Iklan! Iklan! Sila Click!

06 March 2012

Kamu Ini Very Annoying Lah!

Sejahteralah ke atas kamu.

Saya sangat kerap lambat sampai ke ofis. Ini semua sebab saya memang susah bangun pagi. Alarm henfon bunyinya sangat la slow. Mungkin saya patut cuba gunakan lagu The Flight of The Bumble Bee by Maksim kot. Lagu yang dimainkan menggunakan piano yang sangat-sangat bising serta cemas bunyinya. Henfon suami saya pun set alarm jugak. Tapi biasa la. Kalau dah namanya liat nak bangun pagi, alarm berbunyi pun dia snooze kan je memanjang. Grrr.. Apa nak jadi la budak 2 org ni. ['budak' sangattt... haha].

Setiap bulan kami berazam untuk awal bangun pagi sama-sama, then sarapan pagi sama-sama. Selain daripada boleh mengelakkan gastrik, silaturrahim juga semakin erat. Rezeki juga mudah nak masuk ye tak? Tapi, azam tu hanya sekali sekala je kami berjaya capai. Kalau hari ni bangun awal, esok, lusa, tulat, tubing, tonggeng, totek, punek semua bangun lambat.

So, saya bercadang nak beli alarm clock plak. Tapi bukan sebarangan. Ini alarm clock yang paling annoying sekali. Saya ada beberapa option. Tapi tak tau nak pilih yang mana. Sesiapa ada cadangan boleh kemukakan.



1. Sfera Alarm Clock

Alarm clock ni perlu digantungkan di ceiling. Pagi-pagi bila berbunyi je, kalau kita tekan snooze, clock ni akan naik tinggi skit. Lepas tu bila berbunyi lagi, then kita snooze lagi, jam ni akan makin naik lagi tinggi. Makin tingi, makin tinggi sampai le kita terpaksa bangun untuk snooze. Kalau dah sampai berdiri tu, maknanya... kita dah bangun la tu kan.



2. Puzzle Alarm

Alarm ni sesuai untuk orang yang suka main dengan puzzle.

Bila alarm berbunyi, jam ini akan melantunkan 3 ketul bentuk puzzle daripadanya. Kalau nak snooze alarm yang sedang berbunyi tu, kita perlu susun balik puzzle tu letak di tempat yang asal. Seperti orang mengantuk disorongkan puzzle la jadinya. Kalau nak jadi cemerlang dan taknak diperbodohkan oleh alarm clock puzzle ni, kita boleh berlatih susun puzzle sambil pejam mata dgn menggunakan deria rasa kat tangan je. Raba-raba, then susun. Nanti senang la nak susun puzzle tu kalau dia berbunyi time kita tidur kan? Saya rasa kalau nak beri saya alarm clock puzzle, derang kena invent gunakan puzzle yang jenis halus-halus tu. Yang 1000 pcs punyer. Dah siap susun satu gmbr, baru alarm clock tu berhenti berbunyi. Maka nampaknya, sehari je la saya pakai alarm clock tu, sebab kalau tak berjaya tu, saya masukkan dalam oven, terus bakar kan je. Atau pun, hari itu saya akan lambat bukan sebab tak terjaga, tapi lambat sebab susun puzzle untuk buat jam tu berenti berbunyi. Naya je kang.



3. Laser Target Alarm


Alarm clock ni canggih skit. Juga boleh mencabar baran. Bile berbunyi, kita perlu guna remote tu untuk matikan bunyi. Tapi ni takde snooze la. Terus off, then 24jam lepas tu plak dia berbunyi balik. Nak pastikan bunyi tu off, kita perlu pastikan target laser daripada remote tu betul2 kat titik merah tu. Tengah mamai tu, terpaksa le mewaraskan diri sebelum bleh fokus ye tak? Heheh. Tapi kalau nak senang, takyah le letak jauh2 jam dengan remote tu. Letak remote betul2 depan titik merah. Sebelum tidur tu, dah target siap2 pastu bila alarm berbunyi je, tinggal lagi nak tekan button je utk kuarkan laser tu. Amacam? Bijak kan saya?




4. Kuku Alarm Clock



Alarm clock ini sangat comel. Bile berbunyi je alarm tu, jam tu akan bertelur. Pastu dia takkan berenti berbunyi sampai la kita pulangkan balik telur dia masuk dlm badan. Melampau betul. Dah bertelur, mintak balik. Buruk keris di kaki betul ayam ni. Annoying la nko ni ayam. Kalau saya beli yang ini, saya sendal lubang tempat kuar telur tu. Hahahha. Biar dia tak leh bertelur terus. So, takyah susah2 saya nak sumbat balik telur tu dalam badan dia. Pastu kalau buat camtu, pakai 2 hari je dah rosak. Hahaha.


5. Clocky



Yang ni yang paling notty. U ni notty tau.. Nak main nyuruk-nyuruk plak dengan ai di pagi buta. U nak kena pijak dengan ai? Hehehe. Alarm clock ni memang paling annoying. Bila alarm berbunyi then kita snooze, jam ni akan bergolek2 ikut suka dia menghala ke mana. Pastu dia akan cari tempat untuk nyuruk. Kemudian kalo dia berbunyi lagi, kita kena cari la dia nyuruk kat mana. Kalo bawah katil, masuk le nko bawah katil untuk menangkap dia semula. Tapi ini apa susah. Sebelum tidur, kita tambat la dulu jam ni kan. So, bila dia bergolek nak menyuruk, kita tarik je tali tambatan tu. Takyah bangun pun takpe. Hahaha. Abih, cemana nak bangun pagi ni? Kalau alarm yang paling annoying pun saya ada solution untuk lawan dia punya annoying tu.

Korang cadangkan yang mana?

Sumber daripada : TheUberReview

23 comments:

  1. beli ayam jantan sekor...letak kat dalam bilik...bila pagi konfem berkokok kuat...klu xdgr jgk tndanya kne g check dokter telinga tu....hahaha...^__^

    ReplyDelete
  2. pada saya le kan..klu dah set kat mind tu nk bangun pagi insyaallah bgun wlupun tanpa alarm ;) tiap hari minta Allah sedarkan kita tapi bsyarat jgn dah jaga tido balik hahaha

    tapi klu suruh bagi pilihan nk pilih 2 boleh tak? yg paling last n paling 1st :)

    ReplyDelete
  3. takde yang jenis tembak2 air kat muka tak ?? hehe ..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...rasanya yg last tu kot selagi x bangun n cari pasti jam tu kat mana alarmnya pasti berbunyi x berhenti2...:)

    ReplyDelete
  5. haha.. lawak la alarm ni. mcm2 rekabntuk dicipta, tp kalau tido ontime betul, bdn rehat cukup, xyah alarm mmg boleh bgun sndiri. hikhik..
    *pagi td sy bgn lmbt. buat kek tgh malam pdn muka. hihi..

    ReplyDelete
  6. mmg ada jual kat sini ke menda ni sume? best & lawak!

    beli yg last tu..sbb tu buat kita bangun utk cari.

    ReplyDelete
  7. yg puzzle tu kak! huih..u kalo aku dpt tu...confirm aku baling berderai danmenjadi puzzle yg lain...

    ReplyDelete
  8. guna yang last sekali tu..bagus tu...jiran2 pun boleh bangun sekali..heheh

    ReplyDelete
  9. wah bestnya jam-jam tu...nak grab semuanya...he he he ..kreatiflah orang yang cipta jam alarm sebegitu...

    ReplyDelete
  10. Masa belajar kat asrama dulu, saya pernah amalkan petua org tua2: tepuk bantal tiga kali, baca selawat dan kemudian bisikkan pukul berapa kita nak bangun. Memang ia menjadi, setiap hari mata akan terjaga pd waktu yg ditetapkan.

    Tapi sekarang waktu bangun cuma bergantung kpd henfon. Tapi saya letak henfon tu jauh sikit, anggaran jarak tak boleh capai tangan bagi mengelakkan kita tertekan button 'stop'...

    ReplyDelete
  11. salam, sekiranya tidak menjadi keberatan, dapatlah kiranya dimasukan code html radiokita kedalam blog ini ..
    terima kasih

    http://radiokita-malaysia.blogspot.com

    #Siaran RADIOKITA boleh didengar melalui blog anda apabila siarannya on air.

    ReplyDelete
  12. haha best2..kreatof btol org yg cipta alarm clock mcm ni,,,ish3...maun mengamuk pepagi buta ni matikan alrm tu..

    tp sy xde solution nk bantu akak bangun pg..kiki

    ReplyDelete
  13. unik2 semua alarm clock tu. macam2 ada. tapi nak bangun awal pg tu mmg susah sket. kadang bunyi alarm pon tak sedar. (jannah lewteww). hee

    ReplyDelete
  14. hahaha.. kawin, pastu gerenti bangun awal.. hehehehehehehhee

    ReplyDelete
  15. memang sebelum tidur berniat baik2 punya nak bangun awal dan set masa yang lebih awal dari kehendak.. selalunyer menjadi punya... doa dan mintak kepadaNYA memang tertunai..
    tapi tuler kalau masalah akakni dah tersedar tapi setan pulak duk perangat kata yang badan hangtu sakit lagi baik tidur sekejap.. isyh geram...

    ReplyDelete
  16. hahahaha. semua jam takleh pakai. hehehehehe.

    ReplyDelete
  17. hahahaha. semua jam takleh pakai. hehehehehe.

    ReplyDelete
  18. yang last tu la sebab sure kena bangun carik kan? kalau tak sampai cerah la dok dengar bunyi bising tu. hahaha...

    ReplyDelete
  19. aku rasa kalo jam2 ni berbunyi, cara cepat utk senyapkan ia adalah dengan mencabut bateri.

    ReplyDelete
  20. kalau dah spesis takleh bgn awal/spesis tido mampus tu kak..ko letak la 18 alarm pn kn..mmg tak bangun jugak la kan *larik

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...