Skip to main content

Polis

Sejahteralah ke atas kamu......

Tahun 2008, saya pernah accident di Karak. Waktu tu saya sorang-sorang drive dari Kuantan ke KL. Kereta saya terbalik sebelah kanan [keta kenari, boleh la terbalik ke tepi] selepas melanggar penghadang jalan yang di bawahnya gaung sedalam 200 meter. Syukurlah masa tu saya pakai seat belt. Saya ni, pegi kedai pun pakai seat belt. Heheh. Kalau tidak..... Tentu saya boleh tercampak ikut cermin depan kereta saya sebab momentum masa berlanggar tu agak kuat. Sampai sekarang, kalau saya baca berita org kemalangan yang mangsanya sampai tercampak keluar tu, saya yakin mereka tak pakai tali pinggang keselamatan. So.... korang semua... kena ingat. Pakai tali pinggang keselamatan tu bukan semata-mata sebab takut polis, tapi kena pakai untuk keselamatan. Ada fehemmmm?

Lepas accident, apa yang perlu kita lakukan ialah buat report polis. Report polis ni untuk sahkan berita kemalangan tu untuk claim insurans. Sebab kalau polis tak kuarkan surat, nak claim insurans pun tak bleh la. Macam kereta saya tu, cermin depan retak, pintu boot belakang rosak dan kemek sebelah kanan. Nasib le cermin tingkap kanan tak pecah. Kalo tak, hancur le kepala saya kena jalan tar.

Masa nak pegi report polis tu, saya ditemani oleh orang yang bawak towing truck, biar saya bagi nama dia Chin dan juga abang ipar saya yg tinggal di KL. Report tu dibuat di balai polis Gombak. Rasanya Gombak. Saya dah lupa dah nama balai polis tu. Mula-mula masa masuk bilik pegawai tu, saya nampak Chin letak 2 keping RM50 atas meja polis tu. Polis tu simpan duit tersebut di dalam laci mejanya. Di dalam bilik tu hanya ada polis tu sorang je. Pangkat dia rasanya macam sarjan atau koperal je kot. Atas meja dia.... ada gambar anak lelaki dia tengah ketawa riang yang diletakkan di bawah kaca.

Masa dia baca kes saya, masa dia tengah teliti dokumen saya, dia tanya... so cemana dengan kes awak ni? Nak kena saman ke tak? Saya sengih je, saya cakap takpe la saman. Pastu dia cakap kepada Chin, suruh saya belanja dia kacang ke, air ribena ke kalo tanak dia keluarkan saman. So, saya pun lurus... Saya tanya Chin, kat mana ada kedai dekat-dekat sini? Nak gi beli kacang dengan air ribena kat polis ni. Dalam hati sempat lagi terfikir, sama plak taste aku dgn polis ni. Suka air ribena. Hikhik. Lepas tu Chin ajak saya keluar daripada bilik polis tu. Pastu baru la Chin cakap, yang maksud polis tu ialah duit sogok. Berderau rasanya darah saya. Saya bagitau abg ipar saya... So, abang ipar saya kata dia nak bayar saman, so tak perlu bayar rasuah kat polis tu. Dia ada kawan jadi bleh dpt diskaun.

Lagi sekali saya dan Chin masuk dalam bilik polis tu. Chin bagitau polis tu.... Suruh saman je. Tapi mati-mati jugak polis tu kata, kalau nak saman nanti kena bayar RM300. Kalau dapat diskaun pun paling kurang pun mesti kena bayar jugak RM200. Pastu polis tu tanya, senang ke nak dapat duit RM200 sekarang ni? Tak sayang duit ke? Dia tetap jugak tanak sign surat tu. Dah tu, saya ni kan baru lepas accident. Otak saya blur sangat masa tu. [Tapi saya memang selalu blur pun dalam kebanyakan masa. Hahahha]. Bila dah polis tu cakap gitu, Chin lagi sekali ajak saya keluar. Dia terus pegi jumpa abang ipar saya. Chin cakap kat abang ipar saya, polis tu nak jugak duit. Bagi je la sikit duit. RM50 pun takpe. Abang ipar saya memang marah sangat masa tu. Dah tu siapa tak marah kan? Dah la terlibat dengan rasuah. Tapi bukan atas kerelaan. Macam terpaksa. Kalau tidak polis tu tanak proses kes saya tu. Melampau kan? So, abang ipar saya bagi jugak RM50 kat Chin untuk dia hulur kepada polis korup tu. 

Saya terfikir.... Duit macam ni ke yang polis tu nak bagi anak dia yang dalam gambar kat atas meja dia tu makan? Sian anak dia. Berita kemalangan tu saya memang tak beritahu kepada ahli keluarga yang lain selain kakak saya yang kat KL ni je. Sebab dia nasihatkan saya untuk tidak merisaukan mak saya. Takut mak saya sakit jantung bila dengar berita macam tu. Bila dah lama hal tu terjadi, bila semua adik beradik dah tau.... Kakak saya yang di Kuantan beritahu saya.... Kalau saya masih ingat nama dan no polis tu, boleh je saya report kat suami dia. Sebab suami dia bertugas di bahagian Tatatertib. Aduh... Rugi. Ye la... Masa kejadian, saya tak terfikir pun pasal tindakan yang saya boleh buat untuk membalas polis tu. Dan saya pun lupa plak saya ada sorang abang ipar yg bekerja sebagai polis.

Itu bukanlah satu-satunya kes rasuah polis yang saya tau. Suami saya pun selalu kena masa nak balik umah dari ofis. Biasanya waktu malam la. Kena tahan dengan polis, pastu polis mintak duit supaya dia tak saman. Kalau setakat nak saman tu, saya rasa ramai yang sanggup kena saman. Tapi yang lebih teruk bila polis tu takkan lepaskan kita pergi dan takkan saman jugak selagi kita tak bagi dia duit. Apa la buruk sangat perangai mcm tu. Takde integriti betul.

Sape anak polis kat sini? Angkat kaki. Betul ke orang kata anak-anak polis ni biasanya nakal? Terutamanya yang lelaki la. :)

Bapak mertua saya pun bekas polis tau. Jadi, maknanya saya ni menantu bekas polis. Abang ipar saya pun polis jugak. So, anak-anak polis yang orang kata nakal tu bukan orang lain. Suami saya dan anak-anak saudara saya jugak. 

Macam biasa la. Bukan semua polis macam tu. Saya yakin ramai polis yang baik dan amanah. Tapi yang tak amanah tu la yang dah merosakkan nama institusi kepolisan negara kita. Kalau ada polis yg pernah amik rasuah baca entry ni... Saya mohon, bersihkanlah dirimu. Kaya hasil rasuah dan duit haram ni takkan ke mana.

Comments

  1. akak pun pernah sekali kena tahan kat terengganu...waktu tu suami drive...dia panggil keluar suami nak cakap...beberapa minit suami pun patah balik kat akak tanyakan ada duit kecik tak?nak buat apa?dia kata polis tu minta duit kopi...saya pun naik berang terus keluar nak jumpa polis tu,terus polis dalam kereta tu suruh suami saya pergi..maknanya tak kena saman atau apa2 pun lah...sedihlah..dah tua polis tu...terukkan?

    ReplyDelete
  2. hahaha..pak mertua aku polis lyd..hahaha..nasib bukan sarjan misai..kehkehkeh..dapat lak menantu nakal cam aku..layankan je..

    aku penah tanya bini aku, yg ayah dia ade makan rasuah ke tak..tak pasal2 gaduh..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah kena juga. Saya blur sebab kena tahan polis, dia mintak RM 100 kalau nk sattel. Dalam kekalutan tu saya pun bagi jer... rupanya dia menggunakan kuasa polisnya untuk membuat kutipan cash. bukan saman

    ReplyDelete
  4. memalukan...wlupun mgkin segelintir

    mmg byk blaku dan sgt memalukan sbb ada pihak polis yg susah payah bkerja ikhlas pun org akan pndg serong :(

    wlupun dia tak kasi anak bini dia makan pun..ttp tak berkat kerja dia tu :(

    ReplyDelete
  5. pak mentua polis . dell yakin dia jujur dan amanah . seram jugak cam ni bagi anak2 isteri makan duit tepi. ;(

    ReplyDelete
  6. Bukan semua polis macam tu. Kawan saya dan saudara mara pun ada yg jadi polis, ada polis baik ada polis tak baik macam cerita orang putih, Cina dan Hindustan.

    Tiba2 saya teringat kes yg masih hangat di internet sekarang, kisah seorang pegawai kanan polis (bergelar Datuk) dibersarakan apabila dia cuba membongkar kes big-big-big-big-big bos polis bergelar Tan Sri yang menjadi rakan kepada seorang ketua gangster Johor. Kesian pegawai kanan polis tu (jika apa yg dikatakannya benar), cuba membongkar skandal bos dgn gangster, dia pula yg akhirnya dibersarakan. Bila polis baik lawan polis jahat, polis baik akhirnya yg kalah. Dunia oh dunia....

    ReplyDelete
  7. penagajaran..lain kali kita heret dia ke sprm

    ReplyDelete
  8. UmmiArisa : Beraninya akak terus keluar nak pegi jumpa polis tu. Hehehe. Tapi tindakan akak berjaya kan menakutkan polis tu.

    Y.M Bundle : Kuang hasam ko pegi tanya wife ko pasal ayah dia. Mesti la dia marah. Hahah.

    Kazman/Sue : RM100 tu banyak tu. Biasanya setakat 20-30 je. Polis yg jenis rasuah ni, budak skolah pun derang pau jgk.

    Sisdee : Memang sis... memalukan. Dia dah rosakkan kepercayaan org terhadap polis. Walaupun mungkin dia bleh dpt duit banyak hasil rasuah, tapi hidup dia takkan tenteram.

    Dell : Harap-harap mcm tu la. Bapak mertua saya cerita, dulu masa dia bertugas buat roadblock, kawan2 dia tak suka kalau kena bertugas dgn dia. Sbb dia selalu tanak join derang mengepau org.

