Skip to main content

MC Itu Medical Certificate

Sejahteralah ke atas kamu....

Saya paling tak berkenan bila ada orang yang suka nak mempertikaikan MC [cuti sakit] orang lain. Malah pertikaikan juga EL [emergency leave] orang lain. Takkan la kerana 6 orang yang kuat menipu MC, maka semua 600 orang pekerja lain pun suka menipu MC jugak kan?

Tahap kesihatan setiap manusia berlainan. Tak semestinya bila ko sihat dan tak pernah amik MC langsung, seluruh orang kat sekeliling ko pun, ko expect akan sihat cam ko kan? Dan kalau ko takde masalah apa-apa berkaitan dengan anak demam, atau suami sakit atau kereta buruk rosak, ko pun takleh nak expect semua orang tak ada masalah macam ko. Kat sini la naluri kemanusiaan ko boleh digunakan, itupun kalo ada.

Fuhhh... sungguh berunsurkan negatif intro entry saya pagi ni. Saya baru je sejak akhir-akhir ni kerap MC. Tapi belum ada lagi saya dengar ada orang mempertikaikan. Kat belakang-belakang tak tau la. Harap-harap takde. Tapi kalo ada pun ~ada aku kesah~ sbb saya MC pun doktor yang bagi. Walaupun orang kata macam senang je nak mintak MC kat klinik panel atau klinik swasta, tapi saya pernah jugak tak dapat MC masa saya demam waktu siang tak larat nak pegi klinik sorang-sorang then bila malam tu dah baik demam nak mintak MC mmg tak dapat. Sebab 'tak de demam' doktor kata. Dah tu terpaksa la dikira EL. [Masa tu bujang. Hidup sendirian. Takde sapa2 bleh bawak pegi klinik kalo sakit. Huhu.].
Org bujang kalo demam, terpaksa la tunggu sihat untuk pergi klinik... Huhu.. Sadis.


Pastu, MC berpattern pun dipertikaikan. MC berpattern tu maksudnya macam setiap kali MC ialah hari Jumaat pastu bersambung ke hari Isnin. Konon macam sengaja nak cuti lama pada Sabtu dan Ahad. Dah tu kalo memang demam setat hari Jumaat. Sampai hari Isnin pun belum baik. Takkan nak datang keja jugak. Lagi kalau amik MC daripada klinik yang berlainan punnnnnn kena pertikaikan. Kenapa klinik lain-lain? Grrr... Dah tu kalo pergi klinik pertama tu kita tak puas hati dengan mutu perkhidmatan dia, kita mesti nak pegi klinik lain plak. Dan apa masalahnya kalo kita nak try pegi klinik lain untuk experience sendiri klinik mana yang terbaik? Chi sinnnn aaah.

Haah... kalo kedekut sangat nak bagi MC, terpaksa la celup kaki macam ni je kat depan bos.
Saya ni bukan apa. Kalo orang nak pertikaikan MC dan EL orang lain setakat nak mengata-ngata belakang dan tak effect apa-apa tu takpe jugak. Tapi kalo sampai effect kenaikan pangkat atau kenaikan gred atau kenaikan gaji orang. Kan tak baik. Kalau bertanya sendiri kepada orang yang selalu MC tu boleh la terima. Ini main buat spekulasi sendiri je, "dia ni selalu MC berpattern. Pastu MC daripada klinik lain-lain. Mesti dia menipu. So, kita hold dulu kenaikan pangkat dia". Dah tu sampai ke sudah tak tanya tuan punya badan, kenapa dia MC macam tu, kenapa dia kerap EL. Semuanya nak buat konklusi sendiri je. Menganiaya orang pun ada saya rasa.


Comments

  1. MC selalu dipandang dari sudut negatif. padahal ia mmg ada peruntukan.

    kalau dlm situasi lyd ni, patutnya takde yg pertikai. apa boleh buat, nak jelaskan org tu tak bertanya..sabo jelah kan..

    ReplyDelete
  2. Hakikatnyer begitulah dimana2 office pown bila MC & EL pasti ade je cakap2 belakang !

    ReplyDelete
  3. hahaha..marah je nampak makcik..rilek la..betaun aku keje tak amik pon mc..kalau tak sihat cuti je..pasal aku tak suka pegi klinik, so mana nak dapat mcnye ye dak..haha..

    ReplyDelete
  4. nasib aku dah lepas...kalau thn ni confirm x lepas coz byk EL pasal dak tecik tu...ko bersabar la utk 2thn lg ek...hmmmm...tgk2 2thn lg cite lain lak huhu

    ReplyDelete
  5. Amboihhhh! Bawak bertendang! Kat opis ni pun ade gak camtu hahaha.. dan malangnya i la yang jaga admin. Terase kew ek? Terase kew?...
    My latest Entry :)
    JJCM: Day 26th Ramadhan 1433

    ReplyDelete
  6. apa guna peruntukan MC diujudkan andainya sering dipertikaikan bila ia digunapakai.

    ReplyDelete
  7. Mcm Myra semalam sakit kepala berdenyut2, p klinik tapi tak dapat MC, so terpaksa apply EL sebab memang takleh nak buat keje.

    Kadang heran, kenapa orang lain senang nak dapat MC, tapi Myra yang dalam setahun nak MC tu memang payah la tapi bila sakit tak dapat pun MC..

    ReplyDelete
  8. pengalaman sy jugak. . Masa ngandungkan iman dulu.. Alahan teruk sampai nk dkt 6bln baru ok skit.. Mmg kerap mc. . Pengalaman org petikai mc tu pun pnh kena.. Nk buat mcm mana..depa xpnh rasa...

    ReplyDelete
  9. ramadhan thn lps mc 3 mggu. tarak hal la. skt mata nyer psl. hahaha... baru2 ni dpt mc gak. master of ceremony. kih3...

    ReplyDelete
  10. Kat opis CiM ada sorg ni, slalu mc sbb kakak dia Dr gov. hosp. Tp ktorg tk amek pedulipun & tkd lg yg amik kesempatan mnta mc kt dia.
    AL ktorg plak kena apply at least 2mth b4. Ha kawW giler dasyat boss ktorg. Leave plak not alow to put 'personal'. Klau EL sbb jg bf demam pun kena tulis pstu kena kepilkn slip klinik, keta rosak kena kepil resit workshop. Sengal erk..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum lyd...biasa la manusia ni memang mcm tu bukan boleh tengok org lain senang sikitkan...

    tapi kalau dah dapat MC tu nak buat mcm manakan kenalah cuti bukan saja2 nak cuti tapi doktor yg bagi MC...

    ReplyDelete
  12. dulu saya ingat MC tu Mintak cuti. hahahaha.

    akak, mak saya sepanjang keje tak penah amek mc even dia demam sekalipun. hee

    ReplyDelete
  13. Sya jrg sgt ada mc masa kerja. Rasanya ada kot mc masa sebelum bersalin. Selalu amik cuti je kalau sakit sikit x larat ke. Maklum cuti byk jrg guna. Hehe..

    ReplyDelete
  14. biasala mulut manusia..klu kita wat dia ckp mcm2..tp klu dia wat xpelak..ngok namenya...

    ReplyDelete
  15. kalau kita jarang mc tak kisah kot.. tapi masalahnyer ialah ada insan2 lain yang sesuka hati amek mc/el.. kdg2 menyusahkan orang.. tapi kalau memang dah sakit memang digalakkanler cuti kot idak masalah lagi teruk...

    ReplyDelete
  16. akak : jangan emosi-2.. tak baik untuk baby. hihi..:p

    ReplyDelete
  17. Klau dh sakit n dktor pn bg mc,org lain mana leh pertikaikn dh...kita ni bkn robot...robot pn keje lama2 leh rosak...

    ReplyDelete
  18. husben saya sebelum cuti bos dah pesan, kalau nak MC datang kerja dulu. lepas tu baru pergi ambik MC sebab ada yang rancang dah nak beli MC utk bercuti panjang.

    ReplyDelete
  19. akak.. kat opis lady ni pun mcm tu.. ade je bende yg nak mengata.. x puas hati.. tp yg duk mengata tu kdg2 dua kali lima jerk.. tp bab2 mengata seolah2 die tak pernah buat silap..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya