Iklan! Iklan! Sila Click!

11 May 2012

Fitrah <--- Sedap Tak Nama Ni?

Sejahteralah ke atas kamu.....


Ada seorang penyanyi PUNK lelaki ni. Muka ganas, badan bertatu hampir nak tutup seluruh badan. Tetiba dia terasa dia terperangkap dalam tubuh wanita. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menjadi wanita, ambil pil hormon segala bagai. Walaupun dia tau benda tu adalah perkara yang sukar dan dia tau dia akan menghadapi situasi yang memalukan dalam hidup dia sewaktu proses pertukaran tu, tapi dia mengharapkan semua orang faham. Punk la sangat nko. Heheh. Syndrome terasa diri terperangkap dalam tubuh jantina lain ni dipanggil dysmorphia. Okay, yang tu takpe la. Bukan takpe yang menunjukkan saya setuju dengan apa yang dia buat tu, tapi takpe yang mcm, 'apa je saya boleh buat kalo dah dia sendiri pilih jalan tu', sebab saya ni siapa la nak judge orang lain. Saya tak tau apa yang dia rasa.... TAPI... the best part ialah, dia ni dah berkahwin. Dengan wanita la of course. DAN... ada sorang anak femfuan umur 2 tahun.

Oo... yang tadi tu bukan the best part lagi.... Yang ni the best part... Maknanya the better part la ni, isteri dia plak understanding dan boleh terima perubahan yang suami punk dia tu nak buat dan dia sanggup meneruskan perkahwinan tu. Maksudnya nanti dia bersuamikan pompuan celup dan anak derang plak akan ada ayah yang sama jantina dengan mak dia. Ohhhhoooo... Gile kentang ini. Nak tunjukkan betapa open-minded nya orang putih ni. Entry ni kira mengumpat dan mengaibkan orang tak korang rasa? Erm.. ada la sikit kan? Tapi tu la... kalo mengumpat tu ada la sikit. Tapi yang mengaibkan tu, saya rasa tak kot. Sebab dia sendiri yang beritahu kepada public, maksudnya dia tak aib pun dengan apa yang dia buat. So, takde maknanya saya nak simpan aib dia pulak. Kalo dia malu, dia dah pindah dok kat kawasan pergunungan bela biri-biri, pakai topeng yg ada muka shah rukh khan dan tak expose diri kepada Yahoo news.

Jadi nak sentuh sikit pasal fitrah manusia. Fitrah tu Allah yang berikan kepada manusia. Bukannya sesuatu yang manusia sendiri pilih. Contoh fitrah seperti keinginan beragama dan menyembah tuhan [sape yang tak rasa pun nak menyembah tuhan tu... sumthing wrong la dengan fitrah dia], makan bila lapar, berak bila perut memulas, ada nafsu nak kawen dan banyak lagi la fitrah yang Allah dah tentukan untuk kita sebagai manusia ni. Pastu bila kita tengok sesuatu yang terkeluar daripada fitrah, kita mesti akan rasa benci dan tak boleh terima. Sepatutnya memang macam tu la. Tapi... dalam kes ni nampaknya fitrah dah tersasar jauh. 

Korang cuba bayangkan betapa kesiannya anak dia yang akan membesar di dalam situasi ayahnya seorang wanita. Cemana tu? Cemana dia nak confront kawan-kawan dia bila masuk skolah? Cemana perkembangan emosi dan mental dia nanti? Isteri dia boleh setuju plak tu. Ishhh... sungguh la tidak normal.


Sumber daripada Yahoo Music!

16 comments:

  1. Kalau lat Malaysia tu, mesti anak dia tu akan kena mengata dari kecik sampai ke tua. Kat Malaysia laa. Taktau la pulak kat sana. apa ke bangang elok2 jadi lelaki, punk pulak tu. Tiba2 jadi pompuan. hahaha :D

    ReplyDelete
  2. ne la orang barat.. biler dah terlampaumaju dan moden jadi cm ni la.. moral pon hancus..

    ReplyDelete
  3. betullah...klu berlaku kt tmpt kita ni..7 keturunan pun x habis lg org duk cite....

    ReplyDelete
  4. org putih..segalanya mungkin!

    *suka nama fitrah..

    ReplyDelete
  5. Ardini : Tu la yg menjadi kemusykilan. Penyanyi punk tu lebih ganas je drpd rocker. tetiba nak jadi pompuan.

    Taufiq : Kan? Derang terlampau moden sampai jadi terlampau open minded.

    Kyo : bukan tu je, siap kena pulau dan kena halau dan mak ayah tak mengaku anak lagi lepas tu.

    Ujie : Tu la dia org putih. Sedap kan nama fitrah.

    ReplyDelete
  6. hahah mmg sungguh tidak normal itu.....

    ayah muka pompuan....nk panggil ayah pun cam jd lain je nih....hehhee

    ReplyDelete
  7. Karukord : Ha ah, muka pompuan, tapi kena panggil 'daddy! daddy!'. Hahaha.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum Lyd....dah maju mcm tu plak jadinya...

    ReplyDelete
  9. kalau ikut dari segi emosi anak tu la kan.... mahu jadi generasi kawin sejenis lepas ni.... haiii... macam2x la dunia barat sekarang yeee...

    ReplyDelete
  10. kesian anak dia..
    nanti nak panggil ayah depan kawan2 pun malu..
    ayah???perempuan di panggil ayah??mesti kawan2 gelak..tu la buat apa2 tak nak pikir panjang.pikir syok diri sendiri je.

    ReplyDelete
  11. baca tajuk, ingatkan nak citer psl org nama fitrah. ceit...

    ReplyDelete
  12. Ni la yg dinamakan muka ganas berhati gadis.. hehe..

    ReplyDelete
  13. Pernah dulu tengok filem Thai berdasarkan kisah benar mengenai seorang juara tinju yg sungguh ganas dan ditakuti lelaki tapi kemudiannya menjadi wanita. Dunia akhir zaman semuanya boleh jadi...

    ReplyDelete
  14. bersyukurlah sebab tak terjadi dalam masyarakat kita.

    ReplyDelete
  15. donia..donia..
    budaya dorang tak pedulik benda cenggitu..bagi dorang agaknya konsep be who you are...asalkan hepi takpe..mmg gila dah dunia ni..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...