Sejahteralah ke atas kahmu.
Sabtu lepas pegi Cameron Highlands. Hari Isnin balik KL.
Sabtu lepas pegi Cameron Highlands. Hari Isnin balik KL.
Strawberry
Tujuan utama saya selok excited sangat nak pegi Cameron Highlands ni semata-mata sebab nak beli stoberi je. Saya pun tak tau apsal saya obsessi sangat dengan stoberi ni. Itu la dia LydSunshine ni. Melantak je fokus utamanya.
First Time
Actually saya memang belum pernah pergi Cameron Highlands pun sebelum ni. Yes. This is my first time. Kesian kan? Umur dah lebih daripada suku abad tapi Cameron Highlands pun belum pernah jejak. Aih... apa la nak jadi. Pastu kan yang lagi kesian, Langkawi pun saya tak penah pegi. Kuheh. Kuheh.
The Fening-fening Lalat Road
Hari Sabtu tu suami saya keja sebenarnya. Saya dah goreng bihun utk sarapan pastu saya ikut suami pegi ofis dia. Kiranya, lepas dia habis keja terus zassss pegi Cameron Highlands. Dalam jam 4 petang baru gerak untuk ke sana. Masa tu pun perut kiterang dah berirama 'senandung semalam' tapi kononnya nak makan balance bihun tu kat mana-mana R & R. Tak baik membazir. Kerana membazir itukan amalan Rosmah syaitonirojim. Bukan apa, kalau kiterang berenti makan kat restoren mana2 nanti apa akan jadi kepada bihun yg paling sedap dalam alam semesta yang saya masak itu nanti? Beliau tidak seharusnya disia-siakan begitu sahaja.
Jalan untuk mendaki ke Cameron Highlands melalui Tapah ini sangatlah tricky, spooky, hazy, adventurous and kind of dangerous. Jalannya sempit pastu ada juga tanah runtuh dan sangatlah seperti rambut terkena kejutan elektrik. Selekohnya tajam-tajam. Sape tak cukup kuat, boleh luka berdarah tertikam selekoh tu. Kalau korang guna google maps utk tengok laluan tu, boleh nampak le jalan dalam peta tu bergerigi menunjukkan betapa kroniknya bengkang bengkok jalan tu. Saya hampir nak mabuk-mabuk. Tapi bila mabuk saya krohhh. Hehehe. Tinggalkan suami saya drive sensorang. Sian bubi.
Bihun Goreng
Alih-alih sampai ke sudah kiterang tak singgah R & R sebab bila dah exit Tapah, then dah mula mendaki di laluan ke Cameron Highlands, dah takde dah la tempat nak berenti. Padahal kiterang dah mula rasa lapar-lapar sang kelembai dah ni. Kiterang kata, takpe la. Alang-alang dah nak sampai ni kita makan je la kat hotel bila dah sampai nanti. Hotel yang kami booked letaknya di Brinchang. Masa tu dah kul 8.30mlm sampai Brinchang. Saya tgk dalam google maps, lagi 1.5 cm je lagi nak sampai hotel tu [skala 1cm : 200m], tapi tetiba ada polis tak bagi kiterang jalan lurus dia suruh belok kiri. Semua kereta yang nak lurus dia tolak ke kiri. Ooohh... perlissss la pak polisi, kami tanak masuk kiri, kami nak jalan terus. Hangin betul. Pastu bila dah masuk kiri tu plak punyalah jem stoberi. Homemade punye jem. Langsung tak bergerak. Grrr... Pastu oleh sebab dah lapar benor 2 orang gergasi ni, kiterang melantak je lah bihun tu dalam kereta masa tengah jem. Skillful tak kiterang? Makan bihun sambil drive. Segan jugak dgn keta2 seblah, tapi sebab dah gelap, orang tak nampak kot berbuatan sumbang kiterang tu. Kalau ada orang nampak pun, ikut suka dia la. Yang penting makan bihun itu bukan satu jenayah. Syukurlah bihun tak basi. Bihun yang berkualiti tinggi macam tu memang lambat basi. Kahkah.
Pasar Malam
Bila kereta dah mula bergerak walaupun slow, baru la kiterang tau jem itu puncanya sebab ada pasar malam kat tgh2 pekan Brinchang tu. Happening je nampak. So, kiterang laju-laju pegi check in di Hotel Rosa Passadena, mandi-mandi, pastu kuar semula pergi terjah pasar malam Brinchang. Kami tak tahu plak hari Sabtu ada pasar malam di Brinchang. Tapi kiterang tak de la nak membeli belah beriya sangat. Sebab perut kenyang. Itulah kebaikannya kalau bershopping masa perut dah kenyang. Kite tengok le apa pun, tapi rasa mcm tumpul je perasaan nak membeli. Ce kalo pegi pasar malam masa tgh lapar, rasanya boleh habis separuh pasar malam tu sekali dengan payung kiterang beli. Apa-apapun, walaupun tak beriya nak beli belah, stoberi tetap perkara pertama yang saya fokus. Saya beli 2 kotak stoberi harga RM10 [satu kotak besar yg biasanya berharga RM8 dgn satu kotak sedang yang harganya RM6 sekotak]. Lagi, saya beli stoberi celup coklat feeling cam Dato Siti Nurhaliza le konon dan suami saya plak feeling Dato K. Kehkeh. So, 2 kotak stoberi tu bersama stoberi celup coklat tu kami selesaikan terus malam tu bila balik hotel. Antara produk-produk Cameron Highlands yang teringin kami beli malam tu ialah jagung rebus. Orang tu kata jagung madu. Harganya RM4. Ntah apa benda yang madunya pun saya tak tau. Biasa je rasa dia. Jagung kat kampung saya pun rasa cenggitu jugak. Murah pun murah. Cuma warna jagung tu kuning dan putih. Maksudnya tak semua gigi jagung tu kuning. Masih ada gigi susu lagi.
Water Crest dan Jambu Perisa Epal
Pastu kami beli water crest goreng tepung. Sedap wei. Water crest ni dalam bahse jawa dipanggil Selada Air. Nama dia hampir-hampir macam nama saya. Kalo saya berendam dalam kolam, bleh la panggil saya Salida Air. Nama kampungnya kalau tak silap saya baca dalam satu blog lain dipanggil Kemangi. Tapi tak tau le ye ke dok. Dan last but not least, jambu berperisa epal.
Masa nak beli jambu ni, saya ingatkan buah jambu ni dah dikacukkan dgn benih epal so dia jadi sejenis buah berspesis lain. Rerupanya ini adalah buah jambu yang dah dicelup sirap perisa epal ada rasa masam2 manis. Cis. Kak Bedah tertipu lagi. Tapi sedap la. Cuma mungkin not a very healthy food kot. Harga 3 biji ni = RM10. Kiterang makan sebijik sehari, pastu yg ketiga tu ingatkan nak bawak balik, sekali terlupa daaa... Tertinggal dalam fridge di hotel. Begitulah tamatnya riwayat sebijik jambu berperisa epal di tangan pekerja hotel yang bakal membuat room service di bilik itu.Sama ada dia nak makan atau dia buang terpulang la kat dia. Saya halalkan saje. Itu rezeki untuk beliau.
Jambu ni, bila saya pegi pasar [Kea Farm], harganya 2 bijik RM10. So, mahal. Murah lagi di pasar malam.
So, itu je la review gitu-gitu je ke Cameron Highlands pada hari pertama. Ada lagi Cameron Highlands 2.0 nanti. Abih la korang muntah ijau nak baca entry lepas ni. Lagi panjang daripada ni insyaAllah. Kehkeh.
teringinnya dni nak p sana :)
ReplyDeleteWoo dah lama tak gi sana. Last pegi masa ngandung Rayyan kira-kira 5 tahun yang lepas haha. Tapi nak pegi lagi pikir 180 kali kot sebab last pegi tu muntah gile beb. Dem! Wat malu kg aje pasal anak2 ok je tak mabuk pun. Ciss... BTW ku ske perbuatan sumbang itu hahaha... owh ye.. selalunya jambu merah tu kaler ijo. Dia dari thailandkan? Ekcelli itu jambu jeruk. Dia rendam berzaman jambu tu dalam air jeruk tu pasal le jadik kaler cenggituh. Sedap memang sedap tapi tulah tak berape baik untuk kesihatan makcik2 hehe... (Pssttt takde ke lebihan stroberi untuk daku akakaka...) Skang n kat Genting Highlands pun dah ade stroberikan? Tp tetap tak sampai sebab encik somi tak kasik pegi sendirik uwaa.. hajak taknak lak pegi huahua lagiii...
ReplyDeleteMy latest Entry :)
JJCM: Chicken Rice Shop (Wangsa Maju)
mak ayah saya dh jejak kaki ke sana.. saya je lom... teringin nk honeymoon kt sane la.. dapat petik strawberry same2.. romantikkan.. hahahahahakk
ReplyDeleteRindu nak p CH lagi :)
ReplyDeleteJalan kat Tapah dulu masa kecik2 je lalu, masa p bulan 3 tahun lepas ikut Spg Pulai :)
Kat pasar malam Brinchang memang murah dari tempat lain, sonok shopping situ ;)
oklah, sampai juga sudah ke CH, saya dah 36 tahun ni, sekali pun belum pernah jejak...huhu, lagi kesian.
ReplyDeletestrawberyyyyyyy....... teringin nak kesana lah pulak
ReplyDeletemesti tetipu kan beli buah tu? kikikiki
ReplyDeletesaya x leh makan, manis sangat!
tak pernah lg p sana....
ReplyDeleteakak hotel kat situ ok tak???harga semalam???tgh survey ni...
takut plak bila akak ckp pasal jalan dia tu agak bahaya ..kalau naik kete manual ke auto yg ok ek>?
Dah x lalu nak pi Cameron dah...mesti pening2 lalat jugak...pastu dah x sejuk sgt kan? dah x romantik...kehkehkeh...
ReplyDeleteArdini Humaira : InsyaAllah kalau teringin tu boleh sampai sana.
ReplyDeleteFarah Deeb : Aiseh, betul2 buat malu kampung kalo anak2 pun tak muntah. Betul ke jambu tu drpd Thailand? Eii tak suka. Kalau tau mesti tak beli. Heheh. Itu la awak, tgk kat blog kak inaKL ada stoberi gak kat genting. Ingat nak gi tgk gak nnt. Kot2 best ke. Dekat skit nak beli.
Taufiq : Boleh2. InsyaAllah dpt honeymoon kat sana. Mmg sweet boleh kutip2 buah stoberi sama2. Dah la suhunya nyaman2 je.
Myra Jay : Ha ah, murah kan? Saya memula tak tau kat pasar malam lagi murah, so tak kisah pun nk beli. Jem dgn teh pun murah lagi kat pasar malam.
Yus : Takpe, sempat lagi nak pegi insyaAllah.
Kesuma angsana : Pegi la awak. best tau... nyaman je. Jalan2 tghr pun rasa dingin. So tak panas.
Khairul Hakimin : Agak tertipu la jugak. Mmg manis pun. Saya siap basuh dulu pastu lap dgn tisu.
Cik Afasz : Hotel kat sana okay jugak.
Mrs R : Mungkin tak sesejuk dulu la. Tapi still lagi dingin berbanding KL yg panas memanjang ni. Huhu... Tidur malam pun kalo tak pasang ekon dgn kipas pun masih berselimut.
ReplyDeleteha..ko review dulu..aku pemalas.. pi CH teman suami main bola dengan org land office sana..pastu kalah.. hahahhahahahaha.. ketawanya sayeee..
ReplyDeletetq reply kat blog sy....
ReplyDeleteharga hotel beraapa ye?email sy kat nik.norfarizam@yahoo.com leh?
sy pun belum sampai cameran highland. hubby taknak bawa sebab dia pening2 lalat nak naik hehhe...harap2 sampai juga ke sana nnt. buah jambu ye...kretif juga org cameron highlnd ni ye.
ReplyDeletesalam;
ReplyDeleteAku walaupun jauh di Sarawak tapi dah pergi CH 3 kali..masa tu aku tinggal dipekan Bentong.
tgh tgh musim panas gini..terasa macam nak berumahtagga di cameron highland..hihi
ReplyDeletelama dah tak pergi cameron highlands..last thn 2005 kot.ajak Encik Saiful pergi bukan nya dia nak pergi..kata nya boring layan sayur2 ngn bunga2 jer..hishhh
ReplyDeletebaru semalam mber satu ofis sebut yang dia teringin nak cari buah jambu tu..
QuTaq : Aku tau ko pemalas. Suami ko kalah ke main bola? Hahah. Nak berketawa jugak la.
ReplyDeleteFnF : Rupa2nya buah jambu tu bukan drpd cameron. Daripada Thailand rupanya. So org Thailand la yg kretif.
Yusuf : Tak baik riak dgn aku tau. Berdosa. Hehehe. Takpe, nanti aku naik lagi 4 kali. Nak lawan ko jgk.
Nafisa81 : Memang pun. Saya pun rasa nak pindah cameron. Saya ni dah la jenis yg cepat panas dan nak berkipas je memanjang. Dok cameron boleh je plak tidur tak pasang ekon dgn kipas. ini sesuatu yg aneh.
Saffiya : Biasalah. Lelaki tak suka sgt kot tmpat2 yg takde benda2 interaktif. Kalau ada taman tema baru dia suka kot. Cameron ni sesuai untuk org yg sukakan permandangan dan udara nyaman. hehehe.
Tak sangka sama lak kita ya lyd!
ReplyDeleteSaya pulak saja2 ke sana lps knduri kawin mun..alang2 dh jln2 arah sana. Saya balik isnin tghari. Tak ke mana sgt, sbb ni dh kali ketiga..skdr nk relaks dgn udara nyaman.
Strawberi..kali ni saya dpt mkn hasil ladang org Islam. baru tau lokasinya. Harga pun lg murah dari kat psr2 tepi jln.
ceronoksss nyerr..
ReplyDeletelya seumur hdup bru skali jejak kaki kat CH..tu pon a umur 12thn g2 r.. lps tu smpai skarang xpnh2 smpai lg..skarang mmg dh mkin cun kt sana kn...
woww...mcm best j nmpk jambu tu
Saya suka CH, cuacanya memang cool. Cuma yg tak best cuma jln nya yg bengkang bengkok mcm ular kena palu tu. Saya kalau ke sana tak boleh duduk dlm kereta di bhg belakang...pening! Kalau jadi driver tak rasa apa2 pulak....
ReplyDeletebest kan kak pegi cameroon? best sebab dapat makan strowbery and jambu epal tu!! huaa jannah craving! masa pergi dulu beli 3 biji je kat paso malam. konon2 nak beli lagi masa balik. tapi lupa. sampai rumah rasa macam menyesalnya kenapa tak beli bebanyak....hahha.
ReplyDeleteinsyaallah kalau ada rezeki mmg nak datang lagi. hihi :)
salam singgah..aha kalo lalu area tapah mmg jln mcm ular kena bedal..ihihii..tp walau penin lalat tetaappp bestttt..kan??
ReplyDeleteletak gambar banyak2..hehe~
ReplyDeleteteringat honeymoon kt cameron msa mula2 nikah dlu...skrg dh ada anak,xtau la bila leh repeat ke sana lg....yg psti,tmpat tu best....=)
ReplyDeletedah lama tak pergi CH. teringat la masa pergi naik bus. budak2 ni dah mkn ubat thn muntah. sekali tu ada srg budak ni terduduk ats perut member tanpa sengaja. adeh... satu bas bau 'harum'. last2 tidur la lagi baik. pening dgn bau 'harum' semerbak tu.
ReplyDeleteSatu ayat pun tak pernah tinggal bila baca lyd tulis. Hehe.. Sy baru 2x je pergi itupun rombongn kampus. Jln kaki dr cameron sampai gua musang training komander Kesatria la masa tu. Nice exp. Tp smpat jugak bershopping beli2 brg. Sekali tu baru pergi betul, mmg mabuk rasa cukuplah x sanggup nak lalu jln mcm tu, sy ni mabuk kenderaan. Hihi..
ReplyDeletememang best la kan kalau pi sana... kami sekeluarga entah berapa kali dah sampai pun tak boring2x sebab kat sana kami suka pemandangan diwaktu pagi yg segar sambil menghirup teh segarrr... peerghh...
ReplyDeleteke hadapan kakak akakku.. ngeh3x.. kelakarlah lady bc cara akak berceloteh kat entry ni.. xboring walaupun panjang berjela2.. ala kak.. lady sebenor2nye pun blum pernh pergi langkawi mahupun kameron higland tuh.. biler nth lady ditakdirkan ke situ pun lady x th.. tp pkr 1st yg lady nk rs adlh jambu berperisa epal tu.. kecur air liur ni rs mcm nak nak jerk..
ReplyDeletememang kalu g lewat sikit hari Sabtu..mesti jem kat CH...tak bergerak satu hal,ada pulak siap turunkan penumpang kat tepi jalan..lambat je nak jalan balik...orang kata beli strawberi kat CH makan situ manis,dah bawa turun kurang sikit...tapi sama je saya rasa..
ReplyDeleteorg la ni x ikut tapah dah. ikut simpang pulai lg best. jln x fening lalat. btw, rate hotel rosa passadena bape?
ReplyDeletejambu tu cm jambu jerut jer...huhuhu sy selalu beli kalu naik bas ker KL or Ipoh/ Taiping...hehehe klu brhnti dkt RnR la...yum3 sedap...
ReplyDeleteaku terkedu tang rosmah tu je..kahkahkahkah...patut tak payah la garis tengah tu...
ReplyDeleteBila tengok entry ke Cameron ni terus rasa rindu nak jejak Cameron lagi.. huhuu..
ReplyDeleteMemang terer la makan bihun dalam kereta ;D