Iklan! Iklan! Sila Click!

22 May 2012

Meh Nak Cerita Sikit Pasal Greeco Venture

Sejahteralah ke atas kamu...


Sejak teknologi gambar digital makin berkembang, saya dah jarang sangat nak print out gambar ataupun biasa orang sebut 'cuci gambar'. Semua gambar disimpan dalam hard disk je. Tapi leceh juga nak tengok gambar-gambar ni terutamanya bila nak tunjuk kat ahli keluarga, ramai2 nak tengok. Susah nak pass-pass kan gadjet tempat kita simpan gambar-gambar tu. Macam mak dengan abah saya pula, kurang suka tengok gambar dalam bentuk digital. Tak puas kata mereka.


Gambar perkahwinan saya tahun lepas, saya terpaksa jugak cuci sebab nak tinggalkan di rumah mak saya satu album dan di rumah ibu mertua satu album. Dalam masa saya mencari-cari kedai untuk cuci gambar tu, kebetulan terjumpa promotion di Groupon untuk print gambar bersaiz 4D dengan harga murah oleh Greeco Venture Sdn. Bhd.. Untuk permulaan dan percubaan sebab nak tengok elok ke tak elok quality dan service syarikat Greeco Venture - Colourful Memories ni. Cuba test skit tengok okay ke tak.  
Sebelum saya cerita pasal pengalaman saya berurusan dengan Greeco Venture ni, biar saya ceritakan sikit tentang Greeco Venture.

Greeco Venture ini adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan gambar [photo printing] yang berkualiti. Perkhidmatannya menggunakan kepakaran yang tinggi dan teknologi yang terkini serta termaju. Wahhh... hebat tau Greeco Venture ni. Don't play-play ahhh...


Okay, sambung balik cerita pasal promotion yang saya beli di Groupon. Saya beli gambar bersaiz 4D. Sila baca betul-betul. 4D ye, bukan 4R macam yang biasa tu. Apa bezanya kedua-dua saiz ni? Sila google. Hehehe. Acah je. Tak baik beri orang harapan palsu kan? Gambar bersaiz 4R itu yang standard kita biasa print kat kedai gambar tu. Kan saiz dia macam 1R, 2R, 3R, 4R. Lagi banyak nombor sebelum R tu, lagi besar la gambarnya. Maksudnya saiz 2R lagi besar daripada 1R dan seterusnya.

4D foto bersaiz sepadan dengan nisbah saiz (4:3) dengan imej yang ditangkap oleh kebanyakan kamera digital, kecuali DSLR untuk mengelakkan imej daripada di crop secara tak sengaja. 


Jadi apa yang bestnya gambar 4D ni? Mcm ni, kalau satu gambar tu terlalu banyak ruang yang membazir contohnya kat bahagian tu tu gambar pokok je yang lagi banyak daripada gambar orang, kita boleh la potong sikit bahagian yang terlebih tu dan gambar tu masih lagi boleh bersaiz 4R selepas potong. Korang ni kalau saya tak letak gambar mesti tak faham kan?




Okay, nampak tak gambar kat atas ni? Kalau saiz 4R, ruang kosong kat sebelah lelaki tu, akan remain luas macam tu la. Tapi kalau gambar bersaiz 4D, ruang yang luas tu, korang masih boleh potong dan jadikan dia saiz 4R. Saya harap korang faham la. Kalau tak faham angkat tangan.

Greeco Venture ni yang saya suka sebab urusannya hanya melalui online. Senang. Korang boleh download software untuk korang upload [send] gambar yang korang nak print tu melalui software ni je. Percuma je, takyah bayar. Cara nak guna, mula-mula korang pilih gambar mana yang korang nak print, pastu pilih saiz gambar dan jenis paper cemana yang korang suka [matte -berkabut, glossy - berkilat] pastu korang ikut je default dia step by step. Tak susah langsung. Korang tekan 'next-next' je. Pastu berapa jumlah harga pesanan korang tu akan dikira. Katakan pesana korang tu terlebih budget pulak, so korang boleh back balik untuk remove gambar yang mana yang terlebih budget tu. Last sekali korang perlu masukkan maklumat yang diperlukan oleh Greeco Venture untuk reply email korang dan untuk pihak mereka beritahu langkah berikutnya yang perlu korang buat.

Tips yang saya nak berikan untuk upload gambar menggunakan software Greeco ni ialah, korang perlu ada line internet yang stabil. Tak semestinya laju, tapi kalau laju lagi bagus. Stabil tu maksudnya tak terputus-putus. Nanti masa upload, connection close plak, susah la kan. Lagi satu, korang baca betul-betul steps yang ada. Kalau ikut betul-betul insyaAllah senang je.


Sekarang ni ada promotion Hari Ibu. Kalau nak print gambar bersaiz 8R [besar ni tau], dierang bagi harga murah je.
Pastu nak bayar pun senang. Boleh guna card credit atau Maybank2u. Lepas tu mereka boleh pos gambar yang kita nak print tu.

Bagi saya, cara berurusan melalui online ni sangat sesuai untuk orang yang tak ada masa nak berjalan untuk survey kedai mana yang offer perkhidmatan lebih murah untuk print gambar. Semuanya melalui internet, kita tak perlu keluar rumah pun, tetiba ... plink! plink! Barang sampai depan pintu rumah. Memang la kena bayar postage fee, tapi kira sama je dengan kos kalau korang sendiri keluar pegi shopping mall. Paling busuk pun, duit minyak kereta atau tambang korang dah kena keluarkan. Pastu bila dah keluar mesti nak makan la, nak gi toilet la, nak beli ubat nyamuk la, nak beli sudip ke, haaa.. kan tetiba je jadi banyak belanja. Beli online kan senang. Jimat masa, tenaga dan duit.

Setakat ni, sebarang pertanyaan saya melalui email terhadap Greeco Venture ni, akan dibalas dengan pantas oleh pihak mereka. Dan solution yang mereka beri juga sangat membantu.  Korang, kalau nak print gambar tapi malas nak keluar pegi shopping lot untuk buat benda tu, boleh la guna cara mudah ni. Sudi-sudikan la singgah laman web Greeco Venture ini di www.greeco.com.my.


Ni ada tips tambahan yang boleh korang refer bila nak gunakan Photoprint Software ni;


To ensure your image from being cropped, the time when the “CROP” button become red, Please pay attention on it, because this image is not match with the print size that choose by you, if you insist to print this size, please click on the “CROP” button, the image will then be enlarge, choose the portion that you wish to print, kindly be reminded that the image outside the crop box will not be printed, and if you want the image to be fully printed, please click on the “APPLY WHITE BORDER” button.Beside that, “CROP” button become red, You will be warn by a cropping message the time when you click “next'” to proceed to the user information, Photo not match with print size. Are you sure you want to continue?
Please be informed that during the uploading, our system will automatically centralise the photo when the prints size not matches with the image.(you may view this the time you add the photo) Therefore, user are advise to crop their photo/image before proceed to avoid photos being automatically centralised.
“REMOVE” button become red means the resolution of the photo is insufficient for the selected print size. If you insist to print the image, your prints might suffer quality losses. The larger the desired prints are (e.g. format), the higher the resolution of your photo should be. You can set the resolution on your digital camera before taking photos.
“REMOVE” button become red, will be warn by a error message the time when you add the photos. Low quality on format.












29 comments:

  1. mcm best je .. nak try jugaklah nnt...thanks lyd.. share benda2 mcm ni...

    ReplyDelete
  2. yg 4D tu tak berapa faham. sbb saya mmg selalu crop gambar sblm hantar print 4R.

    biasalah..tak buat sendiri susah sikit nak paham nih kan.

    *offer last tu menarik..nnti nak tengok kot ada gmbr yg nak print besar punya. ^_^

    ReplyDelete
  3. salam;
    Macam2lah sekarang ni semuanya nak cepat dan lebih baik..apa2pun semuanya atas nama kemajuan...

    ReplyDelete
  4. sy pun dah beribu2 keping gambo..sejunya ada dlm hard disk..nth bila nak cuci

    ReplyDelete
  5. panjang lebar penerangannya..kena baca satupersatu...hebat khidmat cuci gambar sekarang ni kan...ada masa saya g jenguk..

    ReplyDelete
  6. nnt tunjuk cth pic sendiri ye yg dah anto ke sana.

    ReplyDelete
  7. menarik.. kira diorang edit dulu la ek sblm print.. ermm.. bagus kedai tu.. :)

    ReplyDelete
  8. adeh panjangnya...saya nampak perkatan percuma jer

    ReplyDelete
  9. banyak jugak gambar saya dalam hard disk..
    mungkin boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  10. akk beli by groupon ke by website dia?? jannah dah usha2 benda ni 2 hari lepas. tengah nak pilih2 gambar. hehe. kalau beli kat website dia murah jugek eh?

    ReplyDelete
  11. wah ..menarik sgt2.. xtau lak mkin canggih skarang ni.. blh print melalui on9 je.. lya pon ada bertimbun koleksi gmbar y x dicuci.. nk simpan2 dlm hardisk...risau gak..tiba..kna virus k ape...

    kalo hrganya ok..rasa nk cba gak gna pkhidmatan ni.. lg pon..ada byk sgt2 pic asya y lya simpan..

    ReplyDelete
  12. wahh, menarik nih. harga menarik tak Lyd? agak-agak mahal ke atau lebih kurang je dengan cara konvensional? dah bertahun tak cuci gambar.

    ReplyDelete
  13. Banyak gambar2 yg cuma tersimpan dlm hard disk, tak seperti masa kamera guna kodak dulu lepas cuci masuk album, semua org boleh tengok..

    ReplyDelete
  14. Kyo : Sama-sama. Review ni sebab nak share apa nyg saya dah pernah guna.

    Ujie : Menarik kan? Kalau dah biasa crop tu kira okay la. Boleh print 4R je.

    YusufLaili : Biasa la. Makin lama org makin malas nak berurusan dgn manusia. Hehe.

    Penbiru : Kena buat back up tu. Kalo hard disk crash ke, sedih nanti.

    Baby [Mama Amana] : Malas kan? Nak bawak pen drive pegi kedai, pastu nak kena tunggu org tu kira berapa, bayar deposit, pastu bila kena tunggu derang proses gmbr tu, nanti dtg balik utk amik gmbr.

    Ummi Arissa : Mmg la panjang sikit. Request daripada Greeco untuk explain semua ni.

    AnisAlya : Ada tu saya dah masukkan gambar yang saya dah print.

    Ejulz : Tak, bukan derang yang crop. Dia print besar, so kita boleh potong sendiri. Tapi kalo kita malas nak potong2, boleh tempah print 4R je.

    Ardini : menarik jugak kalo nak print gmbr.

    Nafisa81 : Haa.. mesti aok yg tekan 'tertido' tu kan? Hahaha.

    ReplyDelete
  15. Diana : Boleh la try nanti. Best jugak. Walaupun simpan gambar dalam hard disk tu mudah, tapi kalo print boleh feel mcm zaman dulu2. Heheh.

    CIkJannah : Ha ah, akak beli ikut groupon. Kira okay la service dia. Awk dah beli ke?

    LyaAfrina : Boleh la Lya, nanti print gmbr asya. Pastu letak dalam frame gambar, boleh susun kat dalam bilik dia, kat ruang tamu. Kan best.

    Wani SC : Harga dia lebih kurang je kalau biasa. Kalau ada promotion jadi murah la skit.

    JR : Teringat zaman dulu kita amik gmbr paling banyak pun 36 keping je. Hehehe. Kena jimat dan kena pastikan posing betul2 cantik. Kalo tak rugi kodak.

    ReplyDelete
  16. kalau print gambar muka mahu jerawat sebijik2x nampak... heee3x

    ReplyDelete
  17. untung la dah jadi duta iklan greeco plak..diorang bayar bape lyd?hehe..

    ReplyDelete
  18. wah menarik la! senang kerja kan! nak cubalah, betul parents pun tak suka yg digital x puas telek katanya. haha.. eh iklan berbayar ke nih? hikhik...

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum lyd....menarik gak buat mcm ni ...:)

    ReplyDelete
  20. Kazman/Sue : Kalo nak sorok jerawat tu kena edit sendiri hehehe...

    YMBundle : CUkup la kais pagi makan pagi. Eceh. Dpt percuma print gmbr je. 40 keping.

    Asmara : Tak berbayar sgt. Cuma dpt percuma je.

    Maszull : Menarik Mama. Sekali sekala dpt tengok gmbr print rasa cantik plak gmbr tu.

    ReplyDelete
  21. aah la. senang. gambar dia pun kualiti bagus kan kak?

    ReplyDelete
  22. CIk Jannah : Kualiti memang bagus. Gambar yang cantik kat dlm PC akan jadi bertambah2 cantik bila print.

    Karukord : Yer. Tepat sekali.

    ReplyDelete
  23. To gauge the event of that lawmaking so far, Dr.

    M. Dianne Tater and retailers and food companies that placid use the damaged GDA
    labels." The class looked at forever be looking for a job."

    Feel free to visit my weblog Hop Over To This Site

    ReplyDelete
  24. kak nak tanya, kalau dia kata connection error tu mksud nya internet tak stabil eh? try bnyak kali xjadik,paling sedih bila penat2 edit bagai..nak upload,tersekat..tp bila buat sekeping jadi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, dik. Kemungkinan besar kelajuan internet tak cukup, bila upload file yg besar menyebabkan masa utk upload tu terlalu panjang. Bila masa terlalu lama utk upload, ada kemungkinan utk connection terputus-putus sebelum sempat file siap transfer.

      Delete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...