Iklan! Iklan! Sila Click!

06 June 2012

Bayar Dulu Baru Guna - Buka Aib - Doa Ghaib

Sejahteralah ke atas kamu....


Bayar Dulu Baru Guna
Kalau saya kata, saya gunakan telefon bimbit menggunakan perkhidmatan pra-bayar atau prepaid, mesti ramai orang yang akan gelakkan saya. Aih... dah keja berapa lama pun masih nak guna prepaid ke? Budak-budak je yang guna prepaid ni. Orang-orang dewasa patutnya guna postpaid, baru la siuman skit nampaknya. Tapi... ada aku kesah? Tepon saya, ikut saya le nak guna prepaid ke postpaid. Saya suka guna prepaid ni bukan apa, sebab senang. Ada duit guna, kalo takde duit takyah topup. Tapi takde la sampai tak topup tu. Dulu-dulu ye la masa tak pandai manage duit. Yang penting, saya rasa guna prepaid ni jimat dan boleh control kegunaan henfon. Kalau guna bil nanti kalo lambat bayar kena bar. Kalo dah kena bar tu, selagi tak bayar, selagi tu le tak bleh pakai. Buatnya kita terlupa nak bayar, pastu kena outstation kat Pulau Sipadan 5 hari. Tak ke sembelit. [Pulau Sipadan ada telco service centre tak untuk bayar bil tepon? Heheh. ]. Kalau prepaid, senang je. Boleh je beli kat mana-mana. Untuk orang lain, mungkin guna bil yang terbaik sebab mungkin mereka perlu selalu buat panggilan telefon dengan kerap. Kalo guna kredit nanti skit2 habis kredit, skit2 habis kredit, nanti tension plak kan? Tapi untuk saya, prepaid paling sesuai sebab saya tak banyak call orang. Yang saya call hanya suami dan mak saya je. SMS pun takde. Kalau dengan suami, kiterang hanya berYM [yahoo messenger] je bila berjauhan. 


Buka Aib 
Manusia ni selalu mengambil mudah tentang sesuatu dosa. Terutamanya dosa yang kita dah selalu buat dan orang lain juga buat. Contohnya dosa mengumpat. Kita semua tahu mengumpat tu berdosa, tapi kita masih lagi selamba je mengumpat orang yang kita rasa tak kena pada pandangan mata kita. Seolah-olah kita dah tak peduli lagi dengan dosa yang kita akan dapat tu dan seolah-olah kita tak merasa aib pun bila kita mengumpat tu. Secara kita tak sedar, kita seperti dah membuka aib kita sendiri. Membuat dosa kemudian tidak menyembunyikan dosa-dosa itu.  Seperti tidak malu dengan dosa. Nak bagi contoh, banyak lagi, tapi nanti ramai yang sentap. Huhu.

Biasanya kalau dalam kehidupan kita ni, benda-benda yang memalukan, kita seboleh-bolehnya taknak tunjuk kat org kan? Contohnya macam kat pipi ada kurap ke. Mesti nak sorok takut orang nampak. Sanggup tetiba je pakai purdah pergi ofis sebab tanak bagi org nampak. Pastu kalau rumah bersepah, bila dengar je orang nak datang, menggelupur pegi kemas rumah sebab takut orang nampak rumah bersepah kita tu. Malu nanti orang tau kita pemalas. [Aku la tu. Hahaha.] Maksudnya kita tak mahu orang tengok aib kita. Betul tak? Dalam part-part macam tu, pandai plak kita cover line. Tapi kalau bab dosa, kita tak pulak nak tutup aib kita tu. Minum arak selamba je depan orang ramai. Kata Ustazah Suraya [yang beri kuliah di ofis saya], aib kita iaitu dosa yang kita lakukan, kita perlu sembunyikan. Jangan beritahu orang lain. Kita simpan sendiri je dah cukup. Jika kita tutup aib kita, insyaAllah di negeri abadi nanti, Allah akan tutup aib kita juga. Ini bukan soal hipokrit atau munafiq ye. Ni pasal aib. Semoga aib kita semua ditutup oleh Allah.

Doa Agar Tidak Dapat Dilihat Oleh Orang Lain.
Ini bukan doa untuk ghaib seperti Hollow Man atau Invisible Man. Ini hanyalah harapan dan mohon pertolongan daripada Allah supaya memelihara kita dan menutup pandangan orang lain daripada melihat kita. Mungkin waktu nak lari daripada polis yang tengah buat roadblock pastu kebetulan roadtax kereta kita dah lama expired lupa nak renew ke. Ini doanya... Ayat 9 Surah Yaasiin.



Kalau baca ni, hati kena yakin dengan niat memohon pertolongan daripada Allah, bukan dengan menganggap ayat ini ayat tangkal. InsyaAllah jika kita lalu di depan orang yang kita nak elakkan tu pun orang tu tak nampak kita lalu atau tak perasan.


Okay nyah... itu ajer yang mami nak cerita kat yu oll. Jangan bangga dengan dosa, dan baca lah doa kat atas ni untuk lari daripada buaya [walaupun dia manusia bukan buaya, tapi buaya jugak yang dpt nama sedangkan buaya itu tiada salah pun dengan kita.]

22 comments:

  1. best entry...
    1. sy pun pakai topup je. ada jgk org ckp sy ni xuptodate..gasak korangla...

    2. Org yg menjaja cerita buruk orang lain sebenarnya dia telah buka aibnya sendiri tanpa disedari. Iaitu buruk perangai kutuk jaja hal buruk orang.

    3. Doa itu baguslah...Insyaallah sy amalkan..

    Tapi kalau pencuri nak menyelamatkan diri dari polis dgn baca doa ni..konfemlah Tuhan tak makbulkan...

    ReplyDelete
  2. assalam..izinkan acik nak tinggal komen jugak disini..acik pun guna prepaid..satu rumah guna prepaid..mudah tak terlajak guna kan.

    ReplyDelete
  3. salam...saya pun kembali guna prepaid. postpaid ni byk sgt hidden charges yg tak logik. lagipun prepain pun dah ada internet plan, senang kan?

    *

    doa tu boleh juga digunakan utk elakkan jadi mangsa org jahat kalau terpaksa lalu kat tempat sunyi kot?

    ReplyDelete
  4. ok, saya guna postpaid. tapi beruntung apa orang yang guna prepaid ni, selalu banyak je contest dari sykt telekomunikasi ni bersyaratkan memiliki no. prepaid. jeless

    ReplyDelete
  5. Nnti fikir dulu nak pakai prepaid ke postpaid. Hehe..
    Doa yg bagus utk dishare. Moga bermanfaat pada semua. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. kalau pasal phone tu..sy guna prepaid gak..best sebab dpat kawal diri dari mmbzir..

    yang psal aib tu mmg betul..sy tgk rmai yang tak peduli...bila buat cam biasa je..xde rasa bersalah..

    ReplyDelete
  7. saya pun pakai prepaid.maklum la guna tepon pun untuk call mak dan suami je.tu pun bukan selalu .cuma time kecemasan jer.

    lagipun enpon pun saya tak tau kadang2 tu dia dok kat mana..hahahah..

    nampak sangt jarang guna enpon..:P

    ReplyDelete
  8. Owh...masih ramai rupenye yg pakai prepaid...saya pun! hehe :) senang nak manage. Saya setuju.

    Manusia mmg sering melakukan khilaf :(

    Entry & perkongsian yg bagus. Saya suka :)

    ReplyDelete
  9. pki prepaid gak..senang!

    Manusia2..

    Doa yg berguna. Hafal jap!

    ReplyDelete
  10. aku pakai prepaid gak..tu pon habis untuk aku online je..hat nak guna sikit je..hahaha..

    kalau outstation elok beli je prepaid kat negara org tu..kalau tak mahal..haha..

    ReplyDelete
  11. Lyd..takleh menahan cth nk lari dr roadblock polis tu! Tau gak doa ni, tp blm penah buat.

    Saya guna post paid..tp yg supplementary line je- rm15/bln..free sms/call/mms antara saya & suami. sbb suami slalu gak outstation..

    ReplyDelete
  12. sy pun pakai prepaid je.. alasan? sama la mcm lyd.. hehe

    ReplyDelete
  13. err ai pun guna prepaid dua2 henpon hahahahahha dulik...

    betul..kita perlu tutup aib kita dan jgn bukan aib orang...insyaallah Allah akan bntu kita dgn mnutup sgala aib kita..

    ReplyDelete
  14. MakweKintan : Best kan guna prepaid. Ha ah, rasanya kalo pencuri tu tak tau la berkesan ke tak ayat ni.

    Acik Erna : Betul acik, satu sebab tanak guna prepaid pun sbb taknak terlajak guna.

    Gadis bunga : Saya tak pernah guna postpaid. betul ke ada byk hidden charge awak?
    InsyaAllah boleh digunakan untuk elakkan diri daripada org jahat, tapi kena yakin betul2 kepada Allah.

    WaniSC : Apa la ertinya contest tu kalau saya pengguna prepaid pun tak pernah join pun contest tu semua. Huhu.

    Asmara : Skrg kat sana As guna henfon guna bil ke cemana? Semoga bermanfaat doa itu utk kita.

    Fahkrudin : Biasa la. Manusia.. Selalu lupa dan selalu perlu diingat kan.

    ReplyDelete
  15. Diana : Tak sangka masih ramai yg guna prepaid. Biasanya org yg tak selalu guna henfon sesuai la guna prepaid kan?

    Mrs R : Tima kasih sebab setuju dan suka Mrs R. Prepaid itu memudahkan. Doa itu mudah jugak utk dihafal betul tak? Sbb kita selalu baca dlm surah Yasin.

    khairul : Abg Khairul mesti lah kena pakai line. Nanti senang nak call clients ye tak?

    cleverspider55 : ha.. amacam? dah dapat hafal dah?

    YmBundle : Aku pun sama Bundle. Aku byk guna utk internet je. Tu pun tak byk sgt. Sbb aku renew service internet pun bila2 aku rajin je.

    Ujie : COntoh tu saya tujukan khas utk suami saya. Sbb dia selalu balik dr kerja ada roadblock dan roadtax motor dah mati. Heheh.

    Murahnya line yg Ujie guna tu. Line apa ye?

    Kyo : Eh, tak ci la tiru2 Lyd.Kena cari alasan lain Kyo.

    Sisdee : InsyaAllah begitulah hendaknya. Yang penting aib sendiri perlu simpan jgn bangga2 kan sgt kita berbuat dosa.

    ReplyDelete
  16. prepaid terbaik .. tapi expired date selalu mati dulu.. kredit bnyk lagi.. hehe

    ReplyDelete
  17. salam;
    samalah kita,aku bukannya ada perniagaan besar atau orang penting..aku semut merah je maka wajalah aku guna topup je sekian terima kasih!!.

    ReplyDelete
  18. saya pun guna topup. dah berbelas tahun. itu nombor yang saya tak pernah tukar sejak drpd thn 1999. tak ke bangga celcom dpt orang yg setia macam saya ni. hehehe...

    ReplyDelete
  19. Tapi kalau pencuri nak menyelamatkan diri dari polis dgn baca doa ni..konfemlah Tuhan tak makbulkan...

    maap ye... bukan nak tunjukpandai tapi terasa nak dapat penjelasan lanjut atau sekurang2nya pandangan yg lain pulak (especially pembaca yg mendalam latarbelakang pengetahuan islam)...
    tapi dari pemahaman aku, kita takboleh cakap sebegitu sebab tak tepat, kerana:
    1)tiada yg wajib bagi Tuhan kecuali sifat2 wajibNya yg 20 tu, maka barulah benar Tuhan bersifat Maha Berkuasa kerana Dia tidak tertakluk kepada sesiapa atau ke atas sesuatu, maknanya kalau Tuhan memutuskan nak bagi sesuatu pada seseorang, Dia akan bagi, takkira keadaan atau siapa orang itu, begitu juga kalau Dia berkeputusan taknak bagi maka Dia takkan bagi walaupun sipolan seorang waraq yg berdoa memohon perkara itu
    2)sedangkan iblis sendiri, grand king of everything evil, bukan setakat pencuri dompet je, tetap dikurniakan permohonannya oleh Tuhan bila sang iblis mintak dipanjangkan umurnya hatta hingga kiamat! jadi jika sang pencopet dompet dan henfon berdoa kepada Tuhan, maka ianya harus bagi Tuhan untuk memperkenankan dan harus juga untuk menafikan :-) bukannya konpem tak dimakbulkan... tapi sudahtentu mencuri bukanlah sesuatu yg dibenarkan (serupa juga seperti sang iblis tetap dilaknat!)

    wallahu'alam...

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Simpulan Bahasa (LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Malay Idioms)

    ReplyDelete
  20. MJ dah hampir 5 tahun pakai postpaid, now serasa nak kembali ke prepaid.. Sebab postpaid ni kekandang menyusahkan-kekadang ada caj tersembunyi-tensi...huhuuu..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...