    JR : Siapa ye pegawai kanan polis tu. Macam pernah dengar cerita tu . Tapi dah tak ingat. Lama dah kan?

    ReplyDelete
  9. Pen Biru : Polis tu ada tanya saya, saya kerja di mana. Masa saya sebut 'Suruhanjaya', muka dia ada sikit berubah. Pastu bila dengar syarikat malaysia...terus muka dia okay balik. Kalo saya kelentong dia pun takpe. Mesti dia tak berani nak mintak duit.

    ReplyDelete
  10. saya xske polis sbbnya ada satu pengalaman bruk yg berlaku...mls nk cite...sakit hati...^__^

    ReplyDelete
  11. gaji dah naik kan anggota polis ni? tu pun masih nak rasuah jugak. huhu..

    ReplyDelete
  12. Saya pun pernah kena mcm tu...saya kata sy x de bwk duit...boleh di suruhnya kita balik ambik duit....hehehee

    Tapi tak semua la polis mcm tu....ada juga yang amanah dgn tugas. Biasa la manusia ni kaan.

    Sedara saya pun ada yg jdi polis...

    ReplyDelete
  13. MakweKintan : Peristiwa apa tu? Cite la..cite la.. pleaseee...

    Asmara : Masa tu gaji polis blum naik kot. Tahun 2008. Tapi tak kira la gaji dah naik ke blum, rasuah tu tetap tidak mengkayakan mereka pun.

    Karukord : Dah tu, ko balik umah ke amik duit? heheh. Seboleh-bolehnya dia nak jugak kan?

    ReplyDelete
  14. isk ada ke kes cmni? tkt lak.ingt kan diorg polis menjaga kite. ni diorg amik kesemptan amik duit kopi :(

    rasa tk selamat wpon ada polis

    ReplyDelete
  15. masa saya tinggal kat johor selalu sangt jumpa polis2 yang mcm ni.tapi dok penang ni tak pernah lagi la.mungkin ada dan mungkin tak de.tapi kenangan kat johor tu buat saya pikir ramai polis yang jahat.

    ReplyDelete
  16. Heeeemmmmm!!..Rasuah,keadilan dan keamanan susah nah dapat sekarang ni.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum Lyd...betul tu x semua polis jahatkan cuma ada segelintir jer..:)

    ReplyDelete
  18. Cik Farizam : Tak semua tau yg macam tu. Cuma mungkin nasib sy yg malang bertemu dgn polis mcm tu.

    diana : mmg la bila dah selalu kena, kita akan anggap yg buruk je kat polis kan?

    yusuf : biasa la.... kita hidup dalam dunia akhir zaman di bawah pemerintahan sekular... gini la jadinya.

    maszull : memang tak smemua mama. Ada ramai lagi polis yg baik. Kawan2 saya pun ramai yg polis.

    ReplyDelete
  19. ehhh... binik aku dah komen dah.... haa3x... betul la tu... tapi aku nak komen jugak kat citer ni.... lepas eksident ni memang kebanyakkannya blur2x ajee...sebab terkejuttt... tapi betul la sadis kalau bagi makan kat anak yg comel tu dengan duit macam tu kan....

    ReplyDelete
  20. geram pulak saya baca!

    hasil duit haram ni la yg menyumbang kpd anak2 yg berhati hitam..degil, jahat, takde hati nurani.
    lps tu pening2 kepala pikir apsal perangai anak teruk sgt.

    ReplyDelete
  21. tak semuanya tak ok..cuma yang sikit ni laa yang buat kita jadi geram..duit gaji tak cukup kot tu yang sibuk nak minta duit kat orang huhuhu

    ReplyDelete
  22. sebab nila setitik je habis rosak susu sebelanga. macam tu la perumpamaannya kan...

    ReplyDelete
  23. saya dulu pernah keja kat kedai komputer. then ada sekumpulan polis datang bawak pc rosak suruh tukar macam-macam la, hard disk, RAM, sume nak power. nak siapkan cepat la apa. bila dah siap, dia datang ramai-ramai, angkut pc terus blah je tak bayar apa pun. hampeh je kan? kata kawan cina yg jd technician kat situ memang biasa polis kat sana buat hal mcm tu. pc pun dapat dari operasi yang dorg buat atas kedai2 tanpa lesen. semua freeeee....huiii senang idup kat dunia je... u__u

    ReplyDelete
  24. Sy cuma ingin berkongsi pengalaman..
    Masa sy tinggal kat Langkawi ngan Perlis,sy tak pernah jumpa polis yg buat keje2 terkutuk camni..
    Tp sejak tinggal di Lembah Klang..sy dah beberapa kali terkena..baik polis muda,tua,mahupun Sarjan Misai..sadis sekali..dorg hanya mahukan duit kopi & "kawtim" sana sini ngan ejen claim insurans dan yg sewaktu dengannyer...

    ReplyDelete
  25. Pakcik Teraniaya : Dah nasib badan. Nak buat cemana. Kita ni rakyat marhaen yg lemah. Terpaksa la layan jugak kerenah mereka. kalaut tak, kita jgk yg susah, walaupun hati tak rela. Kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya