Iklan! Iklan! Sila Click!

25 March 2012

Facebook Story Bukan Cinta Muka Buku.

Sejahteralah ke atas kamu...

Menurut website ini, pengguna facebook di Malaysia adalah 9.32 juta orang. Sangat ramai itu. Orang yang create akaun facebook dengan berbagai2 tujuan. Seperti saya, hanya untuk tujuan bersosial dengan kawan-kawan lama, jadi senarai rakan di dalam akaun facebook saya hanyalah terdiri daripada orang-orang yang saya tahu siapa mereka. Tapi ada jugak ramai yang ingin bersosial untuk mendapatkan kenalan-kenalan baru seperti lelaki kacak atau gadis cun. Jika yang begini, senarai rakan mereka boleh jadi terdiri daripada 'ntah sapa-sapa'. Sorry kalau ada yang terasa.

Kita yang ada facebook ni, dengan bangganya akan list kan seluruh ahli keluarga kita termasuk in a relationship dengan siapa, engaged dengan siapa, kawen dengan siapa. Bercerai dengan siapa je tak tulis. Saya pun termasuk jugak dalam kategori orang yang suka nak list kan semua-semua ahli keluarga dalam facebook tu. Tapi kira okay lagi sebab fren saya adalah orang yang dikenali.

Cemana plak dengan orang yang main approve je semua orang yang nak jadi fren dia walaupun orang itu tidak dikenali? Nak listkan jugak ke ahli keluarga sepupu sepapat? Korang tak rasa bahaya ke? Ok, saya bagi contoh ye. Katakan dalam ramai2 fren dalam fren list tu ada orang yang berniat jahat walaupun dia menyamar menggunakan wajah lelaki kacak. Menyamar ke, atau ada tujuan untuk berbuat tidak baik kepada dia. Tak ke orang jahat boleh gunakan nama2 ahli keluarga yang dia dah senaraikan dalam facebook tu untuk buat-buat cerita lakonan? Mungkin orang tu bleh menyamar jadi kawan kepada abang dia ke? Let say nama abang dia Didi. Pastu dia plak jenis yang suka update lokasi dia kat facebook - "saya berada ni SetarBak, BigBelly sorang-sorang jewwwk". Karang tetiba ada plak lelaki kacak datang dekat dia, then kata "eh, awk ni adik didi kan? Saya ni kawan Didi. Didi ada hal nak jumpa awak. Dia pesan kat saya tadi." Haaa... cemana? Pastu buatnya orang jahat tu culik dia ke. eeii.. eii.. takut... takutt... tolong celamatkan caye!!

Pastu lagi satu, pengguna facebook yang suka benor bagitau lokasi orang-orang yang rapat dengan dia. Laju je bagitau kat facebook, "suami saya lelaki kacak iaitu En Deraman bin Bedullah pergi ke SebenEleben membeli air vitegen". Mungkin cara saya berfikir ni agak paranoid. Tapi kita perlu berfikir mengikut cemana keadaan sekeliling kita. Dah negara kita negara bahaya walaupun berada di tempat ke-19 dalam ranking negara paling selamat. Tapi korang sendiri pun boleh fikir sendiri le Malaysia ni selamat ke tidak.

Okay, facebook satu hal. Sekurang-kurangnya masih ada limit untuk orang lain baca maklumat kita dalam tu. Blog plak cemana? Saya letak gambar suami, gambar-gambar anak-anak saudara saya siap bagitau nama dia. Mungkin bleh mengundang bahaya. Tapi harap-harap selamat la semuanya. Blog ni lagi la bahaya. Bukan kita tau pun sape yang selalu jadi stalker kita kat blog kan? Ada silent reader yang tak tinggalkan jejak apa2 pun mungkin ada yang jahat.

Entry ni bukan nak kondem sesape la. Cuma nak berpesan2 je, supaya kita sama2 berhati-hati. Dunia sekarang ni macam2 cara jenayah orang bleh buat kan? Kalau nak letak gambar jugak di blog, letak le nama samaran untuk setiap orang dalam gambar tu. Huhu. Beringat sebelum kena walaupun macam paranoid. Huhu. Peace.

*tah hapa-hapa plak aku letak contoh nama abang = Didi. Didi tu nama kwn aku daa.. hehehe. Sbnrnya sbb nama abang aku Sidi. * To Didi : abaikan je ye.

18 comments:

  1. Sesetengah org terlalu berterus terang hingga kita boleh nampak terang2 apa yg ada dlm dapurnya, malah apa yg ada dlm bilik tidurnya...Tak perlu dedahkan semuanya, banyak perkara yg perlu dirahsiakan...

    ReplyDelete
  2. Saya setuju tu jr. Tak perlu bgtau semua org apa yang kita ada. Takut mkn diri je.

    ReplyDelete
  3. aku tak guna nama betul kat fb..so kawan2 lama tak dapat kesan aku..haha..yang add aku pon aku tak approve..haha..malas nak kontek sapa2 dari fb ni..

    ReplyDelete
  4. hihihi..terkena sikit, tapi kat fb kebanyakan saya guna utk main games jer.. sekarang tak aktif sgt dah...
    saya nak tukar nickname lah kat blog saya nanti..
    thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  5. betul..betul...betul...
    setuju sesagat... sekarang ni memg banyak kes yg libatkn FB ni, penipuan lah, mcm2 lah n sihir guna FB pn ada tapi yg 2 xtaw la btul ke x tpi benda 2 pernh masuk paper dulu...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Saya pun lyd..jenis tertutup, jaga privacy sbnrnya. sbb tu takde gmbr saya yg jelas kat blog/fb.

    Personal info kat fb pun sgt minima, walau cuma friend dgn yg dikenali sj. Status..relation..sume takde. Nmpk kolot, tp tak salah berhati2.

    ReplyDelete
  7. wahh... bernas sunggu ulasan mengenai laman sosial... bagus tu... supaya lebih berhati2x di masa hadapan... dan yang nak berniat jahat tu... udah2x lerr....kubur kata mari... rumah kata pergi.... heeee3x

    ReplyDelete
  8. Yusnita : Saya pun dah slow dah FB. Kalau buka pun baca status org je. Hehee. Saje nak tau perkembangan kawan2 skrg.

    Ahlam : Kes yg santau2 guna gmbr kat FB tu ke? Bahaya kan kalo citer tu betul.

    Ujie : Rasanya saya pun kena remove la kot semua tu. Saya ada buat. Tapi FB saya hanya org2 yg saya kenal. Harap2 okay.

    Kazman/Sue : Idea ni kawan saya, Suzie yg bangkitkan. Saya cuma cerita semula di dalam blog. :)

    ReplyDelete
  9. memang der baik dan buruknyerkan... yang sebenarnya hati2... kena fikir sebelum menulis dan kena fikir sebelum approve friend...

    ReplyDelete
  10. alamak jannah pon antara pengguna FB yang show off entah hape2. gambar lah, status lah.sedangkan bahaya tu kita tak sedar. kene insaf lah mcm nie. haha

    ReplyDelete
  11. apa y awk tulis ni..semuanya saya setuju...

    bab FB... saya mmg memilih kwn..mksud sy.. hnya kalo sy btl2 knl org tu sy approve... bg sy .. agk bahaya kalo kt main approve j.. walaupun fb ni jaring sosial.. tp sdr x sdr ianya privacy kt jgk kan.. lya gnakan fb nk bhubung dgn adikberadik biasanya.. n kwn2 lama... n ada gak beberapa blogger y jd freind lya..

    n ..psl blog..bila baca ni..saya setuju dgn kata2 awk..n tba2 rasa kcut perut.. mmg malaysia dh x selamat.. moga..kt semua dilindungi allah.. sbb kt menulis utk myimpan memori di masa depan... n bkn mcari musuh.. n apa2 pon lps ni.. msti berhati-hati..agr privasi kt x dientri kan..

    ReplyDelete
  12. kat fb ngan blog bkn nama betul jgk. nama anak2 je btl. muka tepek tu biasa la. tak letak gambar nnt bosan pulak cerita tanpa gambar. blog kalau tak nak org lain baca, blh privatekan je. hehehe...

    ReplyDelete
  13. mgkn kes x byk. tp benda2 gini mmg pernah terjadi. cuma mgkn org x pndg serius benda ni.

    ReplyDelete
  14. Fb saya pun utk yg kenal je dan private.. Blog tu risau jugak, sy tulis yg simple2, pengalaman, dan lebih pd anak2, hrp2 xde la org yg salah gunakan.

    ReplyDelete
  15. salam ... sgt2 betul.. pernah lady sound kwn yg duk kat rumah sewa.. sebab statusnye mcm ni :

    "huhuhu.. sedihnye, semua kawan2 dah balik kampung.. tinggal aku je sorang2 kat rumah.. tolong.. takut.."

    status tu lbh kurg mcm tu lah.. lady kata kalau org jahat nampak, dah lama die jadi ayam.. facebook ni mmg bahaya andai pemiliknya sengaja membahayakan diri sendiri..

    ReplyDelete
  16. fb ni saya guna kan untuk jmpe kawan2 lame.. tp sekrang bnyk guna fb untuk blog je.. haha :)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...