Skip to main content

Wrath Of The Titans Dan Buah Berangan Lagi

Sejahteralah ke atas kamu....

Gambar sungai kat kampung. Seminit lepas amik gmbr ni, ada 2 org bersaiz anak badak berkubang dlm sungai ni.


Malam tadi, saya gi tengok wayang, filem Wrath Of The Titans kat IOI Mall Puchong. Tak pasal-pasal bleh gi tengok wayang kat situ plak. Sepatutnya nak pegi MidValley, tapi seat dah penuh, pilih le tempat lain plak. Tapi tak best ahh tengok movie kat situ. Seat dia kecik. Eh, ntah-ntah sebab saya yang dah besar, nak salahkan seat plak yang kecik. Kehkeh. Filem tu sape yang belum tengok, pegi la tengok. Kalau pergi tengok jangan la menyesal sebab citer tu takde la best mana. Biasa-biasa je. Iye-iye je saya beli tiket 3D. Padahal ntah apa benda yang nak di 3D kan sangat tu saya pun tak faham. Tengok 3D dalam citer katun The Lorax lagi best rasanya. Dah. Habis citer pasal movie. Meh nak citer pasal diri sendiri plak.

Saya ni tak bercita-cita tinggi dalam kerjaya. Saya kalau boleh, nak duduk di jawatan saya ni je, tanak naik pangkat, tapi gaji je nak naik. 'Mulia' kan attitude saya? Perkara yang paling saya malas ialah nak update resume, pastu hantar application mintak keja lain then interview. Kalau boleh, kerja pun saya malas. Pendek kata, saya ni memang pemalas la. Hahaha. 

Cita-cita murni saya sekarang ni hanya satu je, iaitu nak jadi surirumahtangga sepenuh masa. Boleh gitu? Saya sangat jelez dengan full time housewives sebab saya rasa jadi surirumah adalah cool. Cambest je bleh fokus menguruskan rumahtangga sepenuh perhatian. Macam manager gitu. Manager rumah. Baru le bleh lap setiap sudut rumah, bleh mop lantai 2 kali sehari [acekonon le tewww... ntah2 kalo dah jadi suri rumah, saya tengok TV je citer sinetron daripada pagi sampai malam. Heheh]. Pastu kalau nak buat urusan perbankan, nak beli barang-barang kan senang. Takyah tunggu petang lepas ofis atau waktu rehat tengahari. Dan yang paling penting..... Bila ada anak, boleh jaga anak sendiri dan tengok anak membesar depan mata. Itu la yang paling precious sebenarnya.







Saya sangat teringin bila ada anak nanti..... biar saya sendiri yang jaga anak saya, bukan nursery dan bukan makcik-makcik jiran. Kalau boleh perkataan pertama yang anak saya sebut, saya yang nak dengar. Saya nak dengar kali pertama dia sebut 'mama'... mama... mama bosan. Hohohoh. Saya nak fully-breast-feed anak saya directly.  [Well... sapa yang tanak kan? Mesti semua orang yang bergelar ibu, mahukan semua ni.]. Dan kalau anak fomfuan, boleh la saya jahit baju gaun untuk dia sendiri. Walaupun nanti agak menganiayai anak sendiri sebab anak akan jadi hamba fesyen mak sendiri. [keluar sayap kat belakang badan dan ada gelung putih di atas kepala sambil buat muka mulia].

Tapi... itu hanya impian. Bukan tak yakin pada rezeki Allah, cuma sekarang saya belum ada kekuatan nak buat keputusan drastik cenggitu. Belum puas lagi nak tunggu bonus setiap hujung tahun yang makin lama makin lambat nak bayar. Bisnes pun belum stabil lagi. Nanti kalau bisnes dah stable, akaun bisnes tu dah stable, boleh kot insyaAllah. Mak saya pun dah pesan awal-awal.... kalau nak berniaga pun, jangan berenti kerja dulu. Biar bisnes tu betul-betul dah okay baru berenti. Eceh. Mak saya pun dah bagi nasihat macam Irfan Khairi ni. Malu la kalau tak ikut kan?



Gambar yang takde kaitan dengan entry. Tampal seluar jeans suami saya, rabak kat lutut. Apa la lutut tajam sangat. Pastu mutu jahitan dah la macam Steven Tyler, tapi terharu betul sebab husband saya kata cool, then masih tergamak nak pakai. HUhu. Sian dia. Ni yang sebelah kanan, guna benang kaler pink. Belum tengok jahitan sebelah kiri lagi. Benang guna kaler kuning plak, pastu saya tampal kain felt kaler biru kat dalam tu. Hahahah.. Memang horrible gile.


Akhir kata... Kalau menonton Wrath of The Titans.... Sila la tak perlu beli tiket 3D.



Comments

  1. Semoga cepat dpt anak krn merekalah penyeri hidup berumah tangga...

    ReplyDelete
  2. eerrr..dedulu pon kita ada cita2 nak jadi fulltime housewife. tapi nak jadi housewife yang berduit la (ie dpt allowance bsar daripada suami), lepas hantar anak pi skolah buleh pi shopping sementara tunggu anak abis skolah. nak pakai baju lawa2, bukan baju kelawar/kain batik. nak lawa2 macam housewife lam desperate housewife gituu..

    tapi rasanya tak sanggup kot skang nak jadi housewife. tunggu anak2 dah besar sikit nnti bole la kot. sebab time di ofis lah saya ada 'my time'. buleh pergi makan lunch tanpa pikir nak suap anak, boleh buat kerja dengan aman tanpa anak clingy kat sebelah, etc.

    oohh..orang kalo baca ni mesti ada yg cakap apa nye jenis mak la ni. err tapi bukan saya sorang je kot camni, bila borak ngan ofismate pun ada ramai jugak sependapat dengan saya.

    ReplyDelete
  3. JR : Mekaish di atas doa dan harapan.

    Cik Sibuk : Ye ke camtu? Hehehe.. tak pernah terfikir plak. Tapi betul jugak kan... Kalau tidak, mesti takde masa nak gi bergalak dgn kawan2 dah kan. Aiseh.. fikiran dah berbelah bahagi ni. Perlu pertimbangan semula nampaknya. :D

    ReplyDelete
  4. sy pn teringin nk jd fulltime housewife ..tp kwngan xkukuh tula...kne kje...haha^__^

    ReplyDelete
  5. MakweKintan : Sama le kita. Kena tunggu kewangan stabil dulu baru bleh resign.

    ReplyDelete
  6. tak pe.. pelan2x lama2x jadi bukit kan... insyallah berjaya... kami kat IOImal puchong tu best jenjalan jee... pernah masuk kat wayang tingkat atas tu tapi anak kami nangis takut gelap... haru betul... haaa3x

    ReplyDelete
  7. Kazman/Sue : Kalau hari ahad sesak gile ek kat ioi tu. Rasanya MidValley pun tak sesak camtu hari ahad. Kalau sabtu ye la sesak. Hahah.. lawak je anak nangis. Tak dpt le nak tgk wayang ye.

    ReplyDelete
  8. nyuazrul : Baby pun coollll... cool cooler coolest.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum Lyd....semoga tercapai cita2 ingin menjadi seorang ibu ye...insyaAllah...:)

    ReplyDelete
  10. betul la, kalau dah biasa keje pegang duit sendiri, ramai pulak kawan2 dan selalu spent masa dengan kawan2 mungkin kene pikir ratus2 kali nak jd full-time housewife nih. kene mcm saya ni suami tak kasik pun keluar rumah sorang2 even masa dia outstation 2 minggu, semua kene bajet cukup utk 2 mggu. hehehe. tapi seronok la tengok anak membesar depan mata. clingy mmg le sbb dia fully breastfeed (apa lg saya nk buat kan?). elaun tak boleh demand la, berapa dapat terima je. so far alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  11. apa pun saya doakan Lyd murah rezeki, bisnes ok, dapat zuriat cepat2 supaya dapat consider jg fulltime homemaker tu. kdg2 bila dah tgk muka baby sendiri ni mcm2 buleh tukar. ngeh3.
    ahh, saya pun nak try cari keje part time kat umah lah. kadang2 mmg bosan juga sbb mcm tak produktif la....

    p/s: sorry komen 2x

    ReplyDelete
  12. rajinnya menampal jeans..kalau sy mmg tak la..tau jahit manik je.heheheh

    ReplyDelete
  13. Wani SC : Eh, takpe.. saya suka org komen byk2. Boleh cuba bisnes melalui internet la wani. Cool tau. Apa2 pun saya sgt kagum dengan mak2 zaman dulu yg jadi surirumah sepenuhnya. Anak 11 pun relax je jaga. Takyah pening2 nak amik maid.

    ReplyDelete
  14. Pen Biru : Rajin juga. Sebab suka guna mesin jahit. Rasa mcm fesyen designer, padahal jahit lurus je reti. Heheh.

    ReplyDelete
  15. salam;
    Betul tu kalau boleh memang kita nak jaga anak sendiri sambil bersantai2 dirumah...tapi tak mustahil jika kita berusaha.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, saya merasa jugak jaga anak dari lahir sampai toddler. Memang puas hati dapat tengok anak membesar depan mata. malasnya balik nak kerja semula. huhu..

    ReplyDelete
  17. Goku : insyaAllah tgk la nanti. Kalau ada rezeki lebih, bleh la jadi surirumah.

    Asmara : Syoknya... Jeles ni tau.

    ReplyDelete
  18. seronok bila ada ank ni....tambh2 lg masa dia kecik2 time banyak ragam tu...penat2 balik keje,sampai rumah tgk muka ank...ilang penat woooo....tensen kat tmpt keje pun lupa....alhamdulillah ank saya yg sulung dh pun berusia 12 tahun skrng.....ada senang sikit....time dia rajin dia masak...walau tak sehebat mana asal boleh makan sudaahh....saya senang2 goyang montot sambil berblogging (^_____^) hehehheee

    ReplyDelete
  19. Jagau : Blogging sambil goyang montot ke? Hahahaha... Bagusnya anak dah pandai masak.

    ReplyDelete
  20. orang lelaki lak leh xjadi surirumah sepenuh mase kak.. hahaha

    ReplyDelete
  21. Taufiq : Boleh je kalau awk nak jadi sura rumah. Tapi pastikan buat duit dari rumah. Jual brang kat internet ke. Jangan tunggu duit isteri je. hehe.

    ReplyDelete
  22. im happy to be a full time housewife. anak2 besar dpn mata. setiap perkembangan saya tgk snd. nak kelaur dgn kawan2 pun ok apa. tak ada masalah. tp sy tak smp hati nak tgglkan dia orang lama2. hahaha... kalau kelaur berdua dgn husben pun sama. rasa mcm tak lengkap je tak ada anak2. ngeee...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya