Skip to main content

Semua Manusia Adalah Berpotensi Jika Diberi Peluang


Sejahteralah ke atas kamu...

Ramai betul students skolah yang dapat result cemerlang dalam exam besar cam UPSR, PMR, SPM dan STPM sekarang kan? Cerita pasal pelajar yang dapat result gempak ni penuh satu surat khabar 20 muka surat. Kekadang sampai terconfius, cemana le derang ni belajar. Mak ayah derang bagi makan apa la sampai jadi pandai cenggitu. Boleh score 20As.

Dalam ramai-ramai students yang berjaya tu, saya selalunya tak heran sangat dengan pelajar cemerlang kalau mereka adalah anak kepada orang-orang berjaya dalam hidup atau senang cakap, anak orang kaya. Tak heran itu maksudnya tak la rasa kagum yang sampai boleh dijadikan tauladan. Bukan tak boleh langsung, tapi tak berapa feel la dekat anak orang kaya yang cerdik dan dapat keputusan cemerlang.

Sebabnya.... Mereka memang ada peluang untuk menjadi cemerlang. Mereka makan makanan terbaik. Yang penuh khasiat. Sel-sel otak mereka pun cepat berhubung sejak kecil. Pakaian mereka yang terbaik. Dijaga rapi. Malah tak pernah rasa pun kena pakai kasut skolah koyak atau rasa malu sebab baju skolah rotate baju yang sama sampai 5 hari berturut-turut.

Persekitaran anak-anak orang kaya pun memang terbaik. Mereka boleh belajar dalam suasana yang tenang, aman dengan selesa. RUmah ada air-cond. Udara pun nyaman. Busuk-busuk pun kalau mak ayah selalu bergaduh pasal bisnes atau scandal, mereka boleh lari pegi tempat lain yang lebih tenang kalau mereka nak. Sebab mereka ada duit. Pegi la bermalam kat hotel ke kan? Hehehe.

Kalau lemah dalam kelas, mak ayah derang boleh hantar derang masuk tusyen yang terbaik. Macam ada sorang orang kampung saya, dia bleh hantar anak dia pergi tusyen dengan bayaran RM1000 sebulan untuk persediaan PMR. Result anak dia, takperlu la saya bitau. Heheh. Biarlah rahsia. Nanti macam mengata orang plak. Nampak tak point saya? Maksud saya, anak orang kaya, kalau berjaya memang tak ada apa yang perlu diherankan. Mereka memang sepatutnya cemerlang sebab mereka serba cukup. Mereka hanya perlu belajar.

Takyah pening-pening nak fikir pasal masalah kewangan, atau nak kena jaga adik atau nak kena jual kuih koci dari blok ke blok untuk membantu keluarga.

.....................


Lain plak dengan kejayaan anak petani atau nelayan yang memang susah. Mereka berusaha keras untuk dapat kejayaan. Mereka terpaksa juggle di antara belajar dengan melakukan tanggungjawab kepada keluarga [kena jaga adik, kena tolong mak berniaga di pasar malam, kena ikat perut berlapar sebab mak ayah tak cukup duit untuk beli makanan dll].

Nak bayar yuran sekolah pun bertangguh sampai tebal muka bila cikgu asyik mintak. Maksudnya, anak-anak orang susah berjaya handle tekanan hidup dan persekitaran yang kurang selesa untuk belajar menjadi yang cemerlang. Itu yang membuatkan saya kagum. Yelah, tapi tak dinafikan ada berlambak je anak org kaya yang tak pandai dan ramai jugak anak orang miskin yang tak pandai. Itu no komen la.



.................................



Tapi betul ke result exam yang menentukan tahap cerdik atau tidaknya seseorang tu? Kalau score A semua 55 subjects, maknanya dia cerdik. Kalau score B untuk 10 subjects maknanya dia tak cerdik? Macam tu la kan yang orang sekarang nilai kan? Saya tengok, trend peperiksaan sekarang ialah soalan-soalan ramalan senang dapat terutamanya di pusat-pusat tusyen. Siapa pernah dapat soalan ramalan ni mesti tau kan? Sejak saya skolah zaman 90-an dulu pun dah wujud soalan2 ramalan ni.

Apa nak heran, soalan2 yang digunakan untuk peperiksaan pun dibuat oleh cikgu-cikgu biasa juga. Dan jenis-jenis soalan yang sama akan diulang pakai untuk tahun-tahun mendatang. Soalan-soalan tu dah dibincangkan di dalam tusyen dan dibuat berulang-ulang kali oleh students. Jadi, kalau dapat result gempak pun apa nak heran. Adakah dia betul-betul cerdik? Bagi saya, peperiksaan ni bukan untuk menguji kepandaian sangat, tapi lebih kepada menguji daya ingatan je. Betul tak? Sebab tu la ramai yang belajar semata-mata untuk jawab peksa, bukan sebab nak ilmu tu. Takyah cakap banyak, sebab saya pun dulu cenggitu. Belajar sekadar menghafal. Tak bagus la macam tu kan?

Sepatutnya kita belajar untuk menambahkan ilmu. Bukan untuk lulus peksa semata-mata. Bukan nak kata lulus peksa tu tak perlu. Perlu wooo... Cuma tujuan exam tu dah tersasar skit. Dulu, ayah saya tak belajar tinggi pun. Sampai darjah 5 je kot. Mak saya belajar sampai darjah 4. Tun Ghafar Baba pun belajar sampai darjah 6, dapat jadi menteri. Mak ayah saya tak belajar tinggi pun bukan sebab tanak belajar tapi sebab keluarga susah. Adik beradik ramai. Jadi peluang untuk belajar tu tak ada. Cuba kalau ayah dan mak saya diberi peluang belajar pada zaman tu. Mungkin mereka tak la perlu bersusah-payah kerja berat. Paling koman pun bleh jadi cikgu. Jadi cikgu masa zaman dulu memang dah star habis dah. Mmg bangga okay. Silap-silap ayah saya dah bertanding untuk rebut kerusi Parlimen dengan Khalil Yaakob dulu, sebab ayah saya bukanlah bodoh. Dia cerdik. Otak dia cekap. Tapi oleh kerana dia takde sijil, dan takdpt pendidikan yang sempurna, tak dpt la saya merasa nak jadi anak menteri yang hanyut dengan dunia kemewahan. Ceh, berangan.

Macam tu jugaklah anak-anak sekarang. Kalau semua anak-anak diberi peluang yang sama, baru la dapat nilai sejauh mana cerdik atau tidak mereka itu. Boleh ke kita bandingkan kepandaian seorang anak yang tidak berumah dan tinggal di bawah jambatan dengan kepandaian anak seorang angkasawan yang belajar di sekolah elit? Dah tentu tak adil kan?

So, untuk adik-adik yang membaca entry ini, akak sebagai orang yang jadi veteran lagi beberapa tahun ni nak nasihatkan supaya, hargailah peluang untuk belajar yang diberikan oleh mak ayah korang tu sebaiknya. Kena ingat bahawa tak semua orang ada peluang sebaik kamu. Bagi yang hidup susah pula... Perlu buktikan bahawa kejayaan orang susah lebih bernilai. :)

Peace.

Comments

  1. betul.sy setuju sgt2. Anak org kaya, kemudahan mcm2.nak beli buku brapa ratus pun no hal. Boleh hire guru tuisyen dtg umah..kalau tak pandai lagi mmg nak kena kayu la.paling sy respek , anak org miskin, yg berjaya...amat kagum..

    ReplyDelete
  2. ko akak ke? bukan auntie? (lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii jauhhhjauhhhhhhhhhh)

    ReplyDelete
  3. betul memang berbeza.ada beza jugak budak sekolah yang duduk sbp dengan asrama biasa [pusat].bdk sbp ibarat anak org kaya ,budak asrama biasa ibarat anak orang miskin.saya ade pengalaman duduk dua2 asrama tu.

    ReplyDelete
  4. PenBiru : Kalo anak org kaya taknak belajar rajin2, mmg rugi sgt kan?

    QuTaq : Aku belum ada anak so aku blum mencapai tahap auntie. Heheh.

    Syasya : Oo.. ye ke mcm tu? Akak penah masuk asrama biasa je. Tak penah dok SBP.

    ReplyDelete
  5. saya setuju..takleh la nak bandingkan kepandaian budak/anak dgn peperiksaan..

    ceo saya dulu spm resultnya bangang..tapi dapat jadi ceo..meletup lagi <--propa

    ReplyDelete
  6. betul tu..tak semestinya dapat result bagus dorang akan dapat kerja bagus. banyaknya dorang hafal jawapan ajer kan

    ada yang cuma lulus spm boleh berjaya gak memegang jawatan yang tinggi.

    ReplyDelete
  7. kan? biasa anak2 orang kaya memang kita tak heran kalau diorang cemerlang dan gemilang sbb environment diorang membantu. tp kalau yg kurang kemampuan tu satu benda yg membanggakan.

    masa jannah kecik, abang adalah sumber inspirasi kami adik beradik. dia penyumbang kami adik beradik berjaya hingga ke tangga ijazah. sebab masing2 nak lawan abang dan nak jadi lebih baik dari dia.

    ReplyDelete
  8. setuju! suka betul baca tulisan lyd mmg berilmiah. hehe..
    septutnya sekolah dan universiti dibiayai sepenuhnya oleh krjaan. duit kerajaan tu patut lebih pada pendidikan baru la boleh melahirkan anak2 msia yg otak bergeliga bukan jd pak turut je. makanan untk budak2 yg belajar pun kene pantau. kalau kat sini (cet banding lg) sekolah rendah hingga menengah sediakan mknn berkhasiat, kantin xde. jadi semua murid tak kira kaya miskin dpt mknn yg sama. pandai ngan tak pandai tu ikut diri masing la. kalau rajin pandai kalau malas sebaliknya la kan. :D

    ReplyDelete
  9. mula2 baca macam,,.. *akak ni mesti banyak tengok citer melayu ni*

    memang betul..kalau semua diberi peluang, semua boleh berjaya ..
    abih tu sapa pulak yg nak keje macam saya ni.. hehe.

    ReplyDelete
  10. Terharu apabila dari kalangan 12 pelajar yg dpt 5A dlm STPM baru2 ini terdiri dari anak seorang penjual ayam. Dia membuktikan mereka yg bersemangat spt pejuang pasti menang walau peluru tak seberapa...

    ReplyDelete
  11. “Bahasa inggeris awak bgs. Siapa ajar awak?” soal gua pada bdk kecik tu. “Cikgu Arif”.Jawab dia sepatah sambil tersenyum. “Cikgu di sekolah atau cikgu tuisyen?”soal gua lagi. “Taklah. Cikgu di Astro Tutor tv”... Budak2 zaman skarang, slalu buat gua tenganga dgn jwpn derang.

    totallymejah.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. betul tu. tapi kena usaha dan tunjukkan yg kita boleh. ada jugak anak2 org kurang berada dapat keputusan gempak juga.

    ReplyDelete
  13. sijil yg ada kadang2 tak pandang pon.dipandang pula rupa paras..

    ada yg dpat keje tapi result spm..emmmmm..

    ReplyDelete
  14. salam;
    pandai tak semesrinya bijak..dan lulus periksa sampai dapat 20A tak semestinya bijak dalam semua hal..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya