Iklan! Iklan! Sila Click!

27 March 2012

Anjakan Paradigma!


Sejahteralah ke atas kamu...

Zaman saya skolah menengah dulu, ada sorang kawan saya ni. Dia lelaki lembut, bukan lelaki kacak. Biar saya namakan dia Rizal [nama ini rekaan semata utk melindungi identiti watak sebenar]. Dia punya lembut tu sampai semua orang akan menambahkan sepatah lagi perkataan kepada nama panggilan dia menjadi Rizal Sotong. Saya tak pasti sama ada Rizal Sotong ni sentap ke tak dengan panggilan tu, tapi saya tengok dia macam redha je bila orang panggil dia sotong. Rizal ni pun kawan-kawan dia pompuan je. Jalan dengan pompuan. Gi makan dengan pompuan. Well... tipikal mat lembut la kan. Mana ada lelaki kacak nak kawan dengan dia melainkan gay.

Tahun 2010, bila kawan-kawan sekolah menengah buat gathering, [ala, it's just like a small gathering je pun], ada la dalam 10 orang je yang datang. Tengah sembang-sembang tetiba muncul sorang lelaki kacak yang macho dan handsome. Tinggi, badan tough, muka sweet-sweet ala-ala akshay kumar. [akshay kumar tu sweet ke masalahnya? hahaha.. sorry le saya tak dpt nak bagi contoh muka dia mcm sape. Sbb dia mcm ala2 muka hindustani sket.]. Itu lah Rizal Sotong. Masa tu kiterang semua tipilanjat seperti melihat gigilasi terperanjat. Tak sangka Rizal Sotong dah tak sotong. Dia dah bertukar jadi lelaki kacak. Dan dia pun dah mula dating pompuan sana, pompuan sini. Tapi tak sure plak itu untuk cover up atau apa. Yang pasti berbaik sangka je la saya anggap dia normal. Masa gathering tu suami saya tak datang hokey.[kiterang belum bertemu lagi masa tu, belum kawen lagi].

Okay, habis kisah Rizal Sotong. Apa yang cuba saya nak nampakkan kepada korang ni ialah.... masa kita skolah atau masa kita muda, kita memang ada buat benda-benda yang pelik dan tah hapa-hapa. Macam saya, dulu masa skolah menengah saya suka berambut pendek mcm ala-ala tomboy. Saya suka perfume lelaki. Suka pakai tau, bukan suka bila lelaki pakai. Baju saya pun banyak yang berunsurkan kelelakian. Ni mistaken identity ni saya rasa terjadi sebab rapatnya saya dengan abang saya. Dia dah takde adik lain. So, kalau baju tak muat, saya la yang amik, termasuk seluar slack dan jeans dia. Heheh. Dan bau-bauan plak memang influence daripada abang saya jugak. Itu saya lah. Apa-apa pun tomboy tu kat hostel je. Tak dibawa keluar masa pegi skolah. Hehehe. Sampaikan ada adik-adik junior panggil saya kakak hensem.. owhh.. malu ai... bila dia nak jadi adik angkat. Kekeke.

Walau cane pun, semua tu bila sampai satu tahap saya rasa perlu berubah dan nak berubah. Sama la macam Rizal Sotong kot. Sampai satu tahap yang dia sendiri rasa apa yang dia buat dulu sungguh useless dan meaningless. Itu la proses nak mengenali diri. Saya pun lama-lama dah jadi makin feminin angin bayu membawa diriku, bila saya dah makin kenal diri sendiri. So, biasa la tu kan? Semua orang pernah pelik. Pernah berpakaian punk, tindik kening, tindik pusat, main spirit-spirit of the coin dan apa-apa je la yang termasuk dalam kategori 'ko pelik + saiko'. Tapi perkara-perkara pelik tu, perlu ada limit dia. Sampai satu masa sepatutnya kita perlu jadi normal macam manusia yang normal, berpakaian elok-elok, berperangai elok-elok, bercakap elok-elok dll.

Sebab tu, saya sangat-sangat tak faham kalau ada orang yang daripada dulu, sampai sekarang masih jugak tak berubah-ubah. Yang tomboy masih lagi tomboy walaupun umur dah nak cecah 40 tahun. Masih lagi berlagak seperti lelaki walaupun orang tengok ko sekali imbas pun orang tau ko pompuan. Yang pondan pun sama jugak, daripada dulu pondan, sampai sekarang umur dah 60thn masih pondan. Kesian pulak kalau perasaan nak berubah jadi normal tu tak ada. Sama ada mereka ni sangat setia sampai tak pernah rasa bosan dengan apa yang mereka buat tu, atau memang otak mereka dah jammed sampai tahap tu je. Takkan la sampai dah ada anak pun masih nak tomboy siap ada boyfriend yang sebenarnya pompuan. Siap ajar anak dia bahawa boyfriend tu adalah papa anak dia. Sedih betul bila saya tengok ada kawan saya yang masih macam tu. Paling kesian kat anak dia. Dan macam biasa... Nak amal maaruf itu senang. Tapi saya nak nahi mungkar tu la yang paling susah. At last, benda ni berakhir dengan mengumpat kat blog. Argghhhh...

Tak perlu jadi perfect. Cuma, cubalah jadi normal.

21 comments:

  1. manusia leh berubah..dlu sy pn ada kwn lelaki yg agk sotong masa sekolah...tp skang dh jd polis...amekaw...^__^

    ReplyDelete
  2. tuler kalau diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t. pasti berubah... entahler sedih gak kalau tak berubah2kan.. semua orang ada sejarahnyer...

    ReplyDelete
  3. tul tu,...ada yg jd maknyah smpai kemati..kesian kan?

    ReplyDelete
  4. itulah namanya krisis identiti... bahaya kalau tak di ubat....

    memang ada sesetengah orang begitu dan pulih ke normal semula.... tapi ramai jugak yang tersungkur...

    ReplyDelete
  5. Makwe : Mesti awk pun rasa gembira bila tgk perubahan positif kawan awk tu kan? Mcm saya happy bila kawan saya berubah jadi macho tu.

    Cho Zila : iye la. Kalau sempat berubah, bersyukur sgt2. Cuma tu la, kita takleh nak ulas banyak pasal org, sbb kita pun tak tau apa masalah dia kan?

    PenBiru : Sedihnya kalo sampai mati masih lagi maknyah. Semoga dijauhi kita smeua drpd perkara-perkara begitu.

    Kazman/Sue : Krisis identiti ni la yg membuatkan org jadi tak normal kan? Hehehe.

    ReplyDelete
  6. masa sekolah dulu2 yg mana yg cun2....skrng x cun :)

    yg dulu2 tak cun...skrg manis2 wooooo...
    heran laaa.....huhuhuhuuu

    ReplyDelete
  7. Masa belajar dulu saya ada kawan lelaki yg tersangat lembut. Jalannya, cara cakapnya memang mcm pompuan. Cuma dia tak berpakaian pompuan dan walau ramai kawan pompuan tapi dia masih berkawan dgn lelaki termasuk saya. Selepas 6 tahun berpisah krn masing2 bawa haluan sendiri, suatu hari sebuah van yg sarat dgn kanak2 mendarat di depan rumah saya. Terkejutnya saya krn bersamanya ialah isteri dan 5 org anaknya (empat drpd nya pasangan kembar). Dia yg dulu lembut dah punya lima anak sdg saya yg kononnya macho ni cuma punya seorang anak ketika itu!!

    ReplyDelete
  8. selagi diberikan masa dan peluang..selagi itu masih ada masa utk kt berubah sesuatu y lebih baik..x kira dr segi apa pun kan...

    ReplyDelete
  9. ada ke member ai yang lembut eh? hehehe... time belajar dulu ada member yang agak tomboy la. rambut pendek, pakai pakaian lelaki je kecuali isnin dgn jumaat pakai baju kurung sebab tu pakaian waib. tp dia da ckp dia jdk mcm u sbb bapak dia nak anak lelaki dan train dia macam budak lealki adanya.

    ReplyDelete
  10. suka entry akk yg nie.
    manusia seharusnya mengalami perubahan. dri buruk kepada baik, dari comot kepada cantek. (contoh). tp kalau ada yg jenis dari dulu sampai sekarang masih perangai yg sama dan perangai itu plak perangai yang tak berapa cantek agknya dia mengalami kegelapan hati kot. nauzubillah

    ReplyDelete
  11. Sekolah dulu ada jugak kwn2 mcm ni, tp Alhamdulillah skrg semua dah kembali normal. Syukur..

    ReplyDelete
  12. kahkahkahkah..tau la aku penah tindik,penah main spirit of the coins..hahaha..tersedak aku baca entri ko ni lyd..hahaha..lawak2..

    ReplyDelete
  13. Karukord : Yg cun masa skolah tu dah matang awal. So bila yg tak cun tu jadi cun, geng yg matang awal tu dah tua. Hahaha.

    JR : Kwn JR tu ada anak kembar 4 ke? Wow... murahnya rezeki dia.

    Lya : Ha ah, entry ni pun bermaksud perubahan daripada segala segi la.

    Asmara : Syukur alhamdulillah mereka dah normal.

    Y.M Bundle : Hahahaha... part spirit2 of the coin tu mmg aku tujukan utk ko. Tp yg tindik telinga tu sumpah aku tak tau. Hehe.

    ReplyDelete
  14. hehe.. cam sy ni, sya pon xtau la ape perbezaan sy mase skolah dulu ngan sekarg ni kak.. ade member ckp sy ne serius siket.. tp sy nengok boiasa je cm dulu2.. hahaha

    ReplyDelete
  15. telinga, kening,tengah dagu,lidah semua aku bertindik ni..cume tak pasang subang je la lagi..teruk gila kan aku..haha..kene lak main spirit..kahkahkah..tersedak terus..hahaha..

    ReplyDelete
  16. Taufiq : ye ke awk ni serius? Nmpk macam okay2 je kat blog ni.

    Ym Bundle : Tgh imagine betapa 'hensem abis' nya nko pada ketika itu. Hahahaha. Tp skrg ko dah tak mcm tu kan? Sampai 1 masa ko sendiri berubah kan?

    ReplyDelete
  17. salam.. soton comel kan? :D.. biasanya time kecik xde identiti lagi... akak dah semakin suke tulis pglmn lalu.. seronok je bace.. :D..

    ReplyDelete
  18. CikJannah : Wahh... kegelapan hati. TU ayat baru tu. Hehehe..

    Lady Bird : Kebetulan je. Tapi pengalaman lama tu akak suka tulis sbb akak rasa akak makin pelupa. Sebelum lupa terus, biar la ditulis di sini. Heheh. Mekasih sebab seronok bace.

    ReplyDelete
  19. sekarang dah ok la..cume sengal sikit2 tu ade lagi..hahaha..

    ReplyDelete
  20. Remaja tu zaman mencari identiti..mana paling kuat pengaruh, itulah jadinya masa tu.

    Tp bila dah dewasa, kita ada akal yg matang utk pilih identiti yg betul. Tp kalau tak matang2 jugak..kena 'sekolah'kan semula la!

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...