rumah flet aku ni, memang tak menarik langsung le gambar tu. Maka, gigih la aku ngajak Mat Azghul pergi taman untuk buat outdoor photoshoot.  Walaupun dah lapan tahun aku duduk kelumpo, tapi bukan aku tau sangat tempat-tempat kat kelumpo ni. Aku bukan jenis yang suka explore tempat-tempat baru, sebab motto hidup aku pun, "lebih baik aku tido daripada aku penat". Memang tak sesuai perangai pemalas ni.

Mula-mula, ajak Mat Azghul pegi Taman Tasik Titiwangsa. Dia tanya aku, kat mana Taman Tasik Titiwangsa tu, aku jawab tak tau sebab aku memang tak tau. Tak membantu langsung. Pastu lalu depan Dataran Merdeka, drive je terus pastu nampak signage 'Taman Botani Perdana'. Ahh... pun boleh jugak la.... Al kisahnya, sampai le ke Taman Botani Perdana ni. 

Aku nak explain lebih2 pun tak dapat sebab aku tak explore habis pun Taman ni. Besar giler. Penat tau aku menapak dari tempat parking ke taman. Aku cuma sampai ke bahagian air pancut kat tengah-tengah tasik ni je. Pastu patah balik sebab dah petang. Betul ni, aku patah balik sebab dah petang, bukan sebab aku penat nak jalan. Hahahah. Layan gambar... [ini pun aktiviti ari Ahad lepas pegi makan kat Mr Food tu].




Gambar ni yang aku pilih untuk masuk contest. Nampak siap bawak alas lagi nak suruh Luth merangkak kat jeti kecik ni. Macam kero je mata si kecik mama ni.

Suka sangat dia twist kan lidah dia. Yang penting mama gomut. Pui.
Tu je la. Peace.

14 comments:

  1. Ingatkan u guys nak campak Luth berenang ke air pancut tu, mujur suruh merangkak jer hehehee. Good luck k.

    ReplyDelete
  2. Tak ada aksi Luth berenang di tasik ke? Kalau ada aksi tu pasti nampak real punya lasak...ihik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aksi berenang tu anak Sheikh Muzaffar boleh la kot. Luth ni, berenang kat darat pun terkial2 lagi.

      Delete
  3. Assalam... pagi-pagi saya terjah sini jap..
    Sebenarnya Taman Botani Perdana ni lagi cantik dari Tasik Titiwangsa, sesuai untuk beriadah redup jer... saya biasa singgah petang balik kerja jogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih. Ye ke awak? Kiranya tempat sekali la pilihan kami ni ye. hehehe.

      Delete
  4. Good luck lyd..sib baik merangkak kat jeti jer mama dia srh..kalau kena panjat pokok kang..?heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula mmg ingat nk suh dia buat aksi panjat atau bergayut kat pokok, tp mama dia plak malu. hihi.

      Delete
  5. weh...kat jalan gasing ada tasik la...tp bt masa ni aku lupa nama tasik tu...dalam 15minit je dari rumah ko....satu lg kat amcorp mall...haa..lepas posing blh g shopping kat amcorp mall...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku penah pegi yg dekat amcorp mall tu je. Actually tasik tu lawa jugak, cuma kotor. Yg 15 minit dr umah tu aku tak tau.

      Delete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...