Skip to main content

Antara Mimijumi dan Tommee Tippie

Sejahteralah ke atas kamu.....

Saya ni memang rupalistik. Nak beli botol susu anak pun nak cari bentuk yang paling comel dan unik. Harga toksah cite la. Kalo mak mentua tau harga sebenar botol susu tu, memang kena bebel sekarung. Masa beli tu bukan fikir lagi anak suka ke tidok, yang penting nak memenuhi nafsu serakoh mama dia yang gomut ni je.

Sebelum Luth lahir, saya beli seketul je botol susu kat dia. Botol Mimijumi. Comel woo. Pastu terasa cam dok negara bersalji je bila pakai botol tu sebab memang cool gila design dia.
Gambar budak ni salah satu faktor yg mempengaruhi saya beli botol susu ni. Tengok cara dia minum tu macam susu tu sedap benor. Mula la saya pun terbayang nak campak Luth dalam rumput bersama botol susu ni then amik gambar.

Menurut review yang saya baca, ramai yang kata botol ni best. Sebijik cam breast ibu. Tapi sebenarnya teat dia sangat la keras. Cuma yg bagusnya botol ni kat bahagian puting tu sekali dengan penutup. Maksudnya hanya ada 2 pieces je part pada botol ni. Luth mula2 masa kecik dulu boleh la minum guna botol ni. Makin lama dia makin tak suka. Saya pun rasa cam berangin je. Mahal ni mama beli tau. Kang susah2 sangat biar mama je yang minum air Vico letak dalam botol ni. Baru la tak sia2 mama beli.

U know what i mean kan? Biasanya teat botol susu perlu dipasang pada penutup dia yang berlubang tu.

Tommee Tippie. Harga dia separuh daripada harga Mimijumi saiz kecik [Not So Hungry]. Yang ini la bila mak mentua saya tau harga dia, saya kena bebel. Itu pasal le kepala saya kecik je bila dia bising pasal botol ni. Takut dia tau harga Mimijumi plak. Huuwaa.. Tommee Tippie ni botol dia comel jugak. Gemuk-gemuk melati ali baba. Teat dia diperbuat daripada silicon jernih. Pun sama jugak. Masa Luth masih dalam pantang, dia nak minum guna botol ni. Tapi bila dah makin besar,[tak besar mana pon la. Baru je nak masuk 3 bulan], dia dah pandai menolak. Haiyyaaa... ini budak.

Buat le design teat yang berputar-putar pun, malangnya anak saya tanak jugak.


Saya pun dah cemas sebab tinggal seminggu lagi nak kerja ni. Tapi Luth tak berapa enjoy minum susu guna botol. Lagipun saya pun banyak ngelat. Tak sungguh2 latih dia guna botol. Mungkin sebab faktor M yang terlebih besar.

Daripada pemerhatian saya, puting botol dua2 ni keras. Mimijumi okay lagi keras tapi kecik. Yang TomiTipi tu besar. Jadi, saya browse la kedai baby online, tengok pilihan lain yang ada. Ternampak botol susu NUK. Botol susu NUK memang buruk. Nama pun 'NUK' cam tenuk je.Cuma teat dia nampak menarik tertarik kau memang da bomb.
Nampak tak puting dia. Bentuk macam cahaya lilin yang menerangi kegelapan. Eceh. Tapi botol dia panjang lurus cenggitu je la. Dah la tu, ada corak2 katun plak tu.
Saya mintak Mat Azghul pegi One Baby World utk beli botol ni. Puting tu ada 2 jenis. Satu yg kaler cekelat tu diperbuat daripada latex. Dan yang putih jernih dibuat daripada 'silly'-con. Saya mintak dia tanyakan yang mana lagi lembut antara latex dan silicon. Jadi jawapannya latex. Kan zaman2 dulu botol susu kita biasanya puting guna getah latex ni. Patut le elok je kita tak memilih ye dok.

Bila Mat Azghul balik, saya test bagi Luth cekomei tu minum guna botol tu, alhamdulillah dia nak. Lega rasanya. Jadi, solution untuk ibu-ibu yang bermasalah anak tanak minum guna botol susu mahal yang canggih2 tu, boleh cuba NUK ni. Memang bagus sebab puting dia boleh matching dengan botol susu milk storage Autumn atau mana2 standard botol susu lain. Jadi, tak perlu nak beli satu set lain kalo dah ada storage bottle tu. Cuma beli puting tu je. Yahuuu...

Untuk mengubat rindu korang pada saya, tengok la gambar Luth ni hah.

Atas riba mama selepas mama mandikan dia.

Amboih suka sangat lettew.
Kenyit mata??

*saya beli kemre baru. Sony CyberShot. MUahahaha. Puashati. Gmbr pun cantik je.
**tunggu ai masuk kije dulu baru ai blogwalking ye. Peace.

Comments

  1. hai lyd, luth..lama tak update..hehe..dah nak habis cuti dah ko..haa..selamat la nak keje balik..hehe..

    ReplyDelete
  2. salam kenal, suka baca blog lyd. sebab bahasanya ala2 dramatik gitu. update banyak2 ek. ;-)

    ReplyDelete
  3. hahah..saye paling suke botol gemok2 melati tu....sejak anak dh kenal warne ni..natk botol tu yg kale hijau je sbb ade gamba bera..kaler pink dgn biru x nak ...**pitam...***makin besar makin bnyk permintaannye...

    ReplyDelete
  4. saya suka beli jenama NUK..
    Comelnya Luth... da nmpk besar dah.. :D

    ReplyDelete
  5. aloloo..comelnyeee Luth! senyuman yg menawan.

    *abis tu kamera lama (yg masih baru) tu campak mana lyd? :D

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum lyd...betul tu kekadang ada juga baby yg x mahu jenis yg mahal2 ni dia nak kan yg biasa2 jer...macam baby yg mama jaga ni dulu mmg satu jenis botol pun dia x nak last mak die belikn yg biasanya baru lah die nak minum gunakan botol kalau tidak asyik menangis jer ...:)

    ReplyDelete
  7. cutenya Luth.. alhamdulilah dah dapat botol yang sesuai untuk luth..

    Saya pun beli juga mimijumi, berkenan dengan design+color ditambah dengan testimoni yang best-best. Saya beli bukan satu tapi dua, combo, satu 4oz, 1 8oz.. malangnya anak saya jugak reject! uwaaaaaa...

    tapi alhamdulilah sekarang dia guna pigeon peristaltic plus.

    ReplyDelete
  8. Cutenya Luth, mcm nak cubit pipi....

    ReplyDelete
  9. Saya guna NUK tapi hat botol yg lebaq bukan yg kurus2 tu.. Yg tu je Hakim ngam.
    Comel nyer lah Luth! Rindu nak bau baby ;-)

    ReplyDelete
  10. comelnya luth..mcm anak cina mata sepet..(n__n)

    ReplyDelete
  11. hehe...kdg2 nafsu n selera mama je uh lebih tgk botol2 yg cute tu kan. Mujur la sy belajar dr pengalaman...sy x penah beli botol yg branded atau yg comel2 tu...sbb semua tu bukan pilihan anak sy. hehe...sy guna yg biasa2 saje mcm pureen, anakku...tp kalau puting sy guna Japlo. Sgt sesuai dgn anak sy. murah pun murah...berbaloi :)

    ReplyDelete
  12. kejap je dah 3 bulan ye..bila masuk keja>??

    ReplyDelete
  13. Baru jer terfikir nak beli botol susu cam mimijumi, sebab tertengok baby kat klinik ibu&anak semalam hisap susu guna botol cenghitu.. so cute..

    alahai geramnya tengok si Luth tu (^_^)

    ReplyDelete
  14. salam, wah! demi anak sanggup belibotol mahal2x.haha..comellah anaknya...

    ReplyDelete
  15. alahai luth yg comel...dh pndai pilih2 botol yek...sian mama tu..nnti mama minum air vico dlm botol luth plk nnti..hehe...

    nuk tu best tau sbb bila anak dh besar nnti, lepas isap susu slalunya diorg main cmpak2 je botol kan...teat botol nuk tu akan protect susu drp kuar...

    ReplyDelete
  16. sib baik baby luth nak botol NUK 2.. klu x msti kelam kabut...hohoho
    luth comelll.. geramnya tgok dia..rabut pacak!! hehehe

    ReplyDelete
  17. comeynyer Luth ni.. Kate tunggu masa 5 weeks lagi due hehehe

    ReplyDelete
  18. comel luth...xmasuk keje lg ke? ingat dh masuk dh hehehe

    ReplyDelete
  19. ala tomei2..ni pandai ajaq mak dia suruh berjimat cermat ni..hehe..(^_^)

    ReplyDelete
  20. singgah dtg hari ni hehehe!

    ReplyDelete
  21. Alololo...rambut pacak. Comelnya. ALhamdulillah...anak saya jenis tak memilih puting. Klo tak jenuh juga tu ☺☺

    Dah lama tak dtg sini.

    ReplyDelete
  22. alamak lama juga akak tak ke blog ini...

    itulah yang ditunggu2kan... dah pandai senyum pun dia..
    bakal memenuhkan blog ibunya nanti..

    pssss :: boleh tak bagi nama dan address kat email akak
    chozila03@gmail.com

    ReplyDelete
  23. as-salam.
    alahai comeynya dia.
    lyd tinggal area mana ye kl :)


    mahla pon tak pa lyg.utk anak juga kan

    ReplyDelete
  24. comelnya Luth! muka nampak mcm budak dah besar ye ;-*
    maknya bercerita pasal botol susu mcm dia yang nak guna ye, besar beno selera. hehehe

    ReplyDelete
  25. Aslm,

    Saya ada ambil pre-order utk botol NUK direct from US. design cantik2 tak ada kat msia. Kalau interested nak tgk gambar and nak order boleh search Facebook "Baby Bling Style from USA".

    Harga rm80 sahaja untuk 3 botol. Sgt murah compare to Msia punya price.

    Pre-order to close Friday, 16 Aug 5pm.

    Thanks & regards,
    Zarina :)

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Salam.botol NUK tu anti-colic ke?puting die mmg trus kluar susu or baby kna hisap dlu baru kluar susu?tq ;) -yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak anti-colic. Puting dia kalau tak silap baby kena hisap dulu baru kuar susu. Tapi mmg la tak seanggun system pada botol susu avent. Cuma, puting ni sangat sesuai untuk baby yang tanak guna puting silicon yang bulat dan besar.

      Delete
    2. Oo mcmtu...tima kasih for the info ;)

      Delete
  28. Alhamdulillah anak saya x mmilih botol susu.. saya beli botol susu tommee tippee masalahnya after I basuh dgn air panas air susu keluar kt tapi pnutup habes baju anak saya basah.xsampai sebulan pakai...cdeh cdeh...sob.. sob....

    ReplyDelete
  29. Bru teringat nak beli mimijumi tu sebab katanya tahan 2tahu ....tapi kalau si baby ni mcm luth tak sampai 2 tahun dah tak mau:-)..sedih jugak.....mahaiii wehhhh....hahahah

    ReplyDelete
  30. Tengah sevey botol baby..tq for infoo 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya