Iklan! Iklan! Sila Click!

26 July 2013

Something Missing

Sejahteralah ke atasmu.


Tahun ni first time aku berpuasa tanpa mak. Huhuhu.... Aku dah takde emakkk... Ada banyak perkara yang aku rindu pasal arwah mak. Aku cuba mengarang ayat yang terbaik untuk menggambarkan perasaan rindu tu. Rindu masakan mak dah tentu. Arwah mak aku takde signature dish. Takde la nak kata, "fuhhh... asam pedas mak aku buat memang terbaik di seluruh pelusuk cakerawala".. Memang bukan macam tu la. Bagi aku semua masakan mak aku sedap. Jadi aku tak reti nak pilih masakan mana yang paling aku rindu tu. Mungkin sentuhan air tangan dia tu yang paling aku rindu kot. Ntah la. 

Tapi, bila bulan puasa..... ada banyak jugak makanan yang mengingatkan aku kepada arwah mak aku. Sebab biasanya aku akan suka juadah yang dia suka, yang orang lain biasanya tak suka. Contohnya buah kabung.
Curi gambar dari sini

Dan kuih nekbat
Gambar dikelepet dari sini. Kuih nekbat ni bagi sesape yg tak tau, dia macam bahulu tapi tawar. Pastu masak dgn air gula letak pandan.
Pastu air gula nenas... Yang ini paling aku suka.

Maafkan daku kerana mencedok gambar ini dari sini..

Jump stab atau pon lompat tikam...

Orang yang invent kuih lompat tikam ni kalo dia masih hidup, mesti dia akan lompat dan tikam diri sendiri pulak sebab menyesal tak sudah dia bagi nama kuih ni lompat tikam sbb asyik kena menganjeng je dengan ramai orang. Gambar dari sini
Dalam banyak-banyak makanan.... hanya ada satu je kuih yang aku rindu gile vavi nak mamfus. Kuih ni aku yakin mak aku yang cipta sendiri. Nama dia kuih lipat. Bukan macam kuih lipat Terengganu tu tau. Kuih ni kulitnya daripada kulit karipap exactly tepung yang sama la. Pastu dalam tu intinya telur dadar yang ada bawang besar dan daun sup. Yang membuatkan kuih ni memang owesome ialah teknik membuat tu. Inti kuih ni, arwah mak aku isi masa telur tu mentah maksudnya cair lagi. Then masukkan dalam tepung yang dah dinipiskan, pastu lipat laju-laju, lebih laju daripada 0.03 saat iaitu masa untuk gaban bertukar menjadi gaban. Lepas tu terus masuk dalam kuali. Korang faham tak apa aku citer ni? Ke aku syok sendiri je? Kuheh. [aku gelak sekali je menandakan aku gelak cover malu.]

Itu baru citer pasal kuih. Sebenarnya yang paling aku rindui tentang arwah mak aku dah tentulah dia punya sikap tenang yang boleh menenangkan orang tu. Aku rindu nak berborak kosong benda yang sama ulang-ulang dengan dia. Makan apa, masak apa, buat apa, tengok tv citer apa.... dan sebagainya. Dengan arwah mak aku je aku boleh cerita benda-benda yang tak penting dan sangat remeh yang takde orang lain sudi dengar melainkan mak aku. Seperti kulit aku naik ruam ke, perut aku sakit kena cucuk duri landak ke, rambut aku gugur 6 helai ke, kredit aku tinggal seposen ke... semua.. semua benda tak penting. Haa. tgk, korang pun dah macam tak larat nak baca cerita aku ni kan?  Kesimpulan entry ni hanya satu je, aku rindu arwah mak aku. Sekian.

24 comments:

  1. wah! kuih lompat tikam, sekali pandang macam taufufa pun ada.

    ReplyDelete
  2. waaa...

    walaupun ko tulis sempoi aku tetap touching.

    by the way aku suke air nenas letak cengkih.

    sedap...

    ReplyDelete
  3. Tulislah panjang mana pun lyd, asal mampu meredakan kerinduan.

    Kuih lipat tu saya bayangkan cara buat mcm buat murtabak. Tapi yg mak lyd buat ni mcm susah jugak, sbb nak goreng. Kalau tak pandai lipat, terkeluar telur cair tu. Dan dpt saya bayangkan..mesti sdp! Sbb saya suka karipap...suka telur.
    Lyd try le buat...biar jd mknn fav. Luth.

    ReplyDelete
  4. dapat bayangkan perasaan lyd tuh..terasa giler kan dah nak2 raya nie..apapun masakan mak tetap pujaan hati..apapun bebelan mak,tetap terngiang2..
    byk2kan doa utk mak yg telah tiada yer lyd..

    ReplyDelete
  5. xpernah bosan dgn tulisan sis...(pengakuan jujur) hehehe

    saya pn rindu mak saya...huhuhu

    ReplyDelete
  6. kuih lipat tu,si anak tu tak warisi ke kepakaran buat kuih lipat tu..meh la kongsi resepi..

    ReplyDelete
  7. Ada signature dish tu. Awak je tak perasan tu. Mungkinas simple as sambal belacan tapi emak masukkan buah prune dan rasanya jadi umphh... cepat fikirkan signature dish dan berbanggalah dengannya...

    ReplyDelete
  8. tiada cara lain lagi...kita hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan doa banyak-banyak dengan Allah...saya dapat rasakan kesedihan Lyd tu...

    ReplyDelete
  9. Alfatihah buat mak Lyd..
    Touching membaca nyer..
    *sambil cover airmata dr celah spek sambil jeling mak sendiri tgh uli donut*

    ReplyDelete
  10. salam semua..

    sy lili pengedar sah shaklee di seluruh malaysia..

    jemput jengah blog saya jika ada kelapangan yer.. :)

    Jum FOLLOW BLOG http://iffahadani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. salam semua..

    sy lili pengedar sah shaklee di seluruh malaysia..

    jemput jengah blog saya jika ada kelapangan yer.. :)

    Jum FOLLOW BLOG http://iffahadani.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. mak yg sihat pun dirindu..apalagi yg dah takde

    ReplyDelete
  13. al-fatihah buat mak Lyd. saat gini memang teringat...touching lak.


    baca entry ni baru taw pasal kueh nekbat...3 tahun duduk kelantan kenal kueh lompat tikam je, nekbat tak sempat nak berkenalan la pulak. hehe.

    ReplyDelete
  14. bila rindu, hadiahkan al fatihah..semoga ibu lyd tenang dan aman di sana..al fatihah..

    ReplyDelete
  15. faham sgt perasaan itu, kalau rindu kgn lupa sedekah alfatihah yer !

    ReplyDelete
  16. rindu jgk pd arwah abah yg baru pergi...susah nak percaya tahun nie kami beraya tanpa abah..

    ReplyDelete
  17. aku cuba bayangkan kuih lipat arwah mak kau tu tapi tak boleh..daya imiginasi tak tinggi macam dulu..

    alfatihah~

    moga beliau tenang disana..

    ReplyDelete
  18. aku masa arwah bapak aku baru meninggal, macam tu gak time nak sambut raya. rasa something missing. btw, aku dah lama x merasa buah kabung. tiba2 bila tgk gambar, rasa cam nak makan lak.

    ReplyDelete
  19. Bila puasa sesekali teringat masakan wajib mak: nasi kerabu versi Utara..Semoga mak dan ayah berbahagia di dunia sana....

    ReplyDelete
  20. Al-Fatihah to your late mom... I myself walau masih ada mak, still payah nak rasa air tangan beliau, sometimes sambil masak campak2 gaya beliau, sambil kepit phone pot pet pot pet bersama beliau. Sorry dont meant to make u more upset, bertabah la dear.

    ReplyDelete
  21. mak masih ada...tapi sebab duduk jauh...lama giler tak makan masakan mak.huhuhu...dan yang paling rindu nasi goreng arwah tok wan buat...miss giler2

    ReplyDelete
  22. yong pun rindu arwah mama yong

    erm kuih nekbat tu yong x penah makan pun rasanya.mcm menarik
    lg satu kuih ada telur dadar tu cemana ek..
    teringin pula rasanya

    ReplyDelete
  23. Nekbat. Lompat tikam. Kabung. Air nenas.

    Ni macam berbaur awek Kelantan je ni.

    Salah ke gua cakap?

    ReplyDelete
  24. Tak pernah minum air nenas mahupun makan kuih nekbat..
    Banyak persamaan makanan kegemaran ye..
    Apapun kita doakan moga roh arwah tenang di sana

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...