Iklan! Iklan! Sila Click!

09 March 2012

Tak Verafe Fendek La Sangat

Fendek itu maksudnya pendek. MUktamad.

Sejahteralah ke atas kamu.

Tengahari tadi...

Airmata saya laju mengalir. Hati saya cukup sebak sampaikan tak dapat tertahan untuk menangis. Biarlah orang nampak. Biar Ijan nampak. Biar Ida nampak. Yang pastinya saya tidak dapat menyembunyikan lagi kesedihan saya untuk kali ini. Bila Ijan bertanya kenapa, saya kongsikan dengannya dan juga Ida, sebabnya saya terlampau sedih. Mereka faham. Mereka juga bersedih, cuma tidak menangis cengeng seperti saya. Ye. Saya memang sangat2 cengeng. Kalau tidak, takkan saya dapat anugerah 'adik paling kuat menangis dalam keluarga' kan? [What? Ko tak tahu apa itu cengeng? Meh sini aku jawab sambil pulas tinger ko, cengeng itu maksudnya manja kuat menangis.].

Ida dan Ijan beransur pergi membuat urusan masing-masing. Saya sendirian. Sisa-sisa tangis saya tadi masih tertinggal di suara saya. Saya terus rasa nak telefon mak. Nak bercakap dengan mak untuk meluahkan rasa sedih tu.

"Hello. Assalamualaikum.. " dengar sahaja suara mak di hujung sana, sebak saya datang semula.

"Waalaikumsalam mak". COntrol Lyd, control. Jangan nangis, nanti mak dengar.

"Bila balik?" Mak terus je tanya soalan tu.

Saya nak jawab macam biasa, tapi saya tak dapat nak control. Saya terus tersedu sedan menjadi syair cinta. Terasa ingin ku sentuh belaianmu. Walau hanya seketika cuma... eh, sorry-sorry. Hilang akal terus kalo teringat lirik lagu. huhu. [Potong je mood sedih ni. ]

Dalam tersedu sedan tu, saya jawab le, tak jadi balik. Then mak saya tanya la bila plak nak balik dan ngape takleh balik?

Saya berusaha jugak utk habiskan kata-kata, "Azrul tu.. ada kerja minggu ni".

Mak saya dapat detect saya nangis sebab saya terus diam takleh berkata apa-apa. Dia tanya, kenapa saya nangis, "bergaduh dengan Azrul ke"?

Hehehe. Tak pasal-pasal nama suami terlibat. Saya pun terus la nafikan. Saya nangis takde kaitan pun dengan budak Azghul tu. Bukan juga sebab tak dapat balik kampung minggu ni.

Bila dah reda skit sedih saya tu, baru le saya cakap kat mak... "Orang baca Metro tadi. Mak ada baca"?.

Mak saya kata, "Takde plak. Mak tak sempat baca lagi. Apa cerita dalam Metro tu"?.

Saya dah mula nak sedih balik bila teringat, tapi saya berjaya jawab, "Cerita pasal sorang emak lumpuh ditinggalkan anak dia di hotel bajet, sorang-sorang".

Pastu mak saya relax je jawab, "Oooo... yang tu. Mak ada dengar tadi dalam TV".

Hati saya dah mula cool skit bila mak saya macam cool je. Mak saya siap cerita, ada jugak orang kampung saya yang anak-anak dia nak hantar ke rumah kebajikan. Bila dah bercakap dengan mak, saya rasa semakin lega.

Masa saya baca berita tu kat Harian Metro Online dan tengok gambar, saya dah sebak dah. Bila tengok video makcik tu menangis, saya memang dah takleh tahan sebak dah. Tak pernah saya menangis selok kat meja saya kat ofis. Biasanya kalo sedih sgt pun cover la gi nangis kat toilet. Ini memang laju je airmata keluar dan hati pun pilu sangat rasanya.

Ntah la.. Kelemahan saya ialah, takleh tengok orang yang dalam keadaan kesusahan dan bila saya tengok, saya bayangkan saya yang berada di tempat dia. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan hubungan kekeluargaan, anak-mak, ayah-anak, adik-kakak, abang-adik dan sebagainya. Sampai sekarang, saya masih sebak dan sedih bila teringat-ingat betapa sedihnya makcik tu menangis sebab ditinggalkan sendirian oleh anak sendiri kat tempat yang asing untuk dia. Dan dia pun tak tau kat mana anak dia tinggal. Masa pekerja hotel terjumpa makcik tu, dia dalam keadaan meniarap mungkin sebab dah tak dapat bergerak. Kalau tak silap, makcik tu ada sakit jantung jugak. Lampin makcik tu, pekerja hotel yang berbangsa cina tu yang tolong bersihkan.

