Skip to main content

Batuk Wanita Mengandung Sensitif Makanan Tertentu

Sejahteralah ke atas kamu...


MC Sebab .......
Wanita mengandung yang dimaksudkan dah tentu tak lain tak bukan, ialah diri saya sendiri. Eheh. Minggu lepas start hari Rabu, saya MC sampai hari Jumaat. Sebab batuk. Dengar macam lekeh je penyakit batuk ni. Tapi haddoiii... nak menanggungnya... mesti enak tak terkata. Saya rasa tak pernah saya batuk seteruk ni sebelum ini. Mula-mula pergi klinik dapat MC 1 hari je. Esoknya masih tak okay, suami saya je pergi extend MC kena cas RM35. Lusa pun tak okay lagi saya pergi klinik lagi sekali utk extend MC. Kena cas lagi RM35. Tapi takpe. Insurans cover. So sorry sebab saya tak jenguk belog nkorang. Sabtu Ahad pun masih lagi teruk. Hari ni masih batuk cuma tinggal sisa-sisa je.


Sensitif
Sebenarnya nak cerita punca batuk tu. Tak tau la ye ke tak. Ini saya punya teori je. Hari Selasa tu, saya pegi makan Yong Tao Foo kat KL Festival Mall waktu tengahari. Yong Tao Foo dia sedap la jugak. Makan dengan kuah kari. Cuma masalahnya minyak dia perghhh... berladung bak kata orang Pahang. Haihhh.

Nampak bukti minyak berlanarrr??? [kata orang ganu]. Ketam ni comel kan? Siap ada mata 2 titik. Kehkeh. 

Lepas balik semula ke ofis, saya dah start batuk-batuk. Rasa macam batuk yang normal je. Sampai umah, saya pegi tambah plak makan Durian Crepe.. Ohh.. sedapnya.....

Haa.. sedap tu sedap la... sampai je waktu Maghrib, saya terus batuk tak berhenti-henti. Siap muntah balik Durian Crepe. Sebenarnya saya rasa saya takleh makan Durian Crepe tu la waktu pregnant ni. Ini bukan kali pertama. Masa mula-mula ari tu, lepas suami saya beli.. saya makan kemudian perut reject jugak.

Pastu ingat tak saya pernah post pasal Garret Popcorn tak berapa lama dulu? Yang itu pun, saya makan... esoknya terus MC jugak sebab demam. 

Jadi, menurut teori saya..... waktu mengandung ni, perut saya sensitif sangat dengan makanan tertentu. To be specific, makanan yang contains high preservatives. Yang ada bahan-bahan pengawet berlebihan[Durian Crepe mungkin], yang ada pewarna berlebihan [macam garret popcorn perisa cheese tu..] dan bahan-bahan perasa yang berlebihan macam Yong Tao Foo tu. Sistem badan saya yang suci ni seperti tak dapat terima benda-benda pelik. Ye la, alahan dah lama berlalu. Sekarang saya dah tak alahan. Tapi kalau makan benda2 yang pelik-pelik je ingredients dia, memang berlaga la dalam perut. 



Solution

Cam kambeng je konon-konon nak bagi solution. Heheh. Masa saya tak sihat tu, seperti yang dijangka terjadi, tewas sekali lagi... menambahkan duka yang sedia adaa..... woooo.... Ok..ok.. serius. Seperti yang telah dijangka, tabiat pemakanan pun dah jadi huru hara semula. Tak selera makan. Tak tau nak makan apa. Yang mampu saya makan hanya bubur nasik yang plain je. Pastu telur dadar.. Bowringggg... Tapi cukuplah, asalkan mengenyangkan sudah la. Bukan setakat saya je yang kena makan camtu, suami sekali saya drag makan macam tu. Nasib dia la kan. Hihi.. [sorry my love]

Alhamdulillah. Kenyamsss...

Pastu, untuk batuk plak.... saya google punya google punya google... Jumpa le petua rahsia perubatan kuno Roman untuk merawat batuk secara tradisional... Ceh, aku propa je. Tak tau ada kaitan dengan orang Rom ke dak. Main petik je ni. Ini adalah susu panas yang dimasukkan halia dan dicampur madu. Menurut website tersebut, combination begini boleh menggalakkan sistem ketahanan badan [antibody]. Susu ni saya guna susu UHT Dutch Lady, Full Cream plak tu. [Cemana la tak gemuk nko nih. Nama Lydi, tapi debab!]. Pastu masukkan seketul halia, masak dalam periuk. Lepas dah panas, masukkan dalam cawan then campur madu. Minum la masa panas-panas.. Fuhhh... memang refreshing. *saya  ni kekampungan terlebih... so, susu tepung memang saya takleh 'gi' sangat.*

Susu panas letak halia dan madu. Sedap.
Esok lusa nak try guna cengkih plak letak madu. Pastu cinnamon. Yey!  Gembira tak bertempat! Yey!

Comments

  1. assalamualaikum..
    patut le lama tak apdet... ingat outstation balik kg ke hapa... :D
    tak sihat rupanya.. batuk mmg sangat2 tak best.. sbb tido pun tak nyenyak..
    bila mengandung time ni saya pun memilih makanan.. misalnya before this boleh makan kambing.. tapi time pegnen ni, asyik muntah balik je bila kena kambing.. perut tak leh terima.. nak je muntah.. even dah 1/2 hari dok dlm perut.. mmmm.. ada lagi.. tak suka kari.. tapi tetap makan gak.. macam dah jadi biasa kena gak makan kari kurang2 1 kali seminggu.. hmmmmm penangan mengandung kali kan..
    get well soon ye.. :) take a rest.. esok cuti.. :)

    ReplyDelete
  2. saya Alhamdulillah tak pernah dapat batuk teruk sangat macam tu...kalau suami tu pernah juga saya tengok dia batuk mcm nak kuar anak tekak...abis tegang urat2 leher dek sbb batuk...hmmm...dah okey ke minum air susu hali dan madu tu?semoga cepat sembuhlah ye...jaga diri...

    ReplyDelete
  3. salam lyd...tak sihat yer..kesian lyd, nampak sensitif dengan makanan yer..kena hati-hatilah camtuh..sy pun selera kurang makan untuk menampung perut jerr..
    batuk susah kan..tambah2 peknen..mau kadang2 nak terkencing...
    harap2 lyd bertambah ok yer..take care

    ReplyDelete
  4. apapun jaga diri ye lyd

    ReplyDelete
  5. Macam-macam alahan mengandung, kan? Sebab itulah wanita mengandung mudah dapat pahala, InsyaAllah. :)

    Semoga segera pulih sepenuhnya.

    Mahal harga MC, ya?

    ReplyDelete
  6. mesti sakit perut bila batuk teruk..perut akan rasa tertekan..sian baby dalam tu..muga cepat sembuh yer kak

    ReplyDelete
  7. ha tu lah..batuk masa pregnant ni doktor tak kasik minum ubat batuk biasa tu..selalunya sy pergi kedai ubat cina..nnt dia akan bg ubat batuk gamat Hurix tu..

    ReplyDelete
  8. tu la kau makcik..sejak preggy ni macam-macam dah ko post pasal makanan je..haa amik ko..telebih makan la tu..hahaha..apa pon semoga ko cpt sihat ye makcik..

    ReplyDelete
  9. Lama sepi..rupanya kurang sihat..
    Lps ni jgn ngada2 mkn durian crepe bagai tau..(sbb saya pun blm pnah rasa..hahaa).

    Rajin lyd try petua2 ni..saya dgr halia je dh takmo.

    ReplyDelete
  10. 1st tiem dengar cara ni.. boleh la try jugak..

    Tp Myra dulu kalau batuk suka kulum bunga cengkih... :)

    ReplyDelete
  11. Jassnani : Tima kasih nani. Haa.. kan ada benda yang mcm sensitif utk kita makan. Saya pun pelik. Saya plak, biasanya tak penah suka coffee, tetiba skrg ni suka plak.

    UmmiArissa : Susu halia madu tu rasanya alhamdulillah agak berkesan. Lagipun kena minum air banyak. Mungkin batuk ni sbb panas badan, panas dalaman. Minum air banyak okay la. Tak makan sgt ubat batuk,

    UmmuAidan : Sama la.. Bila batuk je terkencing. Hehehe. So, panty liner skrg memang banyak le kena guna.

    Kesuma Angsana : Terima kaish KA.

    Kakcik : Itu la dia. Mahal MC. Dia cas consultation dan medicine walaupun hanya dtg dan amik MC semata-mata.

    Ema : Mmg ema. Sakit perut. Cramp jadinya. Akak perasan, masa batuk tu, sbb byk makan ubat batuk, anak jadi active. Banyak bergerak. Tak tau le bergerak sbb gembira atau sebab stress.

    Nafisa81 : Hurix tu elok gak. Boleh ek guna yang tu masa peknen? Kalo boleh nak beli la nanti. Sbb ubat batuk tu sedap jugak kan? Manis.

    YM BUndle : Hahah.. Ye la pakcik. Aku post pasal makanan sebab aku takde citer nak kongsi. Kang kalo aku citer pasal arwah mak aku, nanti beri mood sedih plak kat aku. hehehe. Thanks. Best la wife ko tak alahan.

    Ujie : Dulu masa tak preggy makan okay je durian crepe tu. Tak tau plak sensitif rupanya perut saya ni. Tak rasa sgt la halia tu. Rasa hawa-hawa dia je. Hehe. Tapi okay jugak... dgn izin Allah berkesan.

    ReplyDelete
  12. Myra Jay : Bunga cengkih pun elok ek utk batuk? Saya ada plan nak try masak susu guna cengkih jugak lepas ni. Heheh. Sedap jugak susu berperisa rempah.

    ReplyDelete
  13. kak lyd na dah try yong tau foo kuah kari tu..sedapp gilaaa gilaa ;))

    Na try kat perhentian rawang ;)

    ReplyDelete
  14. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.
    klik lah ya...

    ReplyDelete
  15. Assalam Lyd,
    Alolor.. mesti sakit bila batuk2 ni. Yg tak berbadan 2 ni pun tak selesa kalau kena batuk. Tapi ada betul nyer cakap Lyd bila badan kita alah dengan sesuatu lagi2 kuah yg berminyak camtu.. Pastu cuaca pun tak menentu..

    Ni amalan mamavogue kalau batuk, perahan limau kasturi campur kicap. Rasa masam manis tapi sesuai utk ilangkan gatal tekak :)
    Insya Allah...

    ReplyDelete
  16. takpe2... take care ye. time pregnant ni macam2 ada. semua penyakit yg tak ada pun jadi ada. aisey... mug kfc tu saya simpan buat kenangan. tak pernah guna pun.

    ReplyDelete
  17. try ais krim malaysia la pulak...hehe!

    ReplyDelete
  18. batuk time peknen mmg tak best... rasa keras semacam perut masa batuk kan. tk cr... dasyat gak perut takleh terima foods yg kaya ngn mende2 tk sihat... kira bagus la tuuu kan...hehe

    ReplyDelete
  19. Eh...eh...eh...baru je minum susu halia tu semalam. Dan post di blog juga. Nampaknya Susu Halia lebih famous dari Durian Crepe agaknye:P

    Ibu cakap tak elok batuk. Ada org batuk, baby ke bawah. Jaga pemakanan ye. Sekarang Sha risau pula baca post awak ni.

    Doakan yang baik-baik saja:)

    ReplyDelete
  20. Masa istri saya mengandung saya tak pernah dpt batuk...hehehehhe..Mcm2 petua batuk, terutama campuran madu lebah..

    ReplyDelete
  21. akak pun masa mengandung tak boleh makan sembarangan..nanti uwek semula...

    ReplyDelete
  22. mornink lyd.patut la byk ari sepi je .
    cmna hari ni dah ok ke?
    akhirnya bjaya cari solution sendiri kan
    tale care yrr")
    bye bb ,)

    ReplyDelete
  23. susu panas 2 nmpk sedap nk try buat la pasni....hehehe... dan buburdgn telur 2 sedappppp... lama xmkn cam 2...huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya