Skip to main content

Selamat Bercuti Untuk Diriku Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu..

Seperti yang pernah diberitahu di dalam entry sebelum ini, bahawa saya mula bermula hari ini. Petang-petang sikit nak balik kampung.

Blog saya ni dah makin jarang saya update. Tak ada idea la sebenarnya. Kalau setakat nak cerita pasal personal tu memang la banyak. Tapi saya ni kan pemalu. Perkara personal eloklah dibiarkan terus menjadi personal. Walaupun saya tau ada orang yang suka baca kisah personal sebab lebih realistik ye tak? 

Prestasi
Prestasi blog saya pun dah makin menurun. Dulu kalau tak update blog pun, masih maintain unique visit ke blog saya. Tapi sekarang bila tak update je, memang jatuh banyak. Nampaknya blog saya ni memang ada reader tersendiri yang hanya lawat blog bila ada entry baru. Sebelum-sebelum ni mungkin hanya pelawat yang bukan loyal reader saya. 


Bloglist
Cemana kriteria untuk saya letakkan blog seseorang tu di blog list saya? Tak de peraturan ketat pun. Hanya ada 2 kriteria. Pertama, kalau saya tengok orang tu selalu komen blog saya, saya akan letak le dia dalam bloglist. Supaya saya tak tertinggal untuk komen blog dia plak bila dia update. Nama nak tengok kat dashboard, memang mimpi di tengahari je la. Tak rajin plak nak buka kat dashboard. Dan yang kedua kalo saya tengok dia letakkan blog saya di bloglist dia. So, kalau ada sesape yang nak blog dia termasuk dalam bloglist saya, rerajin le komen. 

Okay la.. itu je. Entry ni auto-publish. Chow cin chow!

Comments

  1. Selamat bercuti Lyd, take care :)

    Sorry ye sbnr nyer mamavogue tak pasan pun tersenarai dlm bloglist. Bila Lyd mention baru gi tgk tadi..huu. Thanks Lyd :)

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti dan bergembira di samping keluarga tercinta. :)

    ReplyDelete
  3. DAH BERCUTI YE??
    SAMPAI BERSALIN KE CUTI NYA NIH???:)

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti lyd...ni kira cutipjg trus la ni yek...semoga selamat melahirkan yek...ingat, kena kawal pernafasan nnti tau...hehehe...(pndai nasihat kt org padahal sy dulu cser trus...kui kui)

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti lyd..aku pon nak cuti gak la..byee...

    ReplyDelete
  6. cari cari jugak..huh..takde dalam senarai..kecik ati...last2 ternampak kat...owhh..kat kerabat tok gajah rupenya...thanks..

    ReplyDelete
  7. cuti-cuti kesihatan kandungan perlu dijaga juga....makan lah selagi boleh makan...tak yah nak diet sangat tau lyd..Selamat bercuti!

    ReplyDelete
  8. Selamat bercuti, jaga kesihatan sepanjang percutian. Kalau ada masa update lah selalu blog ni, ramai peminat tegar menanti entri terbaru....

    ReplyDelete
  9. ala..seganla pulak nak komen banyak2 pasni :p
    Happy bercuti dear, have a nice one and do rest.

    ReplyDelete
  10. eh...I am in your list!!! horrayyyyyyy. hahaha over excited lak. danke schon.

    ReplyDelete
  11. selamat bercuti akak... jaga diri elok2.. Ahlam pn dh lama xdtg lawat sini... huhu

    ReplyDelete
  12. selamat bercuti lyd...take care yer..ade ms updatelah citer lagi nanti

    ReplyDelete
  13. selamat bercuti.. akakpun cuti gak.. sunyiler blog kan..
    tak sabar nak cuti nak rest sesangat.. rasa sangat penat kebelakangan ini..

    ReplyDelete
  14. selamat bercuti!
    waaaa sekian lama baru dapat bw yunk... busy jadi mama hehe

    ReplyDelete
  15. aku seminggu balik Johor..kau tolong tengok2kn Kuantan ea..hahaha

    ReplyDelete
  16. ingat lyd dh bercuti utk prepare bersalin dh huhuhuhuhu rupanya cuti CNY hehehehe..

    ReplyDelete
  17. Selamat bercuti walaupun dah lmbat nak ucap..
    Seronoknya dapat balik kampung, saya ingatkan awak dah start cuti bersalin, belum lagi erk..??
    Kim salam lah kat sapa2 kat kampung tu hehehe..
    wah saya pun termasuk dalam senarai bloglist, thanks Lyd.
    saya pun suka sangat kalau awak komen kat blog saya yang tak seberapa tu.. :)

    ReplyDelete
  18. Selamat bercuti..

    MJ baru dapat nak BW lepas dah habis kelas + exam selama 3 minggu lepas ;D

    ReplyDelete
  19. cuti2 & merehat2kan diri ye

    ReplyDelete
  20. tu dia Lyd dh bercakap ttg politik,,betul gak tu ..mmg membazir

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya