Skip to main content

Separuh Jiwaku Pergi

Sejahteralah ke atas kamu....

Sejak saya hamil, keperluan suami banyak terabai. Bayangkan masa bulan puasa hanya 3 kali saya masak untuk dia. Itu pun sebab dia demam masa tu, saya masakkan bubur dengan lauk sardin. Kuheh..kuheh. Masak sardin pun nak kecah. Kerja rumah pun dia yang buat semua. Baju dia pun kadang2 je saya press-iron, selalunya dia iron sendiri. Dia tengok TV pun sorang-sorang, saya dah tak temankan sbb saya tidur awal setiap hari. Lepas solat isyak je terus tido. Semua ni bukan sengaja-sengaja malas. Tapi bila time loya tu [kebanyakan masa memang loya dan takde tenaga sebab bila makan muntah], nak buat apa-apa pun tak ada mood. Kalo mood ada, tenaga plak takde. Saya tido awal bukan sebab mengantuk pun. Tapi sebab nak lupakan mood loya tu lah. Bila tido dah tak rasa lagi.

Saya sedih sebenarnya sebab tak dapat nak berbakti kepada suami. Walaupun suami saya okay je. Dia tu memang okay je memanjang. Heheh. Terharu juga sebab dia tak pernah merungut dan buat semua tugas-tugas saya tanpa diminta. [Jatuh cinta untuk kali yang ke 6ribu kat dia. Heheh.]. Tapi kot-kot dia merungut dalam hati saya tak tau le plok. Hehehe. Apa-apapun saya setiap hari mintak maaf dengan dia sebab saya tak mampu nak layan dia dengan baik buat masa ni. Saya minta dia bertahan mungkin sampai habis trimester pertama ni, saya akan kembali normal. InsyaAllah. Tapi kan saya dah kata, dia tu memanjang je okay. Pastu dia plak yang risaukan saya dan tak sampai hati tengok saya alahan. Jadi, marilah kita hantuk kepala kita sama-sama ye bubi sebab kita sama-sama tak sampai hati tengok nasib sesama kita.

Sekarang ni suami saya berpuasa. Oleh sebab baru balik daripada kampung, berbuka kelmarin dia masih bleh makan lauk homemade yang ibu masak dan bekalkan untuk dia. [Saya memang mengaku awal-awal kat ibu yang saya mmg tak masak untuk anak tengah dia tu. Sbb bau masakan pun saya tak berapa bleh bau.]. So, sebab tu agaknya ibu sediakan bekal untuk anak dia. Ibu terbaik la. Tapi untuk sahur selepas tu, dah takde apa yg suami saya boleh makan, jadi dia hanya bersahur dengan air dan kurma je. Saya memang tak bangun pun temankan dia bersahur. Huhu... Lagipun dia bangun dah suntuk sangat dengan waktu imsak. Nak masak megi atau nak buat air panas pun tak sempat.

So, semalam.... bila dah tak sampai hati sangat dah rasa nak biarkan suami saya makan tak tentu hala, saya plan nak masak untuk dia berbuka. Kali ni saya nekad, kalo tak larat pun nak lawan jugak. Sebab saya dah boleh makan sikit-sikit dan tak muntah. Baru je faham diri sendiri masa mengandung ni takleh makan banyak sekaligus. Kena makan 4 sudu. Pastu berenti, lepas sejam makan lagi 4 sudu. Haa. mcm tu la baru tak muntah. Balik dari ofis, saya singgah kedai beli ikan tenggiri 3 keping. Saje je beli ikan yang potong-potong sebab saya tak yakin saya bleh pasrah bau perut ikan masa siang ikan nanti. So, kalo beli ikan tenggiri senang skit. Takyah siang cuma basuh je skit. Bijak kan? Tapi 3 keping pun dan rm15. Pengsan di situ kalo tiap2 hari nak makan ikan tenggiri.

Sampai umah, baring kejap... pastu gagahkan diri pergi masak asam pedas ikan tenggiri. Sayur bayam saya beli jugak seikat, tapi saya selalu je malas nak siang sayur. Hahah. So, sayur tu hold dulu. Yang penting, nasik dan lauk asam pedas dah siap masak. Last-last bila suami balik, dia sendiri yang masak sayur bayam tu. Kehkeh. Saya memang tak tgk le cemana dia masak sebab bau tumis-tumis memang aku dah terpengsan dulu. *Asam pedas tu pun saya tak tumis. Masak berkonsepkan singgang, main humban je semua pastu tunggu je mendidih. Pahang style. Heheh. Tapi healthy la masak cenggitu sebab tak letak minyak.

Pastu bila tengok suami saya makan dengan begitu berselera, rasa hilang skit sedih saya. Suami saya tu memang jenis homely man. Makan pun tak suka makan kat luar. Mesti nak makan makanan yg masak kat umah walaupun hanya telur goreng mata kerbau dengan kicap pun. Asalkan yang dimasak sendiri.

Biasanya lelaki ni kita boleh tengok gaya pemakanan dia. Kalau dia dibesarkan oleh ibu yang memang rajin memasak, setiap hari... maka potensi untuk dia jadi lelaki yang suka makan kat rumah adalah tinggi. Senang cakap perut melayu yang suka makan nasik. Walaupun makanan western, makanan mediterranean, makanan jepun, china india semua dia lahap jugak, tapi walau cemanapun nasik dan lauk kampung tetap menang di hatinya. Yelah.. macam biasa, bukan semua. Tapi kebanyakannya begitu.

*Ntah hape ke benda aku citer ni. Muahaha. Entry personal hal rumahtangga mcm ni boleh ke citer kat blog? Huhu.*

Comments

  1. lagu dewa ke anang kalau tak silap aku tajuk ko ni..haha

    #boleh je lyd ko nak citer apa pon..tapi kalau dairi ni aku blur sikit la nak komen apa..haha..

    ReplyDelete
  2. Semoga alahan itu akan segera berlalu pergi. :)

    ReplyDelete
  3. alahai.. kesiannya awak... tapi takpe.. nanti bila dh hilang alahan blh sambung berbakti pd en suami ye.. ana dulu pun mcm lyd gak.. alhamdulillah lyd dikurniakan suami yg memahami & x lokek membantu.. nikmat tu sbb x semua suami mcm tu...

    ReplyDelete
  4. Apa yg suami Lyd alami juga pernah banyak kali saya alami setiap kali isteri mengandung (sekarang dia tak mau mengandung lagi..anak dah berderet2..Dalam situasi ini suami perlu sabar dan memahami keadaan fizikal dannmental isteri. Tak perlu meminta apa-apa sama ada di dapur, di ruang tamu atau di kamar tidur, kerana biasanya masuk bulan keempat semuanya akan kembali normal, insyallah...

    ReplyDelete
  5. YM Bundle : Lagu anang. Heheh. Takpe. Kalo tak tau nak komen. Ko baca atau ko jenguk blog ni pun aku dah cukup hargai.

    Kak Chik : Mudah-mudahan.

    Kyo : Itu lah ana. Oleh sebab saya tau semua ni normal, maka saya redha dan terima seadanya. Mmg bersyukur sgt suami saya memahami.

    JR : Mmg beruntung isteri JR juga sebab suami yg memahami ni bukan semua pompuan dapat. Heheh. InsyaAllah nanti semuanya akan normal.

    ReplyDelete
  6. rasanya en hubby tu memahami, moga rasa loya2 akan cpat pergi ye ! mudah2an

    ReplyDelete
  7. besnya pregnant ye..mcm2 pngalaman rase..suami akak mmg baikla...memahami..=)

    ReplyDelete
  8. Bab gaya pemakanan tu mmg betul..menurut pemerhatian saya jugaklah.

    Saya pun lemau betul kalo nk siang sayur. Beli cndwn/kobis/sawi jepun sng kerja. ^__^

    *moga lyd cpt normal kmbali!

    ReplyDelete
  9. nasib baik wife aku tak de loya-muntah macam tu. ngidam pun tak ada...

    kalaulah wife kena macam ko, aku suh dia pakai diving mask + oxygen tank untuk siang ikan kut... keh keh keh

    ReplyDelete
  10. heee3x... biasa la tu time ngandung2x ni.... memang kena banyak bersabar antara pasangan...

    bukan ke kita senantiasa kena tanam dalam hati percaya bahawa " suami atau isteri itu adalah yang terbaik untuk satu sama lain"....

    ReplyDelete
  11. Begitulah kalau sedang morning sickness.

    Btw, sudu tu 'spoon'?

    ReplyDelete
  12. benda ni akan jadi kenangan. masa pregnantkan azfar, saya masak jugak walaupun sakit2 belakang. dah husben nak makan kena la layan kan. dugaan tu lyd. sabar je la.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum lyd...kesian nyer alahan semasa mengandung tu memang biasa ....terpaksalah tahan yer moga dipermudahkan hingga bersalin nanti...:)

    ReplyDelete
  14. hye..bersabar je dengan alahan loya tu kan..teringin nk merasai..insyaallah..

    cam na ghaya tahun ni ok ke?

    ReplyDelete
  15. jgn rasa bersalah sgt kak, dah akak skrg kan tgh pregnant..jd mmg laa camtu kan.apa pun akak jaga makan tau..jgn tak makan langsung kan akak takde tenaga plak..sian akak n baby tuuu..

    p/s:sorry tau lama tak komen kat blog akak sbb sy pun x update blog sendiri hahaha..pemalas dah ni!!

    ReplyDelete
  16. sama husband saya Lyd, mmg tak suka betul makan luar. kalau boleh mmg hari2 nak makan isteri dia masak. hehe.. sedap sgt kot isteri dia ni masak. kihkih.. tp saya la kdg2 bosan jugak hri2 makan masakan sendiri. ngee..

    ReplyDelete
  17. beruntung lyd dpt suami macam tu, kila pun masa pregnant dulu pun teruk juga loya & muntah2 tapi xalahan pulak bab memasak. boleh memasak lagi. nanti dah abis alahan,lyd masak r kaw2 kat suami lyd. berdoa banyak2, semoga ianya hanya sementara.. :-)

    ReplyDelete
  18. bg lya ok je..lg pon kisah ni just mceritakan exprience time mgandung..lg pon..setiap kandungan berbeza situasi..so entri ni leh jdkan kngan mgandungkan ank sulong...

    insyallah..semestinya suami faham dgn situasi isteri.. sbb tu perlunya pmahaman & tolak ansurkan.. lya dulu lg terus awk..lgsung xdpt bbakti...

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah.suami yang memahami n penyayang.untung nye :)
    semoga cepat sembuh dr alahan.amin!

    ReplyDelete
  20. Bagus isteri nie,
    tetap nak berbakti kepada suaminya walaupun loya ke apa ke?..
    Semoga Usaha kak mendapat keberkatan dan mendapat rahmat dari ALLAH..
    syurga isteri di bawah telapak kaki suami.hehe

    ReplyDelete
  21. rasa simpati la plak bila baca..sabaq la no ..ingat baby kt dlm tu ..InsyaAllah semua OK nanti

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah suami sgt2 memahami ..hargailah dia .. bukan senang lelaki nak paham saat macam nie terhadap isteri .. ;)

    ReplyDelete
  23. nasib baik tengok komputer tak loya,,.. kalau tak berbulan la tak berupdate blog ni

    ReplyDelete
  24. En Suami memahami tu yang dia tak kisah masak ke tak tu, asalkan ada dah cukup :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya