Skip to main content

Back To Work anddd... Blogging....

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku.
Agak sedih bila blogwalking semalam baru aku sedar yang blog aku dah diremove daripada bloglist kebanyakan blog-blog yang ada dalam bloglist aku. Korang ni dah lupakan aku ekkk??? Ahhh takleh jadi ni. Ari ni kena update blog jugak. *Entry ni nak guna 'aku' la. Sebab di dunia sebenar memang aku cakap 'aku'. Tetibe dalam blog mcm nak sopan2 plak kan....  hipo plak rasa.

Pendapatan.
Aku baru start keja Isnin lepas. Dah seminggu dah aku keja selepas 3 bulan menenangkan jiwa raga spent quality time dengan Luth. Agak kelam kabut jugak aku nak susun semula jadual hidup aku. Sekarang ni aku masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dgn :- 1. tugasan yang makin bertambah, 2. jumlah masa yang sama iaitu dua ploh pat jam tapi dengan 3. volume kemalasan serta ke'terhegeh-hegeh'an aku yang lama dulu. Memang macam cacing kesejukan la aku nak menyiapkan semua benda. Oppss... Maksud aku, aku dan mat azghul. Tanpa dia, hidup merana ye puan-puan.

Penuh Krim
Aku memang dah bincang subject ni lama dengan Mat Azghul iaitu "nak bagi Luth menyusu badan selama 2 tahun". Kalau mampu, aku memang langsung tanak bagi dia minum susu formula. Never. Eh, pekata kalo aku fikir positif je... Yes!! Aku pasti mampu! Aku nak badan Luth kuat, antibodi tubuhnya kuat dan nak dia sihat dengan nutrisi yang betul dan paling natural. InsyaAllah. Aku harap Allah makbulkan harapan aku ni untuk memberikan susu terbaik di dunia untuk Luth. Sebulan sebelum kerja aku dah mula buat stock susu, bekukan dalam freezer. Nanti senang kononnya.

Pengasuh.
Harapan aku ialah nak hantar anak aku kat taska SSM. Tapi jangan ingat senang nak masuk. Waiting list panjang woo. Berebut staff SSM nak htr anak gi situ tapi quota dah penuh. Lebih-lebih lagi bayi. Quota lagi la sikit. Kalo anak yg dah besar senang skit nak menyelit masuk situ. Bila aku dah sedar yang anak aku tak diterima masuk taska tu, hati sedikit kecewa. Ceh, macam tak dapat masuk university plak. Aku cari pengasuh kat area umah aku. Ada ramai. So, aku dah pilih satu pengasuh ni. Suggested Recommended by jiran aku. Mula-mula aku rasa mcm semuanya takde masalah, sampailah kami pegi jumpa dengan dia untuk sesi bersoal jawab. Agak mengecewakan bila dia macam tak berapa support aku nak bagi susu beku kat anak aku. Dia kata biasanya budak2 tak suka minum susu beku yang dicairkan tu. Then dia kata, anak2 yang dia jaga tak ada seorang pun yang pernah berjaya minum susu ibu yang beku dicairkan tu. Tak sedap katanya. Kalau susu tu fresh baru dipam, budak nak la katanya. So, dia kata sila standby setin kecik susu formula kalo nk bagi jugak susu beku tu. Just in case anak tanak minum susu beku, takut anak lapar nanti kesian.


Rasa Susu Ibu Beku Yang Dicairkan
Aku dah jiwa kacau. Meracau-racau terus kepala otak aku ni. Nangis lagi. Memang hati batu sudah bertukar menjadi cecair. [padahal memang dari dulu cengeng huhu.]. Memula aku memang rasa nak resign dan-dan tu jugak. Pastu bila dah berdoa dan merayu kepada Pemilik sebenar Luth, Dia memberi ilham. Mula-mula aku kena make sure yang Luth memang nak minum susu dalam botol. Aku keringkan hati, bila pagi start kul 7, aku mula bagi susu kat dia guna botol. Walaupun dia tanak, aku tetap tak bagi dia direct breastfeed. Sampai kul 6 petang baru aku bagi dia direct. Dalam 2 hari je dia dah dpt terima minum guna botol. Then susu plak. Yang Luth nak tu susu fresh aku pam. Aku nak cuba bagi stok susu beku yang dicairkan. Memandai je pengasuh tu kata tak sedap. Mana dia rasa? Aku cairkan 1 beg susu. Sebelum aku bagi Luth, tergerak hati aku nak rasa susu tu. [Sebelum tu aku dah pernah rasa susu yang fresh. Demi untuk mengenali perbezaan rasa susu tu.]. Bila aku minum seteguk... Astagfirullahalazimmmmmm.... Memang tak sedap langsung tahap yang tak sedap hanyir rasa nak muntah. Aku siap jeluak lagi. Betullah tak sedap. Even, bau susu beku tu pun memang dah lain. Macam darah skit2 baunya. Dah tu bila aku dah tau rasa dia horror macam tu, tergamak ke aku nak bagi anak aku minum susu yang rasa macam tu? Malahan, rasa susu ibu yang dibiarkan lebih daripada 4 jam kat luar peti sejuk pun lebih okay berbanding rasa susu beku ni.

Memang betul kalo nak diikutkan, nutrisi susu ibu yang dibekukan banyak hilang semasa proses membeku dan mencairkan, tapi still jauh lebih baik daripada susu formula. TAPI dari segi rasa? Ooo.. itu la yang orang selalu tak consider. Aku fikir, kalo aku tak rasa susu tu, mungkin Luth akan minum je susu tu kalau aku latih dia minum dgn gigih. Sebab dia bukan ada pilihan lain. Kalo lapar, apa yang orang sumbat kat dia, yang itu la dia minum kan.


Apa Saja Demi Anak... 
Aku rasa aku dah makin poyo dan makin saiko sejak menjadi seorang mama ni. Memang over sungguh aku rasa. Memandangkan masalah stok susu  yang rasa hanyir tak sedap yang tak sanggup aku suapkan kepada Luth, so aku dah decide untuk hanya beri susu yang tak lebih daripada 24 jam je kat Luth. Maknanya, memang aku tak gunakan stok susu. Aku pam ari ni, ari ni jugak aku bagi untuk bekalan Luth kat umah pengasuh. Paling lama pun aku pam petang ni, pagi esok aku bagi. Kalo pagi tu aku tak sempat sediakan bekalan susu untuk Luth minum sampai ke petang, aku sanggup hantar tengahari waktu lunch, tempuh jem di KL ni dan walaupun minyak kereta cepat habis. Mama sanggup Luth. Mam Mama sanggup.. Demi Luth tau.[berdrama skit]. Mama hanya nak Luth minum susu yang terbaik daripada ladang je. So, sekarang ni, itu la praktis yang saya dah lakukan selama 5 hari saya bekerja ni. Time tengahari saya balik hantar susu kat Luth. Makan tghr kat umah. Masak then makan. Buat masa ni memang tak sempat nak masuk balik kerja on time. Sebab masa on the way balik hantar susu tu saya singgah beli lauk mentah utk dimasak. Nanti.... Plan saya, saya akan siap2kan lauk mentah kat umah banyak2[so jimat masa takyah singgah], bawang2 semua nak siap2 kupas banyak-banyak. So, bila sampai umah boleh terus masak je. 

So, itu je la kisahnya.


Comments

  1. Salam Lyd..
    Dilema sorang ibu yer..sanggup awak try susu sendiri yer..hehehe..sy tak pernah woo..tak sanggup rsnya minum darah sendiri...heheh
    Susah gak nak bg pandangan since sy kan full time dok umah..mslh susu camtuh tak pernah dilalui..
    anyway sy pikir2 rsnya takper bg susu beku kalau tak tersedak sgt,jika tiada alternatif lain..namun selagi awak leh sanggup bersusah payah..sy doakan yg terbaek sahaja yer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UmmuAidan.

      Terpaksa awak. Kalau tidak cemana saya nak tau susu tu masih elok atau dah basi. Mmg agak loya nak minum. Tapi susu fresh rasa dia macam.... tak reti nak explain. huhu. Mekasih atas doa awak.

      Delete
  2. hi hi lyd...
    sama laa...saya paham...semenjak kebelakangan ni susah nak cari masa untuk blogging mcm dulu...adoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakan daya kan awak? Orang2 bz mcm kita ni. Cheywahh.

      Delete
  3. Salam.

    Comel lah Luth awak. Siap amek gamba, terawang-awang di angkasa lagi. Heheheheh...

    Fresh mommy ya? Mcm sy dulu. Asyiklah kusut. Jgn stress k? Klu stress, nanti Luth pun stress. Kita as mommy, selalunye nak semuanya jadi perfect. Tapi bile benda yg kite nak tu tak dpt, jgn sedih2. Tak dpt nursery yg kite suke, jgn sedih. Tak dpt fully bf, jgn sedih2. Dpt bbystter yg byk sgt alasan pun, jgn sedih2. Yg penting, anak membsr dgn baik dan sihat ya?

    Conclusion, jgn terpengaruh sgt dgn cerita org luar. Mereka adalah mereka. Kita adalah kita. Bahagian mereka, mereka punya pasal. Bahagian kita, suka hati kite. Selagi mampu, kite bg yg terbaik utk anak. Klu tak boleh, kite msh yg terbaik membsrkan anak. Tak de cacat celanya. just think positive. Yg penting, yg desak diri sendiri. Nanti penat.

    Kem salam kat Luth yg comel tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Bertuahnya saya, sbb saya tak stress pun dgn semua tu. Rasa mcm diri ni berguna sangat kepada bangsa dan negara, padahal uruskan rumahtangga je. Hahaha. Nampak kan? Betapa overnya perasaan bila jadi ibu ni. Mekasih ye diatas nasihat tu. InsyaAllah akan saya sematkan di dalam lubuk hati.

      Delete
  4. Assalamualaikum........
    Dah jadi ibu lah memang camtu... macam2 fikir.. semua pasal makan minum anak... nak yang terbaik untuk dia... alahaiiii... cute je gambar tu.. siap cam topi ala giant and icon Zzzzz besar tu.. nampak baby tu kecikkkk sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru faham perasaan jadi mak ni. Dulu ambil ringan je benda2 ni semua. Itu payung la awk. Hehehe.. Nampak cam topi ke? Maknanya tak jadi la scene yg cuba kami create tu. Hahahah.

      Delete
  5. luth yg comel dan hensem..bbangga la kamu sbb punya ibu yg gigih menyediakn yg tbaik utk kamu..

    sy dlu pn cmtu kak tp sbb sy x prnh rase susu sy *x sggup den* so sy ksik je anak sy mnum..tp alhmdulillah die ok je n bak kata akak la, kalo kte sua, diorg telan je..tp since die da pndai rase, ble da setahun 1bln, die da xnk frozen milk..die nk yg fresh je..so time tu stok susu d bdn da x bnyk..*sedey sgt* so, dr die 1 thn 3 bln smpi skrg, sy tpkse la cmpur..siang susu formula n mlm barula direct bf..

    apepn, yg pntg si kecik kte mmbesar dgn sihat kn..so, dont give up n jgn stress sgt..hihi


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntahnya luth. Sila bangga dgn mama. Hehehe.

      Awak, akak pun tak sanggup gak nak rasa, tapi buat hati kering je. Ala... awk kira dah berjaya memBF kan azeem. Tahniah akak ucapkan. Bukan senang kan?

      Delete
  6. Comelnya luth..
    Welcome back to work ya.. :D
    OO kje kat SSM ya...

    ReplyDelete
  7. good luckkkkk!

    daripada:
    saya sokong orang BF tapi saya tak BF anak saya.
    mihmihmihmihmih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasihhh didi. Mesti ada sebab kenapa ko tak BF anak ko kan? Yang penting Ya skrg dah besar dan sihat, ko dah berjaya didik dia aku dah cukup kagum. Tahniah jugak aku ucapkan utk ko.

      Delete
  8. Salam kak lyd...
    masih lagi dalam senarai bloglist..
    banyak btol plan untuk luth ea..hehe, semoga perancangan berjalan dengan lancar..
    Susu terbaik adalah dari ibu sendiri..terharu dengan perenggan last skali, kalo luth dapat baca mesti terharu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bahrain. Mekasih sbb masih kekalkan blog akak dlm bloglist. Now akak dah bleh BW.

      Ini baru sikit akak cite. Banyak lagi plan utk dia. Hahah.

      Delete
  9. pegorbanan seorg ibu.. ha luth baca noh nanti besar...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu baru sikit ahlam. Nak tunggu dia besar ni, banyak lagi pengorbanan yg perlu dilakukan. huhu.

      Delete
  10. Ohmaiii...sangat berbeza kehidupan skrg kan? terus terfikir, macam mana aku nnt? memang rasa nak jadi 'stay at home mother' la kan...hihih....insyaAllah semoga dipermudahkan semua puan lyd ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanggg... Totally different. Dulu kita hanya fikir pasal nak bahgiakan suami je, skrg terpaksa juggle antara nak please suami dgn tanggungjawab nak cukupkan keperluan anak. Kalo perlu pilih salah satu je antara 2 tu biasanya akan pilih utk cukupkan keperluan anak. Sbb anak kecik dan tak berdaya nak uruskan diri dia. Dan harap suami faham je. Huhu.

      Delete
    2. saya faham, sambil angkat tangan

      Delete
    3. saya faham, sambil angkat tangan

      Delete
  11. sama macam saya baru masuk kerja last year ..cik yaya bfeed ...lunch htr susu...hehe tp takde rezeki nak fully bfeed ..dpt la 6 bln jer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 bulan pun dah baik dah. Dia dah mula makan dan tak bergantung pada susu sepenuhnya kan?

      Delete
  12. Takpe.. pelan-pelan nanti dapat adjust aturan aktiviti dan masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Nak cari aturan yg paling konvinien ni amik masa skit.

      Delete
  13. Selamat kembali lyd...samala mcm saya gak... hampir 4 bulan tak update. huhu. Harap tak terlewat nak tahniah dah jadi ibu dan dapat baby yang tomei lote. Semoga terus berbahagia bersama famili :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat kembali kat awk jugak. Now nampak dah kencang semula update kan? Tima kasih fot the wishes.

      Delete
  14. salam lyd...

    ye.. bila dh ade anak..jadual kt 24jam mmg full..malah x cukup mse...
    btuah luth sbb dikurniakan mama y sgt kuat smngt dlm mberiakn y tbaik buatnya.. klo la lya siht dulu..tringin nk BF asya... apa2 pon..lya doakan moga segala perancangan awk utk luth bjln lncar & luth mbesar bgaikan juara..

    suka sgt tgk pic tu..sgt2 kretip.. awk buat sndiri ke tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya, tahniah sebab dah berjaya besarkan asya. Takpe la walaupun lya tak bf asya, asalkan dia sihat dah cerdik mcm sekarang pun alhamdulillah.

      Ha ah buat sendiri. Nanti saya buat tutorial cemana nak buat ye.

      Delete
  15. Wellcome back!!!!!
    Too many things happen while u were gone. Wish u all the best, mmg banyak cabaran kan. I am very sure u can do it. Now I know beza rasa susu susu itu huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngeee... Apa benda yang banyak sgt tu? I kena track back your old posts.

      Delete
    2. Hhaaha tak payah la susah-susah... tak penting pun. Just a little breakdown, tu la takder u untuk mengadu huhuhu,

      Delete
  16. Ye ke rasa susu beku tu horrible? alamak..camner nih..
    sebab semua mmber2 pun kalau pam di office pun, kena sejuk bekukan juga untuk pastikan susu sentiasa ada stok..mcmana ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye... sgt tak sedap. Takpe. Awak jgn rasa. Pastu pejam mata je latih anak awak minum susu tu. Member2 ofis saya pun ramai yg buat camtu, okay je anak derang minum. Saya ni sebab saya dah rasa susu tu so tak sampai hati nak bagi.

      Delete
  17. moga dipermudahkan semua urusan tu yer

    ReplyDelete
  18. Salam
    Alhamdulliah..rupanya dah lama kamu selamat bersalin..baby comel sungguh
    cubalah sedaya upaya bagi susu badan sehingga cukup 2 tahun..
    Best baca pengalaman kamu sejak ada baby luth.

    akak dah masukkan list link kamu..maaflah terlupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak ina, saya mmg mencuba nak cukupkan 2 tahun. Saya gurau je kak pasal link tu.

      Delete
  19. Saya dulu pun pam terus bagi anak..tak gamak nak simpan berhari2..sekarang Alhamdulillah dah bagi direct je..semoga semuanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. serius ke? Awk penah mcm saya dulu? Heheh.. So saya tak over la kan?

      Delete
  20. kesian kat awak...takpelah...buatlah mana yang terdaya dulu...susu ibu beku ni,saya tengok adik saya takde masalah pula.elok je anak dia minum...tapi tulah..bila hantar pengasuh,mereka nak yang mudah dilakukan,buat susu botol guna susu tin,tak perlu bersusah payah suamkan susu beku dulu...seronok tengok gaya di tidur..macam-macam pulak kreatifnya awak buat kat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Biasanya pengasuh yang tanak layan buat benda2 renyah tu. Ye la.. kita pun faham pengasuh pun ada banyak keja lain nak buat. Sebab tu saya sanggup susah supaya pengasuh mudah nak jaga anak saya.

      Delete
  21. assalamualaikum lyd...betul tu lyd kena juga biasakan gunakan botol juga jgn direct nanti sampai rumah pengasuh anak dah tak mahu susu dlm botol dia nak minum terus dr susu bdn...anak yg mama jaga tempohari pun mcm tu mula2 hantar asyik menangis x nak susu dlm botol haru dibuatnya sbb menangis x henti2 last2 mak die amik cuti n ajar anak die gunakan botol...lama juga la nak sesuaikan die ngan botol...mama die dlm pantang x ajar sikit2 gunakan botol tu sebab bila hantar kat mama die x nak minum...kesian budak tu jadi skg ni dah okay tapi kurang menyusu pula itu pun satu hal juga kena paksa juga minum takut die lapar...die minum suka main2 sekejap hisap sekejap x...semoga Luth akan membesar ngan sihat yer...:)

    p/s awisy dah 9 bulan skg ni...semakin lasak n baru tumbuh gigi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu ada ajar dia minum guna botol dlm pantang. Memula dia nak. Bila dah lama2 saya sangkakan dia dah okay dgn botol should be anytime saya suap botol dia mesti nak. RUpanya salah tekaan saya. Usaha bagi botol tu kena berterusan.

      Delete
  22. comel nye gambar2 baby...geram sgt sy tengok... sy pun fully breastfeed gak... susu cukup2 je... bulan puasa ni saya rasa paling mencabar...takut stok susu tak mencukupi. Baby sy minum je susu beku yg dicairkan... Alhamdulillah takde masalah... masa dlm pantang dulu susu bdn saya tak cukup...so sy campur ngn susu formula... baby reject...sy dah try 4 jenis susu formula; anmum, isomil, novalac, novalac rice ...sumer baby reject...hanya nak susu badan... Alhamdulillah slps 40 hari susu bdn dah mencukupi... Gambatte kita fully breastfeeding baby kita ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak, susu saya pun cukup2 je. Bagusla baby awk sbb reject susu formula.
      Gambatte kudasai!

      Delete
  23. salam Lyd. saya pun dah lama tak blogging, bukan sbb timang anak pun (so sila jgn drama sgt kawan-kawan dah tak letak dalam bloglist okay)
    mcm saya dulu target asal nak fully BF sampai 6bln dulu, dah lepas 6bln target 1 tahun plak. dah lepas 1 thn target 2 tahun. sampai la ni, anak dah 3 tahun 3 bulan. target nak sapih umur 3 tahun sampai terlajak-lajak pulak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya... Dapat capai target dan lebih lagi. Untung kat anak tu jugak sebenarnya. Kalau diikutkan, anak yg bf ni tak perlu bagi makan pun takpe. Sbb nutrisi susu ibu semua dah cukup.

      Delete
  24. blog anda masih setia berada dlm bloglist aku. hehehe... apa pun, selamat berblogging kembali. btw, kreatif amek gambar anak mcm tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang setia. Heheh.

      Idea kreatif tu saya pun ciplak idea orang putih. Heheh.

      Delete
  25. Welcome to the club lyd!kelab ibu bekerjaya yang BF..hehe..cikgu biasa hantar kat pengasuh susu yang baru perah dan yg beku..patutnya hantar yg baru perah 3 botol,satu yang beku tapi cikgu terbalik 1 baru, 3 beku..hehe..janji rafif sihat dan mau minum susu tu..hehe..apa2pun kita buatlah yang terbaik utk anan kita nooo..jgn putus asa!chaiyok2!(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyok2 cikgu! Betul tu cikgu,. Yang penting anak sihat dan dia nak minum susu tu. Pengasuh pun kena bagi kerjasama.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya