Skip to main content

Makan Megi Tak Semestinya Sebab Takde Duit....

Sejahteralah ke atas kamu...

......tapi kebiasaannya kalau takde duit mesti terpaksa makan megi. Hari ni waktu rehat tengahari aku tak balik hantar susu kat Luth. Stock susu yang aku bekalkan untuk Luth pagi tadi dah cukup quota keperluan dia untuk hari ini. Jadi, mama dia ni ambik peluang untuk pegi shopping sorang2. Tak jauh, kat foyer bangunan ofis aku ni je. 

Dah beli tudung beberapa helai, aku beli plak grill chicken yang harganya RM12 dapat quarter chicken dan 2 side dish [aku pilih spagetti bolognese + potato salad].

Time nak makan tu aku masuk pantry, terus semerbak bau megi. Dalam hati aku, "huh! sapa makan megi???!". Bila skodeng kat bahagian belakang pantry, tengok akak-akak cleaner berbangsa indonesia tengah makan megi, kongsi satu mangkuk. Gulp.

By the time aku nak duduk kat meja yang sama dengan derang tu, derang dah cepat2 kemas dan beransur keluar. Aku rasa terganggu jugak bila aku kenangkan yang makanan aku berharga RM12 untuk aku sorang je makan. Akak cleaner makan megi yang berharga lapan posen kongsi 2 orang. Nak pelawa makanan aku, derang dah siap makan. Bersalah je rasa.

Aku tak nafikan yang ada juga masa-masanya aku teringin nak makan megi. Bukan sebab aku takde duit, tapi sebab teringin. Maklum la. Megi ni sedap juga kalau makan sekali sekala serta ada rasa unik yang tersendiri. Tapi kita boleh beza la org yang makan megi sebab teringin dengan orang yang makan megi sebab jimat dan tak cukup duit. Akak2 cleaner indon tu aku tengok memang selalu sgt makan megi. So, takkan setiap hari teringin kan?

Itu la. Nasib manusia lain-lain kan? Rezeki pon lain2. Apa-apapun, walau di mana pun tempat kita, bersyukurlah kerana itu semua Allah telah tuliskan untuk kita sejak azali lagi.

~feeling insap seketika.

Comments

  1. yup2..aku sendiri pun kerap jugak makan megi..reasonnya ialah malas..kalau masak nasik, masak lauk, nak kena tggu lama baru boleh makan..kalau megi, siap jer boleh terus 'siap'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, tepat skali. Malas pon salah satu reason akan makan megi.

      Delete
  2. Betul tu lyd. Saya kekadang klo bahan basah dah habis, masak megi sudah. Klo malas nak kluar lunch, makan megi jer lah ☺☺

    ReplyDelete
  3. megi mknan wajib zaman aspuri dan mahasiswi..huhu

    ReplyDelete
  4. samalah... kdg kat opis teringin.. mmg letak stok kat dalam laci.. selain megi biskut pun ada hihihihihi

    ReplyDelete
  5. Kalau dah tiap hari makan maggie tu bukan sebab teringin, tu memang nak jimat betul tu.

    ReplyDelete
  6. usah pedulikan org..
    janji perut kita knyang..
    hehe..

    ReplyDelete
  7. Papa JJ adalah mat salleh yang suka makan meggi, I rasa bersalah perkenalkan megi kepada beliau. Malah beliau telah dengan bangganya memperkenalkan megi kepada rakan-rakannya pula. Senang kerja I kan tak yah masak hidang meggi jer, tapi I tak suka meggi. Zaman kolej dulu dah cukup dah hari2 ngadap megi huhuu.

    ReplyDelete
  8. Kdg2 mkn meggi juga, saja nak bangkitkan kembali nostalgia zaman student dulu....

    ReplyDelete
  9. Syukur sentiasa...
    Dan...
    Di rumah aku selalu ada stok megi...
    Megi menggamit kenangan lalu...

    ReplyDelete
  10. layan gak mkn megi sbnr nyer. mkn megi sbb xde duit tu zaman student pernah la.

    ReplyDelete
  11. makan maggi memang sedap...tak semestinya takde duit baru makan duit..

    ReplyDelete
  12. betul2;...xsemesti nye xde duit bru mkn megi,,sye nie...kalu dah mls sngt turun dewan mkn pn...msk megi jgak...haha

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya.

    ReplyDelete
  14. Akak kalau teringin nak makan megi, jemput datang hostel saya. tetiap hari boleh tumpang sekaki. eh jangan kata sekaki akak punya kaki je, kaki hasben akak pon boleh join. akekeke

    oh, kaki luth pon boleh. mihmihmih

    ReplyDelete
  15. Sy pun suka kalau makan megi sekali sekala lyd..kalau hari2 tuh kang muntah kang..
    tringat ms student dl bila takder duit makan megilah wpun terasa betapa tak kenyang dan sedihnya..

    ReplyDelete
  16. insaf kan..mmg saya pun kerap mkn megi masa study dulu sbb duit dah surut.
    tapi skrg mkn gak..kalo teringin kat tekak.

    ReplyDelete
  17. aku jarang makan megi pasal masalah keguguran rambut huhu...sejak 2 menjak ni mmg terbayang megi tp tahankan diri je pasal sian kat baby aku makan bende x berkhasiat...tetapi last friday msk opis bau megi apalagi mengendeng je la heheh
    psl kakak cleaner tu diorg makan megi bukan disebabkan diorg xde duit tp diorg simpan duit la...nnt balik kg jadik jutawan tuu

    ReplyDelete
  18. ada kala nya masak meggi bila tak de mood nak masak... so lebih simple dan cepat masak meggi :D

    ReplyDelete
  19. kurang suka meggi.en asben suka la.selalunya dia yg beli stok meggi

    ReplyDelete
  20. ..bukan sebab takde duit @ dah kering. Tapi mmg favourite punya pasal. Tak boleh nak dipisahkan lagi. Wah..bahaya tu.

    ReplyDelete
  21. Ko mkn apapon jadi taik jugak bodo!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya