Iklan! Iklan! Sila Click!

23 March 2012

Tingkatan Tige Dulu Aku Cemana?

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya skolah menengah dulu dok hostel. Pilu woo... Dok hostel. Kena basuh baju sendiri tu yg paling penat nak buat. Iskk..isk..isk... Pastu jadi renggang dgn mak abah cedihnya. Masa dok hostel tu, macam-macam la kenangan yang ada. Yang saya nak cerita ni tentang kisah cinta munyit bersama lelaki-lelaki kacak kononnya.

Saya yang tudung biru tu. Tudung ikat belakang hokey? Ko ada? Takde kan? Hehehe. Dulu saya kecik dan kurus macam Sharifah Amani. Sekarang je macam Syarifah Aini. Kuheh..Kuheh.

Masa saya tingkatan 1, saya comel tau. Orang la yang kata. Saya tak rasa plak saya comel. Tapi takde plak lelaki kacak atau lelaki tak kacak yg minat kat saya masa tu. Saya rasa la. Hehehe. Saya jeles tau tgk kawan2 yang cun ada peminat lelaki yg kacak hantar surat nak berkenalan pastu mintak biodata derang. Pastu bestnya bleh tulis biodata macam ni;

Nama Penuh : Siti Maya binti Karim

D.O.B : 30 Februari 1980

P.O.B : Atas katil hospital. [bongok giler jawapan. hahahah]

Makanan Kegemaran : Semuanya asalkan halal. [eleh.. takyah sebut la yg halal tu. Org mesti la tau ko makan makanan halal. Takkan ko nak makan katak goreng kunyit plak. ]

Minuman Kegemaran : Milo Ais [Wakakakaka... Tak reggae langsung minum Milo Ais. Booo!]

Artis Kegemaran : KRU, 4u2c [terutamanya Joe], kumpulan umbrella [ohhh zarul hencem.]

Pelakon Kegemaran : Badrul Muhayat, azhar Sulaiman [ni yg paling jambu pada ketika itu]

ok.. tu jela biodata budak skolah yg paling tipikal.


Pastu kan... Masa saya tingkatan 1, ada sorang kawan saya ni hantar surat kat saya. Masa tu cuti skolah hujung tahun nak masuk tingkatan 2. Isi kandungannya lebih kurang cenggini, "Saya suka berkawan dgn awak. Jadi, sudikah kiranya awak menjadi teman wanita saya?". Saya masa tu terus je meremang bulu roma. Takut dan berdebar gile. Pastu terus je koyak2 surat tu, then buang ikut tingkap umah. [pengotor kan perangai? Sampah main buang je ikut tingkap. Kekeke.]. Lepas tu bila masuk je tingkatan 2, saya boleh plak pergi reply surat tu. Aih... reply tetap reply. Cuma masalahnya saya reply dgn sungguh biadab. Huuuuuuuwaa... Jahatnya saya nim. Saya kata saya tanak kat dia sebab dia gomut dia bukan lelaki kacak. Keji sungguh sikapku dulu. Lepas tu persahabatan pun jadi awkward. Tapi masa tu saya bukan kesah pun perasaan dia. Sape suh miang nk bercinta masa skolah kan? Biasa la.. dulu masih hijau, tak dapat beza lagi yg mana baik buruk. Dan tak pandai lagi nak jaga hati org. So, habis la kisahnya sampai situ.

Pastu bila masuk form 2, nama saya kena petik untuk pergi camping. Biadab betul orang yang pilih nama saya tu. Kem bina semangat apa benda ntah. Kat tepi pantai. Kalau tak silap Pantai Balok. Kalau korang nak tau, saya ni paling menyampah dengan acara-acara berkhemah ni. Tak tau la apsal. Leceh betul nak kena tidur berhimpit2 ramai2 pastu nak tukar baju pun susah, nak solat susah, nak mandi susah. Eiii,... Leceh la. Kem motivasi tu dianjurkan oleh students universiti. Saya tak ingat U mana. Rasanya macam UKM. So, facilitator nya semua la abang2 lelaki kacak dan kakak2 students U. Pastu faci untuk group saya tu nama dia abang Hafiz. Abg Hafiz ni biasa2 je, dia bukan lelaki kacak. Bila dah habis kem tu, abg Hafiz mintak la alamat semua ahli dalam group saya berserta dgn tarikh lahir masing-masing. Lepas tu balik le hostel. Hujung bulan bila saya balik rumah masa minggu balik kampung, saya kena marah dengan mak. Mak tuduh saya ada boyfriend. Huh??? Boyfriend? Lelaki kacak manakah pulak yang meminang saya ni? Saya terpinga-pinga. Apa ni? Apa ni? Apa dosa kami lalu tidak tegur? Bila saya jumpa abang saya, abang saya plak tuduh saya ada boyfriend. Pastu saya kena bebel berkarung-karung. Argghhh... stressnya.. Apa salah aku ni? Aku ni, kawan lelaki pun takde, boyfriend apatah lagi. Jauh punggung dari sepender. Pastu abang saya bawak keluar satu kad daripada bawah alas meja. Saya amik kad tu. Kad itu adalah kad ucapan befday. Daripada Abang Hafizuddin. Dengan ucapan, "i love your smile". Huwah huwah... TIm kay aahhhh??? Saya pun apa lagi... terus la defend diri sendiri. Mak saya siap warning awal-awal, jangan biroh nak ada boyfren ke pakwe-pakwe ye. Belajar dulu. Huhu.. kena marah. Abang saya plak menganjeng, dia kata ntah apa benda la yang dia love sangat dengan smile ko ni. Aku tgk buruk je. Dem. Sampai hati kata aku buruk.

So, itu je la permulaan kisah cinta munyit saya. Yang pasti, saya ni masa sekolah dulu, walaupun saya ada minat abang2 senior yang specky dan comel-comel dan lelaki-lelaki yg kacak, termasuk la Norman Hakim, tapi saya minat.... yang tak sampai nak kaple. Hanya minat-minat di angin lalu je. Macam minat artis. Tapi Norman Hakim dulu poyo. Kehkehkeh. Minat saya pun hanya sekadar tu je. Senyap2 je. Yang saya berani hantar surat ialah kat adik yg lagi muda. Kekeke. Konon2 nak buat jadi adik angkat le. Miang betul. nak adik angkat lelaki kacak je semer.

Tingkatan 3, saya pun ada minat abang senior. Tapi still minat camtu je. Takde la sampai nak bercinta-cintaan. MInat macam minat Yusry KRU je. Suka tengok. Suka skodeng. Tak senonoh betul perangai muslimah camtu. Adik-adik, sila jangan ikut perangai gedik itu ye.
So, apa yang saya nak cakap sebenarnya... Zaman dulu, lain sungguh dengan zaman sekarang. Umur 15 tahun cemana la bleh ada hati nak lari daripada mak ayah, then ikut lelaki? Saya nak bercouple pun takut. Kawan-kawan saya yang couple pun masa skolah dulu, rasanya takde la sampai nak buat kerja2 lari macam ni. Nakal kiterang dulu lain sgt dgn nakal budak sekarang. Kiterang masa form 3 masih lagi main kejar-kejar tau. Tak pernah terfikir pun nak 'menjalani hidup yang lebih bahagia dengan lelaki'. Tak berani langsung nak fikir utk tinggalkan keluarga sebab takut mak marah. Sian mak. Mak dah la comel. Abah pun comel. *Tetiba*.


Kisah cinta munyit yang seterusnya sangat banyak, tapi takyah le nak cerita. Nanti org kata saya poyo plak. Hehehe. Tapi kalau ada plak budak tingkatan 5 lari ikut lelaki kacak yg kacakkkk sangattt, saya cerita la lagi zaman saya plak macamana. Hahahah. Tipu je. Yang pasti, saya ni bila dah sampai masuk kolej pun, saya masih ada suka kat lelaki kacak. Tapi bila lelaki kacak tu ajak kaple, saya nangis pastu buang surat sebab ntah le, macam fobia je dgn hubungan. Gile kentang kan perangai. Tah hapa2.

21 comments:

  1. kahkahkahhh..lawak la bace citer lyd ni! lagi2 tang biodata tu, mmg gitu la skripnya kan..

    saya pun dok hostel since form 1, tp cinta2 diharamkan..maklum, sekolah agama. nak ckp dgn lelaki pun payah.

    *lyd tahun 80 ya? saya 78.

    ReplyDelete
  2. kak memang comel lah masa muda remaja dulu. kecik molek jer. lucu betol cerita akk. kalau time tu akk playgirl mesti bersepah ev bf kan?? hehe

    ReplyDelete
  3. haha.. kelakar. comelnya lyd sekolah dulu! tu la kan seronok ingt zaman sekolah. biodata tu yg tak tahan. hehe.. bdk2 skrg ni terlampau terdedah dgn dunia luar, internet, hp skrg sape yg x pandai guna. tu yg berani sgt buat benda bukan, mak ayah pun skrg semua kerja, cari duit punya pasal anak2 agak terabai. hmm..

    ReplyDelete
  4. hahaha..terkenang lak zaman aku kiut miut dulu baca entri ko ni lyd..hahaha..takpe lah..sekarang pon aku comel lagi..hikhik..

    ReplyDelete
  5. salam,
    ya...cinta munyit kadang2 bila difikirkan balik sungguh indah..cinta munyit ni jujur tak buat apa yang melanggar hukum.

    ReplyDelete
  6. Ujie : Oohh.. Tak byk la bezanya umur kita ni. Sempat la masa saya form1 akak form 3 kan?

    cikJannah : Tu la.. kalau akak jenis melayan, akak rasa rosak jgk reputasi akak sbg seorang gadis. Hehe. Acekonon.

    Asmara : Bebudak skrg pendedahan terlampau sgt. Kalau takde internet pun, penyumbang terbesar dah tentu2 TV. Drama2 hollywood yg kuar kat TV tu kebanyakannya tak senonoh tapi mereka tunjukkan yg itu adalah senonoh. Tu pasal budak2 ni takleh nak beza dah.

    Y.m Bundle : Ye,. aku sangat percaya ko masih kiut ... fuuu..fuu..fuu.. *aku bersiul pandang ceiling. Hehehe.

    Yusuflaili : Tapi cinta munyit ni biasanya tak kekal. Merepek je.

    ReplyDelete
  7. hahaha...gaye siti nurhaliza time skolah je...^__^

    ReplyDelete
  8. dlu masa kat sekolah menengah, dok syok kat bdk form 6 je. maklum la, sekolah laki. mana ada pompuan melaenkan form 6. padahal dah sah2 diorang x minat budak2 hingusan mcm kitorang (pd ms tu la. skang mgkn diorang akan minat. ekeke)

    ReplyDelete
  9. hahaha... kene sebijik dua dgn mak. siap abg pun sama naik jgk. tu la... zaman kita2 ni dulu setakat suka2 je. kalau kapel pun tak ada la sampai nak bunuh diri bila cinta terhalang. sekarang ni, tensen sikit je lari. huhuhu...

    ReplyDelete
  10. Salam syg...tk citer pom minat baby masa skolah,minat baby macam minat KRU

    ReplyDelete
  11. Makwe kintan : ala muka org-org pahang memang ada 'meh' antara satu sama lain bak kata org pekan.
    Aswadz : amboi, minat akak form 6 tak menahan. Hahaaha.
    Anisalya : lain kn perangai kita dulu.gedik2 kita pon ada batasnya lagi.
    Nyuazrul : baby syg ni. I miss u la. Syg minat baby itu masa form 5 la. Tu pun kejap je sbb dari tgh tahun smpai abih school je. Mxm angin lalu je. Ekeke. Tapi skrg dah minat dan suka betul2 tau. :)

    ReplyDelete
  12. Nafisa81 : haaa... Mesti awk pon selalu tulis biodata cam tu dulu kan? Sama le kita. Haaahaha.

    ReplyDelete
  13. Saya tak ada kisah cinta zaman sekolah menengah, sebab saya jenis takut pompuan..Sampai sekarang walau dah beranak pinak,saya masih takut pompuan. Sebab tu isteri cuma sorang, sebab dari sekolah menengah dulu saya takut pompuan...ihik...

    ReplyDelete
  14. akak. saya buat semua yang akak buat masa saya sekolah dulu ! hehe. kelakar kan kak? bab cintan ni tak pandai sgt sbb org bukan suka saya. saya gemuk ! erk, takla sebesar skg. hehehe. tapi saya rapat ngan dak laki. hehe. dan saya suka kem3 bagai ni! selalu wakil kadet bomba g kebangsaan ! hee

    ReplyDelete
  15. salam akak.. akak 1980 ek.. hihi.. lady panggil akak je lah.. akka.. selama lady bw hari ni kan.. ni kisah ke dua lady bc kisah cinta zaman dulu2.. "kngn silam aku dan dirimu".. comel je kisah cinta dulu2 kan.. :D.. akak bercinta ngn abg fasi tu la ek.. comel..

    ReplyDelete
  16. hahahaha...sweet jer story ni..ingt lak masa duk hostel dulu..bestnya... n betul kak zaman sy pn msih mainkejar2 xde fikir sal love2 ni, tapi jgk ada yg kapel, 2pn stakat gtu2 jer...n xdela cam budak skrg smpai snggup lari ikut boyperim n yg pling ngeri serah body trus..huhuhu


    p/s: Ahlam budak skima xlayan semua 2 n msa sek Ahlam comot xsecomel cm skrg..kihkihkih...

    ReplyDelete
  17. JR : Ooo... abang ni takut pompuan ke? Hehehe. Mesti comel kalo tersipu2 dgn pompuan. Bagus la kalo gitu.

    Jannah : Akak pun tak pandai bercinta gak masa skolah. Dah besar pun tak pandai bercinta. Sbb tu le asyik frust je seblum jumpa hasben akak.

    Karukod : Ye la.. sebu8t munyit cam sopan skit. :p

    Lady : Mana ada la. Akak tak bercinta pun dgn abg faci tu. Dah kena warning camtu takkan berani lagi nak bercinta.

    Ahlam : Haa... ada pun geng akak masa skolah dulu. Atau adakah kita ni yg lambat matang sbb form 3 pun main kejar2 lagi. Hehehehe.

    ReplyDelete
  18. hahahaha..akak bkn lambt matang tpi menikmati dunia remaja n maybe masa 2 kita rasa xlayak lg tuk brcinta cintun..pd Ahlam msa 2 brcinta ni adalh untuk kawen...kolotkan pemikiran masa 2...hehehehe

    ReplyDelete
  19. Ahlam : Manade kolot la fikiran mcm tu. Mmg sepatutnya org Muslim berfikiran mcm tu. Bercinta adalah berkahwin. :)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...