Lagi satu yang membuat saya sedih, kalau tengok orang yang ditimpa kesusahan tapi tak berdaya nak buat apa-apa. Saya pernah menangis seperti ini semasa dulu, saya tengok anjing kena langgar dengan kereta masa tgh jammed. Anjing tu dapat bangun, tapi dia berdiri tengah-tengah jalan dengan kaki terhincut-hincut dan mata dia pandang saya sebab kebetulan saya lalu selepas kereta tu langgar anjing tu. Saya nampak mata anjing tu yang mengharapkan belas daripada saya. Malangnya saya takde keberanian untuk berhentikan kereta dan control traffic supaya beri laluan supaya anjing tu dapat ke tepi jalan. Sedih sangat saya rasa masa tu. Tapi saya menangis kali ni demi makcik itu lagi kronik la berbanding nangis demi anjing kena langgar. HUhu. Malu plok rasanya. Mesti buruk giler muka aku masa tu.

Sorry, tak dapat nak letak gmbr. Nanti saya sambung nangis kang menyumbangkan takungan air plak kat KL ni. Dah la musim hujan 2,3 hari ni.

BUANG IBU DI HOTEL BAJET


19 comments:

  1. kak, jannah pon sedih baca berita tu. tak paham kenapa ada juga anak yg bersikap macam tu. sob3. jannah sayang emak jannah :(

    ReplyDelete
  2. Jannah, sama la kita. Rasanya org normal mesti takkan tergamak buat gitu kat mak sendiri. Kalau bukan mak pun, takkan le tergamak nak tinggal org yg tak berdaya, lumpuh lagi sorang2 mcm tu.

    ReplyDelete
  3. saya pun ngis bila tgk video..sedih sgt2..smoga anak dia diberi ptunjuk dari Allah..kita pun tak tau citer sbenar :(

    ReplyDelete
  4. kdg2 aku x paham ngan manusia zaman skang ni. mak tu yg jaga kita sejak kecik. dah besar bole maen campak2 lak.

    ReplyDelete
  5. Lyd, saya baca jugak tapi tak sampai hati lg nak tengok video tu, kalau tengok mesti saya mcm lyd jgak. iyer cengeng. ;D nasib baik tiap2 malam dpt tengok lg wajah mak dan ayah, sambil tengok tv, masak2 pun dpt tengok mak walau dlm komp je pun. tak sabar nak tunggu mak abh dtg. rindu... huhu..
    *mudah2an kita dan keturunan kita x jd macm tu. amin..

    ReplyDelete
  6. Menangis adalah lumrah hidup. Jika sedih jgn simpan air mata, deraikan ia di pipi lembut..Semalam air mata saya menitik bila menziarahi ipar yg meninggal dunia pd usia 37 tahun akibat kanser paru2. Air mata saya mengalir krn mengenangkan kebaikannya kpd kaum keluarga saya. Saya juga sedih melihat dua anaknya yg masih kecil. Juga kesian dgn sdr lelaki saya yg kehilangan istri. Air mata sdr saya itu sentiasa berlinangan, mungkin kesal krn dia adalah perokok tegar dan kini istrinya tiada lagi krn kanser paru2...

    ReplyDelete
  7. tegarnya dia meninggalkan ibunya sendirian ..

    ReplyDelete
  8. mmg sedih. dah la mak dia lumpuh, anak tu mcm haarrrr***m je. penat mak dia lahirkan dia tapi perangai macam apa tah.


    p/s: saya mmg org pekan. hahaha...

    ReplyDelete
  9. ank mcm 2 sumpah jd peti ais lg bgus...^__^

    ReplyDelete
  10. Gua igt masyarakat Mesia ni penyanyang.. Rupa-rupanya..

    Huh~

    Siyes gua touching~

    ReplyDelete
  11. jannah datang lagi. kita tag akk join segmen :)

    www.cikjannah.com/2012/03/segmen-blog-reviewing-by-haruno-hana.html

    ReplyDelete
  12. lady baru tgk tadi kat facebook... jahat sgt anak mcm tu.. kesian mak die.. anak ayam pun xkan buat mak die mcm tu.. sampai hati.. rs nak cincang je anak die lumat2..

    ReplyDelete
  13. Moga kita tak jadi seperti anak yg itu. Beruntung Lyd ada emak lagi...

    ReplyDelete
  14. tak mampu bantu, rasa belas tu pun dah bagus..menunjukkan kita masih punya perasaan.

    apapun alasan, kalau betul tak mampu jaga..paling teruk hantarla ke rmh kebajikan.

    ReplyDelete
  15. anak tak kenang budi mmg perangai cmtu laa..xpe biarka dia akan dapat balasan nanti sbb buat kat mak dia macam tu..

    p/s: dapat anugerah adik paling kuat nangis ek???

    ReplyDelete
  16. akak jom update blog..saya pun baru hari ni dpt update..almaklum laa saya kan buat2 sibuk terlebih huhuhu

    ReplyDelete
  17. alahai...
    x leh keje ngan kebajikan ni
    hehehehe
    mesti airmata berjuraian sepanjang keje kalau keje ngan kebajikan ni =)

    ReplyDelete
  18. lohh..ni cengeng tahap gaban ni lyd..haha..suspen aku baca,ingat apa kes..emotional ya amat..memang la sedih cerita tu, tapi ko over sgt..haha..sory tergelak pulak...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...