Iklan! Iklan! Sila Click!

30 March 2012

Gigi Taring Bukan Hanya Untuk Fontianak Mahupun Fontibapak

Sejahteralah ke atas kamu.... 

Mende la nak cerita ari ni ye? Betul2 takde idea ni nampaknya. Bulan Mac ni paling jarang saya update blog. Ntah hantu malas apa yg merasuk diri saya ni. Prestasi menurun la begini...

Semalam saya baca blog ni AcuYuhan. Baru je jadi pollower beliau semalam. Saya paling tertarik dengan entry tentang trend gigi terbaru di Jepun. Iaitu gigi taring. Aummmmm.... roarrrr....

Kalau kat US, gigi rata yang tersusun putih memang jadi pojaan. Saya sendiri pun selalu je jeles tengok orang yang giginya cantik tersusun sampai saya malu nak senyum nampak gigi. Di public pun saya malu nak bercakap banyak atau jawab soalan orang yang saya tak kenal. Ni semua sebab gigi saya sungguh berterabur sebab ada taring.

Tapi kat Jepun lain plak. Derang sanggup bayar tau untuk dapatkan gigi taring. Ni jugak salah satu benda yang saya kagum dengan orang-orang Jepun. Derang memang ada identiti sendiri. Derang tak terpengaruh pun dengan trend daripada Barat. Derang layan kepala sendiri je, tapi dalam masa yang sama derang maju. Kalau orang Malaysia.... heheh.. korang faham2 la sendiri kan betapa teruknya semangat copy-cat orang Malaysia ni. Semua benda yang datang daripada Barat, semuanya baik dan manis dipandangan mereka. [ini bukan semata-mata tentang gigi ye. Ni tentang semuanya; tentang cara hidup, tentang berpakaian, tentang spiritual].

Hahhh!!! Dah la membebel pasal orang Amerika. Meh tengok contoh gambar gigi bersepai yang jadi trend kecantikan terbaru kat Jepun; tadaaaa...... comel kan minah2 jepun ni.



Termasuk la ini;


Comel kan? Hahahaha... Eeeeiyokkk... Terus potong bila masuk je gambar saya. Gigi tu nampak gigi? No wonder la suami saya selalu cakap muka saya macam Jepun. [Mari pengsan secara berjemaah..]. 

Trend ini dinamakan Yaeba atau maknanya 'double teeth'. Dalam bahse Melayu, mak saya panggil gigi berlapis. Gadis-gadis Nihon ni kata kalau ada gigi cenggini nampak lebih muda dan keanak-anakan[muda sangatttt] dan lelaki-lelaki kacak dan lelaki tak kacak cepat tertarik kepada mereka [tertarikkkkk saangattt]. Ni kat Jepun la. Lelaki kacak  dan lelaki tak kacak Malaysia mestilah lain. Sebab orang Malaysiakan ikut barat. Kehkeh. Kecuali suami saya. Dia suka gigi saya ni dia kata. Diaaaa kata la. Bukan saya kata. Harap2 dia berkata benar. Haha. Saya suka ayat ni, "less-than-perfect teeth are having a major beauty moment.",

Kalau macam tu, saya segan la nak pegi Jepun. [ayat perasan nak mampf]. So, okay la... apa-apapun, rupa fizikal tu langsung Allah tak pandang. Yang selalu nak menilai rupa fizikal kita hanyalah manusia di sekeliling kita je. Kita beli baju mahal pun memang sebab nak tunjuk kat orang, pakai baju blinkblink pun memang sebab nak tunjuk kat orang, beli bag branded harga puluh ribu pun sebab apa lagi kalau bukan nak tunjuk kat orang. Takyah nak nafikanlah kita buat semua tu memang sebab nak tunjuk kat orang. Mana ada orang beli handbag Luis Vuitton pastu pakai dalam rumah je, buat letak bawang. Kalau nak kata sebab berkualiti, handbag yang harga RM30 pun banyak je yang berkualiti kan? Atau paling mahal pun RM300 pun berlambak yang tahan lasak. Kalau dah sampai puluh ribu, apa ke jad??!! Untuk Identiti? Maknanya betul la untuk tunjukkan kat orang. 

So sama ada Yaeba atau tidak, bolos saja dinding itu!!!

Eleh, kalo korang tak percaya sangat, pegi ahh baca sendiri kat link berikut;

http://www.inflexwetrust.com/2011/11/11/smh-popular-japanese-cosmetic-surgery-gives-women-crooked-teeth-to-look-younger/

http://www.ibtimes.com/articles/237118/20111025/japan-crooked-teeth-girls-trend-yaeba.htm

http://www.stylelist.com/2011/10/26/crooked-teeth-trend-japan_n_1031281.html


Hidup lelaki kacak! [sila abaikan ye. Ini adalah persediaan utk join contest.

26 comments:

  1. peerghhh... gigi taring tu ada peminat tersendiri....

    tapi tengok syok tgk gambar jepun tetiba termuncul gambar sweet malaya .... haaa3x...(yg penting suami suka kan...)

    ReplyDelete
  2. gigi sy pun camtu...sy mmg malu nk snyum trutama bila bergambar...snyum ttup mulut jela...tp skang dh confident..org jepun mmg awesome la...^__^ biar gigi brterabur..jnji tak kuning mlt pn xbau cm longkang...hahaha

    ReplyDelete
  3. wah untung ler ada gigi forever young.. ;)

    ReplyDelete
  4. manusia yang xpernah puas...huhuhu

    p/s: comel la kak..hehehe ingtkn dak jepun mana yg pakai tudung tadi...:)

    ReplyDelete
  5. salam;
    Akupun suka gigi macam tu..sebabnya gigi akupun bertaring macam tu jugak sebigi..

    ReplyDelete
  6. jepun susah nk modified..aku dah ade gigi ori nampak taring jugak cam ko lyd..hehe..

    ReplyDelete
  7. Yey! Ramainya geng gigi berlapis. Rasa nak buat group 'blogger Yaeba' plak. Hahahah.

    ReplyDelete
  8. Kazman : Mmg ada peminat tersendiri. tapi tak ramai le yg minat. Heheh.

    MakweKintan : Ooo ek? Awk pun sama ke? Heheh.. Dulu saya selalu risau kalau nak bergmbar dan jurucamera suh senyum nampak gigi.

    Nita : Tak le untung sgt. Padahal bila dah tua, nampak jelas dah tua. keke.

    AHlam : ohh chomelll ke? Mekasih.. *nada gedik. mesti nyesal ahlam puji.

    Yusuflaili : Ko org Sarawak kan? Aku perasan, orang2 Srwk ramai yang ada gigi berlapis ni.

    Ym Bundle : tak original tak cukup manis kan? Tak macam kita yg semulajadi cantik manis ni. Hahahah..

    ReplyDelete
  9. hahaha lawak laa akak ni..yer2 akak ada laa sikit2 muka cam orang jepun sbb ada gigi taring tu hehehe

    ReplyDelete
  10. akk lepas nie boleh pergi jepun and jadi gadis jepun. mesti ramai peminat kat sana. hihi

    ReplyDelete
  11. saffiyya : bagus! nanti ckp la nak makan apa, akak banje. kekeke..

    cik Jannah : pegi jepun tu mungkin, tapi tak berapa nak gadis sgt. Sebab muka kerepot ni.. hehe.

    ReplyDelete
  12. hahaa..lawak le awak ni lyd!

    tapi yg trend gigi kat jepun tu, ni baru tau..org negara maju, byk masa nak layan benda2 gini.

    ReplyDelete
  13. apa pon pic yg last sekali mempunyai senyuman yg paling menawan hahahaha

    ReplyDelete
  14. owh..lya bru tau ni..pasal gg taring..ekceli..lya pon b'igi taring... n ketara...asya..pon bgigi taring..so lps ni..asya x prlu snyum ttp2 mulut lagi la..

    ReplyDelete
  15. Ujie : hahaha.. lawak ke? Org negara maju mmg macam2 benda derang nak jadikan trend.

    khairul : terharu nya dapat pujian drpd en khairul. heheh.

    Lya : Awk pun ke? Ramai rupanya. Asya takpe, dia kecik lagi. gigi kekal dia belum keluar. So, sempat la Lya pastikan gigi susu asya tanggal sebelum gigi kekal dia mula tumbuh. So, tak la jadi berlapis nanti. Dulu saya, gigi susu belum tertanggal, gigi kekal dah keluar. Pasal tu tumbuh

    ReplyDelete
  16. macam2 la orang jepun ni...
    gambar last tu paling comel sekali..:)

    ReplyDelete
  17. aku sker org gigi berlapis. kek lapis pun sker gak.

    ReplyDelete
  18. orang jepun memang lain dari yang lain... jeles i takder gigi taring gitu...

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum Lyd...kekadang yg gigi taring tu la yg manis n lawa nyer...:)

    ReplyDelete
  20. salam singgah di petang hari...ehehehee selamat petang :)

    ReplyDelete
  21. hehehe.. tapi betol la kak.. muka akk memang ada cm jepun siket... hehe.. tak nampak pon taring akk tu :P

    ReplyDelete
  22. bukan nak berlagak , tapi saya ada satu .. hehe

    ReplyDelete
  23. kawaii! hehe.. comel la lyd gigi mcm tu. saya pun ada gigi taring jugak. hihi.. tp kan gigi org jepun ni kebnyakkannya mmg tak cantik. kos rawatan gigi kat sini antara yang termahal! japanese tak ramai yg pandai jaga gigi. hikhik..

    ReplyDelete
  24. Bila gigi cantik senyum pun menawan. Tapi bila ada gigi taring, seram juga takut spesis kontilanak!!

    ReplyDelete
  25. sape yg ada gigi berlapis tu biasanya manis je mukanya. husben saya manis mulut ye. gigi terlebih berlapis. hahaha...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...