Skip to main content

Kenapa Letak Nama Luth?

Sejahteralah ke atas kamu....

Ada juga beberapa orang yang bertanya aku... "macamana boleh dapat idea nak bagi nama Luth tu?". Aku pun tak de jawapan, cuma aku kata aku suka nama tu. Bila aku tanya, kenapa boleh tanya aku soalan tu... derang cakap sbb nama tu unik gile. Padahal aku rasa nama tu takde la unik mana pun. Ramai je org bagi nama anak dierang dengan nama Luth, cuma tak ramai yang panggil anak dgn nama tu sebab nama anak dierang panjang lagi. Nama Luth tu hanya sebagai pelengkap.

Sebelum Luth terhasil lagi aku dengan husband aku memang dah bercadang nak bagi nama anak kami dengan nama-nama ringkas yang mudah disebut dan diingat. Niat aku cuma nak bagi nama yang baik untuk dia. Kalau boleh nama para nabi. Jadi ada 3 pilihan nama nabi yang paling ringkas iaitu Nuh, Hud dan Luth. Nama Nuh pun okay tapi kang sama plak macam nama Noh penyanyi kumpulan Hujan. *tetibe*So, tinggal lagi 2 antara Hud dengan Luth yang akhirnya kami pilih Luth.

Tak tau arrr apsal. Aku rasa nama Luth tu agak cool. Memang aku dan suami aku suka dengan nama tu. Cuma aku tak sangka plak nama Luth yang kiterang bagi tu mengundang reaksi terkejut bila orang tanya nama anak kami.
Budak demam. Mata terpejam kena flash.


Contohnya masa aku berpantang kat kampung, jiran-jiran kat umah ibu mertua aku ada la datang melawat Luth. Bila derang tanya nama anak, then aku bagitau nama dia 'Luth' mesti dierang tanya aku balik, "Luth je? Nama penuhnya apa?". Nak nama penuh apa lagi kalau nama penuh dia cuma 'Luth' je. Ada sorang makcik tu siap cakap pelik bin ajaib sebab zaman sekarang ni biasanya orang bagi nama anak sampai 3 patah perkataan. Hehehe... "Itu org lain macik. Saya ni oldskool skit", kata aku di dalam hati.

Hug Me. Tido atas mama.
Aku rasa kelakar le jugak bila nama anak aku jadi isu. Ada jugak orang yang cadangkan pada aku untuk tambah nama Muhammad atau Ahmad kat depan nama Luth. Aku tak sure kenapa, tapi katanya untuk dapat syafaat nanti kat padang mahsyar sebab nama Muhammad tu akan dikenali sebagai umat Nabi Muhammad. Tapi takpe la. Kami lagi prefer nama Luth tu sepatah je. Aku nak, nama yang anak aku bawa sepanjang hidup dia adalah nama yang dia akan pakai. Nama yang orang akan panggil dia. Bukan sekadar hiasan dalam surat beranak dan MyKid semata-mata. Lagipun nama Luth tu dah nama nabi. Nama Muhammad pun nama nabi. Takut berat sangat aura nama tu untuk Luth. Kat padang mahsyar tu, insyaAllah aku akan didik dia supaya dia dapat syafaat kerana perlaksanaan yang dia lakukan terhadap agama.


Comments

  1. memang ringkas saja nama anak akak..betul tu kak kalau letak nama panjang-panjang bila panggil pun tak sampai sejengkal nama tu...

    ReplyDelete
  2. Rasanya kalau org2 lama susah skit nak sebut Luth secara jelas, tu depa mintak tambah lain..:)

    ReplyDelete
  3. sdp je nama tuh. x payah tambah2 dah.

    ReplyDelete
  4. luth tu nama budak yg aku minat masa sekolah dulu. harap luth bin azrul ni hensem macam budak tu. *tetiba*

    -kakak chomel tkt22-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko bukan skolah pompuan ke? Luth bin Mohd Azrul ni akan jadi lebih ensem drpd budak tu.

      Delete
    2. memang la aku skolah pompuan. Luth pulak skolah lelaki, muka mcm jepun. Aku dulu aktif kokurikulum, tu yg jumpa tu. gedik sangat kan. hahaha

      Delete
  5. Kalau panjang sangat sampai 3 4 perkataan sian kat budak je nak tulis time exam. Member lain dah jawab soalan no 5, dia masih mengeja nama dia kat ruangan NAMA:..hehehe.. *budak2 di bawah 12 tahun la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.... kalo nama anak panjang bleh pesan kat dia suh tulis nama pendek je. Cikgu mesti tak marah punya.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sy pun suka gak nama Luth. Simple. Cool.

    Mcm nilah. Klu nama panjang, maksud pun baik tp pglnye nama glamer. Pun tak gune gak. Kan? Nama anak sy panjang. 3 patah nama. Tapi anak sy tak ada nama glamer. Mksdnye baik, panggillah nama penuh. Tak salah pun.

    Klu nama ringkas, pun bagus. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya awk panggil nama anak awak dgn nama penuh dia. Cool gile. Saya ni kadang2 kalo panggil Luth, saya saje je panggil muhammad Luth.

      Delete
  8. Alololo smiley face. Tenang jer muka dia.

    Very very unique, mmg sekarang jenis pakai nama panjang2 kan, itu yg buat Luth lagi unik. Kami pulak gedik sebelum dapat JJ dah panggil2 nama dia tu, then my sister cakap kena pakai nama yg disebut2 tu la, kan dah dapat gedik jer nama sampai I sentap ada pakcik kat kampung kuang ajar cakap "berbelit lidah imam nak baca talkin esok2".

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa... kalo i pun i sentap kat pakcik tu. U dh panggil nama JJ tu dr dlm perut ke? I cuma panggil luth dgn panggilan 'adik' je sbb tak tau jantina dia masa dia dlm perut.

      Delete
    2. Papa dia la gedik duk panggil Jelita since tau gender. Kami awal2 4th month tu dah tau.

      Delete
  9. Ayat - taknaklah aku dpt menantu mcm Ms Ninna - tu tak patut sebut. Pakaian - YES. Yg lain2 apakah anda jauuuuuuuuuuuh lebih baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Pakaian - YES. Yg lain2 apakah anda jauuuuuuuuuuuh lebih baik? ". Awk pun judge cara dia berpakaian. Sedangkan saya tak sebut apa2 pun tentang dia, juga tak bermakna saya rasa diri saya jauuuuuuuuuuuh lebih baik daripada dia. Bila saya kata tanak, tu tak bermakna taknak di atas sebab2 yang buruk. Lalu berdosa ke kalau saya kata saya taknak bermenantukan orang macam mizz nina? So, apa masalah kita tadi? Dah lupa plak.By the way, tima kasih la sebab awak masih jugak baca blog ni.

      Delete
  10. yang pasti Luth anak lyd ni memang comel.alolo..ucuk2..hehe..rasa nak cium2 je pipi bambam dia tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) comel luaran tu sedap mata memandang. Tapi akan saya pastikan dia comel di dalam. Meh la dtg cium pipi luth. Dia tu suka sgt kalo org cium dia.

      Delete
  11. Salam Lyd..
    Luth demamyer,siannya..get well soonyer baby..kenapa takder gambar Luth posing ngan mama dia? heheh
    Nama yg ringkas dan bermakna baik kan lg elok dr nama yg canggih2 tp tak membawa maksud yg elok..pedulikan stereotype tuh lyd..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baik dah. Gmbr tu je masa demam ari tu. Sehari je demamnya alhamdulillah.. Takde sape nak amik gmbr mama dia. HUhu.

      Delete
  12. saya suka nama Luth.mula2 lyd bagitau hari tu, terus jatuh cinta nama Luth sebab dah lama tak dengar nama tu. kawan saya letak nama Nuh baby dia baru lahir hari tu...sedap jugak..hihi..semoga Luth yg comel ini membesar menjadi anak soleh, seindah namanya ;)

    ReplyDelete
  13. iya udah. cukup-cukup sudah. cukup sampai di sini saja...

    ReplyDelete
  14. sumayyah dulu pon masa baby orang dok tanya "sumayyah" apa? nak je jawab... tengku sumayyah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha.... Nama sumayyah pun kira panjang dah tu, masih lagi org nak suh letak sumayyah sekian sekian. Apa la dierang ni. Tapi nama pompuan susah nak cari yg ada 2 sukukata kan?

      Delete
    2. kitaorang memula nak letak nama sumayyah "wafa"... tapi tak jadi... adik dia lah kot... hehehehe...

      Delete
    3. Maksudnya nak letak Sumayyah Wafa atau Wafa saja? Dulu nama pompuan yg kami plan nak letak kalo anak pompuan ialah Rania atau Tamina.

      Delete
    4. Wahh tengku sumayyah..! Atau puteri sumayyah pun hokay jugak..hehehe

      Delete
  15. bagus letak nama2 yang simple dan ringkas yng penting baik maksudnyer yer !

    ReplyDelete
  16. ha'ah kan senang dan ringkas je nama.. dulu sayapun nak wat camtu gak tapi ntah terletak jugak Muhammad dan Nurul kat depan nama anak... :P

    ReplyDelete
  17. ya... pastikan nama panggilan adalah namanya dan nama yang baik-baik...
    panggilan itu doa...

    ReplyDelete
  18. luth, sangat cantik namanya. Nama pun orang dah pelik sbb ringkas sangat.haha.tgk comel je anaknya.hehe

    ReplyDelete
  19. terbaek.... siap nm tu yg doakan dia.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w