Iklan! Iklan! Sila Click!

25 June 2013

Kenangan : Suasana Menyambut Raya

Sejahteralah ke atas kamu....


Aku paling suka suasana sehari atau 2 hari sebelum raya. Tak kira la raya puasa ke raya haji. Dua-dua pun aku suka. Kenapa? Macam ni cerita dia. Biasanya kalau kat kampung, sehari sebelum raya tu lah time abah atau [arwah] mak aku kemas laman rumah dengan lebih gigih daripada biasa. Biasanya setakat sapu daun kering dan buang rumput sikit2 je.
Tapi time nak raya, abih semua kayu2 bawah rumah kena selongkar, sampul gula-gula yang aku selit tepi tiang pagar pun bleh jumpa, semua rumput2 dan lalang yang selama ni bermaharatuleha kat bawah pokok rambutan pun dah abih kena trim supaya tak tersekat di skala enam. Dan the best part of that ialah acara bakar-bakar time. Sampah sarap dan sampah masyarakat semua dibakar sehingga menimbulkan asap tebal yang berwarna putih. Dalam masa yang sama juga ketupat direbus dengan dapur kayu kat tepi rumah.

Warna putih asap sampah dan asap dapur ketupat bercampur sambil sekali sekala ditiup angin dengan berlatarbelakangkan laman rumah yang sangat kemas, disulami bau rumput yang baru dipotong...... Membuatkan hati rasa tenang dan rasa gembira yang tak dapat digambarkan walaupun waktu tu perut lapar berpuasa [kalau raya puasa la]. Lebih-lebih lagi bila membayangkan yang malam raya nanti bleh buat sepah balik kat laman rumah tu buang sisa bunga api dan mercun. Konfem la abah aku membebel sekarung. Suasana tu bahagia. Suasana itu sangat dirindui. 

And guess what... Semalam aku puasa [ganti..huhu banyak hari lagi], time balik dari ofis, aku dapat rasa suasana tu masa lalu kat bawah pokok-pokok rendang sebelum sampai umah aku. Asap putih, bau asap.... Ada pokok-pokok yang meredupkan pandangan.. perghh... memang terus rasa macam  nak pakai baju raya pastu makan popia nestum sambil dengar lagu Suasana Hari Raya Anuar dan Ellina versi chipmunks. Owhh... Bahagianya rasa....

See? Jerebu ni ada jugak kebaikannya. Boleh mengimbau nostalgia zaman lampau. Jadi, kepada pengusaha syarikat yang bertanggungjawab membakar hutan untuk buat land clearing kat Indon tu... sila la bakar hutan tu selalu. Biar lagi kerap nostalgia lalu dapat aku kenang. 

Yang nampak ketulan hitam tu bukan awan ye. Itu tompok pada cermin tingkap.


 *Cubaan untuk mempositifkan rasa bengang terhadap insan yang menyebabkan jerebu ni.*... Ggrrr...grrrr... ketap gigi... tahan marah... tahan marah.

41 comments:

  1. hahaha..bagus nyer nastolgia..yg part bakar2 tuhlah kan mengimbau kenangan..seolah2 tiada undang2 yg ketat untuk memberhentikan aktviti mrk nie kan..kalau ade usaha/undang2 srius sudah tentu mslh nie tak berulang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak undang2 cemananya ummuaidan. Semua dan kelabu mata dengan duit. Dierang tak efek apa2 pun dgn jerebu ni. Derang kaya. Anak beranak boleh gi hantar bercuti tempat2 yang udara bersih masa orang lain tgh suffer dgn udara kotor. Mmg biadab.

      Delete
  2. Hahaha...jerebu yg mengimbau nostalgia yer Lyd. Puasa belum lagi dah citer suasana raya...hehehe...

    Memang strees lah dgn jerebu nih. Hidung dah start berair ni. Tekak pon dah start sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira dah start puasa la ni. Sebab puasa ganti. Tahun ni lambat plak ganti sebab alahan, pastu berpantang pastu bf. Jadi malas.

      Jaga kesihatan ye.

      Delete
  3. Hehehe tetiba!
    Patut pun buat entry kenangan raya, rupanya cubaan mempositifkan diri!
    Good job Lyd..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa ni... terpaksa. Kalau tak rasa marah je lebih.

      Delete
  4. Ni kira think positive...perkara tak best tukar kpd perkara yg best. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh... kalo tak fikir positif, nanti mula la rasa nak maki org je.

      Delete
  5. jerebu pun membangkitkan kenangan nostalgia tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... gini la gaya nya org kuat berangan.

      Delete
  6. aku pon sokong pembakaran hutan ni...buat sambutan tiap tahun dan acara bakar hutan serentak satu dunia pon ok..bayangkan kesan asap tu bila satu dunia bakar hutan serentak..memang ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohsem kan? Bakar bangunan skali makin bertambah la ohsem.

      Delete
  7. Hahahahah! Awak berjaya kembalikan kenangan raya pd sy. Gila rindu wehh....so, kena happy la dgn jerebu yg tebal mcm gula kapas ni. Klu pndg luar tingkap, mcm kat UK musim autumn pun ade gak. Hahahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. RIndu kan? Suasana dulu tu kalo ada pun sekarang dah lain feelnya sbb kita dah dewasa. Dulu masa kecik kita hanya fikir diri kita je. Skrg mcm2 benda nak fikir, tak sempat nak feeling2 gitu.

      Delete
  8. HAHAH...DAN2 SAYA PUN TERASA MACAM NAK RAYA PULAK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat diana... kita perlulah positif. Anggap la jerebu ni hari raya. huhu.

      Delete
  9. mmg tahan sakit hati & sakit jiwa dgn jerebu ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni adalah mangsa. Org lain yang buat kerosakan, kesannya habis satu dunia kena.

      Delete
  10. ... dan bau belerang mercun pun satu nostalgia gak.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, tepat sekali. Bau belerang mercun yg dibakar dan bau asap bunga api besi...

      Delete
  11. Serius rasa sebak giler baca perenggan awal, mmg mengimbau kenangan zaman kanak2 habis la. hahhahaa dasat dasat.

    Bravo, bertahan u puasa ek. Errrr I last year tak mampu sebab JJ kuat menyusu masa tu. Separuh mati rasanya siap kejung sejuk kaki tangan la even summer time huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru sikit I flashback. Nanti kalo i flashback yg betul2 punye, U terus beli tiket balik kg hari ni jugak.

      Tak tahan jugak sebenarnya. Dengan jerebu ni, pastu batuk selsema lagi. Tapi cuba je la setakat yg termampu. Eeii... JJ ni.. patut la bertubuh. Kuat menyusu rupanya.

      Delete
  12. sabr2..jgn marah..

    dekat kg sya pun mcm tu juga. bila nak raya mak mesti tawaf keliling umah untuk dibersihkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh nasib baik awak sabarkan. Tgh tahan sabar la ni.

      Rasanya mak2 kat kampung mmg macam tu kot? Nanti anak2 kita takde harapan nak rasa semua tu kat rumah mereka membesar sbb dok kat bandar, melainkan kalo derang balik kampung.

      Delete
  13. Nostalgianya manis utk dikenang sebab suasana keluarga di kampung tapi kena jerebu di sini sesak nafas kita dibuatnya. Totally tak sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak..memang confirm tak sama... huhu., tapi terpaksa la fikirkan sesuatu yang menggembirakan, kalo tak nanti sesak nafas bercampur dgn sakit hati sekali.

      Delete
  14. hihihi...pernah gak dulu gotong royong membakar sampah mcmnie... tp tu semua tggl kenangan yg indah..smpai sja nk bg api besar pergi kutip botol2 plastik pastu cmpak dlm api...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul2. Budak2 tolong menambah semua benda yang boleh dibakar ke dalam timbunan sampah tu.

      Delete
  15. assalamualaikum lyd...sabar2 yer ingat wajah luth mesti reda marahnya...;)

    ReplyDelete
  16. Tingginya rumah.. klau MJ sure gayat :)

    Apapun kenangan lalu tu adalah kenangan terindah kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ni kat ofis sebenarnya. Tgkt 23.

      Ye la MJ. Kenangan lalau mmg indah.

      Delete
  17. Salam kenal kak :) Ros follow sini, #757.
    Alhamdulillah, kat JB ni dah berkurang jerebunya.. MOga keadaan di semua tempat pun pulih seperti biasa. time jerebu ni, Ros risaukan mereka yang ada penyakit berkaitan pernafasan.. huhuhu

    ReplyDelete
  18. on the bright sight of jerebu...pun boleh ahahahah

    ReplyDelete
  19. salam lyd..
    sori bru sempt dtg sini...kt entri sblum ni lya smpt bca aritu..tp x smpt nk tgl komen... normalla perasaan ibu,mmg sntiasa iginkn y tbaik buat anak2kan.. tp lya suka perancangan msa dpn awk utk luth dlm pdidikan..

    utk entri ni:-

    ermmm... kan dh blh imbas nostalgia..truk gak jerebu tu.. kat kmn ni alhamdulilah, 2 hari dh hujan..jd sejuk sikit bumi

    ReplyDelete
  20. cepatnya nak raya...hehehe...sungguh nostalgia ye...nasib kat kawasan saya di Benta,Lipis jerebu tak sempat sampai...banyak dihalang oleh pokok-pokok yang menghijau hehehe...maklumlah kawasan kampung...

    ReplyDelete
  21. time bace mula-mula boleh rasa duduk dalam suasana tu. siyes! menghayati gila. bleh bau asap kat sini. skli masuk part jerebu.... ceit rupa-rupanya.... haha..

    ReplyDelete
  22. jerebu punya pasai,boleh imbau nostalgia lama ye.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...