Iklan! Iklan! Sila Click!

07 June 2012

Masih Nak Salahkan Yang Lain

Sejahteralah ke atas kamu.

Bila kita demam, air yang kita minum dan makanan yang kita makan akan rasa tak sedap. Pastu kita akan kata, "tak sedap la makanan ni...", padahal sebab tekak orang demam memang akan rasa tak sedap. Kita salahkan makanan plak walaupun makanan tu tak berdosa pun padahal tekak kita yang tak sihat.

Macam tu jugaklah manusia suka menyalahkan sesuatu/orang  untuk apa yang telah dia alami. Contohnya kalau dia tu jahat, banyak dosa dan dia tau dia berdosa. Tapi dia belum mahu berubah menjadi baik sebab dia kata, "aku belum dapat hidayah". Masih nak salahkan hidayah belum tiba? Sedangkan hidayah itu bukannya perlu ditunggu, sebaliknya perlu dicari. Kalau cerita pasal jodoh, semua orang tau jodoh itu perlu dicari. Semua orang berusaha sungguh2 untuk mendapatkan jodoh. Sama juga kisahnya dengan rezeki. Berlumba-lumba la kita mencari rezeki. Kerana rezeki perlu dicari.

Padahal yang sebenarnya..... Rezeki untuk kita Allah sudah tentukan, sudah tetapkan. Apa yang kita lakukan itu bukan mencari rezeki, tetapi menuntut rezeki. Itulah istilah yang sepatutnya. Apa yang sudah ada, apa yang sudah ditentukan itu, kita hanya perlu tuntut daripada Allah. Cara untuk menuntut rezeki itu tidak kiralah sama ada kita bekerja atau berniaga. Selagi kita berusaha untuk menuntut rezeki yang Allah janjikan kepada kita. Jgn sampai risau yang berlebihan jika usaha menuntut rezeki itu masih belum menampakkan hasil. Kena yakin dengan Allah.

Apa yang cuba saya jelaskan kat sini, manusia ni masih suka memberi bermacam-macam alasan jika dia belum mahu berubah. Malah berani menyalahkan takdir kerana hidayah belum hadir untuk dirinya. Hidayah itu tidak semestinya muncul dalam mimpi seperti setiap malam bermimpi ngeri dibakar oleh api neraka. Tak semestinya hidayah itu muncul dalam kejadian-kejadian aneh atau ajaib. Hidayah itu petunjuk daripada Allah. Dan petunjuk itu sudah ada Allah sediakan untuk kita. Cuma kita sahaja yang tidak mahu penerima petunjuk yang diberi iaitu Al Quran. Apa buktinya Al Quran itu petunjuk? Chekidaut!


Nampak tak apa yang Allah beritahu? Al Quran ni pedoman bagi manusia. Tapi untuk kaum yang meyakini tentang Allah dan kekuasaannya pula, Al Quran ini adalah petunjuk dan rahmat. So, kamu pilih la sendiri kamu ni manusia atau kaum yang meyakini. 

Saya hanya menyampaikan apa yang pernah diberithau kepada saya. Harap-harap bermanfaat entry ini untuk korang. Ayat-ayat yang tersilap tu harap dimaafkan. Itu memang kelemahan saya.

24 comments:

  1. bagusnya entry ni...sy suka...sbb sy mmg tak suka org yg suka salahkan takdir & org lain...pastu skadar brpuashati dgn apa yang ada..mmgla kita kne bersyukur atas sgla nikmat & rzki yg kita dpt..tp tak bermakna kena stakat tu je...kita kne berusaha utk perbaiki hdup spy lbh baik dri sekarang...duduk goyang kaki kt umah je mana boleh kaya..eh aku nak kaya ye..haha..mstilah nak..dpt byr zkat & sedekah byk...hee

    ReplyDelete
  2. salam;
    molek sungguh entri ini..kena dengan gayanya sekali...akupun kena tempias sekali.hahaaa!!.

    ReplyDelete
  3. entry yang bagus.. manafaat utk semua TQ

    ReplyDelete
  4. moga mesej ini memberi manfaat utk kita bersm...

    ReplyDelete
  5. memang elok ingat-mengingati sesama kita...manusia mudah lupa...

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah.. aku masih bersyukur dan redha dgan apa yg terjadi atas diri aku skrang ni.. tak ada nak mnyalahkan takdir @ sapo2..

    ReplyDelete
  7. Bab hidayah tu mmg betul, lg2 kat malaysia ni..yg mana islam ditegakkan tnpa sekatan.
    istilah blm dpt hidayah..adalah salah.

    ReplyDelete
  8. terasa juga sanubari ni seperti di robek... hehe.. kadang2 sebagai manusia kita memang mudah lalai... faktor takdir la jalan terakhir untuk menyedapkan hati sendiri.. tapi, orang sekeling juga berperanan untuk menguatkan semangat kita untuk menjadikan kita lebih yakin :)

    ReplyDelete
  9. harap sangat akak juga akan berubah untuk kebaikan.. peringatan untuk diri sendiri.. mesti menuntut rezeki itu...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum lyd...betul tu kita kenalah berusaha utk mendpatkn rezeki yg telah Allah tentukn utk kita mudah2ah segalanya akan berjln dgn lancarkan...:)

    ReplyDelete
  11. Apa yang awak sampaikan sungguh bermanfaat bagi saya.
    terima kasih ^_^

    ReplyDelete
  12. betul la tu. mmg nak salahkan benda je. tak kira la apa pun. mmg suka buat alasan kan? adeh...

    ReplyDelete
  13. ramai yg tak sedar tapi memang betol..

    ReplyDelete
  14. entry yg bagus untuk panduan kita bersama....

    ReplyDelete
  15. Ada bakat ganti Dato' Ustazah Siti Norbayah ni...hehe...good entry la sis!

    ReplyDelete
  16. Entri yg bermanfaat..Thx saling mengingatkan...

    ReplyDelete
  17. huhuhuhu... rasa cam trkena sikit.. moga sama2 lah kita berubah ke arah kebaikan...

    ReplyDelete
  18. dulu2 lady selalu slhkan org... lady salah pun nak jugak kaitkan dgn org lain.. :P.. tu time kecik2 lah.. skrg dh ok slow2.. :D

    ReplyDelete
  19. Yang baik itu dari Allah, jika berlaku takdir yang kurang baik ia adalah hikmah untuk kita membaiki kesilapan masa lalu...

    ReplyDelete
  20. sbb tu kt kena sntiasa redha n trima dgn hati y ikhlas.. pgalaman lya y bermacam peseng dh ckp mbuatkan lya selama menerima setiap ujian mdtg.. sbb di akhirnya..pasti ada sesuatu hikmah y tsembunyi.. kdg2 time kt melaluinya..kt salahkan takdir.. tp bila diakhirnya..kt bsyukur pd takdir..

    ReplyDelete
  21. Jika kita 'bersyukur dan redha' insyaAllah akan tiada alasan lagi..

    Nice sharing dear.. ;)

    ReplyDelete
  22. biasalah..tak dapat terima kenyataan.suka mnyalah kan sesuatu..

    ReplyDelete
  23. Itulah perangai manusia. Bagus entri ini

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...