Skip to main content

Luth : 3 Bulan

Sejahteralah ke atas kamu...

Ada banyak benda yang aku rasa boleh aku jadikan entry baru untuk blog ni. Cuma yang 'banyak' tu adalah cite berkenaan Luth yang mungkin akan membuatkan orang bosan nak baca. Lagi-lagi pasal anak dia. Macam dia sorang ada anak. Jadi, sebab tu la blog ni aku dah jarang update sebab aku mcm takde idea sangat nak cerita pasal apa. Amponkan la haku ye kawan-kawan.

Lubang Hidungmu.
Luth dah berusia 3 bulan 7 hari. Muka dia makin jelas ikut muka aku. Lubang hidung la yang paling ikut aku. Wakakakah. Sekarang ni dia dah pandai berborak dengan sesaper je yang bercakap dengan dia. Aku selalu bercakap dengan dia. Kadang-kadang benda yang takde kaitan pun aku cerita kat Luth. Pastu mula la dia pun akan berborak jugak dgn aku bila aku pause kejap cerita aku. Pastu pantang kalo orang agah dia, memang dia akan suka ternganga-nganga mulut. Ketawa mengilai belum lagi la.

Cerita Jijik.
Setakat ni karektor dia yang paling aku pening ialah dia tak suka berak dalam diaper. Kalo berak nak kena atur. Buka diaper dan angkat kaki dia, baru dia berak. Kalo nak suh dia meneran dalam diaper jangan harap la. Kalo 10 hari aku tak atur dia berak, memang 10 hari dia tak berak. Aku pun tak tau apsal dia ni. Mungkin dia penggeli kot. Oleh sebab tu la aku berani pakai Mamy Poko kat dia sebab dia tak perlukan banyak diaper je. Yang penting mamy poko memang bagus la... Kalo aku tak pakai Mamy Poko, aku guna Pet Pet.

Project Terbaru Mama Luth.
Sekarang ni aku tengah berusaha gigih nak buat flash card untuk Luth menggunakan kain felt dan flanel. Saje je suka nak buat sendiri. Guna kain kan lebih afdhol. Memang mencadangkan untuk Luth masuk mulut flash card tu nanti. Cuma flash card aku tu agak kantoi skit sebab tulisannya dah tersilap print terbalik.

Memula print pada 'iron on' paper. Harga sekeping RM5. Sekeping bleh buat 4 gambar.

Potong gambar dan sediakan kain flanel untuk di iron-on kan gambar tu.

Iron jangan tak iron.

Buangkan kertas dan gambar sudah terlekat di kain. Taadaaaa... terbalik....

Potong kain yang dah dilekatkan dengan gambar.
The next step ialah nak jahitkan kain flanel putih yang ada gambar tu pada felt warna hitam. Tapi bila sampai part tulisan terbalik tu, terus je otak aku jammed. Tak tau nak selesaikan cemana. Aku dah try kikis untuk buang tulisan tu, tapi agak buruk hasilnya. Nanti kalau biar, sian plak kat Luth kekeliruan sampai ke tua.

Itu je. Kupai.

Comments

  1. U cerita pasal anak pun still menghiburkan hati la, doesnt mean bila kita bercakap pasal anak, takder maksud tersemunyi dan tersirat di sebaliknya... bigger picture konon (dari mak yg hanya menulis pasal anak).

    U ni rajin tak habis kan, flashcard pun self made, untung Luth, terbalik pun takpa... usaha lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun rasa cerita I menghiburkan hati tapi untuk I je. Tapi kalo org lain citer pasal anak, I suka je. Banyak benda bleh belajar daripada cerita orang.

      Rajin tu ada sikit je. Sampai sekarang project tu stuck kat situ je. Sbb dah terbalik nak buat pun takde mood.

      Delete
  2. kak cerita pun dah best,hehe, post ni tak tunjuk luth ke?..haha

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Mamy Poko bagus wei. 14 jam aku tak tukar pun kulit dia still kering. Aku ni selalu lupa nak tukar pampers dia. Pastu dia plak memang tak berak dalam pampers. So jimat la.

      Delete
  4. Replies
    1. Best jugak ada baby. Doakan awk pun akan dapat baby soon.

      Delete
  5. flashcard tu untuk ape akak? maafla sy xde ank lagi. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flashcard tu untuk ajar hurup2 kat anak. Takpe, bleh amik tau utk masa depan.

      Delete
  6. Bab tak nak berak dlm diaper tuh yg paling kagum sekali..bijak Luth nie nanti..so camaner awak tahu yg dia nak berak tu..mesti main agak2 jer kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang setkan jadual berak dia hari selasa dan sabtu. Waktu lain kalo dia nak berak, dia tak kasi saya pakaikan diaper dia. Bila saya nak lekatkan diaper, dia akan merengek sambil dia akan luruskan kaki dan kepit kaki dia rapat2. Lepas tu dia akan angkat kaki dia.

      Delete
  7. amboi kecik2 lagi dah geli nak berak dalam pampers..hihihi...rajin buat flash card...dulu saya pernah beli harga rm10,banyak juga dalam satu kotak tu,sampai sekarang ada lagi anak dah 12 tahun...tak guna pun...terukkan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sbb dia tau mama dia pun penggeli. Kalo bertepet dalam diaper tu lagi mama dia malas nak cuci. Heheh.

      Tak pernah pakai ke flash card tu? Kena turunkan kat anak buah la ni. Ataupun bleh guna utk anak2 yang ummi arissa jaga. Kalau ikutkan saya, beli lagi senang cuma nak letak kat kain supaya dia boleh gigit.

      Delete
  8. amboi rajin nye akak buat flash card...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poyo je lebih akak ni. Sampai skrg tak siap2 lagi flash card tu. Hahah.

      Delete
  9. isk...rajin nye... best laaa baby Luth mama dia rajin... ;)

    ReplyDelete
  10. Apa nak buat As. Dah kecuaian sendiri. Huhu.

    ReplyDelete
  11. Ekekeke...tergelak2 daku baca lyd, Bley terbalik plak. Punya lah excited. Bila jdi mcm tu, trus jammed ☺☺

    ReplyDelete
  12. citer j bab luth j ciksu setia du sini.
    cma cpat atau lmbt j.

    u mmg mama yg rajin.
    blja dari kesilpan k.

    mmg kreatip.untung luth

    ReplyDelete
  13. bab luth xnak berak dlm diaper tue...wah mcm mana kecik2 lg dia boleh tahu, bijak nie

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya