Skip to main content

Jejakku Dapat Dihidu

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ada sorang kawan, nama dia Rina. Dia kawan seasrama aku masa aku form 1, kawan semerepek buat kerepek merangkap kawan gedik-gedik minat abang senior. Kami tak sama kelas. Aku kelas 1 Jingga, dia kelas 1 Kuning sama kelas dengan suami aku. Tapi aku kawan dengan dia, aku tak kawan dengan suami aku pun masa tu. Bila masuk form 2, dia tukar skolah. Dia balik gi skolah kat kampung. Aku tak sempat nak bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi yang mulia ini pun dengan dia sebelum dia tukar sekolah. Aku pun tak pasti ngape dia tukar skolah, tapi aku suspect dia tak tahan dok asrama. Mungkin dia alergi sabun bila kena basuh baju sendiri guna tangan. Kot. Itu hanyalah spekulasi aku. 

Dah 20 tahun tak jumpa[nampak benor aku ni mmg dah tua huuuu], aku pun tak tau apa jadi dengan dia. Baru-baru ni aku dapat friend request kat facebook. Dia tak guna nama sebenar tapi naluriku berkata, 'yaaa.... dialah orang yang ku cari-cari' *ceh poyo*, so aku accept. Tengok-tengok, memang betul, dia adalah Rina kawan lama aku. Pastu kiterang bertukar nombor tepon dan berWhatApps. 

Hati aku terus berbunga-bunga melur di tepi batas bila dia kata dia dah lama cari aku. Pastu dia tak sangka aku dah kawen dengan Penyu [nick name suami aku kat skolah]. Dia jeles katanya. Maklumla... Penyu kan femes. Penyu kan jadi rebutan. [Booooooo... tikam mata sampai berdarah]. 

Aku tanya dia, cemana dia boleh ingat aku lagi? Maka jawapannya, dia kata dia tak pernah lupa aku, malahan selalu ingat aku sepanjang 20 tahun ni. Wowww.... bercahaya kejap bijik mata aku, keluar manik-manik air mata tanda aku terharu. Aku tanya lagi, ye ke? Kenapa dia ingat aku? Dengan tulus ikhlas dia menjawab, sebab nama orientasi** aku Salad. Nasik ayam pulak adalah makanan kegemaran dia sejak dulu. Dalam nasik ayam ada salad. So setiap kali dia makan nasik ayam, dia teringat aku. Chisss... Potong. Terus je bunga melur kat tepi batas tadi bertukar menjadi bunga kemboja berguguran di atas pusara.

**Orientasi - Sape pernah duduk asrama [terutamanya asrama skolah], mesti pernah hadap minggu orientasi. Korang akan dapat nama orientasi yang biasanya nama2 ejekan yg direka oleh senior, kena mintak tandatangan senior yang bajet bagosss, pastu kena denda kalau nak dpt tandatangan derang yang konon2nya mahal teww. Buweek. Denda yang paling ringan kena menyanyi la. Aku penah gak kena denda menyanyi. Pastu aku tak tau nak nyanyi lagu apa, aku nyanyi lagu yang aku belajar dalam kelas Muzik masa darjah 2 bertajuk 'Ais Kacang'. Aku tak tau le korang tau ke tak lagu tu, tapi lagu tu lirik dia lebih kurang mcm ni, "bila terasa panas dan rasa dahaga, singgah di gerai ais kacang di minta, susu dan jagung, kacang dan lengkong, air gula berwarna, campur semua, enak rasanya, kegemaran kita semua...". Begitu la kaedahnya lagu tersebut ye tuan puan yang dikasihi sekelian.**

Itu je lawak ramadan yang tak lawak pun. Selamat berpuasa.

Comments

  1. Hehehe..
    baru nak shut down pc nak balik tetiba naik entry ni..!
    Saya pun penah dok asrama dan mengharungi orientasi yg 'best' tu :)

    ReplyDelete
  2. seornoknya dpt juma kwn lama...
    Selamat berpuasa..dan berbuka puasa :)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan lyd...

    alhamdulillah.. lama tu masa.. mesti muka masa skolah n skarang x brape brubah lg..tu leh cam..mknanya masing2 maintain remaja lg ni ;-)

    hehe.. lya dulu pon slalu nyanyi lagu ais kacang tu...

    ReplyDelete
  4. Kahkahkah...lawak la lyd!
    Sib baik lyd tak nangis beria, kalo tak rugiii je.

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat jumpa balik kawan lama.. :-)

    ReplyDelete
  6. wahhh... ingatkan lg ye lirik lagu ais kacang. aku yg muda lg ni pun x ingat dah. hehehe...

    ReplyDelete
  7. seronokkan bila lama sangat baru berjumpa...wah awak ingat lagi lagu ais kacang tu...saya menyanyi-nyanyi lagi dengan lirik tu...nostalgia sungguh..budak sekarang nyanyi lagu gyiyomi...haahha

    ReplyDelete
  8. lyd...samala..pernah gak kena orientasi ni...sy masuk hostel form 1...plg xleh blah utk dptkan sign abg senior kena bagi pd dia botol kicap kat dewan makan tu..baru dia nak sign..apada...hahaha...masa tu memg malu kan..maklumla baru sweet 13..tp skrg kalu ingat memg lawak...hehhe

    ReplyDelete
  9. Bestlah dpt contact balik kawan lama.

    Saya ingat lagu ais kacang tu. Tapi dah lupa liriknya. ☺☺

    ReplyDelete
  10. kira lawak la ni kak.. hahaha kelakar la akak ni..rasa nak campak kusi ni laju2...hehe (n_____________n)

    ReplyDelete
  11. saya ingat lagu tu lebih dari lagu sekolah

    ReplyDelete
  12. hehehehehe.... bila baca kisah ni tibe2 terkenang zaman duk asrama dulu... sweett...

    selamat bulan puasa sis n family... ^-^

    ReplyDelete
  13. hehehe seronok baca n3 ni !

    ReplyDelete
  14. Hahaaha selamat berpuasa darling. Dimulai dengan jejak kasih, ditengahi dengan salad, diakhiri dengan ais kacang, bagus betul hahhaa. Haaa duu2 dorang panggil "ragging" kan, konon. I anti la benda gitu hohoho. Masa kat kolej, my fren sorang ni siap kejar senior ngan pisau pasal ni, hahaha fadan muka.

    ReplyDelete
  15. Wahhh dah macam jejak kasih :)
    Nama samaran pun lawak je..hehee :)

    Lagu ais kacang tu nk kena dengar la.. sure lagu muzik sekolah sama kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...