Skip to main content

Tipikal Sangat Lah!

Sejahteralah ke atas kamu...

Sejak lama saya perhatikan, orang-orang di sekeliling saya [orang Melayu la khususnya], setiap kali hujan turun........ mereka akan nyanyikan lagu Sudirman bertajuk Hujan. Sebab lagu itu bermula dengan lirik, "Hujan yang turun bagaikan mutiara"... Ini bukan setakat nyanyian saje, malahan asal hujan je, status kat facebook pun menaipkan lirik lagu itu juga.

Next, kalau ada sesuatu yang berlaku yang melibatkan hati dan perasaan tapi yang tidak terlampau melukakan perasaan, contohnya ada kawan dia terlupa nak ajak dia makan ke, atau kakak terlupa beli roti yang dia kirim ke... mesti nak nyanyi lagu Spring, "Sampai hatiiiiii kau pergi tanpa pedulikan ku lagi...."

Akhir sekali, bila nak beri salam dalam keadaan yang santai atau dalam keadaan yang terasa 'macam bagus', ataupun mungkin beri salam setelah rasa bosan banyak kali salam tak berjawab, pasti akan ada yang menyanyi lagu kumpulan Rabbani, Assalamualaikum.... Liriknya macam ni, "Assalamualaikum... Salam sejahtera, kepada anda semua m,oga bahagia.."
 
Korang perasan tak? Korang ada buat tak? Muahahaha... Tipikal sangat kan?

Saya takde la marah. Kalau tulis dalam blog dan komen pom pang pong pang, tak beerti marah hokey. Cuma nak highlight je pasal sesuatu benda tu dan nak tau sama ada benda tu saya sorang je perasan atau orang lain pun perasan jugeks. Okay. Pendek je kan entry ni?

Comments

  1. ood point...mmg betul pun tu lyd...sy n kadang2 wat benda yang sama jgk...hehe...

    ReplyDelete
  2. Ye betuuull....
    Ada satu lg kalau perasan la
    Ada orang suka cerita2 tp last2 dia kata "Acah Mak Labu" ekekekeee

    Prasan tak? Prasan tak? ^___^

    ReplyDelete
  3. buat-buat malas nak perasan..! hihi..

    ReplyDelete
  4. dulu ada..skrang dah lp jd tipikal cam tuh..huhhhu

    ReplyDelete
  5. Saya pun mcm tu jugak, suka menyanyi jika sesuatu insiden sesuai dgn lirik lagu. Apa nak buat dah memang suka nyanyi, di dapur, di bilik air, dlm kereta memang suka nyanyi..Isteri selalu buat muka menyampah sebab bila dia sdg marah saya akan nyanyikan lagu P.Ramlee: "Maafkan kami, maafkan kami, maafkan kamiiiii...." (filem Bujang Lapok)

    ReplyDelete
  6. Sekarang kalau ada rahsia nak bagitau org, saya nyanyi...

    "Rahsia iniiiiiiiiiiiiii...telah lama aku pendamkaaaaaannnn...."

    Hehehe. Iyo2 je. Yup. Sha pernah buat perangai macam tu dan mempunyai ramai org yg berperangai macam tu di keliling Sha. Anda unsur humour yg boleh mengubah mood. Tapi ada juga unsur sakit hati kalau saje dibuat2 :)

    ReplyDelete
  7. aku biasa sangat lyd.err..tak salah kan..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  8. betul tu.. sokong sangat... mcm tu gak yang nani nampak kebanyakkan org2 di sekeliling ni..

    ReplyDelete
  9. bab hujan tu mmg sgt2 biasa didengar..malahan selalu nyanyi jugak pun

    ReplyDelete
  10. hahahaha na baru nk try ni..xpe kan? x marah kan . *gurau

    ReplyDelete
  11. Tak pulak nyanyi cm tu bila hujan..tak semua org kut..

    ReplyDelete
  12. yg masa hujan tu, aku pernah wat dlu suatu ketika dlu. tp skang x wat dah laa...

    ReplyDelete
  13. saya lak bila terkenangkan cepatnye masa berlalu, terus nyanyi lagu nora 'masa berlalu, tanpaku menyedari...' padahal part tu je sebut pasal masa...yang lain sume pasal putus cinta...papentah kan.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum lyd...heeheheehee...;)

    ReplyDelete
  15. dah terbiasa nak buat camner.. kadang2 der gak.. dah orang melayukan...

    ReplyDelete
  16. sbb lagu dah sebati dlm hidup masyarakat kita.

    *ni kira entry paling pendek Lyd..kikikii

    ReplyDelete
  17. a ah... betul la.. & lya pon x terkecuali..pnh gak gunakan lirik utk mgambarkan keadaan ..

    ReplyDelete
  18. perasan jugak..tapi akak tak nyanyilah sbb suara terlampau merdu...ngeeee

    ReplyDelete
  19. perasan sangat. huhu

    tp sy selalu nyanyi dalam hati je :P

    ReplyDelete
  20. Kalau nak tengok bola jer mesti nyanyi lagi Spin & Siti Nordiana - Paling Comel

    tiada ku sangka~
    bola-bola api~

    kan kan? zzzzzzz

    ReplyDelete
  21. ada lagi la lyd. tapi tak blh nak recall pulak. jam kepala pagi2. (^_^)

    ReplyDelete
  22. wak pon bengang gak kalo bg salam x jawab jugakk.. uuHUu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya