Skip to main content

Nama Tak Serasi

Sejahteralah ke atas kamu....

Kakak sulung saya namanya Norakmal. Tapi mak dan abah panggil beliau 'Khadijah' dan nama ringkasnya 'Jah'. Menurut Allahyarhamah mak saya, masa kecik dulu Kak Long selalu sakit dan kuat menangis. So, sebab tu mak tukar nama panggilan Kak Long. Alhamdulillah dgn izin Allah, Kak Long dah tak kuat menangis dan dah tak selalu sakit bila dipanggil nama baru.

Ada satu lagi kisah, kawan kepada abang saya. Anaknya diberi nama Muhammad Adam Luqman. Anak dia ni pun selalu jugak sakit dan dia langsung tak aktif. Boleh dikatakan sangat pasif atau dalam bahasa kurang berhemahnya, lembab. Sampai satu masa kawan abang saya tadi bertanyakan seorang ustaz tentang masalah anak dia. Ustaz mencadangkan untuk tukar nama. Sebab menurut ustaz, nama Muhammad Adam Luqman itu terlalu berat untuk dibawa oleh anaknya. Muhammad merujuk kepada nabi Muhammad. Adam kepada nabi Adam. Dan Luqman pula mewakili Luqman Al Hakim, seorang ahli bijak pandai sebelum zaman Rasulullah lahir. Ustaz itu mencadangkan supaya buang salah satu perkataan pada nama anaknya. Tapi saya dah tak ingat sama ada dia buang 'Adam' atau 'Luqman'. Yang penting selepas itu anaknya kembali normal seperti kanak-kanak lain.

Saya tergerak hati nak cerita pasal nama ni sebab semalam terbaca blog seorang rakan blogger ni, Mama Mya. Mama Mya ceritakan tentang nama anaknya, Balqis. Kalau nak tau, sila baca sendiri. Tak baik malas2. Dan Mama Mya pun menulis tentang kisah nama ni selepas membaca entry daripada Model 80an iaitu Kak Nani Rostam. Ibu kepada blogger femes Hanis Zalikha. Kak Nani Rostam jugak ceritakan tentang nama anaknya Balqis yang dah ditukar kepada nama Nur Umairah. Eh tak sure la anak dia ke anak sedara dia. Sorry kak Nani ye. Sebab saya tak tau. Betul ke budak nama Balqis ni terlebih aktif? Saya tak tau plak.

Pendapat saya, peranan nama ni sangat penting. Itulah di antara perkara yang paling awal yang ibu bapa beri kepada anaknya setelah lahir, sebelum memberi didikan sempurna. Kalau anak orang lain sesuai dengan sesuatu nama, mungkin untuk anak kita pula nama yang sama itu tidak sesuai. Setiap anak kan berbeza. Nama anak seharusnya mempunyai makna yang baik. Jadi, bila kita panggil nama anak tu, sama seperti mendoakan anak itu. Contoh kalau beri nama anak dengan nama Baqarah. Maksudnya sapi betina. Setiap kali panggil anak tu seperti memanggil anak itu, "sapi betina....ooo...sapi betina"... Kan ke kesian kat anak tu. Hehe.
Jadi kalau korang dah berikan nama yang baik kepada anak, panggil la dengan nama penuh dia. Kan maknanya yang elok tu boleh jadi doa untuk anak. Nama penuh anak panjang sangat? Kalau nama anak panjang, panggil la salah satu daripada perkataan nama anak tu dengan lengkap.

Nama anak saya? Hihi... InsyaAllah kalau lelaki nak beri nama salah seorang nabi. Dan kalau perempuan pula insyaAllah nak beri nama sempena nama anak nabi Adam yang tercantik, sama seperti nama Allahyarhamah mak saya. :). Semuanya jika Allah memberi keizinan.

*semua ini Allah lah yang punya kuasa. Sejauh mana kebenaran tentang nama anak boleh mempengaruhi kesihatan anak, itu saya tak dapat nak pastikan. Tapi kalau nama mempengaruhi sikap dan attitude anak itu memang confirm. Jadi, korang rasa cemana?

Comments

  1. Mungkin juga. Arwah pakcik saya pernah mengalami. Asalnya nama Abdul Wahab tapi ditukar kepada Mohd Yusuf bin Yusuf.
    Pelik jadi namanya yg sekarang tapi...entah kenapa itu yg paling serasi.

    Tp tak apa...dua2 nama pon maksud baik:)

    ReplyDelete
  2. Menurut Ustaz Sharhan Shafie, nama Balqis dan Qistina adalah antara nama2 jin. Nama anak buah Nani Rostam tu Nur Qistina Balqis kalau kakcik tak silap.

    Nama kakcik pun ditukar masa kecil dulu konon tak serasi. Dari nama Juariah, dipanggil Zainoriah dan dipendekkan kepada Nor sahaja...

    ReplyDelete
  3. cum pilihlah nama2 yg baik untuk anak2 kita !

    ReplyDelete
  4. nama yg elok memberikan makna yg elok..macam doalah kiranya...

    ReplyDelete
  5. wallahualam... masa saya kecik dulu pun, nama adik Norhasitah, tapi adik selalu sakit2.. banyak bisul2 besar jari tumbuh kat atas kepalanya.. lepas 1 per 1 bisul tu, tetap ada, dan adik selalu sakit.. kata org yg mengubat adik, namanya tak serasi, sbb tu mcm2 jadi kat adik.. sejak tu kitorang panggil 'adik' atau 'norma'.. alhamdullillah.. itu je yg berlaku dlm hidup saya.. so far nama anak2 alhamdullillah.. sampai skrg ok.. :) insyaALLAH nanti saya nak letak nama anak yang cantek2 utk baby yg bakal lahir ni..

    ReplyDelete
  6. Nama saya H..panggil H jer..saya tak nangis kalau orang panggil saya H..

    aaa..banyak jugak dengar pasal nama2 yg tak serasi ni..rasanya nama makcik2 aku semuanya berbeza drpd nama asal diorang..

    ReplyDelete
  7. Thanks dear atas teguran pasal entry tadi :)

    Nama tak serasi tu jadi kat adik MJ, selalu nanges, orang tua cakap baby tak dapat nak bawak nama tu, lepas tu kami tukar nama panggilan, alhamdulillah sesuai dan nama panggilan kekal sampai sekarang dan nama asal pun kekal :D

    ReplyDelete
  8. aku pulak berkenan kat nama of coz yag pertama maksud yang baik..then aku akan kaji2 sikit siapa pembawa nama tersebut..kut2 la terinspirasi n ikut tauladan nama tokoh2 tu kan

    ReplyDelete
  9. satu info yg menarik utk dikongsi. saya ada kawan nama balqis

    ReplyDelete
  10. jgn nama anak ko sorang untuk 3org punye nama dah la nanti lyd..tren skg tu..nama nak panjang2 je,nak buat pe tah..hahaha..

    #aku pon rasa balqis ni mcam telebih gula la pasal anak buah aku pon ade balqis..abang2 dia pon kene belasah..haha..

    ReplyDelete
  11. suami saya seorang guru... mak saya seorang guru... ayah saya seorang guru... oleh itu, guru guru dirumah saya sangat anti nama panjang panjang... keluarga mertua pula sejak azali, memang yang pempuan nama seketul... maka jadilah nama anak saya, "sumayyah"...

    kalau ada yang kedua, insyaAllah.. "jannah" (pandai pandai saya letak sambil berangan, belum cakap lagi kat suami saya... hahahaha...

    ReplyDelete
  12. Parent skrg suke letak nama anak panjang2...kdg2 sampai x uat ruang nak tulis nama :p
    Apapun yg paling penting, beri nama yg ada makna dan sedap di halwa telinga :)

    Buat masa ni, saya dah simpan nama anak pompuan. hehe...tp jantina pun belum tahu lg ni...

    ReplyDelete
  13. org dolu2 mmg gitu, nama panggilan kakak & abg sulung saya pun berbeza dgn nama asal sbb dikatakan 'berat'. Mak ckp, mmg terus elok lps tukar nama panggilan.

    tak taulah sejauh mana kebenarannya.

    ReplyDelete
  14. setuju sangat... nama pun memainkan peranan penting tingkah laku anak2x (penama) tu nanti bila membesar kerana nama kan juga satu doa...

    ReplyDelete
  15. CiM ada 2 org putera. Nk kongsi pengalaman kami.

    Semasa usia kandungan masuk 7 bln barulh kami cari nama2 yg baik utk ank kami dn senaraikn. Apabila ank kami lahir, kami tk bg nama lg smpilh masuk hari ke3 dn sblum tali pusat tanggal, barulh kami bg nama dgn nasihat dr seorg ustaz. Slps bg nama kami akn buat majlis knduri doa selamat. Dlm masa 3 hari kita boleh lihat karakter bayi, dn pemilhan nama brgantung pd tarikh lahir, hari, waktu yg semuanya mengikut kelendar islam.

    Itulh yg keluarga kami praktikn, wallahualam...

    ReplyDelete
  16. mcm nama ayah dya masa kecik2. nama dlm ic lain.org pnggil lain..huhu

    ReplyDelete
  17. nama bermakna doa atau harapan, agar kehidupan ke depan akhlaknya baik dan bahagia; namun kenyataan juga tergantung lingkungan, usaha, doa, juga takdir dari Allah Yang Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  18. Salam...
    Terima kasih Lydsunshine sudi link Blog Mama Mya... :)
    Sekarang saya sedang usaha panggil Balqis dengan nama "Iman"... asyik lah tersasul-sasul kejap "iman".. kejap "balqis"... hehehe

    ReplyDelete
  19. Pernah dengar tentang ni tapi cuma setakat demam jer tak tahu pula nama juga boleh mempengaruhi sikap anak jugak..

    terima kasih sebab share.. ^_^

    ReplyDelete
  20. Nama adalah doa, oleh itu berilah nama yg terbaik utk anak2. Teringat dulu ada seorang Menteri (Menteri Tanah) masa zaman Pak Lah namanya Tan Sri Kasitah Gadam. Tau apa makna Kasitah (Qasitah)? Qasitah bermakna menyeleweng dari kebenaran. Dan memang benar, akhirnya Kasitah Gadam ditahan polis atas tuduhan menyeleweng wang kerajaan. Oleh itu jangan beri nama yg tak baik utk anak2...

    Ada yg bubuh nama anak kerana bunyinya sedap. Saya ada rakan perempuan yg namanya bermakna pelacur. Antara nama-nama tak baik tapi sedap didengar ialah:

    Rajmah (Rajimah): Yg direjam/dilaknat
    Sakira: pemabuk
    Shaqiah: Yg sedih
    Syahrul Bariyyah: Sejahat-jahat manusia
    Zalilah = Yang hina
    Zaniah: pelacur
    Wati: suka bersetubuh


    ReplyDelete
  21. ye la. kadang kadang nma pon bole ambil peranan. kan nama kita satu doa, kalua nama kita maksud yang baik baik, mungkin itu boleh jadi satu doa tau.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum lyd...kekadang memang mcm tu ada yg kata nama yg panjang x elok tapi tu semuanya terpulang pd diri masing2kan...pilihlah nama anak yg baik dr segi maksud nama yg elok...:)

    ReplyDelete
  23. Sebaiknya pastikan maksud nama tu maksud yang baik....dan jangan terlalu panjang kan..nanti panggilnya pendek aje...pastu jadi hilang makna yg baik tu....

    ReplyDelete
  24. biasa jugak dengar tu. biasa jugak panggil nama penuh anak2. seronok sebab nanti dia orang pun ingat nama dia orang siapa bila ditanya.

    ReplyDelete
  25. aku pun slalu gak terbaca psl nama anak mempengaruhi kehidupan diorang. ada gak mcm mana nama memberi kesan terhadap gangguan makhluk halus.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya