Skip to main content

Ketawa Aje Dia

Sejahteralah ke atas kamu....

Nak cite pasal Luth lagi. 

 






Luth ni seorang yang penyuka dan penyenyum. Ada sorang orang tua ni kata dia mcm tu sebab dia tak kenal orang lagi. Aku pun tak sure le dia dah kenal org ke belum. Aku rasa dia dah kenal aku dgn papa dia. Tapi kalo dia belum kenal orang, aku harap Luth akan kekal sentiasa jadi penyuka dan penyenyum tu walaupun dia dah kenal org nanti. 

Cuma ada masa-masa yang aku rasa dia ni selalu je senyum atau ketawa tak bertempat. Hehehe... Mcm mama dia la kot. Hehehe.. Haa tengok, mama dia dah ketawa tak bertempat. Heheheh... Haa.. tengok..tengok... ketawa lagi. :D. Luth ni kalo dia tengok langsir pun dia senyum. Tengok kipas pon dia senyum. Mungkin sebab bila dia tengok benda tu bergerak2 dia nampak langsir tu macam muka mama tengah agah dia then kipas plak macam muka papa dia tengah agah dia.

Bila tengok TV channel Baby TV, kalo katun dalam tu ketawa ramai-ramai sesama kaum katun, dia pon tumpang jugak ketawa sekali. Siap kaki menggeletek tendang2 punya la suka tengok katun. 
Ini katun 2 ekor yang pink nama Billy yang biru nama BamBam. Rancangan katun ni namanya Billy Bam Bam. Ini la katun yang selalu buat luth ketawa. Hehe.

Ari tu Luth demam, pastu aku bawak dia gi klinik. Doktor kat klinik tu pakai face mask. Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati, itu pasal dia pakai mask. Doktor check suhu Luth macam takde demam pun padahal sebelum pergi klinik tu aku check suhu dia ada sikit tinggi. Dah tak pasal-pasal doktor kata aku dengan husband aku paranoid dan overprotective. Hampeh. Dia cakap, aku baru je 5 bulan jadi parents, so jangan nak risau sangat la. Hehehehe... Yang aku nak cerita kat sini ialah, Luth bila doktor tu membebel kat aku dengan husband aku, Luth plak gi ketawa kat doktor tu. Maklum le, doktor tu cerita bersemangat sangat, sekali dengan tangan-tangan sekali bercerita. Mana la Luth tak ketawa. "Hey doktor, kamu tahukah bahawa muka kamu sangat kelakar bila kamu buat gaya begitu dengan memakai face mask?", kata Luth sambil ketawa. Bila dah kena ketawa dengan Luth, doktor pon terus je main agah2 Luth. Cover line letteww...

Doktor terus pakai paper bag kepsi sebab malu kena gelak dgn Luth
Semua tu okay lagi. Yang paling aku pitam bila aku floss gigi depan Luth, dia mesti akan ketawa tengok aku. Kelakar sangat agaknya muka mama ni bila floss gigi. Memang ralit dia tenung pastu dia ketawa mengepak-ngepak tangan dan kaki sama macam bila dia tengok kaum katun ketawa ramai2 tu. Adehh... apa la ini budak. Kot muka mama macam muka Billy BamBam ke masa floss gigi?

Muka mama mesti la lagi cantik daripada ni masa mama floss gigi. Tu pasal Luth ketawa. wekkk.



Pastu kan... Luth ni bila dia nangis lama sikit je, suara dia mesti berubah jadi macam suara Eric Tsang [pengacara rancangan Super Trio kat TVB]. Aku dengan Mat Azghul mesti rasa nak tergelok bila suara Eric Tsang dia tu keluar. Hahahaha..

Eric Tsang


Itu je la gossip pasal Luth buat kali ini.

Comments

  1. wah! happynya luth..bayi kan memang macam tu..senyum tak betapa..hahahaha, semua benda nak senyum..

    ReplyDelete
  2. sama ngan my bby.. suka senyum n gelak. now dah 8month.. sapa2 pun dia suka. jumpa dokte pun dia gelak.. sampai dokte heran apa yg kelaka sangat.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... mesti kiut sgt kan bila dia ketawa. Dan kita pun rasa kembang jugak bila doktor puji anak kita cerdik.

      Delete
  3. SUKA SENYUM SUKA KETAWA MESTI DEWASA NANTI MUKA ENSEM MANIS ..HAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak, manis dan encem macam mama dan papa *tangan atas bahu mata buntang ke atas.

      Delete
  4. hahaha...senyum..tak perlu kata apa-apa..

    ReplyDelete
  5. Tapi mmg ada baby masa umur 3 4 bulan ketawa kat suma org. Tapi bila dah kenal orang, asyik melalak pulak. Harap luth tak mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. harap2 luth akan sentiasa senyum ketawa bila dah kenal org nanti.

      Delete
  6. Alahai...cutenya... ada video dia ketawa tak, saya suka dengar baby ketawa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nita. cuma tak share kat mana2 pun. ingat nak upload gak kat utube. Tapi ntah le bila. Tgk la kalo rajin.

      Delete
  7. oohhhh..eric tsang namanya yer...baru tahu

    ReplyDelete
  8. hehe. anak akak ke? Ya Allah, dapat juga tengok budaknya! :)

    hai luth! jadi anak yang soleh ye?

    akak, maaf lama tak komen2. saya tak sempat update. hehehe. greem screen tu utk fyp kak. project saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye jannah. Anak akak ni. Dah besar dah awk baru dpt tengok ye.

      Delete
  9. luth yang hensem dan comel..semoga jadi anak yang soleh ye sayang..(^_^)

    ReplyDelete
  10. so comel...senyuman baby ni ibarat penawar keletihan dan kepenatan kita blk keje kan? same goes to my lil pwincess zara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul mrs R. bila dah balik keja tu, rasa nak duduk je dgn anak main dgn dia.

      Delete
  11. baca n3 ni sambil membayangkan luth senyum & ketawa, mesti cute giler kan hehehe

    ReplyDelete
  12. Hahaha eric Tsang, serak serak basah sikit kan. Bagus baby suka senyum and gelak ni, happy baby. Banyak jer I nampak baby lain yg belum kenal orang pun tapi suka menangis, nampak orang jer nangis. Orang kata, happy baby sebab parents nya very happy to have him/her... kata orang.

    ReplyDelete
  13. Hheee, pandai berinteraksi dah Luth ni :D

    ReplyDelete
  14. mcm mana agak2 suara dia mcm eric tsang tuh. teringin nak dgr. cer rekod sket.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya