Skip to main content

Aku Kembali Rajin

Sejahteralah ke atas kamu...

Mula-mula aku pasrah bila aku tiap2 hari update blog tapi aku tak dapat income yang banyak pun dalam Nuffnang. Sebab aku rasa, macam apa masalahnya.... blog aku bukan cerita benda2 yang selalu org google pun. Tapi bila aku tengok orang yang jarang update blog tetiba dia expose pasal dia dapat CPUV sampai 4, aku dah mula nak sentap. Pastu aku tengok contents blog dia pun lebih kurang aku, lagi le aku sentap. Why? Why? Why? Kenapa aku tak dapat CPUV?

Bila aku gali punya gali, punca kemerosotan iklan kat blog aku ni, aku baru perasan kat dalam Nuffnang tu, aku punya maklumat blog memang hancur. Aku kata, aku update blog seminggu sekali. Pastu isi kandungan blog plak pasal kesihatan, politik dan agama. Pasal agama tu aku yakin takde masalah. Tapi politik dan kesihatan? Sape nak layan. Pastu ada jugak aku bagitau yang komen aku terima hanya 1 dan 2 je. [jujur kan jawapan ni masa mula-mula berblog dulu]. Dan audien aku pulak hanyalah kawan-kawan rapat dan family. oooooooo.... Patut le pengiklan tak sudi nak iklankan kat blog aku. 

Aku insaf. Aku tukar maklumat tu semua. Dan yang paling ketara, aku dah mula nak kejar satu hari satu enty. Aku dah mula dapat rhythm untuk berblog semula. Wochaut cekidaut yuolss..! Sebab tu kalo korang perasan [perasan la korang ni], blog aku dah diupdate tiap2 hari dah. Weehuuu... Maka terus je aku nampak kesannya, sekarang aku dah dapat 3 CPUV on going. Alhamdulillah. 

Nak kata aku blogging sebab duit tu tak jugak. Tapi dah memang fitrah manusia, aku ni suka dapat reward. Baru la bersemangat aku nak teruskan cerita pedooh aku untuk korang baca.

Comments

  1. owh cengghitu ker caranya...patut ler saya tak dapat CPUV sebanyak tu..(ceh perasan cam baguih benor blog kome nih..)
    Terima kasih Lyd nanti saya cuba ekjas maklumat saya pulak..hehehe.
    satu je masalah saya tak serajin aok.. hahahah... k bye!

    ReplyDelete
  2. hehehe..takpe sis..cpuv tu bonus je pada akak..

    ReplyDelete
  3. Owhh bagus tips ni nnt bila I register Nuff I akan gunapakai. Pedooh tu apa?

    ReplyDelete
  4. Memang bahagian survey tu penting dan kena update kak

    ReplyDelete
  5. Memang saya pun perasan kalau tulis pasal politik orang tak komen, sebenarnya bukan tak nak komen, tapi mungkin takut nak komen, mungkin dalam hati teringat2 nasib tak baik tangan kena gari! Tapi bagi orang yang cuma menulis syok2 sendiri ikut hati seperti saya apa yg saya rasa nak tulis saya hentam saja....

    ReplyDelete
  6. sama gak.. dulu punya la susah CPUV tu nak singgah umah... tapi dah sedar diri sebab musabab yg sama.. sampaikan tak tahu apa itu CPUV bila blggers lain cakap pasal tu.. punya jakun la kan.. dah sekarang at least dapat gak lebih 500 views sehari walaupun target 1000 belum dapat lagi.. angkara apdet hari2 lah.. tapi sejak dah kena block blog kat ofis tu.. dah jadi slow balik sbb payah nak pakai hp je bw umah kawan2..

    ReplyDelete
  7. hmmm sy jelss tul ngan orng yg dpt CPUV nie..rezki masing2 kan..blog sy traffik tinggi hari2 pun tak bess jugak sbb takder income tuk motivate..camanrlah nak buat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya