Skip to main content

Kenapa Saya Kagum Dengan Vegetarian

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya takde ramai kawan yang berbangsa dan beragama selain daripada Melayu dan Islam. Kalau ada pun, tak boleh nak dipanggil kawan jugak but kenalan. Dalam hanya beberapa kerat sahaje kenalan saya yang berbangsa lain itu, ada yang mengamalkan prinsip 'vegetarian' sebagai gaya kehidupan mereka. Saya pernah kenal 2 orang vegetarian. Yang sorang tu perempuan berbangsa India. Dia adalah janitor di pejabat lama saya di Pahang dahulu. Sorang lagi lelaki berbangsa Cina yang masih ada di pejabat saya sekarang ini kerana masih ada contract project  dengan pejabat saya. [Dia bukan staff pejabat saya].
Saya pun terfikir soalan yang sama terhadap vegetarian.

Bila saya tengok derang, saya rasa kagum dengan keimanan [faith] mereka terhadap apa yang mereka pegang tu. Bagi mereka, tak boleh makan benda bernyawa dan tidak boleh mengambil nyawa dan mereka betul-betul amalkan. Tak tau la mereka baca kitab apa, tapi apapun.... mereka boleh tahan diri mereka dan keluarga mereka daripada makan segala makanan-makanan sedap yang ada di dunia ni. 

Kita yang Islam ni, memang la ada benda yang boleh dan yang tak boleh kita makan. Selagi makanan tu halal sumber dan cara penyediaannya, maka kita boleh makan. Setidak2nya, yang paling kuat sekali kita control diri kita hanya tak boleh makan babi je. Dan juga minum arak. Ada la banyak lagi, tapi yg 2 ni la mainstream yang paling besar pengaruhnya dalam arena pemakanan. Tapi, vegetarians? Semua haiwan mereka tak makan. Boleh mereka tahan diri daripada makan haiwan-haiwan yang dijadikan Allah sebagai sumber makanan. Boleh pulak perut mereka tahan hanya dengan makan sayur dan buah sahaja. Itu pun dah buktikan mereka lagi kuat iman daripada orang-orang yang mengaku Islam tapi langgar jugak larangan dalam Islam supaya tidak makan bahan-bahan makanan daripada sumber haram.

Jangan salah faham plak. Saya bukan maksudkan yang amalan vegetarian itu satu amalan mulia. Saya harap korang faham maksud saya tentang keimanan tu. Maksud saya kat sini, saya  jika mereka[the vegetarians] Islam, mungkin mereka akan lebih bertakwa berbanding yang sedia Islam ni. Yang si Wai Foong tu, setiap hari dia makan buah je waktu lunch. Kadang2 apple je sebijik. Kadang2 anggur segenggam. Itu je la. Kalau saya makan cenggitu, confirm le slim takyah susah2 panjat tangga tiap2 hari.

Kalau korang perasan, salah satu sebab kita nak makan macam-macam tu semuanya berpunca daripada nafsu. Pulak sekarang semua orang boleh dikatakan mampu untuk makan apa saje yang mereka sukai. Asalkan rasa nak makan Sushi, kita berusaha pergi dapatkan Sushi. Bila rasa nak makan red velvet, mesti nak kena cari red velvet. Kalau tak dapat cari sendiri, post status kat FB. Kawan2 yang baca pun tolong hantar kat rumah. Bila dah dapat tu, makan la nko sampai terbelahak. Ada tak yang macam ni? Mesti ada punye betul tak? Jangan tipu, berdosa. Hehehe. Sebab saya pun macam ni jugak. Maknanya, kita terlalu senang mendengar kata-kata nafsu dan turuti apa yang nafsu nak. Ustazah saya kata, bila kita selalu sangat ikut dan layan je kemahuan nafsu ni, maka secara refleknya, nafsu tu tadi akan menjadi semakin kuat. Nafsu menjadi kuat kerana banyaknya kita makan. Bila nafsu kuat, kita akan malas untuk beribadah. So, malu la skit dengan Wai Foong. Dia senang-senang je boleh tundukkan nafsu dia dengan hanya bersabar dan makan buah-buahan saje setiap hari. Ko mampu? Sebab apa... sebab nafsu ini hanya dapat dilemahkan apabila kita lapar. Sebab tu la para alim dan ulamak selalu mengamalkan berlapar. Ni semua untuk menundukkan nafsu, melemahkan nafsu supaya mereka ringan untuk beribadat. 

Faham tak maksud saya? Faham tak?


Comments

  1. saya pun kurang kenalan bangsa lain kak.. sy lebih kenal budaya bangsa lain semenjak sy bekerja kt supermarket ni.. ari2 nengok ragam2 dr pelabgai bangsa.. chinese memang vegetrian siket kn.. :)

    ReplyDelete
  2. Makan utk hidup, bukan hidup utk makan. Tak rugi jika kita tak mencuba pelbagai makanan yg ada di depan, kerana segala ibu penyakit berasal dari perut.

    “Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf ayat 31)

    ReplyDelete
  3. mmg susah nk kawal nafsu ni...dtambah pulak bisiskan syaiton...lagila susah..tp kita leh berdoa mnta berlindung dgn Allah swt spya tidak trpengaruh dgn nafsu duniawi yg melampaui batas...~__^

    ReplyDelete
  4. apa y pasti..si vegetrian ni mmg mpunyai kesihatan y baik2 saja kan... y pasti halal ;-)

    makanan y halal kan penting dlm mbentuk hati n jati diri kt umat islam..kekadang kt makan daging..mmg hala..tp pyembelihannya..adakah sempurna.. lya slalu tpikir smua ni.. tp yelah... semuanya serah pada allah swt

    ReplyDelete
  5. psl vegetarian ni kan..saya ada dgr pakar pemakanan kata yg ia tak elok. sbb bdn kita perlukan pelbagai jenis khasiat. Tapi ntah2 org vegetarian ni amik protin bentuk kapsul.

    *bab mkn, saya pun susah nak kawal. Tapi bila takde duit, boleh je kawal.

    ReplyDelete
  6. Taufiq : Ha ah. Chinese pun agak menjaga kesihatan kalo bab2 makan ni.

    JR : Terima kasih di atas petikan firman Allah itu. Kalau Allah dah benarkan makan, kita makan la. Kalo Allah larang kita tinggal. Ye tak.

    MakweKintan : Uihhh... mmg tersangat susah nak control nafsu makan. Dah la sedap, senang dapat. Lagi la susah nak control.

    LyaAfrina : Mmg halal kalo sayur dgn buah. Tapi vegetarian tetap minum arak. So, kdg2 masakan derang pun ada campur arak. So, tak la halal mana.

    Ujie : Saya dah agak dah. Mesti tak cukup nutrisi. Larat plak nak makan protin drpd pil. Kot2 kapsul tu pun dibuat daripada gelatin haiwan. Heheh.

    ReplyDelete
  7. faham cikgu!nafsu ni tak leh menguasai kita,kita kena kawal nafsu..betul tak cikgu!he he he

    ReplyDelete
  8. kat sini nak makan luar mmg vege atau seafood je la. tu yg hari2 kene masak mcm2 dari pagi smpai ke mlm. hehe..

    ReplyDelete
  9. salam;
    Faham cukgu..pasal keteguhan keimanan melawan nafsu,bukan nafsu mkn je malah semua nafsu nafsi yang membinasakan manusia...

    ReplyDelete
  10. kak, jannah baru tau lapar tu boleh menundukkan nafsu. kadang malu kan tengok vegeterians, gegeh makan sayur tetiap hari. kalau lah kita umat islam ada pegangan mcm tu, agaknya berapa kerat jer yang ikut kan..

    ReplyDelete
  11. UmmiArissa : Bagus murid2. Faham juga kamu. Hehehe..

    Asmara : Kalo seafood dgn vege kat sana dierang tak letak wine atau arak ke utk masak?

    Diana : Tu la pasal. Betapa kentalnya iman derang utk lawan perasaan tak teringin nak cuba makanan2 yg kuar dlm iklan. Saya tak sure derang tu vegetarian sejak kecik ke tak. Kalo sejak kecik okay la sbb tak penah rasa langsung. Tapi kalo bila dah besar baru nak jd vege, kira hebat la. Contoh macam kita dah selalu makan ayam, tetiba takleh makan ayam sebab alergi ke... gian jugak jadinya.

    YusufLaili : Haah, nafsu lain pun. Tapi boleh mulakan dengan nafsu makan. Sbb yg tu paling susah nak control.

    Jannah : Confirm la ramai yg boleh ikut tapi ramai jugak yg langgar. Mcm larangan minum arak la. Semacam je tgk org Islam minum arak.

    ReplyDelete
  12. aku rasa kalo mkn epal, kena mkn 3-4 bijik baru kenyang kot.

    ReplyDelete
  13. Kalo 3,4 biji tu kenyang masih bleh bersyukur lagi. Takut 4 bijik pun tak kenyang2 jugak. Hehe.

    ReplyDelete
  14. huhuhu...klu sy pn xmanpu kot utk brthn dgn godaan mknan...

    ReplyDelete
  15. huhuhu...klu sy pn xmanpu kot utk brthn dgn godaan mknan...

    ReplyDelete
  16. ok... selalu tgk post psl macaroon la... red velvet tp satu hape pun tak pernah rasa lg walaupun ada niat nak rasa. hahaha... tak terfikir nak beli lagi. layan cheese cake la sedap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...