Skip to main content

Kepala Angin : Part 3 [Wanita Bertudung]

Sejahteralah ke atas kamu....

Laluan 2 lorong di hadapan kondominium mewah Suasana Loft kelihatan agak sesak. Pada waktu pagi , jika bernasib baik laluan di kedua-dua lorong berjalan lancar. Namun jika nasib kurang baik, akan tersekatlah kereta-kereta yang lalu di situ di dalam kesesakan lalulintas. Saya adalah salah seorang daripada pemilik kereta yang tidak bernasib baik pagi itu. Bulan ini sudah 4 kali kehadiran saya merah kerana lambat masuk pejabat.

Punca kesesakan akhirnya diketahui setelah kereta saya hampir melepasi bonggol jalan yg terletak 100 meter selepas Suasana Loft. Owh, rupa-rupanya terdapat sebuah teksi berhenti di tengah-tengah laluan kiri jalan itu. Di belakang teksi itu pula terdapat satu lagi kereta lain yang turut berhenti di mana pemandu kedua-dua kenderaan tersebut masing-masing berada di luar kereta. Pemandu teksi adalah seorang lelaki berbangsa India. Pemandu kereta satu lagi adalah seorang lelaki berbangsa Melayu bersama isterinya yang juga Melayu dan bertudung. "Berlanggar agaknya", desis hati saya. Keadaan nampaknya agak tegang. 

Bila saya lalu di tepi kejadian tegang itu, baru saya perasan terdapat satu motorsikal bersama motorsikalnya berhenti betul-betul di hadapan teksi tersebut. Motorsikal itu dilintangkan di hadapan teksi itu. Saya cuba mengamati penunggang motorsikal itu. Ternyata dia adalah seseorang yang saya kenal, Haji Hitam. Dia adalah teman sepejabat saya. "Ntah apa yang ko buat plak kat situ Haji Hitam", hati saya menyoal. Tapi persoalan itu tiada yang menjawabnya buat masa itu....


Santek sangattt lukisan aku. Hahahaha.

...................................................................................................

Dua hari selepas itu.... Sebaik terpandang Haji Hitam melintasi meja kerja saya, saya terus memanggilnya. Baru itulah saya ternampak kelibat Haji Hitam sejak 2 hari lepas. Kami ini, nama sahaja teman sepejabat. Namun bukannya setiap hari berjumpa walaupun masing-masing ada di pejabat. Sibuk benarlah katakan.

Saya             :  Apa citer 2 hari lepas yang ko bergaduh dengan driver teksi tu?
Haji Hitam   :  Yang mana?
Saya             :  Ala, yang kat depan sana tu. Aku nampak macam tegang semacam je.
Haji Hitam  :  Oh... yang itu bukan aku bergaduh. Aku cuma meleraikan je.
Saya             :  Apsal? Apa yang terjadi? Siapa yang bergaduh?
Haji Hitam :  Kisahnya macam ni...... Teksi tu ntah macamana dah main cilok dan masuk depan kereta yang satu tu. [ini si kepala angin pertama]

Saya fokus mendengar. Sambil fikiran saya sedang bersetuju bahawa pemandu teksi memang suka memandu seperti lanun bila di jalan raya. Seolahnya jalan raya itu memang milik mutlak mereka.

Haji Hitam menyambung, "Bila teksi tu dah menyelit di depan kereta tadi, isteri pemandu kereta satu lagi itu dah menunjukkan jari tengah dia kepada driver teksi tu. [ini pula si kepala angin kedua]. Driver teksi tu apa lagi, panas la hati dia bila dapat isyarat jari tengah daripada sorang pompuan. Itu yang aku cuba nak leraikan."

Saya            :  Jadi cemana ko leraikan tu? 
Haji Hitam :  Aku cuma buat muka garang dan suruh 2-2 pihak tu blah. Sebab masa tu dah jem makin teruk. Masing-masing tanak mengalah. Padahal perkara kecik je. Lepas tu setel gitu je la kes tu. Bila derang dah blah, baru aku pegi ofis. 

Begitulah ceritanya daripada Haji Hitam.  Jangan main-main dengan Haji Hitam. Dia ni body builder tau. Ngehngeh. Setiap hari minum susu khas untuk body builder dan memang kerap pergi ke gym dan panjat gunung serta buat aktiviti luar. Hehehe. Badan besar ni. Sila respect skit ye. 


Apa yang nak saya katakan ialah.... driver teksi memang selalu buat perangai diva tak hingat kat jalanraya. Driver lori dan driver bas pun sama. Mungkin derang rasa jalanraya itu adalah ofis derang. Lagi satu, akak yang bertudung tu ngape la pegi tunjukkan attitude yang tak baik sebagai wanita Islam dengan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari kat orang lain. Tak kira la pemandu teksi tu berbangsa apa pun, tapi akhlak ko, ko kena la jaga. Jangan nak berangin sangat. Haih... tak faham. Jadi, ada berapa kepala angin dalam cerita ni murid-murid? Hehe.


Comments

  1. Taxi mmg camtuh..berlagak ..sy pun pernah accident kena langgar ngan taxi..dia taknak ngaku slh tuh..alih2 sy claim insuran 3rd partynya..padan mukerr..heheh

    ReplyDelete
  2. susahnyer kalau byk yg kepala angin... taxi2 ni mmg no komen lah sbb KA pun pernah hampir2 terkena

    ReplyDelete
  3. Adehhh... gile jeles lukisan tu. Drebar teksi memang ku paling tak ske kalau bertembung masa memandu. bilelah dorang ni nak ubah sikap ek? Yg minah tu pun kalau ye tengah gersang tayah le hajal pemandu teksi tu tengah2 jalan. Memalukan kaum jek! Eh, betul ke komen nih?
    Jemput singgah :)
    Sayonara AZDE! Sob! Sob!

    ReplyDelete
  4. kreatif giler lukisan tu ...hehehe aku pantang tol laaa dengan orang yang tak berhemah mase bawak krete ni ..cam die sorang bayar cukai jalan ....ishkkk geram geram

    ReplyDelete
  5. alahai...ada jugak orang camni kan...kawal la sikit perasaan marah tu...patut la nabi selalu pesan, kalau marah tenangkan dgn amik wudhu...padah kalau dah naik angin ni...silap2 boleh bertumbuk...nasib xjadi pape yek...

    ReplyDelete
  6. bila baca tentang teksitu teringat suami accident.. semuanya bermula ngan teksi tapi yang menderita orang lain... geram ingatkan tu...
    tapi yang pompuantu pun satu hal takder kejeke nak buat perangai gitu.. isyh sabojerler...

    ReplyDelete
  7. aku nak puji lakaran itu memang cantik dan grafik...

    ReplyDelete
  8. nasib baik ada lakaran yang santekk...barulah faham

    ReplyDelete
  9. eh, betullah... saya tidak boleh tidak melainkan bersetuju apabila awak cakap "mereka" mendiva sebab menganggap jalan raya adalah office mereka.... barulah saya faham kenapa mereka sangat mendiva... macma kita mendiva di office kita... cuma, pendivaan kita di office ktia tidak melibatkan masyarakat awam dan nyawa...

    ReplyDelete
  10. haaaa...statement pasal taxi , lorry & bus drivers sy setuju 100% ..yg pompuan brtudung tu sy setuju 200%!ahahah!!dua2 pun xsemenggahkn??

    ReplyDelete
  11. lakaran tu sangat membantu utk memahami cerita... haaa3x....

    dalam keadaan stress memang perkara begini boleh berlaku....

    ReplyDelete
  12. hAJI IHITAM..NAMA PUN DAH GANAS..JHEHEH

    ReplyDelete
  13. situasi yg stress di jalan raya..tak suka betul dgn driver teksi yang buat jalan sbg hak mutlak sendiri..nak masuk ikut suka hati..nak berhenti pun suka hati

    ReplyDelete
  14. btol kata hang. utk driver, jalanraya tu ibarat ofis diorang.

    ReplyDelete
  15. Sempat lagi buat lakaran erk hihihi..da mcm polis amk rajah kasar & kunci pulak.... hehehe..
    Tp mmg betol selalunya pemandu teksi mmg x berhemah bila memandu.. mcm jalan tu dia sorang yg pya..

    ReplyDelete
  16. serius liya mmg tak boleh blah dengan org yg kepala angin ni...

    ReplyDelete
  17. time driving ni mcm2 org kita blh jmp.

    ReplyDelete
  18. Teringat kata pelancong omputih yg datang ke Malaysia: org Malaysia sangat lemah lembut, tapi bila dpt stering org Malaysia jadi ganas dan gila...

    ReplyDelete
  19. aduyai..sbb skit tapi boleh susahkan semua org..mcm nak tahu je kpala angin ke2 (hehe)tu muda ke tua

    ReplyDelete
  20. isteri pemandu kereta satu lagi itu dah menunjukkan jari tengah dia kepada driver teksi tu..." | gila ah pmpuan tu... berani sgt

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum lyd...takutnya kalau ada org mcm ni kan...:)

    ReplyDelete
  22. Pemandu lori ke teksi ke bas ke poslaju ke courier ke... memang peel macam tu... tapi yg takleh terima peel wanita bertudung tu... macam ada yg tak kena je dgn hidup dia huhu....jadikan teladan...

    ReplyDelete
  23. bakpelah kakak bertudung tu buat isyarat lucah camtu, die tu nak sangat ke? kalau die buat kat lady pun lady bertambah hangin..

    ReplyDelete
  24. ish3!! memelukan wanita bertudung diluar sana jer...huhuhu

    sebab nila setitik risak susu sebelanga....

    bagus betul haji hitam 2...

    ReplyDelete
  25. tapi yang pompuan tu lagi tak boleh blah.tak perlu kot angkat jari tengah..

    ke dia nak saaangaaattt??hahahahmpeh

    ReplyDelete
  26. Haishhhhh...macam². Semuanya kepala hangin. TApi tu lah, memandu ni banyak cabarannya. Bila tak boleh nak kawal perasaan marah, mcm ni lah jadi nya. Benda kecik pon bley jadi besar. Dari jalan tak sedak, trus jadi sesak gara2 mereka yg kepala hangin nih.

    ReplyDelete
  27. mostly driver taxi and bus memang drive macam jalan tuh kawasan dia sorang je...gerammmm....isteri bertudung tu menunjukkan dia adalah seorang yang sukar mengawal emosi..hehehe

    ReplyDelete
  28. akak bertudung tu gawanggg nyeeee heheheheh

    ReplyDelete
  29. amboi kpala hangin tak ingt ye cik kak.
    awam tu gegurl..buat malu je

    sib baik ada hj hitam.kalau tak lagi teruk jem kan.masing2 tak ngaku ..huhu
    mangsanya org lain..

    sabaq je la dgn sikap pemandu di malaysia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya