Skip to main content

Tak Berbaloi Ambil Risiko - Updated. Bukan Entry Kosong Lagi

Sejahteralah ke atas kamoo....

Kesihatan ni  memang la isu yang bosan untuk dipergossipkan. Apa-apa pun, penyakit itu Allah jua la yang mengizinkan ia merebak atau tidak. Tapi sebagai manusia, jika mampu berusaha untuk mengelakkan, kita usaha la. Korang tau penyakit terkini yang dikatakan sebagai 'the new AIDS'? Walaupun penyakit ni pun dah lama mcm penyakit Aids, tapi baru sekarang merebak semula. Penyakit yang bernama Chagas ni dah menyerang 8 juta orang si Amarika Latin dan Amarika Tengah. Tapi penyakit ni bukanlah berpunca daripada kegiatan seksual terlarang. Penyakit ni merebak melalui serangga yang dipanggil The Kissing Bug. Yang pasti, penyakit ni buat masa sekarang belum ada penawarnya. So, kat bawah ni diantara punca-punca risiko penyakit;
 

1.  Telefon Bimbit
Walaupun risikonya rendah, tetapi bagi pengguna yang telah lama menggunakan telefon bimbit, yang menjawab panggilan telefon [telefon bimbit] dengan cara konvensional iaitu melekapkan telefon tersebut dengan telinga DENGAN KERAP  boleh menyebabkan seseorang itu lebih cenderung mendapat ketumbuhan otak. Rasanya fakta ini sudah ramai yang tahu. Alternatif yang boleh kita gunakan bagi menjawab/membuat panggilan adalah dengan menggunakan kit bebas tangan [hands-free kit] atau gunakan loud speaker selain daripada berhubung menggunakan Perkhidmatan Pesanan Ringkas [SMS]. Tapi agak2 la, takkan dalam LRT pun kamu nak buat loud speaker pastu berborak kat tepon macam kamu dah upah penumpang2 LRT yang lain tu RM30 seorang, semata-mata untuk dengar perbualan bertaraf drama radio kamu tu. Apa-apapun, perlu diingat juga, selain radiasi yang tercetus daripada signal telefon bimbit itu membahayakan, berSMS atau berbual menggunakan telefon semasa memandu pun boleh berisiko untuk menghantar kamu dengan lebih cepat ke kawasan perkuburan.


2.  PVC Shower Curtains [Tirai Bilik Mandi PVC]
Bau kuat tirai kamar mandi PVC yang baru dibeli terhasil daripada sebatian organik yang meruap yang mungkin mempunyai carcinogenic [iaitu sejenis agen yang boleh menyebabkan kanser], yang akan memberi kesan loya, mual dan sakit kepala dalam jangka masa yang pendek. Tak silap saya..... Bau kuat PVC ni pun ada kalau beli kereta baru dan sarung seat kereta tu diperbuat daripada PVC. Apa-apa pun bahan-bahan yang ada sekarang ni terhasil daripada percampuran secara kimia. Sebab tu la kebanyakan benda2 baru yang muncul sekarang seperti plastik, polistrene yang org buat bungkus nasik ayam tu, PVC dan lain-lain, ada risiko dan membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang. Jadi, kalau kamu ada niat nak pasang tirai untuk bilik air ala-ala hotel kamu, pilihlah tirai kain. Kalau nak yang kalis air jugak, boleh pertimbangkan vinyl.

3.  Memanaskan Makanan Di Dalam Bekas Plastik Menggunakan Ketuhar Gelombang-Micro 
Panjang giler bila translate ke bahasa melayu. Padahal dalam bahasa inggeris hanya 'Microwaving in Plastic'. 
Suhu panas boleh menyebabkan pembebasan bahan kimia daripada plastik. Jadi, bila kita panaskan makanan yang diletakkan di dalam bekas plastik, bahan kimia yang dibebaskan oleh plastik tu akan meresap ke dalam makanan tu. Kalau sekali sekala, boleh tahan lagi. Kalo tiap2 hari dok panaskan makanan dalam bekas plastik guna microwave, kesannya bahan kimia tu boleh mimic[menyerupai] fungsi estrogen dalam badan, boleh menyebabkan akil baligh pra-matang dan kemungkinan kanser payudara dan kanser testis. Apa benda la akil baligh pra-matang tu ek? Mungkin budak2 kecik jadi cepat akil baligh walaupun masing-masing perangai belum matang. Jadi, elakkan le guna bekas plastik kalau nak panaskan makanan. Kalau macam tu, saya rasa kalau kita tapau makanan daripada luar, macam sup yg berkuah dan letak dalam plastik pun tak bagus la kan? Dengar ceritanya polistrene yg buat bungkus nasik tu pun membebaskan bahan kimia jugak kalau makanan yg diisi dalam tu panas. Aih... bahaya betul chemical romance ni.


4.  Sabun Antibacteria Dan Ubat Gigi Pengawalan Kaviti
Sesetengah sabun antibacteria dan ubat gigi untuk pengawalan kaviti mengandungi banyak triclosan iaitu sejenis pembunuh kuman. Sesetengah je ye. Bukan semua. Karang tak pasal saya kena saman. American Medical Association menyarankan supaya menghentikan penggunaan triclosan di rumah. Sebab katanya triclosan ni bleh mengalakkan pembiakan bakteria imun terhadap triclosan ni. Kajian menunjukkan yang triclosan ni takde banyak beza pun dengan sabun antibacteria yang lain, malah merosakkan lagi alam sekitar ada la. So, balik karang, korang check le sabun antibacteria kat umah korang [kalo ada le]. Check le ada ke tidok budak triclosan ni. Kalo ada lenkali takyah le beli dah. 



5.  Pengimbas Badan Di Lapangan Terbang
Kamu tahu tak pengimbas badan yang ada kat airport tu? Yang kita lalu je kat situ, benda tu scan badan kita dan akan nampak semua yg ada disebalik pakaian? Tak pasti kat Malaysia ada ke tak scanner ni. Rasa mcm tak de je. Kat sebelah Eropah dan haramkan benda ni ada di airport mereka, semuanya kerana kesedaran kesihatan tapi kat US masih guna lagi. Pihak Transportation Security Administration (TSA) buat kajian mendapati kesan radiasi semasa menggunakan pengimbas ni kecikkkkk je. Tapi kajian-kajian oleh pihak-pihak persendirian mendapati kesan radiasi yang diterima oleh manusia yang melalukan imbasan ni adalah 45 kali lebih tinggi daripada apa yang TSA claim tu pedooh langsung. Radiasi ni boleh meningkatkan risiko kanser terutama bagi warga tua dan wanita-wanita yang berpotensi mempunyai breast cancer.  Penumpang-penumpang kapal terbang dah le terdedah dengan radiasi masa naik kapal terbang. Dah tu tak perlu la menambahkan lagi tahap radiasi tu. *nasib baik kat Malaysia takde.

6. Pil 'Pencuci Usus'.
Penah dengar atau penah guna tak? Biasanya ubat ni diambil oleh orang2 yang nak berdiet. Bila makan je pil ni, maka production of the smelly 'thing' tu pun berganda-ganda. Macam dah keluarkan dan dah cuci semua benda + sisa dalam usus orang tu. Tapi pengambilan ubat ni, akan menyebabkan kesan sampingan kecuali le kamu memang ada penyakit berkenaan usus atau penghadaman dan dinasihatkan oleh doktor untuk amik ubat ni. Kesan sampingannya ialah nanti usus kamu dah tak perlukan penghadaman secara semulajadi dan akan bergantung kepada pil tu je. Pastu boleh menyebabkan kerosakan dinding usus. Bahye..bahye.


Ada lagi 3 sebab. Semua skali 9. Tapi rasanya takde kaitan je. So, biar je la.



Comments

  1. akak mana entrinya..tajuk ada isi xde..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Kunci keberhasilan adalah menanamkan kebiasaan sepanjang hidup Anda untuk melakukan hal - hal yang Anda takuti.
    tetap semangat tinggi untuk jalani hari ini ya gan ! ditunggu kunjungannya :D

    ReplyDelete
  3. Hahaha... aku tak perasan terpublish. deng!

    ReplyDelete
  4. hebat lah Lyd, entry kosong pun 5 org komen! hahahaha

    weh, ku tunggu entri kamooo

    ReplyDelete
  5. semuanya agak berbahaya kalau dibuat selalu kan

    ReplyDelete
  6. wahhhh!! bahayanya...huhuhu makin takut dgn dunia skrg..huhuhu btw akak tq bg prkongsian info yg baik...

    ReplyDelete
  7. Waduh lyd...byk betul nk take note.

    patut la bdk skrg cpt baligh..anak2 sedara lelaki/prmpn byk yg baligh drjah 4/5.

    Tapi mmg penah dgr info gini..cuma kdg lupa/buat lupa.

    ReplyDelete
  8. oooooo...baru tahu...thanks atas perkongsian nih..yg no. 2 n no. 4 tu...baru tahu...
    follower ke 573

    ReplyDelete
  9. hahahaa..memang hebat la..dkna pon tambah bilangan komen bagi entry nie ;p

    ReplyDelete
  10. mcm2 penyakit blh dtg skang ni.. ish3.. moden pun payah gak.. hehe

    ReplyDelete
  11. hohoho... nasib baik la baca ada entry. tapi good info la. kena check sabun mandi dgn ubat gigi. bersugi lagi baik kan?

    ReplyDelete
  12. terima kasih menjadi penyumbang traffik tertinggi blog pezol stylez bg bln mei 2012

    http://pezolstylez.blogspot.com/2012/06/top-10-blog-penyumbang-traffic-pezol.html

    ReplyDelete
  13. semakin canggiih lagi mendataangkan kemudaratan buuat manusia

    ReplyDelete
  14. fulamak..bahaya giler penyakit ni..
    yang telefon tu lah yang paling kerap sy buat..kena byk sms ni..hehe

    ReplyDelete
  15. salam;
    kalau nak diikutkan semua benda dan makanan didunia sekarang tak boleh pakai dan dimakan,semuanya bahaya..

    ReplyDelete
  16. Good info lyd! teruskan usaha share ilmu2 yg bagus mcm ni. ;D

    ReplyDelete
  17. eh..pesal kosong lagi ni lyd..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  18. terbaik.. info yg berguna utk aku.. thanks yup

    ReplyDelete
  19. Very nice infoo...
    tq....
    skrang dah semakin tua, kesihatan pun kena jaga...lagi2x zaman skrang yg dipenuhi dengan bahan2x yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan..

    ReplyDelete
  20. heheh...

    owhhh... mde2 ni y biasa dilalui n ada sbhagian mmg kegunaan harian..tp xsangka mde ni smua pon blh mjadi punca2 pyakit..makin canggih...tp makin byk pnyakit

    ReplyDelete
  21. kalau difikir balik bgs lagi hidup ala2 org dulu2..ni makin maju makin byk nak kena jaga.Pernah baca info tentang ni.Anyway..good sharing.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya