Skip to main content

You Tube Meleret

Sejahteralah ke atas kamu...

Tengok You Tube ni sama seperti kita bersembang meleret-leret dengan kawan-kawan kita. Mula-mula cerita pasal anak demam, lepas tu pasal hospital, pasal udara bersih, pasal jenayah, masuk pasal Rosmah Mansor skit, pasal rancangan Nona last sekali berakhir dengan resepi sotong celup tepung.

Sebabnya, kalo tengok YouTube, mula-mula nak tengok pasal benda lain, tapi yang keluar list kat seblah tu macam-macam yang menarik kita pun click. Lepas click yang tu, keluar lagi senarai video lain kat seblah tu dengan macam-macam tajuk yang tak berkaitan pun. Contohnya, saya buka You Tube, search lagu Terukir Di Bintang by Yuna. Pastu click pasal birthday party Izara, then saya click plak interview Sazzy Falak, lepas tu baby serina, then gambar anak Rita Rudaini, lepas tu video Anak Kembar Ziana pastu last-last baru saya tersedar, "apa kena mengena lagu Terukir bintang tadi dengan gambar anak2 artis ni plak"?

Sama jugak kalau saya cari tutorial nak jahit felt craft di You Tube. Last sekali kang tetiba tersedar saya tengah tengok video Britney Spears. Dem!

Comments

  1. taktik nak tarik penonton yang mudah lalai lah tu...hehe...jgn marah...^__^

    ReplyDelete
  2. Tak marah.. Mmg tak dinafikan saya cepat lalai.

    ReplyDelete
  3. benda-benda cm ni memang cepat melalaikan kita.. hehe.. setan memang suka :)

    ReplyDelete
  4. Taufiq : Tu la pasei. Setanirojim betul.

    ReplyDelete
  5. ha'ah lah...kadang-kadang tengah syok tengok rancangan adik-adik kita TV9 tu,sebelah ada lak siti duk nyanyi kat rancangan tu,kemudian klik siti,sebelah lak kuar pulak cite macam-macam pasal siti,meleret lagi...betul ler tu.

    ReplyDelete
  6. hahah.. saya tumpang gelak. mmg mcm tu, act. kan bukan utube je, fb pun, mula klik tu pastu terklik itu ini. lepas tu tersedar terus stop. wahahha.. eh blog pun mcm tu jugak. ;D

    ReplyDelete
  7. Gedek : Uncle memang meleret sama mcm rambut uncle.

    khairul : mmg melalaikan.

    Asmara : mmg pun, sbb derang suka buat link2 dgn tajuk yg gempak2. Terpengaruh gak selalunya.

    ReplyDelete
  8. hehehe
    sama la macam saya
    tajuk disebelah menarik perhatian untuk di klik dan ditonton


    P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  9. diana : memang pun, Tajuk tu selalu takde kaitan pun dgn isi kandungan video. Bengang je. COntohnya tajuk kemain lagi 'wajah dato siti dari dekat', sekali ntah apa2 keluar.

    Hans : Kita serupa la kalau begitu. Dah tweet semalam. Tapi tak tau le jadi ke tak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...