Skip to main content

Tak Tahu.....

Sejahteralah ke atas kamu...

Tak tahu kenapa, ada seseorang kat ofis ni sungguh mengjengkelkan saya. Tak tau la sama ada saya sorang je yang rasa atau orang lain pun rasa. Bila saya fikir-fikir, dia takde pun buat salah kat saya. Cuma perilaku dan gaya dia tu grrrrr..... tak tau nak cakap cemana.

Nama dia Kiki [errkkk... 'Kiki' la sangat. Nama cam comel. Dah tentu la ini hanya nickname]. Boss dia Zoey. Zoey ni memang terkenal jengkel sejak dulu. Yang si Kiki ni saya hanya nampak dia sebagai balaci atau pencacai Zoey je, jauh sekali saya nak anggap dia orang kanan. Never. [Chey, 'never' tu perkataan yang Zoey selalu guna. Kahkah.]. 

Saya ni jenis yang bukan kisah sangat pasal jawatan siapa lagi besar, jawatan siapa kecik. Tak pernah pun nak beza-bezakan pun. Saya yakin ramai orang pun sama macam saya. Kita semua manusia. Kalo pangkat besar pun, makan kena kunyah jugak. Bernafas pun guna paru-paru jugak. Kuku panjang pun kena potong jugak. Berak pun keluar tahik yang busuk gak. Takde beza pun. Tapi bila tetiba ada manusia yang buat perangai macam 'sila respek aku sebab level aku sama taraf dengan timbalan perdana menteri' sedangkan level dia lagi rendah daripada orang lain... maka time tu la saya mula nak terfokus pasal pangkat dan jawatan. Jengkel betul kalau tetiba si Kiki ni suruh-suruh orang lain buat sesuatu seperti orang lain tu berada di bawah seliaan dia. Nak mintak tolong tu takde masalah. Kita pun suka tolong menolong. Malah selalunya perkara yang dia mintak tolong tu kecik je. Anytime boleh tolong. Tapi yang paling membuatkan orang tak berkenan tu ialah cara mintak tolong tu. Contoh ari tu dia nak pinjam pendrive. Sebab nak amik satu file daripada saya yang dah cuba  di email tapi tak lepas quota email. Saya pun suh la dia cari pendrive. Eh, pastu dia suruh saya plak yang cari pendrive atau pinjam daripada sape-sape yang ada. Memang kat dalam masa tu saya dah terbakar dah. Tapi bersabor je.

Memang sangat jengkel bila dia tanpa segan silu tengok pada screen notebook orang lain, apa yang orang lain tu buka sambil buat muka penghuni syurga dan menyoal siasat orang lain apa yang orang tu buka dan tengok di internet. Dan yang paling jengkel sekali bila apa-apa yang berkaitan dengan salah laku atau etika kerja, dia ugut nak report kat Zoey. Hahah. Yang tu paling bungus skali saya rasa. Zoey memang selalu buat macam tu, tapi dia boss. Apa-apapun dia bukan marah pun. Saje nak mengacau. Tapi bila Kiki cuba untuk buat benda yang sama... argghhh... jengkel.

Zoey tu memang suka buli Kiki. Sebab Kiki tu diantara yang paling junior dalam ofis ni. Kalo Zoey mengenakan Kiki, tak bermakna dia kenakan orang lain jugak. Kiranya Zoey ni lah yang paling ditakuti oleh Kiki padahal ada lagi sorang boss di atas Zoey, tapi Kiki paling takut kat Zoey. Jadi, dia ingat semua orang takut pada Zoey sampai nak ugut-ugut orang lain, 'kalo berani cuba tunjuk kat Zoey', 'kalo berani pegi bagitau Zoey'. Please la wei. Dia ni, even nak mintak tolong saya buang sampah pun, dia main hulur je sampah pada tangan dia tanpa berkata apa-apa sambil tunjuk je sampah tu kat saya. Last-last baru dia kata, aku tak jumpa tong sampah kat sini. Eii..

Comments

  1. percayalah setiap opis ade org mcm zoey dan kiki...kikikiki....

    ReplyDelete
  2. isyyy isyyyy... mmg mengjengkelkan... pernah dulu time nak apply keje kat sini, jenuh teragak2.. takot kot2 ada yg perangat lebih kurang zoey ni ke.. kiki ke.. tapi alhamdullillah... selepas screaning dan mencuba nasib... berkekalan saya di sini dah 8 tahun.. so far so good, bos pun cam keluarga sendiri.. tapi ada limit tau.. dia tetap bos.. ape pun bukan senang nak dapat apa yg kita impikan.. alhamdullillah je.. allah tahu apa yg patut utk org2 camtu.. :) (mak pesan..selalu ckp alhamdullillah.. walaupun tak puas hati)

    ReplyDelete
  3. kat opis ni takder lagi... tapi entahler teringin gak nak cari keje lain boleh...

    ReplyDelete
  4. Mcm2 ragam manusia...rasanya kat mana2 pun ada ofismate yg menjengkelkan. euuwww!! yg bajet Diva pun ada tau...yg talam dua muka jgn ckp lah...tp yg paling x boleh blah tu kalau ada kes2 yg menggedik dgn bos sendiri...oh please la...be professional kan lbh bagus...nawaitu bekerja tu biar le betul...sama2 cari rezeki...biar yg berkat :)

    ReplyDelete
  5. Baca pun dah nyampah. Sabar tetap sabar, tapi sesekali kena tunjuk ajar dia ni.

    dari psikologi, nampaknya dia mmg takut pd zoey. dan utk mengimbangi rasa rendah diri dia cuba kenakan org lain pulak.

    ReplyDelete
  6. salam....banyak jgk interesting story kat blog awak...izinkan saya follow...tq

    ReplyDelete
  7. Perangai kaki bodek ni ada di mana-mana. Selalunya yg pangkat tinggi2 tu tak banyak kerenah sangat pun tapi yg midle-midle tu lah yg lebih sudu dari kuah. Kalau saya berhadapan dgn kes2 spt ni saya buat main2 saja dgn kata2 mereka. Misalnya jika ada yg ugut, "Nanti aku report kat boss" saya akan minta dia pergi report cepat2, malah saya akan bagi tips lagi benda2 yg boleh dia report kat boss. Lepas tu saya akan berdoa di depannya semoga dia akan di anugerahkan oscar sbg "pembodek terbaik di dunia". Itu cara sayalah, ia tak sama dgn cara org lain...hehehehe..

    ReplyDelete
  8. hehehehehe... nasib baik opis saya ada dua tiga ketul je manusia... maka zoey dan kiki tak wujud...

    ReplyDelete
  9. Nanti gi EsEsEm ku nak gi carik Zoey ngan Kiki tu nak bergambar bersama. Ku hengat pomps kat kaunter ROB yang freehair tu jek pangai cam siamang ghupenya ade lagi sekor ye? Muahaha!
    My latest Entry :)
    Chill Cheese Cake with Mango Dice

    ReplyDelete
  10. sabor jelah masa dulu2 pernah gak alami sekarang tinggal 2 je dan department pun lain2 so takde lah menjengkelkan cuma client lak over ada ke dia ingat rakan saya tu boss saya. walaupun lain department tapi saya suka menolong so client tu ingat saya kerja bawah kawan saya tu lah pastu dengan selamba jer bagi saya document utk copy..banyak pulak tu..kawan saya pun cam pelik tapi takleh kata apa sebab dia engaged on phone. Grrr...

    ReplyDelete
  11. orang macam tu kadang2 nak kena ajar juga supaya dia pandai nak respect orang. mmg xsuka betul berdepan dgn org macm zoey n kiki tu..

    ReplyDelete
  12. Ecah : Eh, dulu nama dia kiko ek? Hahah.. Org yang sama tu. Cemana bleh terlupa nama Kiko tu.

    ReplyDelete
  13. mmg annoying gilaaa tp mmg mana2 office bnyk org berperagai mcm gini ;)

    ReplyDelete
  14. susah nak komen benda2 mcm ni, for KA senang je, buat x tau dn pastikan keje kita beres

    ReplyDelete
  15. Erkk..hahaha..kau buat aku rasa macam nak tulis cerita pasal someone..staff aku jugak..tapi cukup mengjengkelkan..annoying omputeh kata..

    ReplyDelete
  16. ihihiih.. kiki ek? kita orang pun berperasaan sama cam ko.. jengkelkan dia..

    ReplyDelete
  17. ALhamdulillah//kat pejabat ni.,.tak ada macam kiki dan zoey..

    ReplyDelete
  18. zoey & kiki:
    character nieh dipanggil lebih sudu dari kuah.

    kadang2 org yg takde power suka memower-mowerkan diri *eh ada ke*

    tp org yg betul2 power senyap saje. relax dan bawak bertengang. mungkin lebih humble. :)

    ReplyDelete
  19. Marzuna : Kan?? Aku biasanya buat tak tau je. Tapi mcm geram nak lepaskan. Terpaksa la lepaskan kat belog. huhu.

    ReplyDelete
  20. ooo..perasan dia boss la tu..kat opis sayapon ada org mcm gitu, menjengkelkan kan?

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum lyd....mana2 opis mesti ada org yg mcm ni kan memang buat org sakit hati jer sabo je la lyd..;)

    ReplyDelete
  22. ada juga org yg perangai macam tu ek....

    tak nak lempang je ke? hahaha

    ReplyDelete
  23. sabo je la. kdg2 perangai manusia ni pelik2 sket.

    ReplyDelete
  24. sabo je la...tapi kalo saya jumpa org macam zoey dan kiki, tensen jugak...

    ReplyDelete
  25. paling tak suka org2 mcm ni la...taksub dengan jawatan..taksub dengan kuasa...padahal toreh pisau kat lengan..darah sama merah jugak...kan?

    ReplyDelete
  26. pergi lah ke mana2 ..akan ada org seperti ini..sebagai penyeri kehidupan...hahahaaaa...sabo je laaa..

    ReplyDelete
  27. harus la dikeluarkan ayat2 yg power agar dia sedar... wei, perangai boleh elok sikit tak? hehehe...

    ReplyDelete
  28. sabor j la
    mna2 ada org sperti kiki dan zoey

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya