Skip to main content

Obsessi Kucing

Sejahteralah ke atas kamu...

Pahang dah kalah 1-4 dengan Selangor semalam. Patutnya lenkali saya tak payah tengok game pasukan yang saya sokong. Sebab kalo saya tengok biasanya derang kalah. Tak kira peringkat apa pun, tak kira sukan apa pun, orang atau pasukan yang saya sokong mesti kalah. So, next time nak sokong Selangor plak. Biar Selangor kalah. Kuheh-kuheh. 

Dah lama saya tak buat entry membebel kan? Maksud saya membebel marah kat orang. [Nampak sangat ke menipunya. Padahal baru ari tu aku marah pasal MC dan EL. Hahah.]. Malam semalam, saya tersengaja menonton rancangan Obsesi kat TV9. Semalam dipaparkan pasal satu family yang obses dengan kuceng. Masa tengok dia [sorang pompuan] bela kucing ramai2 letak dalam sangkar kat belakang rumah, saya rasa "owh... that's so nice. Baik hati dia."
Lepas tu dia tunjuk plak bilik kucing dia yang lebih special dan dia sayang bernama Prince [kalau tak silap]. Mak aihhhhh.... Siap ada 1 bilik khas untuk kucing tu yang ada katil queen size dengan pasang cadar siap dengan toilet kucing yang ada mangkuk tandas kecik-kecik dalam 5 ketul gitu. Hanya untuk seekor kucing. Bilik tidur tu plak agak besar, lebih besar daripada master bedroom kat umah saya skrg. [Dah nko tinggal kat umah flat. Sedor la skit diri. Kucing tu duk umah banglow.]. Itu takpe lagi. Kemudian, tuan punya kucing tunjukkan plak koleksi pakaian-pakaian kucing yang dia ada. Ada satu T-Shirt sleeveless yang berwarna hijau, dia claim itu adalah baju feveret kucing kesayangan dia. [Pelik aku. Biler masa plak kucing tu boleh bercakap kata yang dia suka pakai baju tu.]. Pastu ada topi koboi. Dia pun pakaikan la topi koboi tu kat kucing tu. Tercekik la muka kucing tu saya tengok. Then last skali dia tunjuk Tuxedo kucing dia. Dengan bangga dia bitau harga tux tu RM400. Pastu dia kata kos untuk buat semua tu untuk kucing tu adalah RM5000. Tak pasti untuk sebulan atau sekali buat je RM5000 tu.

Boleh korang imagine betapa obsesnya mereka dengan kucing? Orang selalu kata, selagi kita tak berada di tempat dia, kita pun tak tau apa yang bakal kita buat. Contoh kalo kita tengok orang kaya yang sombong. Kita rasa dia tak patut buat mcm tu sbb orang kaya sepatutnya kena humble. Padahal kita sendiri tak boleh jamin jika kita diuji dengan kekayaan yang sama, kita takkan jadi sombong. 





Memang betul. Selagi tak berada kat tempat tu, kita tak tau cemana. Tapi... ada jugak perkara yang kita sepatutnya boleh fikir sama ada apa yang kita nak buat itu Allah redha ke Allah tak redha sebelum buat. Huhu... Macam nak pakaikan baju berharga RM400 kat kucing? Jangan fikir pasal kepuasan sendiri je. Perasaan kucing tu tak fikir ke? Kucing ni Allah dah jadikan fitrah dia takyah pakai baju. Pastu tidur pun kongsi dengan manusia. Kucing ni fitrah dia manja. Cukup hanya jaga dia dengan baik, bebaskan dia bermain, beri makan dan belai dia. Sekadar fitrah dia. Tapi nak sediakan 1 bilik untuk seekor kucing? 1 rumah khas untuk anjing Chihuahua [ni Paris Hilton]. Itu bukan fitrah. Yang rasa gembira bila tengok kucing tu pakai baju adalah manusia, bukan kucing tu sendiri. Kucing dah ada bulu okay. Dia takyah pakai baju. Last-last nanti kat akhirat, yang kena soal adalah tuan punya kucing. "Kenapa perlu beli baju kat kucing?". "Orang miskin di sekeliling kamu sudah diberikan tempat tinggal ke belum?". "Anak-anak yatim cukup makan ke tidak?". Kucing plak dah tidak dibangkitkan dan tidak akan disoal lagi selepas dia mati.

Kalo nak diikutkan, saya ni sangat sukakan kucing. Saya sayang sgt pada kucing. Memang rasa nak bela kucing sekor 2. Pastu arnab pun saya rasa nak bela. Tapi, oleh sebab saya fikirkan pasal kesian kat kucing kalo dia terkurung je kat umah flat. Tak kuar umah. Lemas dia nanti. Tak adil untuk kucing. Dah tentu bila kita jaga kucing elok-elok, dah mandikan dia bersih2 pakai syampu khas... takkan kita nak bagi dia main berkubang dgn pasir kat luar betul tak? nanti penat je kita cuci dia pastu dia dah kotor balik. So, kita pun kurung dia. Haaa... benda2 mcm tu la yang saya tak sanggup nak bela kucing. Sebab kesian kat kucing.

Untuk kawan-kawan... saya hanya nak ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan juga... Sebelum kita berbuat sesuatu.... kena fikir, apa yang kita lakukan itu Allah redha ke tak redha. 'Mampu' bukan tiket untuk kita membazir.

Comments

  1. Betul tu... membazir adalah amalan syaitan! ;-)

    ReplyDelete
  2. wuwu.. untungnya kucing tu. kalau org tu beragama lain mmg takleh nak kata apa sbb dia mmg tak tau cara nak dptkan keberkatan dgn rezeki yg ada. mungkin dgn cara dia bela kucing mcm tu dia rasa amalan dah terbaik la kot. Wallahualam..

    *err.. kita alergik kucing. tp kalau nmpk tu ok je bg mkn, pegang2. :D

    ReplyDelete
  3. but KA really takut sikit kat kucing2 ni hehehe

    ReplyDelete
  4. amboih lyd..marah nampak..ekeke..aku pon tgk citer tu malam tadi..terkedu jap aku..haha..senang citer ko bersangka baik je la..dia boleh bagi kucen dia satu bilik tapi dia pon tak lupa orang susah..

    ReplyDelete
  5. Saya pun sukakan kucing. Tapi tak lah sampai layan kucing lebih dari manusia, dari menyediakan bilik cantik utk kucing lebih baik saya sponsor sebuah bilik sederhana utk Pak Kob di hujung kampung sana yg tinggal di gubuk buruk...

    ReplyDelete
  6. 5000 SEBULAN TU MAINTENANCE KUCING DIA .. SIAP DOK DALAM EKON LAGI .. PERGHHHH..

    ReplyDelete
  7. baek bela arnab...

    bila dah boring main2 dan gomol2 arnab tu, kita sembelihlah...

    kita buat satayyyy... hehehe

    ReplyDelete
  8. Ha'ah Lyd kita sokong negeri lain dulu nanti kalau Pahang menang kite raikan sesama hahaha..

    wei...Lyd, awak nikan memang sependapat ngan saya pasal kucing.. baru jer nak publish kisah kucing ni hehehe..

    ReplyDelete
  9. mak saya baru tambah lagi 2 ekor kucing gara2 adik saya yg kecik tu suh amik kat sekolah dia.sian kata dia uhuk3

    ReplyDelete
  10. Salam Aidilfitri...

    Ada ke patot makan kucing mcm tu...Ayyak...mau mati wooo jadi mamcm ni..ahaks :-)

    ReplyDelete
  11. Kesian kucing tu..dh tak jd kucing sbnr. Sume utk kepuasan diri manusia tu je.

    ReplyDelete
  12. untung kucing namanya prince tu. kesia kat kucing2 lain yg dianaktirikan. kesian jugak kat kucing tu sbb tak pasal2 kena pakai baju bagai.

    ReplyDelete
  13. Assalam lyd

    Datang singgah utk kenal lida rahman pulak. Wahh nama kita hampir sama hehe. Salam kenal.

    ReplyDelete
  14. setuju dgn kata2 awk tu...
    lya pon sgt2 syg & sukakan kucing..& ada membela kucing..tp lya mjaga setakat berikannya ckp makan & kasih syg...

    selebihnya..kucing2 lya bebas tdo dimana-mana (ada la buat tmpat khas..sekadar rak lama dijadikan tmpat do dia) ..luar rmh la..tp siang2 bg pluang dia masuk main2 dlm rmh...

    ReplyDelete
  15. kucing cantik..tp kami sekeluarga tak minat kucing..

    ReplyDelete
  16. dulu suka bela kucing kat kampung .. lani duk rumah kecik tak berapa nak bela..
    tau kebaikan dia.. kalau belai kucingtu terasa hilang stress tau...

    ReplyDelete
  17. cikgu pun kalau tgk bola,pasukan yang disokong mesti kalah..hehe..org terlebih duit mmg sanggup berhabis2an utk benda2 yang tak masuk dek akal..

    ReplyDelete
  18. Kalau dah obses dengan kucing memang akan sanggup buat apa saja, 1st time plak dengar org obss sampai macam tu sekali :D

    ReplyDelete
  19. aku pun sker kucing. tp x berani jaga. takut kucing tu x terjaga ngan elok oleh aku.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya