Skip to main content

Kerang Misteri

Sejahteralah ke atas kamu...

Satu masa dulu. Ada sorang makcik penjual ikan yang setiap hari datang menjual ikan kat area umah saya. Semasa saya sedang menunggu giliran untuk  pilih ikan apa yang saya bakal beli pada hari itu, makcik itu promote kat saya sejenis spesis kerang yang saya tak pernah tengok sebelum tu. Dia kata kerang ni spesis yang baru ditemui. Bentuk mcm kerang tapi saiznya sebesar tapak tangan Karam Singh Walia. Dan hari itu makcik tersebut tak bawak ikan lain, melainkan kerang jenis itu sahaje. Pastu makcik tu tanya sama ada saya nak beli atau tidak. Saya plak teragak-agak. Benda yang saya tak pernah tengok ni saya rasa agak saspen untuk beli dan  makan. Orang lain pada masa tu dah berkerumun mengelilingi makcik si penjual ikan tersebut. Mereka berebut nak membeli kerang itu. 

Saya masih berbelah bahagi. Nak beli ke tanak. Harganya murah je. Sekilo hanya RM3. Oleh sebab saya tengok orang lain dah beriya sangat berebut kerang tu, saya pun cakap kat makcik tu, saya nak beli la. Tapi malangnya nasib saya, makcik tu kata saya lambat sangat buat keputusan. Yang ada 2,3 kilo lagi dalam tong ikan yang dia bawak tu semua orang dah chup. Saya baru je nak hampa, tapi makcik tu kata jangan risau. Kalau bayar dulu, nanti petang dia hantar kat saya. Ada lagi stok kat umah dia. Saya plak tak mau la tunggu sampai petang kan. Orang nak masak untuk makan tengahari ni. So, saya pun tak beli la kerang tu walaupun dalam hati ada rasa terkilan sebab tak dapat beli.

2, 3 hari selepas itu... saya kena pergi outstation. Jauh pula lokasi outstation saya kali ini, di Jogjakarta. Selesai urusan kerja, di dalam perjalanan balik ke Malaysia, saya berjalan-jalan di sebuah pasar di Jogjakarta. Keadaannya seperti bazar yang bertingkat sebanyak 2 tingkat. Saya naik ke tingkat ke 2 untuk meninjau, apa yang ada dijual di sana. Tiba-tiba mata tertangkap kepada sesuatu... Kerang. Kerang yang besar. Seperti yang tidak sempat saya beli dengan makcik si penjual ikan. Boleh dikatakan setiap kedai yang saya lalui ada menjual kerang itu. 

Saya masih belum membeli, kerana ingin membeli di kedai yang paling hujung, nanti senang terus turun tak perlu memikul beban kerang itu. Sampai di kedai yang paling hujung, rupa-rupanya kerang itu tiada dijual di situ. Saya pula sudah terlalu penat untuk berpatah balik untuk ke kedai mula-mula tadi, lalu saya bertanya kepada anak muda yang menjaga di kaunter bayaran kedai tersebut. Saya jelaskan keadaan kerang yang saya cari itu, kerang besar, spesis yang baru ditemui. Lelaki itu mengatakan dia tahu tentang kerang itu. Dan untungnya kerang itu ada dijual di kedainya. Menurut lelaki itu, nama kerang tersebut adalah Kerang Kura-kura. Dinamakan begitu kerana kerang itu kelihatan seperti kura-kura. Ada cengkerang yang besar. Warnanya juga berlumut seperti kura-kura.

Saya beli beberapa kilo. Dah tak ingat secara tepat berapa kilo. Kemudian selesai membeli, kerang itu dibawa pulang ke Malaysia menaiki kapal terbang sampai tertidur. Bila terjaga, rupa-rupanya saya tak ke mana-mana pun, masih berada di dalam bilik tidur. Kerang kura-kura juga tiada. Bermakna itu semua hanyalah mimpi. Hampeh. Saya mati-matian percaya yang kerang kura-kura tu wujud. Celik je mata tu, saya terus Google keyword 'kerang kura-kura'. Memang confirm la tak jumpa. Eii.. sakit plak hati saya. Boleh plak tertipu dengan mimpi sendiri dan feeling macam real je pegi beli kerang kura-kura. Dem.

Comments

  1. hahaa..alahai lyd! sekali mimpi da..

    bentuk mcm kerang, tapi besar..mmg ada. namanya KIMA. Saya penah mkn dan masih simpan cengkerangnya. lebih besar dari tapak tgn en. karam tu.

    ReplyDelete
  2. pepagi lagi dh buat org gelak..haha...comelll

    ReplyDelete
  3. hahahah..nak juga rasa kerang kura2....

    ReplyDelete
  4. kihkihkih,, ingatkan betul2 ade kerang raksasa!

    ReplyDelete
  5. eeeeeee, sakit pulak hati kita ni, mimpi rupanya.. hahahah. terbayang2 tapak tangan karam singh walia, hahahah

    ReplyDelete
  6. saspen je..hehe..tapi ceria ni berjaya menggeletek hati cikgu..hehe

    ReplyDelete
  7. jadinya yang ke jogjakarta tu pun mimpi semata juga lah ye?? hahahahaha. cam hampeh je. memang tensen bila beriya2 mimpi best, bangun2 rupanya tengah baring atas katil >___<

    ReplyDelete
  8. dem. terus nak gugel jugak kerang kura2 tu dgn harapan ADA...!

    ReplyDelete
  9. antara dua...
    petanda...

    mengidam nak makan kerang
    atau...
    teringin nak jumpa karam singh walia..
    hahaha

    ReplyDelete
  10. Saya pun mati-matian percaya yang kerang kura-kura tu wujud,,..

    walau macam mana pun tulisan kaler hijau ni tetap meminaukan biji mata den..hehe

    ReplyDelete
  11. Isteri saya sangat suka makan kerang, ia bermula bila dia mengandung dan doktor menasihatkannya makan kerang kerana darahnya tak cukup..Tapi ada seorang rakan saya (India) berkata keluarganya tak suka kerang, kerana rupanya spt alat sulit wanita. Maaf, bukan krn nak bercakap lucah, cuma nak ceritakan beberapa benda pelik di dunia...

    ReplyDelete
  12. Cam real jer story ko, patut la takde gambor mimpi ropenye.. :P

    ReplyDelete
  13. mati-mati ingat yg betul tadi...heheheh..

    ReplyDelete
  14. hahaha... baru ingat btol td. aku tertunggu2 gak nak tgk gmbr kerang tu mcm mana.

    ReplyDelete
  15. hahaha..
    punyala aku khusyuk membaca sampai habis...akhirnya cuma mimpi.haha
    aku pun pelik jugak ada kerang yang besar tapak tangan..wahahaha..
    sedap nama tu kerang kura2x.hahaha

    ReplyDelete
  16. tahniah lyd..ko berjaya troll aku dengan cerita panjang lebar ko ni...grr..aku dah terbayang dah makan kerang besar ni kalau bakar pon best..arghhh...

    ReplyDelete
  17. ni mesti sebelum tido tengok tv karam singh tngah cerita pasal kerang. haha..

    ReplyDelete
  18. To Semua : Hehehe... sorry ye korang tertipu. Saya ni lagi la rasa tertipah. Jauh pegi beli tau. Kat Jogja. Padahal bila masa ntah ofis saya ada kaitan dgn Jogja. Haihh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya