Skip to main content

Kita Memang Layak Marah, Tapi Jangan Melampaui Batas

Sejahteralah ke atas kamu....

Logik tak kalau kita marahkan seekor kucing yang dah berak kat atas kepala kita, sampai kita berdendam dengan seluruh spesis kucing termasuk rimau dan singa. Sampaikan setiap kali kita jumpa kucing2 lain yang tak de kaitan pun kita bunuh atau sepak terajang? Padahal yg berak kat kepala tu hanya seekor kucing. Tak patut betul tak? Kalau ye pun kita marah sangat dengan semua spesis kucing, tak perlu sampai nak bunuh kucing yang tak bersalah tu. Betul tak?

Macam tu la jugak dengan kemarahan umat Islam di seluruh dunia tentang filem Innocent Of Islam. Yang buat filem tu orang lain. Tapi yang kena bunuh orang lain. Yang bangunan kena bakar pun yang takde kaitan. Orang Islam sendiri pun ada yang terbunuh masa mereka buat demonstrasi. 

Trailer filem tu saya ada tengok. Durationnya 13 minit. Memang tak nafikan, bila saya tgk trailer filem tu, hati saya sangat sakit, sangat remuk, sangat sedih dan sangat marah kerana mereka senang-senang je mempersendakan malah perkataan yang lebih sesuai, menghina Rasulullah, Nabi Muhammad, nabi kesayangan kita. Mereka memang biadab. Malah saya dapat rasakan kemarahan orang yang berdemonstrasi tersebut. Memang wajar kita marah. Malah siapa yang tak marah tu memang tak sayang nabi. 

Cuma, walaupun berhak untuk kita merasa marah, tapi kita masih perlu menjaga nama baik Nabi kita. Akhlak kita perlu la jaga. Tindakan dan cara kita menangani kemarahan itu perlulah di dalam batas-batas Islam. Saya sokong kalau penunjuk perasaan memburu si pembuat filem dan membunuhnya. Tapi saya tak sokong jika yang mereka bunuh itu adalah orang awam yang tiada kaitan langsung dengan pembikinan filem tersebut. Boleh panggil filem ke tu? Filem sekerap boleh la kot.

Bila mereka [yang berdemonstrasi itu] mengamuk pada tempat yang salah, apa kesan terhadap persepsi orang bukan Islam terhadap Islam? Hanya memburukkan lagi pandangan mereka terhadap Islam. Akan menguatkan hujah mereka bahawa Islam agama yang ganas. Agama pembunuh. Kita pun tidak mahu dinilai begitu kan?

Dah memang nasib kita. Kita tiada khalifah. Maksud saya, seorang khalifah yang menjadi imam bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia ni. Bukan khalifah utk negara masing-masing je. Setakat Najib, Nik Aziz dan Anwar tu belum dikira Khalifah. Khalifah sepertimana Pope menjadi ketua bagi seluruh umat Kristian. Kita tak ada khalifah tempat untuk kita bergantung dan untuk membela umat Islam. ~Menanti munculnya khalifah di dunia ini.

Comments

  1. saya pun nak menulis pndpt pasal ni di blog saya, tapi blm sempat.

    betul, rasa marah mesti ada sebab kita sygkan nabi kita. Tunjuk marah tak salah, tapi jgn sampai memudaratkan org yg tak berkenaan.

    Disamping tu tunjukkan rasa cinta pd Rasulullah s.a.w dgn mengikut ajaran yg disampaikannya. Ini yg selalu terlepas pandang.

    ReplyDelete
  2. x sempat tgok lg film tu.

    sy guna pen watererase ada jual kt kedai lat jahitan

    ReplyDelete
  3. Ujie : Ha ah. Saya pun nak tulis jugak pasal suruhan Rasulullah tu. Tapi takut jadi penjang sangat. So, nanti awak tulis ye. Saya komen. Keke.

    Pen Biru : Okay. Mekasih bitau. Saya rasa, tak perlu tengok pun takpe. Sebab nanti buat sakit hati sendiri je.

    ReplyDelete
  4. Kalau semua ummat Islam bersatu dengan menjadikan Rasulullah sebagai Pemimpin Agung (meskipun Baginda telah lama wafat), kita tak memerlukan khalifah lain lagi. Wallahhuaklam.

    ReplyDelete
  5. betulah tu ! sgt2 bersetuju

    ReplyDelete
  6. rasa-rasanya kalau ikutkan sirah Nabi, Nabi pernah kena teruk dimalukan, malahan pernah dicederakan dengan batu...

    Apa yang Nabi buat? Nabi tak mengamuk dan suruh para sahabat mengamuk bunuh orang, kan?

    Reaksi kita perlu bijak... kita perlu beri reaksi yang 'makan dalam' punya...

    ReplyDelete
  7. Kak Cik : Umat Islam bersatu tu mmg perlu. Jadikan Rasulullah role model tapi kita tetap perlukan seorang khalifah yang akan membela umat Islam kalau ada musuh yang cuba mengancam umat Islam seperti kat Palestin dan kat Myanmar tu.

    Nizam. Ariff : Betul tu awak. Kalau org2 yang mengamuk tu betul2 menjadikan Rasulullah sebagai role model, mereka tentu takkan melakukan apa yg mereka lakukan skrg. Reaksi yang 'makan dalam' tu la takde siapa yang nak buat. Takde idea mungkin.

    ReplyDelete
  8. betul tu.. marah memang marah..tp jangan nampak kemarahan kita akan dicop sebagai pengganas..

    tapi saya tak pernah tgk.. teringin nak tgk..ada dalam you tube ke?

    ReplyDelete
  9. Ingat cerita Rasulallah dibaling batu dan najis? Ingat cerita seorang Yahudi masuk dan kencing dlm masjid? Orang ramai cuba bertindak balas ke atas yahudi itu tapi Rasulallah melarang malah beliau sendiri yg mencuci air kencing itu. Begitulah sabarnya Nabi hingga ramai mereka yg jahat dan ganas akhirnya lembut hati dan memeluk Islam.

    Tapi kita pengikut Muhammad? Ada yg tunjuk punggung ke atas gambar Datuk Najib, ada yg kencing atas gambar Nik Aziz, ada yg pecahkan cermin kereta Anwar Ibrahim.

    Ganaskah kita? Semakin dekat pilihanraya semakin kita ganas....

    ReplyDelete
  10. betul tu Lyd... memang layak marah tapi biarlah pada tempatnya..

    Sayapun marah dan harap orang yang bertanggungjawap yang bikin filem tu dapat balasan atas perbuatannya...

    ReplyDelete
  11. saya setuju dgn entry ni... buat apa nak tunjuk perasaan marah yang mendorong mendekatkan syaitan dgn kita. rasanya ada cara yg lebih berhikmah dan lembut utk menegur org yg buat filem tu... Risau kerana nila setitik rosak susu sebelanga. lagi pulak kita rakyat malaysia. Penuh budi bahasa, kesopanan dan kesulilaan...

    ReplyDelete
  12. lya x pernah tgk trailer filem tu...
    tp drp apa y d dgr..mmg serius & trg-trgan mempersendakan nabi kita.. nmpak tak , umat islam seakan dipersendakan bangsa asing..

    ReplyDelete
  13. amboi lyd, seriusnya entri ko..ye..ye aku sokong cakap ko..marah seko kucing,jgn babitkan kucing lain..cian kucing tu..

    tpi kalau pengarah citer sampah tu..memag patut kita bako je dia..

    #aku tak sempat tgk la triler citer tu...dah kena remove..

    ReplyDelete
  14. tujuan filem tu mmg nak buat kita marah. nnt bila ada demo blh la kata umat islam ni terrorist.

    ReplyDelete
  15. Mama Ema : Kalo tak tgk lagi, saya nasihatkan takyah tgk sbb mmg buat sakit hati je. Grr.

    JR : COntoh tu blum cukup. Ada yang menari tonggeng punggung kat depan umah ambiga dan ada yang hadiahkan kek berbentuk najis manusia kepada ketua menteri pulau pinang. Tu semua attitude yang memalukan umat Islam dan memberi gambaran yg tak baik sbb semua tu konon2nya umat Nabi Muhammad.

    Nita : Jgn risau. Janji Allah pasti akan tiba. Org2 yang menghina kekasihNya, pasti akan ditimpa musibah. Contoh yang menulis buku menghina Rasulullah dulu. Salman Rushdie kot nama dia. Kan kena panah petir secara tiba-tiba.

    Semut Senyum : Itu la awak. Sbb org lain yang buat onar, nanti seluruh umat Islam dapat nama busuk.

    Lya : Mmg. Dah lama nampak. Sbb kita tak ada pembela yang betul2 boleh bela bila umat Islam ditindas.

    YM BUndle : Pengarah filem, penulis skrip, pelakon, cameraman, semuanya patut dihukum. Tapi kebanyakan pelakon kata, derang tak tau pun filem tu pasal Nabi Muhammad. Sbb dlm skrip, nama watak yang kat dalam tu nama lain. Tak tau le ye ke dok. * Ala, ko takyah tgk pun takpe. Tak memberi keuntungan pun utk diri ko. Percayo la cakap den.

    Sal Ya : Memang. Filem tu adalah provokasi untuk membuatkan umat Islam menjadi ganas. Rasanya ada agenda lain kot benda ni tetiba meletus. Mungkin nak alih pandangan seluruh dunia tentang Rohingya dan Syria. Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya