Iklan! Iklan! Sila Click!

30 May 2012

Dari Pandangan Seorang Perogol....

Sejahteralah ke atas kamu....

Artikel berbahasa inggeris ini saya baca di Facebook. Saya terjemahkan mengikut bahasa saya dan amik point penting yang saya rasa menarik sajewww.... 

Sekumpulan perogol di penjara telah ditemubual bagi mengetahui apakah kriteria yang menjadi pilihan mereka untuk menjadikan seseorang itu mangsa. Antara fakta-faktab yang menarik untuk diketahui oleh semua kaum wanita dan anak2 gadees seperti berikut;

1) Perkara pertama yang diperhatikan oleh perogol2 ini ialah gaya rambut. Rambut ikat belakang ponytail dan bertocang menjadi pilihan. Kerana apa? Untuk memudahkan mereka menarik atau menangkap mangsa. Tarik guna rambut. Kesimpulannya, perogol2 ini lebih mensasarkan mangsa yang berambut panjang. Sebab senang nak tangkap. Yang berambut pendek, kurang berisiko, tapi masih perlu berhati-hati. [* ini kat US. Kalo kat Malaysia, yang bertudung pun senang jugak nak tarik tudung kan. Jadi wahai wanita di seluruh dunia, tak kira la kamu bertudung atau tidak, berambut panjang atau pendek... tetap perlu berhati-hati.]

2) Perkara kedua yang perogol ini perhatikan ialah pakaian. Mereka akan pilih mangsa yang memakai pakaian yang paling mudah untuk mereka tanggalkan. Mereka ni kadang2 ada bawak gunting bersama mereka. So, pakai la baju banyak2 lapis skit. Biar la nampak style mcm org kampung ke, nampak selebet ke, asalkan boleh mengurangkan risiko.

3) Mereka juga mensasarkan kepada wanita-wanita yang nampak leka dengan henfon, yang tengah selongkar beg tangan sendiri untuk mencari barang dan apa-apa je aktiviti sampingan yang wanita tu buat sambil berjalan. Sebab pada masa tu, wanita tu berada dalam keadaan yang tak berjaga-jaga, jadi senang la perogol nak control dia.

4) Tempat utama yang menjadi pilihan perogol ialah di tempat parking pusat beli-belah.

5) Tempat kedua yang jadi sasaran perogol utk mencari mangsa ialah tempat parking di pejabat.

6)  Dan tempat yang ketiga bahaya di tandas-tandas awam. [sebenarnya mana2 tempat pun bahye. Tapi yang 3 ni tempat yg paling common.]

7)  Perogol-perogol ni hanya akan culik/ tangkap mangsa dengan kepantasan maksimum kat tempat-tempat tu, tapi akan bawak mangsa ke tempat lain supaya tak kantoi. Dah tu, giler kalo tangkap kat parking lot pastu rogol kat situ. Dengan CCTV dan orang-orang lain yg mungkin lalu waktu tu.

8) Tapi kalau mangsa tu ada effort untuk melawan, perkara ni dah membuatkan perogol tu agak terkancat nak teruskan niat jahat tu, sebab dia pun tanak sebarang masalah timbul. Lagipun bila mangsa melawan, derang akan amik lebih banyak masa untuk buat jenayah tu. Itu akan melambatkan mereka dan mungkin mereka rasa tak berbaloi untuk buat benda tak elok pada mangsa yang melawan tu. [Mungkin berkesan atau mungkin tak berkesan kalau melawan. Yelah, tenaga lelaki dgn pompuan mana bleh compare. Tapi at least kena la berusaha untuk melawan].

9) Perogol-perogol tu kata, mereka takkan memilih mangsa yang ada memegang payung atau objek-objek yang boleh memukul mereka dari jarak jauh seperti gitak kapok, penyapu, mop lantai atau pedang. [Ada ke pompuan pegi jalan bawak penyapu? ] 

PERKARA-PERKARA YANG PERLU KITA INGAT;

1) Kalau kamu rasa ada seseorang ikut kamu dari belakang kat jalan, atau dalam lif atau kat tangga, cuba tenung muka dia, pastu kalo berani, cuba tegur dia, tanya le apa-apa soalan general. Cakap le pasal cuaca ke. Ribut petir ke. Supaya kamu boleh cam muka dia. Cara ni sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko untuk kamu jadi target. [Kadang-kadang saya rasa, ntah ye ke dok perogol2 ni cakap. Kalau kat Malaysia, orang yang dikenali tu la yg lagi berpotensi jadi perogol. Dah rogol complete set dengan bunuh. Dah tu cemana. Adakah perogol2 di US lagi sopan daripada perogol2 di Malaysia?].

2) Kalau tetiba kamu didatangi oleh seseorang daripada depan dan kamu rasa dia memang ada niat jahat, cuba herdik dia dan cakap kuat-kuat 'Jangan!', atau 'Berhenti!'. Kebanyakan perogol2 ni cakap, mereka akan berlalu pergi kalau wanita tu menjerit atau nampak berani nak lawan balik. [Bergantung jugak pada tempat jenayah ni berlaku. Kalau memang takde org langsung kat tempat tu, rasanya sia2 je menjerit. Sebab mereka akan tetap berani nak teruskan niat jahat. Tapi kalau kat tempat yang masih ada orang, boleh la buat camni. Apa-apa pun tak tau jugak. Pernah berlaku satu kejadian kepada kawan saya, pada tahun lepas. Kawan saya ni sampai rumah pada lewat malam dalam jam 1 pagi. Sewaktu dia berhenti depan pagar rumah dia sendiri, tetiba ada 2 orang lelaki dengan motosikal berhenti sebelah keretanya [belah penumpang], buka pintu kereta kawan saya dan cuba nak amik handbag kawan saya yang diletakkan di tengah2 antara seat driver dgn penumpang depan. Waktu itu, kawan saya hanya tengking penjahat tu dengan, 'hoiiiii'. Terus kedua-duanya lari dan tak jadi ambil beg kawan saya.]. So, saya rasa mungkin boleh cuba tengking penjahat tu. Penjahat ni, lebih sukakan mangsa yang mudah dikawal. Bak kata homputis, an easy target. 

3) JIka kamu diserang oleh lelaki jahat, kamu memang tidak mungkin mampu melawannya dengan tenaga. Tapi kamu boleh gunakan kebijaksaan untuk menyakitkan mereka. Katakan kamu diserang daripada belakang dan penyerang memeluk kamu di pinggang, apa yang kamu boleh lakukan ialah mencubit penyerang itu pada lengan [diantara siku dengan ketiak] ataupun dibahagian peha bahagian dalam. Cubit sekuat hati. Jangan lepas. Sebab bahagian tu kalau cubit memang ohoho... very sakit. Ada satu kes yang perempuan cuba melawan penyerangnya, dia cubit sampai tahap rabak tangan penyerang tu dan perlukan jahitan. See... Boleh cederakan mereka tanpa guna kekuatan fizikal. Pompuan kan terer mencubit. Kan selalu cubit pasangan. Hehehe.

4)  Satu lagi teknik biasa yang digunakan, serang pangkal peha penyerang, to be specific, alat sulit. Tendang, guna lutut atau guna siku. Penyerang biasanya akan rasa 'potong' nak teruskan niat jahatnya kalau orang tu melawan. Sebab dia tanak dapat banyak masalah melakukan kejahatan tu.


Tips Daripada Tae Kwan Do [Tekwando ni daripada Korea ye. ]

1. Siku adalah bahagian yang paling kuat pada badan kita. Jadi gunakanlah siku untuk menyiku penjahat-penjahat.

2. Kalau perompak mintak purse kamu, jangan beri kat tangan dia, sila campak purse tu jauh2 supaya dia kejar purse tu, then korang bleh run for your life. Rasanya ramai dah tau taktik ni kot. *Part lari ni, kalau kita tengok dalam filem, sokmo le orang yang kena kejar tu pilih untuk lari ke tempat yang lagi sunyi, pastu panjat bangunan. Kita yang tengok pun rasa geram. Lari le tempat yang ada orang. Eii... Tapi ye la.. masa tengah panik, mana sempat nak fikir nak lari ke mana kan? Lari je asalkan boleh lari.

3) Kalau kamu kena tangkap dan dikurung dalam boot kereta, cuba pecahkan lampu belakang dari dalam boot keta tu. Pastu lambai2 ke luar. Biar keta lain nampak. 

4) Lebih selamat gunakan lif daripada tangga. [haa.. nampaknya lepas ni, saya dah tak bleh exercise guna tangga. Ada org tak bagi. Huhu.. ]

5) Ada banyak lagi tapi saya yakin korang bukan baca pun. Hahaha. So, saya pun malas nak sambung lagi. 



 

 

64 comments:

  1. ala....nape xsambung...
    sy baca je....:-)

    ReplyDelete
  2. Lala : ye ke wak? Awk baca? Thanks. Biasanya kalo entry terlampau panjang, org tak suka baca. Nanti saya sambung insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. salam..
    jalan2 kt sini & cik iena nk tag
    jom join.careeron9 buat segmen khas utk blogger
    http://www.ienaeliena.com/2012/05/wwwcareeron9com.html
    tarikh tamat:31 mei 2012

    ReplyDelete
  4. ish mmg risau kes2 rogol yg blaku..

    thnks for sharing dan mudah2an kita dijauhkan dari semua nie...yg pnting hati2 dan jgn leka slalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sisdee : mmg. Sgt mentakutkan. Share ni sbb at least ada jgk info skit yg bleh bgtau kwn2 blogger.

      Delete
  5. good info lyd.. thanks sebab share benda2 mcm ni.. bahaya tu mmg ada di mana2.. yg pntg kita kena sentiasa berwaspada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kyo ; no problem. Mengingatkan diri sendiri smbil mengingatkan kawan2 blogger. Mmg kena extra careful.

      Delete
  6. leeeeeeeeeee..kita ni ya2 nk baca..dah malas lak nak sambung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penbiru. Hehe. Jgn marah. Saya rasa mcm dah panjang benor je entry ni. Tak sanggup nak sambung lagi takut nnt org bored. Tapi tak bored ek? K la, nnt saya smbung.

      Delete
  7. nape saya baca benda ni sampai habis ek walaupun sy ne bukan pompuan.. hehe.. nice info kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taufiq : apa salahnya awk nk baca. Boleh la nnt awk share dgn org2 yg rapat dgn awk. Mekasih jugk sbb baca sampai habis.

      Delete
  8. ada lagi tips,,,kena bawa penyembur lada...ke ada sebut tadi?letih ni nak kena ulangkaji balik ni...he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi arissa : ha ah. Pepper spray tu salah satu cara jgk. Kalau kita ada pepper sprAy, kita jerkah kuat2 pada penjahat tu, "saya ada penyembur lada. kalau berani meh le dekat"

      Delete
  9. baca..tapi bkn tiap patahlah. sbb ni info berguna.

    tang cubit mencubit tu mcm lawak, tapi mmg betul la.

    lg satu, yg kat tndas awam tu..mmg biasanya saya soh suami tunggu kalau ke tndas kat stesen minyak atau tmpt yg terpencil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie : artikel asal dia lagi panjang. Tu pun kira selamat le korang sbb saya masukkan sebahagian je. Haha. Bagus tu. Kena sentiasa berteman pun antara tips yg saya tak translate.

      Delete
  10. salam;
    Lo!..putus polak,terencat mood aku baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yusuf : lol. Sori. Tapu takpe la. Ilmu yg sedikit ni ko masih bleh share anak2 dan wife ko. Ko lagi la hebat. Keja bhgn mnyelamat, mesti lago byk skill ko bleh ajar family ko. Kalo ada masa, share la kat blog.

      Delete
  11. aku baca..erkk..hahaha..1lagi aku nak tambah..standby spray lada tu dalam beg utk pompuan senang gak..sembur je kat mata kompom potong stim..kalau tak jalan gak sembur kat punai dia..kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Mulia Bundle : sebenarnya part pepper spray ni ada dlm artikel tu. Tapi aku tak translate sbb aku malas. Hehehe. So, betul la tip yg ko tmbah ni. Thanks. Harap2 my blog reader baca jgk komen2 ni.

      Delete
  12. eh,eh... akak ni baca sampai habis la. aisey... ada benda yang tak boleh nak compare dgn Malaysia. evendlm rumah pn ada yang kena rape. entah2 saja je perogol ni memainkan org yg tanya dia tu. bila org kuarkan artikel, dia gelak guling2 dlm penjara. boleh pulak percaya cakap aku tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anisalya : itu la sal. Saya pon tpikir benda yg sama. Org jahat ni sejauh mana sgt dia bleh dipercayai kan? Mgkin tips yg derang bagi ni ada yg boleh pakai, tp mungkin perogol tu tk dedahkn semua. Lagipun penjenayah malaysia jhat dia lagi dasat drpd org kafir.

      Delete
  13. tq2 share info ni.. mitak2 dijauhkankan gerun hari baca kat paper citer2 mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma angsana : mmg menakutkan. Tmbhan lagi, byk kes jenayah yg mck rogol ni tak berjaya pon diselesaikan oleh polis. Lagi la tkut. Penjahat bebas je kat luar sna. Perogol nurin pun blum dpt dtangkap.

      Delete
  14. Replies
    1. InsyaAllah Mrs R. Hehehe. Sori saya buat keja tak habis. Keke.

      Delete
  15. tak leh bergantung sgt kat tips ni. perogol kat malaysia ni giler. sumer tempat pun jd... tp bab siku bhgn paling kuat pd bdn manusia, tips yg bagus tu. 1st time aku tahu. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Kat malaysia penjenayah lagi kejam. Kadang2 tak dpt dibayangkan. Mgkin sbb org jahat kat malaysia ni kbykannya penagih dadah.

      Delete
  16. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gadisnekadlompatkeretaelakdiculik/Article

    Berita hari ni kt berita harian online. Kalau bleh relate dgn tips yg perogol taknak mangsa yg melawan sbb akan bwk masalah.

    ReplyDelete
  17. Argh!!! Penjahat dmana2, just make sure u always in d save area, watchout evry second & jgn leka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta misteri : mudah mudahan kita semua dijauhi drpd perkara2 buruk.

      Delete
  18. tapi camne kalo penjahat yg bawak senjata? x berani nak siku or cubit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aanie : ha ah kan? Takde plak diceritakan dlm artikel tu. Nampak sgt perogol tu tak reveal semua. Dem!

      Delete
  19. yang penting, progol tu lelaki.. berhati-hatilah..haha

    ReplyDelete
  20. Hihi . skg rase selamat bile kuar sebab husband selalu je ikut . nak pegi kedai depan pun dia ikut. ^__^ oh indahnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dell. Beruntung la suami selalu temankan.

      Delete
  21. memang menakutkan kejadian sekarangnikan.. yang penting kena berhati2... semoga kita semua dijauhi segala mcam bahaya...

    ReplyDelete
  22. alamak Lyd, cerita biar habis la. saya baca sampai ujung. 'potong' la. heheehee

    sekarang kan lagi tgh trend orang tua gayut rogol budak bawah umur. semalam pun ada kes umur dah 60+ rogol budak 10 thn. tak boleh hukum sebat sbb ada kencing manis. hampeh je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nauzubillah! Rogol budak 10 tahun tapi tak kena sebat? Org yg jatuhkan hukuman tu tak fikir plak di pihak budak 10 tahun tu. Kalo hukum hudud dijalankan, apa agaknya hukuman yg setimpal dgn kesalahan tu ye? Kalo berzina suka sama suka pun bagi yg dah berkahwin kena rejam sampai mati. Kalo paksaan mcm rogol tu apa agaknya ye hukumannya.

      Delete
  23. Perlu sentiasa berhati hati di mana saja berada... :)

    ReplyDelete
  24. lya baca slow2..satu persatu bagi faham...

    teringat kes rogol canny ong tu.. dia kena culik masa kat parking kereta... tp dirogol & dibunuh d tempat lain...

    dgn dunia skarang.. walau dimanapon..kt msti selalu berhati-hati.. kdg2 tmpat y kt rsakan paling selamat..dh x selamat jugak..

    apa2 pon..tq for sharing... nk translate satu2 ni pon..msti ambk masa gak kan.. kalo lya la y x bape nk reti bhs english ni.

    smoga kita n kluarga kt dilindungi allah swt drp mangsa kejahatan dunia.. amin.

    ReplyDelete
  25. kes ni tak pernah henti.
    perempuan takot klo g mn sorg2.



    thnks share.peringatan,

    ReplyDelete
  26. bahaya nie.....
    berhati2x kepada kaum hawa....hehe

    ReplyDelete
  27. Umi sangat kagum dengan penulisan dear .. umi rasa bangga baca entri ni ..sebab apa yang dear kata tu semuanya leh dijadikan panduan untuk mengelakkan hal sebegini berlaku hrmmm ...

    ReplyDelete
  28. perogol2 di US lg sopan drpd perogol di M'sia?? sama jer kot..
    menakutkan..dah rogol then bunuh.

    Rajinlah awak translate dan cari point yg boleh jadikan panduan..
    bagi saya ianya memang berguna, takpe2 kalau awak nak sambungpun saya tetap baca sekali ngan komen2 lagi.

    ReplyDelete
  29. Yang PENTING kita sebagai WANITA kena sentiasa berhati-hati..


    p/s: Dear, nak goreng aiskrim terus tu takut meletup dalam minyak la..

    ReplyDelete
  30. ERMMMM MENARIK TIP2 DIBERI BOLEH JADI PANDUAN NI

    ReplyDelete
  31. Salam lydsunshine,

    Wah baguslah entri ni...panduan untuk rujukan bersama... :-)

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. ye la..
    dalam filem tu dia lari tempat sunyi sebab senang nak buat pengambaran,..heheheh

    ReplyDelete
  33. Aslmkm..terlopong akak dtg baca nih..bagus2...akka bab nak menaip ni rasa cam kebas je tgn..teruskan..hehe

    ReplyDelete
  34. ada satu lagi tip saya nak tambah... makanlah petai banyak2x sebelum keluar berjalan tu... kot ada perogol dia nak rogol mesti dia termuntah kejap loya bau petai tu.... haaa3x...

    ReplyDelete
  35. Info yang sangtat berguna....terima kasih..

    ReplyDelete
  36. Bab jalan smabil selongkar beg tangan tu selalu akak buat sebab cari handphone tak jumpa.Entry panjang kalau ada isi dan menarik org tetap baca termasuklah akak.Cuma, kalau boleh, ganti warna hitam dgn warna lain sbb akak ni rabun! :D

    ReplyDelete
  37. salam...
    btl ke nak baca kisah asya??
    ermm... biasa2 je.. xde apa y mnarik sgt... tp... lya amt berbesar hati... sbb awk sudi nk selami episod kehadiran asya... sy sgt2..terharu...

    ada byk kot link.. tp lya bg y ni :-

    http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2011/07/kelahiran.html

    http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2009/09/always-in-my-memory.html

    ekceli lya sakit teruk... sejak thn 2000 operate ktumbuhan otak... n effectnyer thn 2003 lya lumpuh+ada masalah injap jntung berlubang n pyakit transfer myletis.. tiap2 tahun lya msuk icu n x sdrkan diri.. last msuk icu bln 11 thn 2011... cuma thn ni, 2012..thn tbaik... bila keadaan lya lbh luar biasa.. x pernah warded lgsung..n makin berisi.. ntah la..kdg2 lya pikirkan.. adakah ini petandanya??? xpela.. selagi tuhan kurniakan kesihatan..selagi tu.. akan hargainya...

    andainya... nk kenali lya lbh dkt lagi,..rasanya sejarah2 lama ada kat sini:-

    http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/search/label/Kata%20HATI%20LYA

    tqvm... lya sungguh2 terharu..

    ReplyDelete
  38. huhuhu takotnya bila baca nih... walaupn perogol 2 ada mention tempat or apa2 yang boleh memudahkan dia meyerang mangsa... tapi kita sebagai wanita kena sentiasa berhati2... amalkan ayat2 suci al-Quran mtk prtolongan dr Allah...

    ReplyDelete
  39. dunia sekarang makin bahaya.. satu jenayah kadang-kadang datang dengan pakej. contoh rogol dtg dengan pakej bunuh. seram bila pikir.

    ReplyDelete
  40. wahhh banyaknya maklumat berguna yang akak listkan..jalan2 bawak penyapu setailo tu hahaha..saya pun macam kawan akak tu suka letak handbag kat kerusi depan..Encik Saiful selalu tegur suh buh kat bawah seat supaya perompak@peragut ni tak nampak ada benda berharga yang jadi tarikan untuk diorang!!

    ReplyDelete
  41. baca... siap gelak2 lg..

    ReplyDelete
  42. ya betul2 pakai apa pon yg penting berhati2..

    terbaru kes budak pempuan india yg kena rogol 6 lelaki, kena ketuk dengan besi pastu dihumban dari bas.baru je meninggal semlam selepas dipindahkn ke hospital di singapura..

    ReplyDelete
  43. Hello it's me, I am also visiting this site on a regular basis, this website is in fact good and the people are really sharing good thoughts.

    Here is my homepage ... orquesta atraccion

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...