Skip to main content

Naik Motor

Sejahteralah ke atas kamu...

Seronok kan naik motor? Masa saya kecik dulu selalu je naik motor dengan abah atau abang saya kat pekan Sg Lembing [selepas ini akan disebut Sombing]. Bila dah kawen ni sekali sekala balik kampung, saya dan suami selalu jugak pinjam motor abah untuk pergi ambik angin kat pekan Sombing yang termahsyur tu. [syok sendiri]. Kalo bersiar-siar time petang-petang kat kampung, lalu tepi sungai, cuaca pun redup, udara sejuk-sejuk, di sepanjang perjalanan pula akan iringi oleh pokok-pokok yang maha berlambak di sisi jalan ermmm.... memang sangat nyaman.

Tapi bila kat KL, suami saya selalu tanak bawak saya naik motor. Bahaya kata dia. Lagipun takde helmet lebih. Saya ni bukan apa... Lagi suka nak naik motor sebab senang skit. Takyah la biru muka dalam keta sebab 'tercekik' jem nenas. Contohnya nak gi pasar malam. Kan leceh nak cari parking keta kat pasar malam. Nak menyelit dengan kereta walaupun keta kecik tapi still kena ikut laluan keta. Tapi kalo naik motor kan senang. Mencelah-celah pastu zap..zap..zapp... sampai.

Eceh, konon je cakap besar. Ada satu hari tu, suami saya ada bawak balik helmet lebih. Maka dapat le saya ajak suami pegi pasar malam naik motor. Suka ni. Naik motor beb. Mula-mula tu suka la kemain. Pastu bila suami dah start mencilok kat celah-celah kereta, saya pulak yang terjerit-jerit [biroh je gaya]. Takutnya la. Huhu. Rasanya bila dia tengah mencelah kat tengah2 jalanraya di celah-celah kereta yang ada di kiri kanan tu, saya feeling macam lutut saya macam dah bergesel dengan kereta tu. Ngilu-ngilu je takut lutut aku koyak. Bila lalu corner atau nak masuk simpang macam ada lipat skit motor tu, huhu.... mentakutkan. Haa.. pastu baru la tau yang baik motor kat kampung dengan kat tengah bandar ni sungguh le berbeza. Huhu. Dan barulah saya sedar bahawa saya ni memang seorang penakut. Ini tidak adil tidak adil tidak adil.... Lepas ni suami saya pun mesti serik nak bawak saya naik motor kat KL.

Sorry la takde citer best pun. Karang saya citer pasal muntah kang korang semua geli plok. So, lebih baik la saya cerita kisah gewdik ni je. Pendek je. Cukup la kan?

Comments

  1. keyel mmg bhy la nak naik moto. mencelah sana sini.

    ReplyDelete
  2. KA pown dh cukup lama x naik kuda besi ni tau !

    ReplyDelete
  3. seronok naik motor ni.. terasa melayanggg ... bagai layang2 ditiup taufan... silap2 terkandas diatas pembahagi jalan...

    ReplyDelete
  4. aku dah boring bawak motor..kadang2 aku aku sampai suh bini aku plak bawak..duk belakang bonceng rilek sikit..haha..

    ReplyDelete
  5. dulu masa remaja saya suka naik motor. masa kat U selalu naik dgn member perempuan yg suka bwk laju, syok je rasa.

    dah kawin, terus tak suka. Ngeri la, mcm tak selamat je.

    ReplyDelete
  6. akak hari2 naik motor gi keje.. memang seronok sesangat.. tapi akak tak leh duduk belakang bawak sendiri rasa selamat sikit...
    memang rasa takut tapi tuler nak buat camner.. lebih mudah dan rasa senang punya pasal...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum lyd...ooooo jadi rempit la tapi jln kat kg ngan bandar x sama kena jln celah2 kete kalau nak cepat...:)

    ReplyDelete
  8. baru taw erk.. hehehe
    motor ni kat KL best bila kita nak cepat tapi tak best time hujan..
    saya, kalau naik ngan hubby memang sentiasa berzikir jer kat belakang... laju sangat! takut.. :p

    ReplyDelete
  9. Afasz : Pun ada experiance ke? Seram kan?

    KA : Yelah.. sbb dah selalu naik ketew lettew. Hehehe.

    Nizam Ariff : Melampau ending yg ko bagi neyh. Heheh. Membahayakan.

    YM Bundle : Serius ke ko suh wife ko bawak motor? Cool gile dia. Aku selalu kagum dgn pompuan yg pandai merempit.

    Aswadz : Sama le kita. Duk belakang je reti.

    Ujie : Dulu masa belajar pun saya membonceng minah skuter. Pegi kelas naik skuter kaler purple. Hehe.

    Cho Zila : Memang senang naik motor. Pantas. Nak sampai pun cepat. Nak parking pun senang.

    Maszull : Mama, tu la..tak tau plak berbeza. Kalo naik motor kat kampung best je rasa. Keke.

    Nita : Hahaha... saya mula-mula terjerit-jerit, pastu peluk kemas-kemas then pejam mata. Huhuhuhu... Takut gile.

    ReplyDelete
  10. haa akan datang ....seblom nek moto...ambik sabut kelapa letak dulu kat lutut buat lapik....langkah keselamatan tu....hekhekhekhek

    ReplyDelete
  11. lya ke ofis mmg naik motor.. tp ngeret dgn fain la.. dia mmg x bg ,lya drive... utk elak kesesakan..mmg naik moto..sbb jln bukit kuang tu sgt2 jem... tp itulah..part cilok mencilok tu..aduyaii..naik kembang kepala...

    ReplyDelete
  12. wuwu.. dah lama tak naik motor. bila last naik pun x ingat lak. hehe..

    ReplyDelete
  13. Saya pun penakut naik motor. dulu masa study kat UKM penah balik kg naik motor tumpang abang... serik seh esp bila dia potong lori besar2 kat hiway karak tu. lepas tu tobat tak nak dah naik motor. Balik ke campus sy naik bus, abg sy naik motor sorang2...hehehe

    ReplyDelete
  14. Karukord jagau : haahhaha. Sabut kelapa ke? Melampau.

    Lya : ha betul betul. Masa berdebor tu rasa kembang kepala. Lya pandai bwk muto ke?

    Asmara : kat jepun ada moto kapcai tak? Ekeke. Org jepun suka naik tren kan?

    FnF Simple Life : lebuhraya karak? Awak ni org pahang ke? Uih kalo kat hiway bwk motor lagi bahye. Lori mmg ramai.

    ReplyDelete
  15. Karukord jagau : haahhaha. Sabut kelapa ke? Melampau.

    Lya : ha betul betul. Masa berdebor tu rasa kembang kepala. Lya pandai bwk muto ke?

    Asmara : kat jepun ada moto kapcai tak? Ekeke. Org jepun suka naik tren kan?

    FnF Simple Life : lebuhraya karak? Awak ni org pahang ke? Uih kalo kat hiway bwk motor lagi bahye. Lori mmg ramai.

    ReplyDelete
  16. Karukord jagau : haahhaha. Sabut kelapa ke? Melampau.

    Lya : ha betul betul. Masa berdebor tu rasa kembang kepala. Lya pandai bwk muto ke?

    Asmara : kat jepun ada moto kapcai tak? Ekeke. Org jepun suka naik tren kan?

    FnF Simple Life : lebuhraya karak? Awak ni org pahang ke? Uih kalo kat hiway bwk motor lagi bahye. Lori mmg ramai.

    ReplyDelete
  17. Arwah abah dulu tak kasi ambik lesen motor... bahaya katanyer... hubby pun tak suka bawak motor... alasan yg sama... pernah bawak motor tapi kat kawasan perumahan je dulu...

    ReplyDelete
  18. hahaha..
    klako la akak nie jugakk..
    aku pun pernah jugak ada membe nak naik ngan aku...punya la dia melatah bila aku mencelok..haha.wat malu jer..baru bawak pelahan tu, blom laju lagi..hehe

    ReplyDelete
  19. biasa bawak kat kampung dan pernah bwk kat shah alam sampai kena sound dgn budak lelaki yg mulutnya macam hapa entah: "Bawak motor ada lesen ke?" kecoh macam la saya pakai motor dia orang.

    ReplyDelete
  20. Hheee, mesti zaman sebelum kawen tak penah meremp-it ni :)

    Myra dulu sblm kawen moto tu dah jadi pengangkutan utama, bila dah jatuh golek2 atas jalan pun tak sedar diri lagi,
    tapi bila dah kawen asben pun tak bg bawak moto dah suruh bawak keta, so rasa rindu nak naik moto semula..

    Nak p mana2 mesti nak ajak asben naik moto, senang dan cepat ;D

    ReplyDelete
  21. aku minah rempit masa study dl...bestnye merempit hehe....lps bertahun2 (10tahun kot) x naik motor tp baru je ahad lepas dpt naik motor ngan azli&zharif g bazar ramadhan...best nye huhu...lama x merempit...tp g baazar je ok la kot coz ada budak tecik tu...risau lak papa di bawak motor sebelah tangan pastu pegang zharif sebelah lg

    ReplyDelete
  22. Eynda : Abah saya plak suruh saya belajar bawak motor, tapi saya sampai ke sudah takut.

    Silent Note : Dia pun geng akak la tu penakut. Tak biasa naik motor.

    AnisAlya : Wah siap kena sound lagi. Org yg sound tu nak pikat awak kot. Heheh.

    MyraJay : Ooo... minah remp-it rupanya awak ni masa bujang dulu. Kekeke...

    ReplyDelete
  23. Btul3x. hubby CiM pun hanya akn bw ronda2 naik moto kt kg. Tk pkai helmet pun tkpa, jln kg. best je

    ReplyDelete
  24. CInta Misteri : Ha ah. Betul2. Kat kampung takyah pakai helmet pun. Baru la nyaman. Heheh.

    ReplyDelete
  25. Puteri : Papa ke yang pegang budak tecik? Ngape tak sepit dia kat tgh? Heheh.

    ReplyDelete
  26. aku nak sepit budak bolat tu tp dah papa dia nak pegang so bior la aku menikmati angin kek somban yg nyaman ni heheh

    ReplyDelete
  27. at least ade pglmn tu kak.. ade jugak cite nak cite kat anak2 nanti.. :) mesti anak2 akak gelak nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya