Skip to main content

Wedding : Pelamin Anganmu Tidak Musnah

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini adalah kisah tentang seorang wanita mengandung yang tak sedar diri, taknak kalah yang dia tu mengandung. Hujung minggu ini, anak sedara saya akan melangsungkan perkahwinan. Walaupun dia bukan cucu pertama mak dan abah saya, tapi dia adalah cucu pertama yang berkahwin. Kira macam langkah koridor la ni. Saya pulak dengan rela hati menawarkan diri untuk membuat mini pelamin untuk tujuan bergambar. Tak sedar diri kan? Awk tu boyot. Pastu sibuk je nak participate. Sape nak dtg meh la dtg. Eceh, ajak cam tak ikhlas je. Alamat rumah pun tak bagi ye tak?

Saya akan mula bercuti Khamis ini [7.2.2013] untuk buat further check up di PPUM.Lepas tu terus balik kampung.

Okay, cerita pasal nak buat pelamin pulak. Kalau ikutkan keluarga saya, memang takde sorang pun adik beradik saya yang bersanding masa kahwin. Termasuk la saya. Kalau ada pun hanya pelamin yang sangat-sangat simple je, itupun hanya untuk bergambar dengan tetamu atau kawan-kawan yang datang. Ye la... kiterang pun fikir jugak, takkan la majlis kawen, bila time bergambar dengan pengantin, nak pegi bergambar depan pintu pagar plak. Paling tidak mesti ada tempat bunga-bunga berhias yang 'proper' skit untuk dijadikan kenangan di dalam gambar.

Walau cemanapun, pelamin masa saya kawin dulu memang bapak le buruk. Sebab warna saya mintak silver+merah, tapi akak yang tolong buat tu letak warna biru+merah. Dah nampak macam balai bomba bersebelahan balai polis. Tapi takpe., Yang penting selamat dah kawen dan selesai semuanya dengan lancar. 

Untuk pelamin anak buah saya ni, saya nak buat simple je. InsyaAllah. Nanti bila dah siap, saya share la gambar pelamin yang tak diangankan pun oleh anak sedara saya tu dan insyaAllah pelamin tu akan elok-elok saje, tidak musnah.

Comments

  1. Ni mmg minat hias menghias le ni.
    Hati2 tau..sdr diri tu lyd. jgn lupa..hahaa

    ReplyDelete
  2. okey dpt bygkan "balai bomba & balai polis" yg berjiran....haha...=)

    ReplyDelete
  3. hahahahaa..pelamin ko rupe balai bomba sebelah balai polis lyd..hahahaa..

    ok la tu, aku kawen takdo pelamin pong...

    ReplyDelete
  4. aku kawen pun tak der pelamin. tu pun gaduh2 ngan my mom sebab dia nak jugak at least buat bilik berhias haha.
    All the best, jangan terberanak atas pelamin yer mak boyot.

    ReplyDelete
  5. Dah mengandung pun nak naik pelamin?
    hehehehehe

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum lyd..ingatkan apa la tadi hehehee..;)

    ReplyDelete
  7. pelamin awk dulu blocking colour..klo skarang jd trend tu... hehe..

    nak tgk hasil tangan awk.. lya suka pelamin y simple2.. sekarang pon rmai y buat sndiri..lg jimat duit..

    ReplyDelete
  8. Salam lyd..
    awak mmg kreatif..sy tau mesti blh buat yg terbaik nyer wpun mak buyung tak mak buyung..hehhe

    ReplyDelete
  9. rajin ni ...anak pompuan kot dalam perut tu...hehehe

    ReplyDelete
  10. ulamak.. memang dasattu siap tawarkan diri lagi... elokler tu nanti kot ada yang nak menempah...

    ReplyDelete
  11. Hati-hati ye Lyd..
    Part yg tinggi2 ke panjat2 ke suh org buat tau.. Lyd jadi pengarah je..hihihi

    ReplyDelete
  12. amboi..larat lagi tu...
    jangan pelamin separuh siap udah le ye..hehehhe

    ReplyDelete
  13. he he he moga dipermudahkan semua urusan ye LyD

    ReplyDelete
  14. Blogger saya kena block dengan google tu pasal buat blog lain tapi entry lepas2x ada lgi...back up

    Tak payahlah nak ada pelamin ntuk direnjis2x la, disimbah2x la....takda motif...kalo nak buat backgroud dinding gempak takpe, kalo stakat untuk bergambar sesama keluarga atau kawan boleh la...kenangan katanya.

    ReplyDelete
  15. Kreatif jugak ya... nnt share kan pic tau...
    Hati2 memandu balik kg nie.. semoga selamat perjalanan pergi dan balik ya.. :D

    ReplyDelete
  16. Memandangkan yg nak buat pelamin tu ialah Lyd yg sdg mengandung, apa kata jika pelamin tu bertemakan org mengandung...sudut2 tertentu buatlah supaya berbentuk boyot2 sikit, unik kan...? Melawak aje....

    ReplyDelete
  17. yeahh..selamat kembali ke Kuantan..hahaha

    ReplyDelete
  18. terkekek2 sy gelak bila lyd kata mcm balai bomba...aduh la...lawak la lyd ni...hehe...

    ReplyDelete
  19. Hheee, tersenyum baca balai bomba sebelah balai polis ;)

    Apapun yg penting dah selamat.. Nanti syer ye pelamin hasil tangan Lyd :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya