Skip to main content

Tempat Biasa, Menjadi Indah

Sejahteralah ke atas kamu....


Bukan Beethoven
Pada waktu ini, usia kandungan saya 26 minggu. Setiap pagi semasa memandu ke pejabat dan setiap kali memandu pulang ke rumah saya akan memainkan classical music daripada Vivaldi dan Mozart. Saya dapat merasakan perasaan yg sangat indah apabila mendengarkan alunan irama biola dan piano tanpa dicemari suara manusia atau lirik yang membebankan kepala. Sehinggakan, suasana setiap jalanraya yang penuh sesak yang saya lalui dengan udara tercemar yang menyelubungi KL saya rasakan sangat cantik seperti menonton filem cinta. Terasa seperti memandu di Ireland [walaupun kat Ireland mmg langsung tak de iras KL pun. Heh!]

Menurut kajian, mendengar muzik klasik sewaktu mengandung adalah sangat elok untuk perkembangan otak bayi. Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat saya pastikan. Apa yang pasti, saya percaya emosi ibu akan mempengaruhi emosi anak yang di dalam kandungannya. Jadi perkaitannya... apabila perasaan saya tenang dan tenteram semasa mendengar alunan muzik klasik, anak saya turut mendengar irama indah itu di sebalik lapisan kulit, lapisan perut, lapisan dinding rahim, lapisan selaput uri dan melalui getaran air ketuban mamanya. Apa yang penting, emosi kami bertaut. Saya dapat rasakannya.


Ini Turn Wanita
Bilik solat di tingkat saya bekerja ini ada hanya ada satu. Terpaksa dikongsi guna oleh pekerja lelaki dan wanita. Pekerja wanita di tingkat ini hanya ada 5 orang sahaja. 2 orang solat di ruang privacy sendiri dan 3 orang lagi menggunakan surau yang satu itu. Saya termasuk di dalam golongan 3 orang itu. Perkongsian yang bagaimana, rasanya semua maklum kan? Tak mungkin masuk bersama lelaki dan wanita. Sudah tentu bergilir-gilir. Jika lelaki masuk, wanita tunggu di luar. Begitu juga sebaliknya. 

Sepatutnya tiada masalah. Sedangkan dulu bilik solat itu memang dikuasai sepenuhnya oleh golongan wanita. Tidak pasti kenapa lelaki tidak bersolat di situ dulu. Sama ada pada waktu dulu, pekerja lelaki tidak ambil hati untuk bersolat di tepi workstation masing-masing, atau mungkin mereka bersolat di surau tingkat lain. Allah je la yang tau. Tiba-tiba sejak kebelakangan ini surau ini jadi rebutan pulak. 

Bagi saya, ini perkembangan yang sihat. Bagus la... Kita berebut-rebut melakukan kebaikan. CUMA ada satu hal yang membuatkan saya bengang seribu kali ganda. Sewaktu sesi wanita menggunakan surau, selalu ada orang [lelaki] yang membuka pintu surau dan melihat ke dalam surau. Kenapa saya tau lelaki? Sebab setiap kali dia [atau mereka] membuka pintu, then akan berkata, "oppss.. sorry". Saya banyak kali kena. Padahal.... di pintu surau sudah ada penunjuk berbentuk seperti jam bulat dengan penanda anak panah yang boleh dipusing-pusingkan untuk menunjukkan sama ada pada waktu itu 'sesi wanita', 'sesi lelaki', 'surau kosong' atau 'sedang dibersihkan'. Kalau tak cukup penunjuk itu, dah tentu boleh tengok ada selipar perempuan di luar surau tu. Okaylah saya mengaku selipar saya tak la nampak kewanitaan sangat. Sebab takde bunga-bunga atau reben2. Tapi kalau orang tu betul-betul jenis yang alert, sepatutnya sebelum buat keputusan untuk buka pintu tu.... tengok la tanda-tanda tu dulu. Selipar dan penunjuk sesi. Eii.

Saya pernah tegur direct seorang staff yang buka pintu tu... Saya kata, tolong la tengok penunjuk aras tu sebelum buka pintu. Pastu dia kata, sebab penunjuk aras tu kadang-kadang takde orang usik pun.Kuat menjawab pulak. Ingatkan lepas tu dia akan lebih berhati-hati kalau nak buka pintu surau pada sesi wanita. Owh.. silap sekali sangkaan haku. Tetap sama jugak. Mungkin orang yang berlainan pulak kot. Jadi, usaha ke-2 untuk membantu staff lelaki menilai sesi wanita atau surau kosong, saya cuba menjadikan selipor jepun saya lebih feminin. 

Tadaaaaa!!! Saya selit bunga kecik kat selipar tu. Bagi menunjukkan yang selipar ni milik seorang feminin yang bukan ahli kumpulan Feminin. Selesai la bunga member sebelah saya ambik. Hehehe.

Lelaki mungkin dia tak sedar betapa sensitifnya isu aurat ni terhadap kaum wanita. Kenapa wanita perlukan bilik untuk bersolat? Semua ni sebab wanita perlu membuka tudung untuk berwuduk. Wanita perlu membuat pertukaran tudung kepada telekung. Walaupun betul kata Cursing Malay, bertelekung itu bukannya wajib. Yang wajib adalah tutup aurat. Tapi semasa persediaan untuk memulakan solat tu, wanita perlukan ruang tertutup untuk bertukar. Itu je sebab yang membuatkan saya hangin bila lelaki suka buka pintu surau waktu sesi wanita. Kalau waktu tu wanita tengah solat takpe la. Tapi kalo tengah tak bertudung, tengah kemas-kemas kan ikatan rambut ke? Macamana? Kami sengaja tak kunci pintu untuk memberi peluang kepada wanita lain yang ingin masuk menunaikan solat. Kalo kunci nanti, buatnya ada kawan pompuan nak masuk solat, sedangkan yang sorang lagi tengah solat... kan dah kena tunggu plak.

Lepas ni kalo ada jugak mat gedik yang masih nak buka pintu walaupun dah nampak selipar jepun bunga-bunga saya, memang tak tau nak kata apa lagi la.

Comments

  1. Susah jugak camtu ya lyd..kena bertimbangrasa lah orng lelaki nie.patutnya kena jagalah saudar muslimah mereka.. kalau buat slot time ikt turn susah ke nanti...

    ReplyDelete
  2. mmmm..susah juga kan
    morning lyd..how r u today ;D

    ReplyDelete
  3. ofis saya takde surau. cuma ade partition setinggi 5 kaki yg dibuat utk ruang solat. lagipun pekerja hanya 2 - 3 orang. bos pulak lebih suka ke surau berdekatan utk solat.

    ReplyDelete
  4. nanti bila dah lahirkan anak, kat mana pulak nak membreast-pumpkan susu? Kat opis aku ni, dia org gunakan surau je... takkanlah nanti nak 'oops-oops' lagi...hahaha

    ReplyDelete
  5. sepaptutnya opis akak kena buat ruang solat utk lelaki pula... comel selipar jepun tu kak..hehee

    ReplyDelete
  6. Ummuaidan : Tak tau la nak salahkan sape. Mungkin derang terlupa kot betapa sensitifnya isu tu.

    Qasehnya Rania : Itu la.. Agak bengang di situ. Saya sihat Ciksu. Alhamdulillah.

    Nafisa81 : Alhamdulillah. Ada juga bos nak letakkan partition. Bos lelaki kan? Kan sepatutnya lelaki kena la rajin skit pegi solat berjemaah kat surau berdekatan kan?

    Nizam Ariff : Breast pumping mmg akan beroperasi di surau. Tapi waktu tu kalo nak kunci takpe. Sebab boleh buka pintu kalo kawan nak solat. Kalo tak kunci kang confirm punya ada yg nak opss..opps. jugak.

    ReplyDelete
  7. hahahha..siap letak bunga kat selipar jepun tu...bagi aku la kan..surau untk lelaki tak perlu pintu pon takpe..janji bersih dah la.ngada lebih la lelaki2 tu..macam kat opis aku ni..halang dengan blind biase je, tu pon open je selalu..haha..tpi untuk muslimah diorang ade surau special..siap aircond lagi..best la..hahaha..

    ReplyDelete
  8. a'ah sepatutnya kena ada ruang solat utk lelaki dan perempuan..memg agak susah kalo terpaksa berkongsi, mungkin stgh majikan pandang remeh isu mcm nie..

    ReplyDelete
  9. eeeeiiii.... tak sensitip langsung lelaki lelaki yang terjah itu... Upss sorry konon..,.. bagi makan selipar agak sesuai untuk spesis itu...

    ReplyDelete
  10. kena bwk kasut tumit tinggi letak dpn pintu, baru jelas kot!

    ReplyDelete
  11. owhhh.. camtu signalnya selipar.. harap2 lepas ni ada yang faham.. kalau tak faham gak.. kena lekat kat pintu.. preggy lady in da surau.. hmmmm sabor jer le..

    ReplyDelete
  12. entah2 saja memang gatai nak jenguk wanita2 tu tengah buat apa..heheh.

    ReplyDelete
  13. susah jugak kalau tak sensitif ni.

    p/s: ada donlod tp separuh jln je cerita papa i love u tu. nak kena donlod semula la. mmg nora dgn ady over. adehhh... nasib baik jgk tk faham lg.

    ReplyDelete
  14. susah kan kalau dorang tak sensitif...

    kalau nmpak bunga tu dok terjah juga tak tau la kan

    ReplyDelete
  15. isk isk.. tak patut betul. mcm sengaja je tu.. grrrr...

    ReplyDelete
  16. Selipar cumell nyer..!! Kretip betul!

    pstt..! Ade ekspo utk mama & baby lagi ni kat pwtc. tgk kat blog Ben Ashaari:

    http://www.benashaari.com/2012/12/ekspo-ibu-bayi-dan-kanak-kanak-terbesar.html

    ReplyDelete
  17. Kena report kat management minta selesaikan masalah ni, nanti solat tak khusyuk dan hati berbuku aje..kurang pahala pulak...

    ReplyDelete
  18. salam kak.. mmg org tu sengaja kot.. mengambil kesempatan nk tgk aurat org.. (lady suke fikir negetif, huhuhu)

    ReplyDelete
  19. susah btl bila kna share ruang solat dengan laki..memang seeloknya ruang solat laki dan pmpuan kna asing...xpn,sediakan ruang utk wanita berwudhu' dan bersiap2 samada sebelum solat or lepas solat....barula kita dapat rasa kebajikan kita terjaga...wallahua'alam =)

    ReplyDelete
  20. macamana akak tau laki?mana tau penkid ke..zirafah ke?hahaha :D

    tapi klakau la akak mcm tak kusyuk je?hehe :P

    ReplyDelete
  21. Afzal : Aih, dia buka masa akak belum solat la. Masa tgh baca Quran, masa tengah nak buka telekung. :p *alamak.. kantoi plak aku.

    ReplyDelete
  22. bawak rotan jer..masa solat, tinggalkan rotan kat pintu..:D

    ReplyDelete
  23. x feminin selipar tuh walaupun kena hias ngan bunga. mohon pakai high heels masa nak gi solat. hehehe...

    ReplyDelete
  24. memang sedap lyd nasi ulam tu.hari tu masa my mil adik ipar dlm pantang yg bahagian dia mak tak letak bahan2 yg berangin tu ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya